Jumaat, 30 November 2012

Mandi Sebelum Suboh


Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus

Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.




2. Melancarkan peredaran darah

Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan

Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi

Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. In syaa Allah, dengan izin Allah s.w.t., jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang

Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kepada mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih

Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 29 November 2012

Sadiq Khan Menteri Muslim Pertama Di Britain

Rencana ini adalah terjemahan kepada sebuah petikan wawancara yang bertajuk “Counsel of calm” daripada majalah The House, Bil. 1431, Jilid 36.


Khan berjaya melakar sejarah British sendiri, sebagai Ahli Majlis Privi moden pertama berketuruan Asia dan Muslim pertama yang menjadi Menteri di Britain. Sungguhpun beliau kini sebahagian daripada Golongan Berkuasa, apakah beliau masih berdepan dengan perkauman yang lazim? Buat pertama kalinya dalam wawancara yang dijalankan, beliau kelihatan tidak selesa.


“Saya sentiasa resah dengan soalan itu…saya menumpukan hidup saya untuk menggalak orang ramai daripada pelbagai latar belakang untuk menyertai politik dan sebelum itu menyertai perundangan, sama ada ketika berada di perhimpunan, masjid, pusat komuniti, rumah ibadat maupun gereja.


Saya amat resah untuk menceritakan sesetengah kisah saya, kerana saya pernah melalui waktu mencabar, dan ia mungkin membuatkan yang lain tawar hati untuk ke depan. Apa yang lebih saya suka adalah menggalakkan orang ramai. Masih terdapat lagi cabaran, tentu sekali masih terdapatnya cabaran pada 2012.”


Tetapi adakah benar, misalnya ketika beliau melaksanakan tugasnya sebagai peguam sesetengah hakim menyangka beliau adalah defendan berbanding peguam? “Ya,” beliau mengakui, sebelum menambah “tetapi saya tidak mahu berlagak sebagai mangsa. Saya tidak suka untuk menjauhkan anak muda daripada tampil ke depan menjadi peguam, hakim, wartawan dan ahli politik. Apa yang saya biasa lakukan adalah cuba menjelaskan kepada anak muda ‘berkerja keraslah dan kalian boleh mencapai kejayaan ini’.


Tidak ada contoh untuk diteladani ketika saya masih muda. Kini sudah ada contoh teladan di luar sana. Jadi saya lebih suka bercakap memgenai itu berbanding sesetengah kisah ngeri saya."


Sekalipun beliau tidak selesa bercakap mengenai pengalamannya sendiri tentang perkauman, Khan tidak teragak-agak untuk memihak pemain kulit hitam yang tidak gembira dengan sikap dunia bola sepak terhadap isu perkauman. Beliau berkata Rio Ferdinand membuat keputusan yang betul minggu ini untuk memboikot kemeja-T anti-perkauman Kick It Out. “[Sir Alex] Ferguson, sungguhpun seorang yang saya kagumi (sebagai peminat Liverpool saya menyebutnya dengan rasa ‘terseksa’) tetapi beliau salah untuk mengatakan yang beliau akan mendisiplinkan Rio kerana tidak memakainya.


Nilai yang saya pegang mengatakan anda hendaklah meletakkan diri anda di tempat orang lain buat seketika untuk memahami perasaan mereka…Ferguson mungkin datang dari latar belakang yang sederhana dan beliau mungkin secara keseluruhannya adalah seorang insan yang hebat dan juga merupakan penyokong parti Buruh, tetapi beliau tidak dapat meletakkan diri dia di tempat Rio. Tindakan beliau menunjukkan kejahilan untuk seorang pengurus yang bijak dan itu mengejutkan saya.”

Khan juga lebih selesa apabila ditanya sejauh mana pentingnya Islam kepada dirinya.


“Ia merencanakan hidup saya. Bermula daripada saat saya bangun sehingga saya tidur, ia mendefinisikan diri saya. Sikap saya kepada orang lain, bagaimana saya membawa diri, keluarga, agama adalah penting sepertimana perkata lain. Saya sudah berkahwin, saya seorang ayah, seorang berketurunan Asia, seorang penduduk London, semua itu penting juga tetapi saya dibesarkan untuk menjadi Muslim yang baik,” kata beliau.


Adakah beliau merasakan politik sukar untuk disesuaikan dengan tuntutan untuk bersembahyang lima kali sehari dan berpuasa?



“Memang sukar. Kami mempunyai keinginan untuk menangguhkan sembahyang, disebut Qasar, jadi seringkali saya terpaksa menggabungkan waktu sembahyang dan tidak diragui lagi akan membuatkan imam saya memarahi saya. Berpuasa amat sukar ketika musim panas. Sekiranya Hari Raya jatuh pada hari berkerja saya terpaksa keluar awal untuk bersembahyang dan kemudian kembali bekerja sepanjang hari. Anak (beliau mempunyai dua anak perempuan] sering kali ketinggalan…ia sukar.”


Khan berbangga kerana sebagai menteri beliau pernah menyelia acara berbuka puasa pertama di kedutaan British di Washington, bersungguh menegaskan betapa majunya peluang dan toleransi agama di UK.


Hakikatnya, seorang budak lelaki berketurunan Pakistan dari kawasan majlis Tooting masih boleh mendaki kedudukan tertinggi politik di Britain. “Sesuatu yang sepupu saya di Pakistan dan India katakan adalah ‘kamu tahu, kami di negara kelahiran sendiri tidak dapat membayangkan akan dapat berada dalam Kabinet di India dan Pakistan dan lihatlah kamu sebagai minoriti baik dari segikaum dan agama mencapai kedudukan kamu sekarang’. Itu merupakan sesuatu yang berbaloi untuk diingat.”

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 28 November 2012

Nasihat Ibrahim Bin Adham

Gambar sekedar hiasan sahaja

Pada suatu hari, ada seorang lelaki datang menghadap Ibrahim bin Adham, lalu berkata: “Wahai Ibrahim bin Adham, aku ialah orang yang lupa diri. Oleh itu, berilah aku sesuatu yang dapat mencegah serta menyelamatkan hatiku daripada kecuaian!”

Ibrahim menjawab, “Jika kamu mahu menerima lima perkara serta mampu melaksanakannya, nescaya kemaksiatan tidak akan mampu menyerang dirimu dan kamu tidak mudah untuk dihancurkan oleh kelazatan duniawi.”

Lelaki itu berkata,“Tolong sampaikan hal itu kepadaku, wahai Abu Ishaq.” Ibrahim kemudian berkata,“Pertama apabila kamu hendak melakukan penderhakaan kepada Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia, janganlah kamu memakan rezekinya.”

Pemuda itu kemudian bertanya lagi,“Lalu dari mana aku makan, bukankah semua yang ada di bumi ini adalah rezeki pemberian-Nya.” Ibrahim menjelaskan,”Begini, wajarkah kamu memakan rezeki-Nya, sedangkan kamu masih selalu menderhaka kepada-Nya?”

Lelaki itu berkata,“Sekarang tolong beritahukan yang kedua.” Ibrahim berkata,“Apabila kamu hendak berlaku derhaka kepada-Nya, jangan sampai kamu menginjak bumi-Nya.” Ujar lelaki itu,“Perkara ini mungkin lebih berat daripada perkara pertama. Segala sesuatu yang ada, bermula dari belahan timur sampai barat adalah sesuatu milik-Nya, lalu di mana aku akan tinggal?”

Ibrahim berkata,“Begini, wajarkah engkau memakan rezeki-Nya dan tinggal di wilayah-Nya, sedang kamu masih menderhakaiNya?” Lantas lelaki itu menjawab: “Tidak, sekarang tolong sebut yang ketiga!”

Ibrahim berkata lagi,“Jika kamu hendak melakukan sesuatu kemaksiatan, sedangkan kamu masih berada dalam rezeki dan wilayah-Nya, sekarang cuba carilah suatu tempat yang mustahil diketahui oleh-Nya, kemudian di tempat itu kamu dapat bebas berbuat maksiat.” Lelaki itu semakin bingung dan kemudian berkata,“Wahai Ibrahim! Bagaimana hal ini dapatku lakukan. Dia selalu mengetahui apa saja yang dirahsiakan?”

Ibrahim meneruskan hujahnya,“Wajarkah kamu memakan rezeki-Nya dan berada di wilayah-Nya, sedangkan kamu masih derhaka kepada-Nya dan Dia selalu mengawasi segala gerak-gerimu?”Pemuda itu segera menjawab,“Tidak, sekarang cuba sebutkan yang keempat!”

Ibrahim berkata,“Apabila malaikat pencabut nyawa datang hendak mengambil nyawamu, cuba mintalah kepadanya agar diberi tempoh hingga dapat bertaubat dengan taubat yang sesungguhnya serta beramal soleh kerana Allah s.w.t.” Jawab lelaki itu,“Mustahil dia mahu menerima permohonan itu.”

Tanya Ibrahim,“Kamu tidak mungkin mampu menolak kematian hingga kamu dapat bertaubat dan di sini kamu dapat mengetahui bahawa malaikat pencabut nyawa mustahil memberi tempoh kepadamu, lalu bagaimana mungkin kamu akan mendapatkan sebuah jalan untuk menyelamatkan diri?” Lelaki itu seterusnya berkata ,“Sekarang cuba tolong sebutkan yang kelima.”

Ibrahim berkata,“Jika pada hari kiamat nanti, malaikat Zabaniyah datang kepadamu untuk membawamu ke neraka, usahakan untuk menolaknya.”Jawab lelaki itu,”Mereka tidak mungkin bersedia meninggalkanku begitu saja, walaupun aku kemukakan pelbagai alasan.”

Ibrahim bertanya lagi,“Jika demikian, bagaimana mungkin kamu akan mengharapkan suatu keselamatan?” Kata lelaki itu berkata,”Wahai Ibrahim! cukup, cukup! Sekarang aku akan memohon ampun dan taubat kepada-Nya.”

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 27 November 2012

Persamaan Dalam Agama Islam Dan Sikh


Melihat gambar di atas teringat satu poster yang tok sendiri pernah nampak dalam rumah orang Islam kita di Malaysia. Tapi gambar tersebut di tukar kepada gambar masjid dan gambar 10 orang Guru Sikh itu di gantikan dengan Wali Sembilan (Wali Songo). Jadi dengan kata ringkas gambar tersebut dengan gambar diatas memang ada persamaan.

Untuk maklumat pembaca sekelian gambar diatas ialah gambar Gordwala Emas di Amritsar India yakni tempat paling suci bagi penganut agama Sikh. Agama Sikh ini banyak persamaan dengan agama Hindu dan Islam. Sebab itu ia mempunyai kubah seperti masjid kita. Barangkali juga agama sikh ini adalah campuran antara Islam dan Hindu.

Secara kebetulan pada hari ahad lepas (25.11.2012 / 11 Muharam 1434) tok berkesempatan berjumpa dengan seorang sikh yang telah bertukar kepada agama Islam. Itu secara kebetulan kerana sewaktu tok meminta tanda-tangan Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid pada buku yang tok baru beli lalu terpandang dengan kawan baru ini. Mulanya nak sembang sikit-sikit, macam sembang perkenalan sahaja namun sudah jadi panjang dan harus duduk bersama-sama dengan Cikgu Azmi. Dia menceritakan pengalamannya ... haaaa!! ... inilah yang tok nak belajar serta nak tahu apa yang menyebabkan dia masuk Islam padahal dia dulu adalah Imam dalam Gordwala ditempatnya di Ipoh Perak.

Memang dia dulu Benggali Singh kaw-kaw. Perkataan Singh bagi orang Punjab ini bermakna singa manakala Kaur pula bermaksud puteri. Tapi kali ini tok bukan nak bercerita tentang singh dan kaur.

Apa yang tok dengar dari mulut rakan ni memang memeranjatkan tok sendiri sebab selepas dia memeluk agama Islam pandangannya jauh berbeza dari kita yang sedia lahir dalam keluarga Islam. Inilah yang spesel yang tok nak ceritakan kepada kalian.

Katanya dia melihat Islam sangat indah walaupun dulunya dia menjadi Imam dalam Gordwala (rumah ibadat kaum Sikh) dan dia juga membaca khutbah, membacakan talqin bagi simati dan mengkafankan jenazah. Rupa-rupanya pengurusan jenazah orang Sikh dengan Islam sama. Mereka juga menggunakan kain putih dan sebelum di kafankan terlebih dulu jenazah di mandikan. Cuma orang Islam di kebumikan sementara orang Sikh di bakar, sama seperti Hindu dan abu mayat di hanyutkan ke sungai atau laut.

Sebelum memeluk agama Islam dia sungguh hairan apabila pada suatu hari seorang rakannya yang beragama Islam yang datang kepejabatnya dan meminta izin untuk mengambil air sembahyang. Bila keluar dari bilik air, kawannya tak membawa air. Kemudian keesokannya dia bertanya kepada pekerja di pejabatnya yang beragama Islam. Pekerjanya mentertawakannya kemudian menerangkan bukan ambil air sembahyang tapi sekadar membersihkan beberapa anggota untuk sembahyang sahaja, barulah dia faham. Sangkanya air akan diambil dan dibawa ke tempat sembahyang.


Seorang Imam Sikh sedang membacakan khutbah. 
Lihat jemaah wanita dan lelaki diasingkan.

Suasana dalam Gordwala juga ada persamaan dengan dalam masjid kita, tidak ada sebarang patong persembahan dan kaum lelaki serta perempuan diasingkan sebelah menyebelah. Sudah pasti kaum wanita sikh akan menutup kepala atau rambut mereka seperti orang Islam juga. Dan persamaan yang memeranjatkan rakan ini ialah bilamana dia mula membaca buku terjemahan al Quran dalam bahasa Inggeris yang dibelinya. 

Dia menjumpai banyak persamaan dalam al Quran dan Granth Sabt (kitab suci agama Sikh), lalu dia bertanya kepada Imam yang lebih besar darinya untuk bertanyakan siapa yang tiru siapa. Adakah al Quran meniru Granth Sabth atau Granth Sabt yang meniru al Quran. Nyata al Quran telah ujud 1400 tahun yang lampau sementara Granth Sabt cuma sekitar 500 tahun. Dan akibat terlalu banyak mengkaji sambil mencari persamaan dalam al Quran dan Granth Sabt maka dia mengambil keputusan Islam agama yang benar. Agama Sikh meniru agama Islam dan kemudian mencampur-adukkan dengan agama Hindu.

Kami terus berbual sehingga Cikgu Azmi terpaksa minta diri untuk bertolak balik ke Pulau Pinang malam itu juga (jam 11.30 malam). Cikgu Azmi ialah orang kuat Persatuan Pengguna Pulau Pinang. 

Perbualan kami berkisar perbezaan seterusnya. Lalu saudara baru ini memberi pandangannya tentang Imam dan khutbah jumaat.

Pada hari jumaat dicadangkan Imam menyambut jemaah yang masuk ke masjid dengan senyuman serta salam. Ini bertujuan agar Imam dapat mengenal wajah-wajah yang sudah lama tak datang solah jumaat. Dimasa ini Imam boleh bertanya kepada jemaah, contohnya,'Kenapa lama tak datang?' Dengan cara ini masyarakat Islam akan lebih mengambil berat tentang solah. Dan sebelum memulakan khutbah sepatutnya Imam bertanya khabar kepada semua jemaah. Ini pendapat yang baik, tapi kena tanya Jabatan Agama dulu. Dan walaupun rukun khutbah yang ada 5, tak perlu ditambah rukun dan tak perlu tukar rukun tersebut, jika di usik rukun tersebut maka tidak sah pula solat jumaat nanti.

Dan lagi kita harus memikirkan cara bagaimana melawan mubaligh Kristen yang selalu memenangi hati orang-orang Islam yang tidak memdapat haknya sebagai orang Islam melalui bantuan Baitulmal. Pernah terjadi sekeluarga yang tidak berumah dan tinggal dalam khemah tidak dapat di bantu oleh kaki-tangan yang bertugas di baitulmal kerana mereka tidak mempunyai alamat. Kalau dah tinggal dalam khemah bagaimana nak ada alamat, jadi jawapannya tak boleh nak tolong kerana setiap permohonan mesti mempunyai alamat walaupun tak ada rumah. Inilah masalah yang kita semua kena fikir.

Lagi satu kes seorang ibu tunggal membawa anak kecil pergi ke Baitulmal untuk meminta bantuan kewangan, namun Baitulmal tak dapat nak menolong kerana 2 keping gambar yang wajib dibawa tidak dibawa. Nak makan pun dah tak ada duit bagaimana pula nak mendapatkan 2 keping gambar bagi memenuhi keperluan borang permohonan?

Adushh...berbual sambil memcari kesilapan atau kesalahan pihak lain memang leka. Tapi tok sendiri tengah dok fikir bagaimana mengatasi masalah ini.

Islam itu indah, saudara baru tok ini nampak begitu. Bagaimana tak indahnya sebab kita ada sistem zakat dimana zakat yang dikumpulkan itu dapat diedarkan kepada asnaf yang memerlukan dan sistem ini tidak terdapat dalam agama lain di dunia ini. Begitu juga dalam hal kematian, jenazah tidak di simpan lama. Paling tinggi dua hari, tidak seperti agama lain yang kadang-kadang sampai seminggu. So nak ringkaskan cerita cuma Islam dan Yahudi sahaja yang cepat-cepat nak menghantar jenazah di kubur. Memang kita dengan Yahudi ada persamaan terutama dalam solah dan jenazah sebab agama ini adalah agama wahyu dari Allah s.w.t., cuma sebahagian Yahudi telah menelewengkan ajaran masing-masing untuk kepentingan diri.

Untuk pengetahuan pembaca sekelian penganut agama Yahudi Ortodok tidak makan babi. Mereka juga makan binatang sembelihan orang Islam kerana seorang lagi rakan tok yang bekerja di New Zealand pernah menceritakan kepada tok bahawa orang Yahudi Ortodok meminta rakan tok ini sembelih kambing untuk di makan kerana sembelihan orang Islam halal untuk dimakan oleh mereka.

Berbalik kita kepada penganut agama Sikh ini. 

Kalau dilihat dengan sekali pandang rupa bentuk Gordwala mereka menyerupai masjid. Lambang agama mereka sama seperti lambang Negara Iran, cuma Iran ada tambah gambar api pada Jata mereka. Pakaian orang Sikh juga menyamai orang Islam yakni berserban dan berjanggut. Apalagi kalau kita bandingkan lelaki Islam di Pakistan dengan lelaki Sikh di Amritsar. Pakaian, serban serta janggut mereka sama belaka. Tapi kalau dibuka serban kedua-dua lelaki ini pasti kita kenal yang mana Sikh yang mana Islam. Dan warna kubah Gordwala pastilah warna kuning sementaraa warna kubah Masjid berbagai warna dengan lambang bulan sabit diatasnya.


Melihat kepada pedang serban serta janggutnya
teringat kita pahlawan-pahlawan Islam zaman kegemilangan Islam dulu.

Dari perbualan kami yang berlarutan sehingga jam 12 malam itu barulah terbuka sedikit lagi tingkap dunia tok berkenaan agama Sikh. Jadi kesimpulan kami agama Sikh telah meniru agama Islam termasuk kitab suci al Quran kemudian mencampurkannya dengan agama Hindu maka terlahirlah satu agama baru yakni Sikh.

Mungkin pengasas asalnya berkeinginan untuk popular maka diambil agama Islam sikit dicampur agama Hindu lalu di perkenalkan kepada kaum Punjab di India. Hari ini penganut agama Sikh sudah mencecah 23 juta orang di seluruh dunia. Mereka hidup dan berkembang biak dalam banyak negara termasuk Mexico, Veenezuela, Austria, USA dan lain-lain.

Kita yang Islam ini pun ada ramai di serata dunia tapi kita meragui Islam mereka yang di sesetengah tempat. Di Malaysia sendiri kita melihat orang Melayu yang beassal dari keluarga Islam sudah tidak Islam. Mereka meninggalkan solah 5 waktu yang Allah perintah. Hanya dengan solah dan cara mereka bersolah dapat kita mengenali mereka yang Islam atau tidak.

Hendak kita gubal undang-undang yang lebih keras untuk orang Islam supaya wajib pergi jumaat takut parti politik yang mewakili orang Cina kata apa pulak. Jadi hakikat sebenarnya kita takut orang Cina tak sokong kita di Parlimen daripada takutkan Allah. Inilah yang selalu kita dengar semasa khutbah 'Ittakhullah', 'Takutlah kamu kepada Allah' yang memang bwerasal dari al Quran. Dan dalam al Quran ada dua sebutan takut. Yang pertama 'Ittakhullah' yang bermaksud takutlah kamu kepada Allah dan yang kedua bermaksud' Hendaklah kamu takut meninggalkan zuriat di belakang kamu'.

Ini bermaksud kita harus takut kepada anak-cucu yang bakal kita tinggalkan nanti. Mampukah mereka mengekalkan pegangan ahli sunnah wal jemaaah seperti yang kita pegang sekarang ini?

Marilah kita berusaha untuk menghilangkan ketakutan yang kedua itu dengan cara memperkukuhkan ukhuwah sesama kita disamping memberi idea yang baik untuk Jabatan Agama serta Baitulmal di negeri masing-masing agar menjadi lebih efisyen sesuai dengan kecanggihan zaman serta undang-undang sivil yang sentiasa membuli undang-undang syariah kita.



Salam Ukhuwah..~

Isnin, 26 November 2012

Jangan Menghukum Kerana Kita Bukan Hakim



Seorang ilmuwan bercerita, datang seorang wanita yang tidak menutup aurat bertanya kepada beliau; “Tuan, adakah saya masuk neraka kerana saya tidak menutup aurat, sedangkan saya solat dan melakukan ibadah-ibadah yang lain?”. Beliau beritahu kepadanya: “Adapun saya bukanlah malaikat penjaga neraka. Bahkan malaikat penjaga neraka sendiri tidak berhak menentukan siapa yang akan dimasukkan atau dikeluarkan dari neraka.

Ini adalah kekuasaan mutlak Tuhan Yang Menciptakan neraka. Di akhirat neraka dimasuki oleh sesiapa yang ditentukan ALLAH sebagai ahli neraka. Demikian juga syurga. Namun ALLAH memberitahu tentang keadaan manusia di akhirat dengan firmanNya (bermaksud) :


“Adapun orang yang berat timbangan (amal baiknya), Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbangannya (amal baiknya), Maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah”, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Haawiyah” itu? (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar” 
(Surah al-Qariah 6-11).

Adapun saya yang dhaif ini tidak mengetahui bagaimanakah timbangan amalan saudari di akhirat kelak. Bahkan nasib saya sendiri saya tidak tahu, bagaimana mungkin saya boleh tahu nasib orang lain?!! Namun jika saudari bertanya saya, adakah perbuatan saudari salah atau betul?

Tentu jawapannya: ia satu kesalahan. Apakah perbuatan itu faktor yang membawa ke syurga atau ke neraka?…….. Maka jawapan “dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah menunjukkan ke neraka”. Namun timbangan amalan insan di akhirat bukan hanya terbatas kepada suatu bab sahaja. Ia merangkumi segala bentuk kebaikan dan keburukan.


“Sesiapa beramal dengan kebaikan seberat biji sawi akan dinilai. Sesiapa yang beramal dengan seberat biji sawi keburukan juga akan dinilai”. 

Kemudian jika natijah dari nilaian itu menunjukkan kebaikan lebih berat dari kejahatan, maka selamatlah dia. Jika sebaliknya, rugilah dia. Dalam hidup ini, ada pula ujian dan cubaan. Sesiapa yang sabar dengan ujian dan cubaan, diberi pahala dan dihapuskan dosa. Kesalahan orang kepada kita juga menjadikan pahalanya dipindahkan kepada kita, atau dosa kita diberikan kepadanya -seperti dalam hadith al-Imam Muslim-.

Maka keputusan neraka dan syurga adalah hak ALLAH terhadap hamba-hambaNya. Apa yang pasti dosa menyumbang ke arah neraka. Pahala menyumbang ke arah syurga. Jika ditanya membuka aurat, riba, derhaka ibubapa dan seumpamanya ke arah mana? Jawapannya ke arah neraka. Jika ada yang berkata, mereka ini juga solat dan buat baik dalam perkara yang lain. Kita katakan; amalan baik menuju ke syurga. ALLAH yang Maha Adil akan menimbangnya dan menentukannya.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 25 November 2012

Kejutan Baru


Kejutan Baru, Israel Akui Roket Al-Qassam Berjaya Hantam Kapal Perangnya

Gaza PIP: Brigade Izzuddin Al-Qassam, sayap militer Hamas berhasil membidik pagi ini Ahad (18/11) kapal perang Israel yang berada di lepas pantai Jalur Gaza dengan lima roket 107.


Hal itu ditegaskan oleh pejuang Al-Qassam yang menyatakan bahwa pagi ini mereka melepaskan lima roket 107 ke arah kapal perang Israel yang bermarkas di lepas pantai kamp pengungsi Nasherat (Nazaret) dan mengenai langsung kapal perang Israel itu.

Menyusul penyataan ini, media Israel menegaskan bahwa lima roket darat laut dilepaskan ke lepas pantai Gaza. Namun mereka belum menegaskan adanya korban tewas atau luka di kalangan pasukan laut Israel.

Sebelumnya, jubir Brigade Al-Qassam, Abu Ubaidah menegaskan bahwa pihaknya akan memberikan kejutan-kejutan baru kepada pasukan Israel. (bsyr)


maaf bro bahasa Indonesia.. harap dapat memahami. Tidak upaya mengalih bahasa Malaysia...




Ini kali lah:
Zionis Akan Lenyap Bersama Musim Semi Revolusi Dunia Arab



Khalid Misy'al, Ketua Biro Politik Gerakan Hamas mengatakan bahawa Asy-Syahid Ahmad Al-Ja'bari bukan hanya pemimpin di Hamas dan Al-Qassam saja, akan tetapi ia adalah salah satu Tokoh Umat yang Agung. Ia telah meninggalkan jasa besar sebelum pemergiannya. Siapa sahaja yang bertemu dengannya akan merasakan bahawa ia adalah pahlawan sejati. Ia hidup sebagai pahlawan dan syahid sebagai pahlawan juga. Ia orang yang bijak, sasterawan, kuat kemahuan, tangguh, dan pantang menyerah. Jeruji besi Israel tidak membuatnya jera bahkan ia mempersembahkan nyawa dan kesungguhan bagi Palestin.

Beliau menyampaikan itu pada saat acara Muktamar Harakah Islam Sudan di Khourtum hari ini, 15/11/12, bahawa Al-Ja'bari telah menuju Allah s.w.t. sebagai syahid dan telah menyirami bumi dengan kemuliaan dan izzah, sedangkan kamu wahai zionis pasti akan melarikan diri dari bumi kami BIIDZNILLAH.

Misy'al menyebutkan bahawa masa hegemoni zionis telah lenyap dengan datangnya "Musim Semi Dunia Arab" yang diperlihatkan oleh wilayah Arab dengan pelbagai perubahan. Beliau mengajak para pemimpin dunia Arab dan dunia Islam untuk mengangkat kepalanya dan untuk melupakan lembaran hitam masa lalu untuk selanjutnya memandang masa datang bersama umat kita dalam menghadapi projek Zionis di bumi Palestin.

Misy'al meledek zionis yang mengaku berhak atas bumi Palestin, beliau menegaskan bahawa zionis bukanlah bahagian dari umat, akan tetapi zionis adalah perampas dan perampas selamanya tidak akan dibiarkan oleh siapa saja yang merdeka.

Misy'al membantah apa yang selalu dikatakan penguasa Israel bahawa mereka akan menamatkan perlawanan, ia menegaskan tidak mungkin perlawanan dipadamkan kerana rakyat kami, merekalah laki-laki, perempuan dan anak-anak yang tergerakkan mengadakan perlawanan, dan bersama mereka umat kita yang agung. Dan Hamas akan terus menepati janjinya terhadap darah para syuhada.

Misy'al menyampaikan mesej kepada rakyat Gaza agar tegar dan sabat dalam melawan musuh zionis yang beringas. Beliau berkata: "Wahai keluarga kami di Gaza, kalian adalah pejuang sejati, berjuanglah selayaknya pahlawan. Kalian telah menorehkan sejarah emas ketika kalian tegar dalam "perang furqan" lalu. "Beliau menyeru pejuang perlawanan untuk menyusun perang dengan zionis dengan" Akal Cerdas dan Hati Pemberani.

kredit: wasukalu


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 24 November 2012

Mengenali Briged Al Qassam - Generasi Muda Perindu Syahid


Briged Al Qassam yang digeruni Zionis

Sempena serangan Israel keatas Gaza awal Muharam 1434 ini marilah kita mengenali para pejuang yang berjuang untuk Palstin, Gaza khususnya. Mereka ialah Al Qassam.


Kewujudan para pemuda yang memperjuangkan kemuliaan Islam secara ketenteraan di bumi Gaza dan Tebing Barat bukanlah satu yang rahsia lagi. Merekalah sebenarnya yang merupakan ketumbukan angkatan tentera yang menjadi perisai di barisan depan yang akan mempertahankan Palestin daripada terus dijajah dan diratah oleh regim Zionis Israel selama ini.

Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al-Qassam adalah barisan pejuang bersenjata Palestin yang telah diasaskan penubuhannya oleh Sheikh Ahmad Yassin (Pengasas HAMAS), Dr Ibrahim al Maqadema dan Sheikh Salah Shehada sejak tahun 1984 lagi.


Sheikh Izzuddin al Qassam

Pasukan bersenjata HAMAS yang begitu digeruni oleh Israel ini telah diberikan nama sebagai Briged al-Qassam bersempena dengan nama Sheikh Izzuddin al-Qassam, seorang tokoh pejuang yang berasal dari Syria yang telah terkorban syahid di Ya’bad, Palestin bagi mempertahankan bumi ini daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1935.

Di kesempatan yang ada ketika menyertai misi kemanusiaan di Gaza kali ini, saya telah mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai pergerakan ini daripada masyarakat setempat di sana.

Beberapa kali mendengar bunyi letupan di sana sini sepanjang keberadaan kami di Gaza, Namun masyarakat umum termasuk Israel juga amat mengetahui bahawa Briged al Qassam adalah satu pergerakan ketenteraan yang bekerja dengan kerahsiaan yang kuat dan mampu membuat pelbagai kejutan.

Alhamdulillah dengan takdir yang ditentukanNya pula, saya berpeluang untuk mengenali Briged al-Qassam ini dengan lebuh dekat melalui kunjungan ke pusat latihan mereka setelah mendapat jemputan daripada pimpinan kerajaan yang memerintah Semenanjung Gaza. Saya berpeluang menyaksikan sebuah satu demonstrasi latihan ketenteraan yang jarang-jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi kepada pengunjung dari luar Negara.


Objektif penubuhan al Qassam

Objektif utama penubuhan al Qassam adalah untuk menaikkan semangat jihad di kalangan orang-orang Palestin, orang-orang Arab dan juga umat Islam sejagat. Briged ini bertanggung-jawab untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan dan kezaliman Zionis dan seterusnya membebaskan Palestin dan keseluruhan tanahnya yang telah dirampas oleh penjajah Zionis Israel.

Pada peringkat awalnya mereka enggan memberikan maklumat lanjut mengenai kekuatan sebenar briged ini tetapi akhirnya menjelaskan bahawa mereka mempunyai ahli battalion yang terlatih seramai kira0kira 25,000 orang di kalangan pemuda-pemuda yang berumur antara 18-30 tahun. Sejak intifadah al Aqsa yang berlaku pada tahun 2000, seramai kira-kira 800 ahli briged ini telah syahid bagi mempertahankan Palestin.
Briged al Qassam amat mementingkan latihan dan kualiti ahli Briged yang menjadi tulang belakang perjuangan pembebasan Palestin.


Di antara syarat utama yang dikenakan sebelum mereka dipilih ialah :

1-Gigih berpegang dengan ajaran Islam.


2-Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w.

3-Menjaga solat 5 waktu secara berjamaah. 

4-Mengimani perjuangan pembebasan al Aqsa dan Palestin.

5-Berdisiplin dan menta'ati kepimpinan.

6-Mencintai dan bersedia untuk syahid.

Saya telah diberitahu bahawa briged ini juga mempunyai skuad wanita walau pun mereka tidak berada di barisan depan ketenteraan. Pernah sekali tentera al Qassam yang berpakaian lengkap ketenteraan dikepung oleh tentera Israel di dalam sebuah masjid, mereka telah menghantar tentera wanita yang tidak berpakaian seragam pada ketika itu untuk masuk ke masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terkepung, Tentera al Qassam ini kemudiannya berjaya keluar dengan berlakon sebagai orang-orang awam. Walau pun Briged al Qassam kehilangan tiga anggota wanitanya dalam operasi tersebut tetapi mereka tetap Berjaya kerana ramai di kalangan anggota utamanya yang dapat diselamatkan.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di wilayah Gaza bukan kerana serangan ketentaraan Israel sebaliknya adalah daripada sesi latihan al Qassam.

Briged al Qassam ini juga sangat terkenal dengan roket artileri al-Qassam yang merupakan roket buatan sendiri. Roket ini sering membawa kemusnahan musuh di tanah suci Palestin yang dijajah serta memberikan kesan trauma mental kepada masyarakat penjajah Israel.

Saya juga berkesempatan menyaksikan satu sesi latihan ketenteraan Brideg al Qassam ini yang menggunakan peluru hidup, bom tangan, senapang AK-47, mesingan dan roket grenad. Bergegar rasanya hati kecil ini ketika menyaksikan demonstrasi yang cukup membuktikan kehebatan generasi muda Palestin ini.


Bersujud syukur selepas menjalani operasi

Sesudah sesi latihan itu, kesemua pemuda-pemuda ini berkumpul dan bersujud syukur sebagai satu amalan penting pada setiap kali tamat satu pertempuran melawan tentera Zionis.

Dengan pelbagai maklumat dan diikuti oleh pertemuan yang bermakna ini, saya pasti bahawa mereka adalah generasi pemuda perindu syahid yang begitu digeruni oleh pasukan tentera penjajah Israel yang berjumlah seramai 720,000 orang yang turut mempunyai pelbagai kelengkapan teknologi ketenteraan yang canggih

Pemuda Briged Al-Qassam melakukan sujud syukur setiap kali pulang daripada bertempur dengan tentera Israel.

Sebelum berpisah, seorang pemuda al Qassal menghampiri saya dan bertanya asal usul kami. Apabila diberitahu daripada Malaysia, dia lantas menjawab bahawa tanah ini juga milik umat Islam di Malaysia. Tentunya jawapan ini begitu mendalam dan menggugah hati sanubari saya.

Ketika berpeluang untuk mengajukan soalan kepada beberapa anak muda Palestin di Gaza samada mereka adalah daripada al Qassam atau tidak, kebanyakan mereka hanya tersenyum kerana mereka biasanya mengistiharkan diri mereka sebagai al Qassam secara terbuka.



Pemuda al Qassam - generasi pemburu syahid


Subhanallah…merekalah generasi anak muda yang merindui kemuliaan mati syahid dan masing-masing bekerja kuat bagi menagih keistimewaan syahid seperti maksud sabdaan Rasulullah :

“Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:

1-diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar.

2-melihat tempatnya di dalam surga.

3-dilindungi dari azab kubur.

4-terjamin keamanannya dari malapetaka besar.

5-merasakan kemanisan iman,

6-dikahwinkan dengan bidadari,

7-dan diperkenankan memeberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya”

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

kredit: Dr Zainur Rashid Zainuddin - zainurrashid.com


Salam Uklhuwah..~

Jumaat, 23 November 2012

Secebis Cerita Duka Dari Gangnam




KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM

Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,

"Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh.."

"Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.

Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?"

Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan.."

"Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya.

"Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan nada yang tegas dan berani.

"Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu.." jawab saya serta-merta.

Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.

"Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya.

"Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan.

"Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.
Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.

"Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali.

"Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.

Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,

"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."

Kemudian dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa.

"Ok, kemudian..?" tukas saya lagi ingin tahu.

"Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi.

"Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi.

"Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter.."

"Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak."

"Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…"

"Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja.

"Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka."

"Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan."

"Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya... saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh."

Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.

Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,

"Hey, please don't cry here… people will look to us. Please calm down. I'm sorry so much to make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.

Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini.."

"Ia ok... ia ok... ia ok... (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia."

Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,

"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea."
"Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri."
"Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa."

"Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya."

Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan."

Setelah itu dia diam dan meminum minumannya...

"Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya.

"Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.

"Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan... apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.

"Kamu agak saya berumur berapa…?"

"Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu."

"Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.

"Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..." kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.

"Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" tukasnya dengan nada yang keras.

"Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka."

"Whoa... kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam..." balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki menggunakan straw.

"Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan.." balasnya pantas kepada saya.

"Tidak, tidak... saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani." balas saya kembali untuk menenangkannya.

"Oh ya, adakah kamu datang sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami kamu dan kerjaya kamu di Korea?" tanya saya kepadanya dengan meneka-neka.

"Hahaha, saya masih belum bersuami dan saya telah menjual segala apa yang saya ada di Korea untuk datang ke sini. Saya mahu belajar bahasa Arab di sini dan merancang mahu ke Mesir atau ke Islamic Center di Chicago selepas ini untuk belajar lebih banyak tentang Islam di sana. Kamu juga tahu, Timur Tengah kini tidak stabil dan saya masih ragu-ragu untuk ke Timur Tengah. Imam yang mengislamkan saya itu pernah memberitahu saya bahawa dahulunya dia belajar bahasa Arab dan agama Islam di Syria di sebuah universiti yang namanya An-Nur." jawabnya dengan reaksi yang kembali ceria sambil tersenyum.

