Jumaat, 16 November 2012

Obama...5 Sebab Mengapa Yahudi Memilih Dia


Sempena dengan penyerangan terbaru regim Israil terhadap Palestin semasa Ma'al Hijrah 1434 ingin juga tok mengemukakan tajuk seperti diatas ini. Bukan bertujuan menanam kebencian terhadap Israel atau Amerika tapi sekadar menambah pengetahuan kenapa begitu serta kenapa begini. Inilah yang penting apabila kita tahu dan selalu ambil tahu kenapa yang itu jadi begitu dan kenapa yang ini tidak jadi begitu.

Sebab tok sebut begitu kerana sebahagian antara kita selalu sangat memboikot barang keluaran Israel dan Amerika padahal barangan mereka barangan terbaik di dunia. Marilah kita lihat kenapa Presiden Amerika memihak kepada Israel. Janganlah kita menyalahkan Obama atau mana-mana Presiden Amerika yang lain. Sebab mereka ini sudah bersumpah untuk menjadi Presiden Amerika dan harus mengikut garis jalur yang sduah ada sejak sekian lama dan tidak boleh tidak.

Ini adalah artikel sebelum keputusan pilihanraya Presiden di umumkan.

Kedua-dua calon Presiden Amerika memang pro-Yahudi. Namun kemana sebenarnya warga Yahudi menjatuhkan pilihannya, masih menjadi tanda tanya. Tentu ada beberapa alasan yang menguatkan kaum Yahudi memilih salah satu calon. Sebuah kajian dilakukan oleh sebuah organisasi non partisan bernama iVoteIsrael, menyebutkan warga Yahudi di Amerika Syarikat yang menyokong calon presiden dari Parti Demokrat, Barack Obama. Sedangkan warga Amerika di Israel justeru menyokong calon presiden dari Parti Republik, Mitt Romney.

Berikut beberapa sebab mengapa pengundi Yahudi di Amerika yang memilih Obama.
1. Keselamatan Israel adalah suciBarack Obama mengatakan di hadapan kumpulan lobi Yahudi di Amerika, American Israel Public Affairs Committee (AIPAC), keselamatan Israel adalah hal yang "suci" dan "tidak boleh dibantah".

2. Obama tidak bersetuju dengan Presiden Mahmud AbbasObama tidak bersetuju dengan langkah Presiden Palestin Mahmud Abbas untuk meminta pengakuan secara sepihak kepada PBB atas negara Palestin. Obama lebih mendorong wujudnya kemerdekaan Palestin melalui rundingan antara Palestin dan Israel.

Tentu saja hal itu boleh dikatakan mustahil. Rundingan di antara kedua-dua pihak kerap mentok di tiga isu utama, iaitu sempadan sebelum 1967, pemulangan pelarian Palestin, dan Jerusalem Timur sebagai ibu kota negara Palestin.

3. Obama tidak mendesak Israel menamatkan sekatan Jalur Gaza PalestinObama memang menolak pembangunan penempatan Yahudi, tapi dia tidak boleh memaksa Netanyahu untuk membongkar semua penempatan haram itu di Tebing Barat. Obama juga tidak mendesak Israel merobohkan Tembok Pemisah. Dinding sekatan ini sudah dibina sejak satu dekad lalu dan bakal melalui seluruh wilayah di Tebing Barat. Panjangnya lebih daripada 750 kilometer.

4. Obama menyokong Baitulmaqdis sebagai ibu kota IsraelObama ikut mendorong agar piagam Parti Demokrat memasukkan kembali pengakuan soal Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Dia tetap mempertahankan undang-undang yang mewajibkan Rumah Putih memindahkan kedutaan besar mereka dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. Hingga saat ini, akta itu belum dilaksanakan kerana isu itu sangat sensitif dan boleh memberi kesan amat serius.

5. Obama membina gudang senjata di IsraelObama menjadi presiden pertama Amerika yang membina gudang senjata di Israel setahun selepas dia terpilih. Tel Aviv cukup memberi tahu saja tanpa perlu izin buat menggunakan semua senjata dan peluru di gudang itu.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan