Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Rabu, 19 Oktober 2011
Ulama Atau Mursyid Yang Begitu Murah Pada Hari Ini
Hari ini, orang yang berkata-kata kesat, tidak memelihara hak sesama Muslim saperti mengata,memfitnah, mengaibkan dan menjatuhkan maruah orang lain , merendah rendah kan umat Islam, bahkan mencaci dan mengkafir sesama Muslim, tidak menghormati Rasulullah SAW dan ahli keluarga baginda r.a., tidak menghormati ulama ulama terdahulu dan terus dipanggil seorang ulama atau mursyid kerana mereka popular di dalam program TV dan internet ataupun menggenggam segulung ijazah PhD ataupun memimpin sebuah parti politik, atau memasuki parti politik atau menubuhkan persatuan di atas nama persatuan ulama atau memimpin sebuah NGO Islam dan sebagainya. Sungguh murah gelaran ulama ini.
Al-Quran tidak menyatakan sifat para ulama itu sebagai mereka yang suka mencabar orang lain untuk berdebat2 atau petah berkata2,atau ramai pendengar apabila berceramah, atau banyak karangannya atau banyak pengikutnya atau luas pengaruhnya atau hebat fizikalnya atau memiliki PhD atau gelaran Profesor dan lain-lain. Namun begitu, al-Quran mengunci kemas istilah ulama itu dengan “ketakutan kepada Allah SWT”.
Imam al-Ghazali menyatakan lima ciri-ciri yang ada pada para ulama’ yang besar yang disepakati ummat ini seperti Imam al-Shafie, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad Ibn Hanbal dan Imam Sufyan al-Thawi iaitu:
“Setiap daripada mereka itu kuat ibadahnya, zuhud, berilmu dengan ilmu-ilmu akhirat, dan faqih di dalam maslahat makhluk di dunia (faqih dalam ilmu hukum ahkam zahir fiqh), dan mengkehendaki dengan ilmu mereka keredaan Allah”
Seorang ulama atau mursyid bukan sahaja mempunyai ciri-ciri ini, namun dia juga mampu mendidik ciri-ciri ini pada anak-anak didiknya,ahli ahli jemaah atau partinya dan masyarakat sekiranya sekaliannya mempunyai niat yang benar dan sahih.
Jadi, sedarlah kita bahawa kedudukan ulama atau mursyid itu terlalu tinggi untuk dimurahkan istilahnya pada hari ini. Ambillah pengajaran al-Quran.
Semoga Allah SWT menunjukkan kita jalan yang lurus. Al-Fatihah
kredit: Fitrah Islami
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan