Rabu, 2 November 2011

Akibat Isteri Yang Membayar Mas Kahwin (Dowry) Di India - Isteri di Kongsi


Bagi yang begitu terpengaruh dan asyik dengan cerita Hindi sehingga memperbesar-besarkan India, saya ingin utarakan salah satu budaya yang sangat penting di sana. Jangan mudah sanjung sesiapapun tanpa pengetahuan yang lebih mendalam.

Saya ingin ketengahkan akibat budaya yang mewajibkan wanita membayar dowry ( mas kahwin ) kepada keluarga suami seperti yang diamalkan di India.

1. Kelahiran anak perempuan dianggap sebagai celaka - sehinggakan ramai di kalangan wanita Hindu dinamakan Na-Kusa atau Na-Kushi yang bermakna "Tidak DiKehendaki". rujukan http://news.yahoo.com/285-indian-girls-shed-unwanted-names-122551876.html

2. Seramai 10 juta bayi perempuan baru lahir dibunuh oleh keluarga miskin, kaya mahupun terpelajar. Walaupun banyak peningkatan dari segi akademik, namun BUDAYA BURUK INI MENGATASI AKAL MEREKA. rujukan http://english.aljazeera.net/indepth/features/2011/10/201110415385524923.html

3. Oleh itu, kerajaan India telah mengharamkan Ultra-sound untuk melihat jantina bayi dalam kandungan. Namun begitu, masalah pembunuhan bayi perempuan masih berleluasa. ............ Budaya ini begitu kukuh ......... rujukan http://dieurope.com/articles/e-news/details/article/indian-state-considers-portable-ultrasound-ban/index.html

4. Akibatnya kini lebih ramai lelaki dari wanita. Nisbahnya kini ialah setiap 1,000 lelaki seramai 917 wanita. Pada tahun 2020 ia akan menjadi lebih buruk lagi. Banyak kawasan di India akan menghadapi kekurangan wanita sehingga 30%. rujukan http://english.aljazeera.net/indepth/features/2011/10/201110415385524923.html

5. Hasil budaya buruk ini adalah seperti berikut :

penculikan perempuan dari lokasi lain untuk dikahwinkan

penjualan anak-anak perempuan kepada sindiket

penjualan wanita-wanita Nepal dan Bangladesh sebagai hamba seks

kegiatan sindiket pelacuran meningkat di seluruh India

peningkatan penyakit kelamin dan kes HIV/AIDS

India di dalam kedudukan Nombor 2 di dunia yang mempunyai HIV paling ramai, iaitu 5 juta orang kini. rujukan http://news.bbc.co.uk/2/hi/south_asia/4055143.stm

isteri dipaksa menjadi hamba seks untuk adik-beradik suami. rujukan http://news.yahoo.com/wife-sharing-haunts-indian-villages-girls-decline-083401584.html



Pusingan Budaya Zalim ini sudahpun lengkap :


Budaya Wanita Bayar Mas Kahwin -> Di Anggap Celaka -> Di Bunuh -> Kekurangan Wanita -> Penculikan -> Pelacuran -> Peningkatan Penyakit Kelamin -> Isteri Menjadi Hamba Seks Keluarga Suami.

Hanya menanti ketibaan jutaan anak-anak yang sakit mental hasil perkongsian isteri. Belum ada data penyelidikan lagi.


Bersyukurlah :

Syukur dengan kedatangan Rasulullah saw yang membawa sejahtera dengan SunnahNya.

Syukur dengan hak Wanita Muslim yang telah dimartabatkan oleh Allah swt dan RasulNya.

Syukur kita masih lagi berbudaya Muslim, di mana Suami Membayar Mas Kahwin.


kredit: Mann Trex


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan