Ahad, 19 Februari 2012

Apabila Anda Marah


Apabila Anda marah, Anda sebenarnya sedang meletakkan diri Anda di depan pintu gerbang sikap negatif.



Marah adalah emosi negatif paling kuat.

Sesiapa yang selalu marah maka dia adalah orang beremosi negatif. Sikapnya juga automatik jadi negatif.

Emosi negatif lain adalah benci, dendam, sakit hati, cemburu.



Marah Sifatnya Api

Apa saja yang bersifat api akan memusnahkan.

Memusnahkan persahabatan, memusnahkan motivasi, memusnahkan cinta antara suami isteri,

memusnahkan cinta antara seorang hamba dengan TUHAN juga memusnahkan iman di dalam diri.



Amatlah merugikan jika anda kehilangan yang di miliki hanya kerana menurut nafsu amarah

demi kepuasan diri yang sementara.



Apabila Anda marah, berikut adalah dua perkara yang Anda perlu lakukan.





1. Cuba bertenang.

Jangan lawan marah. Makin di lawan, makin terasa mau marah. Tenangkan diri. Tenangkan emosi.

Tarik nafas supaya Anda beroleh kekuatan untuk menenangkan diri.

Hampirkan diri Anda dengan tempat yang sejuk, yang kurang orang dan kurang kebisingan.

Lebih afdal jika anda dapat mengambil wuduk dengan segera.



2. Amalkan Maaf.



Maafkan orang yang Anda marah dan jangan ingat lagi kesalahannya. Anggap tidak ada apa-apa berlaku.

Anggap macam biasa (Nota: hal ini sangat mencabar. Ia memerlukan latihan berterusan!

Ego mendorong Anda tidak mahu melupakan perkara yang membuat Anda marah.

Hati-hati dengan diri sendiri, termasuk diri saya juga).



3. Turunkan ego.

Bagaimana?

Jangan ungkit pasal siapa Anda, untuk mendabik dada dengan jawatan Anda, duit Anda,

gaji Anda, kedudukan Anda, pangkat Anda, anugerah-anugerah Anda, pujian-pujian yang pernah diberi kepada Anda,

tahap pendidikan Anda, paling penting sekali jangan ungkit kebaikan-kebaikan Anda.



Mengungkit hanya menyebabkan ganjaran pahala menjadi kosong , jangan sampai anda menjadi

orang yang muflis di akhirat walaupun telah membuat beribu-ribu kebaikan.



Ingatlah dosa-dosa Anda. Anda bukan siapa-siapa, cuma hamba yang hina.

Nafas Anda dan nyawa Anda bukan milik Anda (semuanya milik Dia) jadi tidak ada sebab untuk Anda riak

atau menyombong diri.



4. Beristighfarlah.



Mohon ampun kepada Allah. Istighfar dapat mencuci hati dan menghilangkan marah,

seperti mana air biasa menghilangkan kepanasan api yang sedang membara.



Pesanan ini untuk diri saya juga.


kredit: Maslina Omar


Salam Ukhuwah..~

1 ulasan:

  1. tok wan..saya alami dah.sebab marah saya hilang kawan baik..tapi ni mungkin takdirkan...saya redha kalau saya bukan yang terbaik untuk dia..mungkin dia boleh dapat kwan yang lebih baik dari saya...

    p/s:sekadar share cerita.hehe

    BalasPadam