"Oh dulu saya juga pernah belajar di Syria, dan universiti itu namanya Universiti Abu Nur." jawab saya.

"Oh benarkah? Ceritakan kepada saya tentang Syria... saya bertuah bertemu dengan kamu." tukasnya teruja dengan muka yang sangat gembira.

Sesampainya di sini perbualan kami mula bertukar topik kepada isu Syria dan pergolakan di Timur Tengah serta topik-topik lain yang sudah tiada kena-mengena dengan Gangnam. Saya juga bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang diri saya kepadanya sebagai membalas kisah hidupnya yang telah dia ceritakan kepada saya.

Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada orang belanja.

Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.

Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.

Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.

Di dalam hati saya sepanjang pulang, "Allahu Rabbi.... alhmdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah." Sambil kaki saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket jubah putih kiri dan kanan seraya muka menunduk ke arah tanah...

Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar berlaku di negara Korea yang maju.. bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita. Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang dilindungi oleh orang-orang besar.

Allahu Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini... Ya Allah, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat...

[Kisah benar ini selesai ditulis semula pada: hari Ahad, 07 Oktober 2012, 10.55 AM]


kredit: Mohamad Sidik


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 22 November 2012

Perkara Sunat Di hari Asyura

Gambar sekedar hiasan sahaja



Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram, bersamaan Sabtu, 24 Nov 2012) 

Antara perkara-perkara sunat dilakukan pada hari Asyura ialah;

1. Melapangkan masa untuk bersana keluarga atau belanja anak isteri,
suami dan  isteri-isteri. 

fadhilat - Allah s.w.t. akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 



2. Memuliakan fakir miskin.

fadhilat - Allah s.w.t. akan melapangkannya dalam kubur nanti. 



3. Menahan marah.

fadhilat - Di akhirat nanti Allah s.w.t. akan memasukkannya
ke dalam golongan yang redha. 



4. Menunjukkan orang sesat.
fadhilat - Allah s.w.t. akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 


5. Menyapu atau mengusap kepala (ubun-ubun) anak yatim
fadhilat - Allah s.w.t. akan mengurniakan sepohon pokok di syurga
bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya. 


6. Bersedekah.
fadhilat - Allah s.w.t. akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari 
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.




7. Memelihara kehormatan diri.
fadhilat - Allah s.w.t. akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat,
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'.


9. Bercelak.
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu. 


10. Membaca 'Qulhuwallah' hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah s.w.t. akan memandanginya dengan pandangan Rahmah diakhirat nanti. 


11. Sembahyang sunat empat raka'at.
fadhilat - Allah s.w.t. akan mengampunkan dosanya walau telah
berlarutan selama 50 tahun melakukannya.

lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat raka'at kerana Allah Taala'
Pada raka'at pertama dan kedua selepas fatihah di baca 'Qulhuwallah' sebelas kali. 


12. Membaca.
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini . 


13. Menjamu orang berbuka puasa.
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 


14. Puasa.
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada api neraka.



Insya'allah..

Bukan semua yang tercatat diatas tu tepat. Tapi mana-mana yang elok tu ambillah ia sebagai amalan yang baik dan mana-mana yang tidak betul itu adalah kesilapan serta kealpaan manusia yang memang bersifat lemah dan baharu.

Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain. Sila share


kredit: rakangroup



Salam Ukhuwah..~

Rabu, 21 November 2012

Sifat Penipu Dan Dusta



Kitab
‘Madha Ya’ni Intim’i Lil-Islam’ 
(Apa ertinya saya menganut Islam)
oleh Ustaz Fathi Yakan menyebut
seseorang muslim itu wajib bersifat benar,
tidak berdusta (penipu).

Berkata benar lah sekali pun kepada diri sendiri,
walaupun pahit kerana takut kepada Allah.

Jangan kerana ada kepentingan duniawi
dan takut kepada celaan manusia kita sanggup berdusta.

Sifat dusta adalah sifat yang paling jahat dan paling hina malahan
ia menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan.

Seorang yang memelihara dirinya dari kebiasaan berdusta
bererti ia memiliki pertahanan dan benteng yang dapat menghalang
dari was-was syaitan dan lontaran lontarannya.

Berhati hati dan memelihara diri dari sifat dusta
akan menjadikan jiwa seorang itu mempunyai pertahanan
dan benteng kukuh menghadapi hasutan dan tipu daya syaitan.
Dengan demikian jiwa seseorang akan bersih,
mulia dan terhindar dari tipu daya syaitan.

Sebaliknya sifat dusta meruntuhkan jiwa dan
membawa kehinaan kepada peribadi insan.
Lantaran itu Islam mengharamkan sifat dusta dan
menganggap sebagai satu penyakit dari
penyakit yang di laknat.


Kitab ini memetik Hadis Rasulullah SAW yang maksudnya berbunyi:

"Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan
dan sesungguhnya kebajikan itu membawa ke syurga.
Seorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah dicatat di sisi Allah
sebagai seorang yang benar".

"Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman
(kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka.
Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat
di sisi Allah 
sebagai seorang pendusta".


kredit:
(Muttafaqun ‘alaihi)



Salam Ukhuwah..~