Ahad, 19 Ogos 2012

Doa Adalah Intipadi Ibadah


Selamat Hari Raya Aidil Fitri

segala silap salah mohon dimaafkan segala.


Antara amalan yang baik kita kerjakan dimalam raya ialah solah Tahajud, solah Taubat, membaca al Quran dan kalau dah penat tutuplah ibadah itu dengan solah Witir 1 atau 3 rakaat.

Daripada Abi Umamah r.a, daripada Nabi Muhammad SAW bersabda: 

“ Sesiapa mengerjakan amal ibadat pada malam hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dengan mengharapkan keredhaan Allah s.n.t. semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari qiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur engkar) pada hari itu.”
(Hadith riwayat Ibnu Majah)

Namun dalam setiap amal ibadah yang kita lakukan janganlah pula kita lupa untuk berdoa kerana doa adalah intipati kepada Ibadah. Sebab itu setiap selesai solah disarankan kita membaca doa.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

”Tiadalah di atas dunia ini seorang Muslim yang berdoa melainkan akan diperkenankan Tuhan atau dipalingkan daripadanya kejahatan selama dia tidak berdoa perkara-perkara yang berdosa atau membuat perkara yang memutuskan tali persaudaraan. Lantas seorang lelaki berkata: “Kalau begitu kita perbanyakkan doa? Jawab baginda: “ Di sisi Allah (penerimaan) lebih banyak.”
(Hadith riwayat at-Tirmizi)


Huraian :-

i) Setiap umat Islam dituntut supaya berdoa kerana doa adalah inti pati kepada segala ibadah. Orang yang enggan berdoa dianggap sebagai orang yang sombong, takbur dan bongkak.

ii) Ketika berdoa, kita hendaklah peka kepada apa yang didoakan (dipohon), janganlah berdoa dengan mulut sahaja sedangkan hati kita lalai. Sebaliknya hadirkan hati serta hayati apa yang dipohonkan itu serta yakin bahawa Allah akan menerima doa tersebut kerana sesungguhnya Allah S.W.T tidak akan memperkenankan doa orang yang hatinya lalai dan alpa.

iii) Supaya doa dimakbulkan, hendaklah kita mematuhi adab-adab berdoa serta memilih masa dan tempat yang sesuai kerana Allah dengan sifat-Nya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang tidak akan mensia-siakan doa hamba-Nya selama mana apa yang diminta itu merupakan perkara-perkara yang baik. Begitu juga Allah yang sifat-Nya yang Maha Pengampun tidak akan menolak doa hambanya yang beristighfar dan berdoa memohon keampunan dari segala dosa yang telah dilakukan.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan