Ahad, 9 September 2012

Syarat Sah Negara Islam_Mari Muhasabah Diri



Dalam al-Quran ada jaminan daripada Allah s.w.t. bahawa
orang-orang Islam adalah umat yang terbaik disisiNya.
Malah lebih baik daripada umat lain yang di berikan
kitab-kitab terdahulu, iaitu orang-orang
Nasrani dan Yahudi.



“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab (Nasrani dan Yahudi) beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakkan mereka adalah orang orang fasik”. 
(Ali Imran 3:110)

Lalu Allah berjanji bahawa umat lain tidak akan berjaya memudaratkan umat Islam, dan mereka akan kalah jika memerangi kita. "Mereka (Ahli kitab) sekali kali tidak akan dapat membuat mudarat kepada kamu, selain daripada gangguan-gangguan celaan saja, dan jika mereka berperang dengan kamu, pasti mereka berbalik melarikan diri ke belakang (kalah). Kemudian mereka tidak mendapat pertolongan”. 
(Ali Imran 3:111)

Jaminan Allah s.w.t. ini telah di sempurnakan kepada umat Islam pada zaman Rasulullah s.a.w.  sehingga Islam beroleh kemenangan demi kemenangan. Janji Allah s.w.t. itu juga berlaku kepada umat Islam pada zaman selepas Rasulullah s.a.w. selama lebih satu alaf hingga ke abad ke 19. Islam juga berkembang sampai ke Eropah tetapi akhirnya tewas dan di tindas sehingga hari ini.

Disamping berkembang ke dua pertiga pelosok dunia, Islam juga menempa kecermerlangan dalam perbagai bidang kehidupan dunia. Akhirnya, di samping tewas di medan peperangan, umat Islam juga kebelakang dalam bidang-bidang duniawi yang dulunya mereka pelopori.

Pada hari ini, selalu sangat ditanya kenapa umat Islam jadi begini? Malah soalan yang sama terus berulang ulang , sehingga sudah sampai keperingkat menjemukan.  Jemu kerana seolah-olah tiada jawapan yang tepat lantaran keadaan tidak juga berubah.

Antara jawapan yang paling popular terhadap kedaifan umat Islam hari ini, ialah mereka tidak bersatu. Jika dipanjangkan persoalan tidak bersatu ini kepada semua orang Islam , mereka akan bersetuju termasuk yang sedang bergaduh dan berbunuh sesama sendiri. Anehnya umat Islam terus tidak bersatu dan semakin bergaduh, malah berbunuh sesama sendiri. Selain berbunuh sesama sendiri mereka turut di sembelih oleh tentera negara negara “Ahli Kitab”.

Kenapa keadaan yang menimpa umat Islam sekarang sangat berbeza daripada zaman Rasulullah s.a.w. Pasa zaman itu, tentera Ahli Kitab termasuk pasukan Rom yang paling kuat pada zaman tersebut juga tidak dapat menewaskan tentera Islam. Amat benar janji Allah s.w.t. sebagaimana ayat 111 surah Ali Imran itu.

Oleh kerana ayat 111 itu adalah kesinambungan ayat 110, maka eloklah didalami kandungan ayat 110 itu. Firman Allah s.w.t. dalam ayat itu ialah “ Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.”

Ada tiga elemen dalam ayat ini yang Allah tegaskan sebagai kualiti atau kriteria yang menjadikan umat Islam sebagai umat yang terbaik dilahirkan untuk manusia.Tiga eleman itu ialah menyuruh kepada yang makruf, mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah s.w.t.

Marilah kita umat Islam bermuhasabah atau menilai diri sendiri, sama ada kita pada umumnya masih memiliki tiga kriteria tersebut. Usahlah kita pergi jauh ke negara-negara lain tetapi eloklah sekadar melihat apa yang berlaku di dalam Malaysia sahaja.

Mislanya, kita sekadar menjenguk apa yang terbaru berlaku dalam insiden perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012. Siapakah yang mengganas dan tercedera? Tak ambil kira samada peserta himpunan atau polis yang melakukan. Adakah mereka orang Islam atau bukan Islam?

Sudah tentulah apa yang berlaku adalah kemungkaran semata-mata. Dimana letaknya sifat menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar? Kita boleh kata bahawa yang mengganas itu orang muda? Yang tua sekadar jadi pemimpin pemimpin mereka. Maka layaklah di tanya kepada pemimpin-pemimpin yang tua itu, apakah yang mereka lakukan untuk mencegah berlaku kemungkaran pada hari tersebut? Jawapannya, mereka bukan sahaja tidak mencegah, malah menyuruh orang orang muda melakukannya dengan arahan supaya datang berhimpun dan kemudian buat huru-hara.

Seterusnya boleh ditanya lagi, adakah orang-orang beriman tergamak melakukan perkara-perkara yang telah mendorong keganasan itu?

Sudah tentulah musuh Islam iaitu Ahli Kitab seronok dengan apa yang telah berlaku keatas sebuah negara yang menjadi ahli aktif OIC dan di anggap antara yang termaju di antara negara-negara Islam.

Ini hanyalah contoh terdekat dan terbaru mengenai kegagalan umat Islam memenuhi kriteria yang Allah s.w.t. tetapkan dalam ayat 110 Ali Imran itu. Orang-orang yang dilahirkan dalam agama Islam dan mengaku Islam tidak lagi menjadi umat yang menyuruh kepada yang makruf, mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah s.w.t.

Mereka bukan sahaja terlibat dalan himpunan Bersih 3.0 malah menjadi pengikut kepada seorang bukan Islam yang menganjurkannya. Ramai juga bukan Islam menyertai perhimpunan itu tetapi pada umumnya perangai mereka tidaklah seburuk pemuda pemuda ganas yang kononnya beragama Islam.

Jika kita menjenguk lebih jauh ke bab-bab lain, tentulah jawapan kepada bencana yang menimpa umat Islam pada hari ini lebih jelas. Siapakah yang paling ramai dalam penjara? Siapakah yang paling ramai dalam pusat pemulihan dadah. Siapakah yang paling banyak melakukan rasuah? Jika umat Islam sekarang tidak melakukan perbuatan mungkar, tentulah mereka menjadi umat yang terbaik dan kuat sebagaimana umat Islam terdahulu. Tentulah Allah akan memberikan pertolongan sebagaimana janjiNya dalam ayat 111 Ali Imran.

Malangnya umat Islam hari ini ramai saperti buih, tetapi mereka tidak lagi mendapat pertolongan Allah s.w.t. kerana mereka bukan sahaja tidak menyuruh kepada perbuatan makruf, malah menyeru kepada kemungkaran dan semakin sedikit yang beriman kepada Allah. Kalau beriman kepada Allah, tentulah mereka mematuhi perintah dan larangan Allah s.w.t. yang dinyatakan dengan jelas dalam Quran.

Selagi majoriti umat Islam gagal memenuhi kriteria ini, jangan haraplah kita dapat bangkit cemerlang saperti zaman kegemilangan Islam dulu.

Hakikatnya kita tidak boleh bangkit sendiri, tetapi segalanya adalah atas ketentuan Allah.Kita hanyalah sekadar sebab musabab ketentuan Nya.


kredit: Fitrah


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan