Khamis, 9 Februari 2012

Petua Panas Badan


Hari ini cuaca sebelah siang begitu panas, maklum matahari sedaang dalam perjalanan balik semula ke garisan khatul-istiwa. Matahari dijangka memasuki garisan khatul istiwa pada 18hb Mac 2012.

Berikut diberikan beberapa panduan untuk menangani panas badan termasuk panas badan ketika kehamilan.

1) Anda digalakkan minum minuman air suam dengan sekerap yang mungkin bagi menggantikan peluh yang telah keluar dari badan anda akibat dari kekerapan membuang air kecil. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang hamil.

2) Disarankan agar mengambil makanan yang mengandungi cairan seperti bubur, juz buah-buahan yogurt dan sebagainya.

3) Memakai pakaian yang selesa tidak terlalu ketat atau longgar. Sebaiknya memakai pakaian yang dihasilkan daripada kapas agar ia mudah menyerap peluh di tubuh anda.

4) Di sarankan agar memakai tapak kasut yang rata, sisi ruang atas dan hadapannya terbuka. Ini memudahkan kulit kaki anda bernafas dengan baik di samping dapat menampung kaki anda yang mula membengkak jika anda sedang hamil.

5) Basahkan wajah anda dengan tuala basah bagi menyejukkan tubuh yang berpeluh dan panas.

6) Pada waktu siang mandi dengan sekerap yang mungkin. Manakala pada waktu belah petang atau malam pula Tok Wan sarankan agar anda mandi dengan air panas suam-suam kuku kerana ia berupaya untuk anda tidur dengan lebih nyenyak.

Moga sedikit pengetahuan ini berupaya membantu menyelesaikan masalah panas badan anda.


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan