Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Rabu, 19 Oktober 2011
Terima Kasih Mak Ayah...Maafkan Adek
"Adik solat, dengar azan tak? Jangan buat tak dengar pula, dah masuk waktu ni." Mula-mula perlahan sahaja suara emak.
Emak aku suka berleter. Hari-hari dia berleter. Kadang-kadang aku tertanya-tanya sendirian, tidak jemukah dia berbuat demikian. Tetapi apabila aku imbau kembali, leteran emak semuanya untuk kebaikan aku. Cuma aku sahaja yang tidak boleh menerimanya.
"Kejap, kejap, kejap." Aku masih dengan sikapku yang suka-suka berlengah.
"Solat..." Emak mula meninggikan suara.
"Nanti adik buatlah, bukan adik tak buat langsung." Jawabku.
Itulah sikapku, sukar untuk dihakiskan dalam diriku. Aku memang suka bertangguh-tangguh dalam membuat sesuatu perkara baik dalam solat atau apa sahaja. Itulah yang menjadi punca leteran emak untukku setiap hari.
"Kenapalah mak ni suka berleter, bising aje." Setiap leteran emak, aku anggap sebagai mengganggu ketenteramku.
"Mak tak pernah pun suruh anak-anak mak buat benda-benda yang tak baik. Mak suruh solat, mengaji al-Quran. Semua itu untuk kebaikan diri masing-masing." Kata emak.
Dengan leteran emak setiap hari, membuatkan aku tidak betah duduk di rumah. Apabila cuti sekolah menjelang, aku lebih suka ke rumah emak saudaraku. Aman sedikit, tidaklah perlu mendengar leteran setiap hari.
Apabila ajal menghampiri, Malaikat maut tidak akan mendengar kata kita. Tidak ada perkataan 'sekejap'. Siapa kita dengan Malaikat. Emak selalu berkata begitu, apabila aku suka bertangguh dalam mengerjakan solat.
Dalam keluargaku, cuma aku sahaja yang bersikap sedemikian. Dalam 24 jam sehari semalam, lima waktu juga aku akan mendengar leteran emak. Solat Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Memang wajib setiap hari emak akan berleter diantara lima waktu itu.
Kadang-kadang sikap bertangguhku itu menguji kesabaran emak. Aku tetap melengah-lengahkan waktu solatku. Bila emak hilang kesabaran, memang sakit tubuh badanku di kerjakan oleh emak.
Emak kata lebih baik aku dihukumnya di dunia sebelum aku menerima hukuman di alam Barzakh. Ngeri juga aku bila membayangkan azab yang bakal aku terima akibat sikapku yang suka melengah-lengahkan waktu solat.
Aku bukannya tidak tahu, solat lima waktu wajib bagi setiap umat Islam. Solat juga tiang agama dan solat juga mencegah kemungkaran. Semuanya aku tahu. Tetapi aku tetap tidak boleh kikis sikapku yang suka melengah-lengahkan waktu solat.
Kadang-kadang emak dan ayah aku perdengarkan aku firman-firman Allah S.W.T dan sabda-sabda Rasulullah S.A.W, mengenai kewajipan solat lima waktu. Antaranya ialah:
Allah S.W.T berfirman dalam surah Hud ayat: 114 yang bermaksud:
"Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat."
Firman Allah S.W.T dalam surah Taha ayat: 132:
"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."
Rasulullah S.A.W juga bersabda:
"Allah S.W.T telah berfirman, Aku telah memfardukan ke atas umatku solat lima (waktu). Aku sungguh-sungguh telah berjanji dengan diri-Ku bahawa sesiapa yang menjaga solat tepat pada waktunya maka Aku bertanggungjawab untuk memasukkannya ke dalam syurga. Sebaliknya bagi sesiapa yang tidak menjaga solat Aku langsung tidak bertanggungjawab ke atasnya." (Riwayat Imam Abu Daud,Ibnu Majah dll)
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesiapa yang menjaga solat maka pada hari kiamat, solatnya akan menjadi nur, pembela dan penyelamatkan baginya. Sesiapa yang tidak menjaga solatnya, tiadalah baginya cahaya, pembela dan penyelamat.Pada hari kiamat, dia akan bersama-sama Firaun, Haman dan Ubai bin Khalaf". (Riwayat Iman Ahmad dan Ibnu Hibban)
Emak dan ayah juga ada perdengarkan untukku balasan orang-orang yang suka melengah-lengahkan dan meninggalkan waktu solat. Antaranya ialah:
Rasullullah S.A.W :
"Jangan melambat-lambatkan dalam tiga perkara. Pertama: Solat, apabila telah masuk waktunya. Kedua: Pengebumian mayat, apabila jenazah sudah disiapkan. Ketiga: Mengahwinkan seorang wanita, apabila jodoh yang sesuai sudah didapati".
Sabda Rasullullah S.A.W:
"Seseorang yang meninggalkan solat sehingga terluput waktunya, kemudian menqadakan solat itu maka dia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah sama dengan lapan puluh tahun. Satu tahun mengandungi tiga ratus enam puluh hari (di akhirat) adalah sama dengan seribu tahun (di dunia Ini)."
Sesetengah ulama berkata bahawa terdapat dalam hadis, sesiapa yang menjaga solatnya maka Allah S.W.T akan mengurniakan lima keistimewaan.
1. Akan diangkatkan kesempitan hidup di dunia daripadanya.
2. Akan dihindarkan daripada azab kubur.
3. Dia akan menerima buku catatan amalnya melalui tangan kanan.
4. Akan melintasi titian sirat sepantas kilat .
5.Akan memasuki syurga tanpa hisab.
Sesiapa meringan-ringankan solat, lima siksaan di dunia ini, tiga seksaan di dalam kubur dan tiga seksaan semasa dibangkitkan dari kubur.
Seksaan semasa di dunia:
1. Dicabut keberkatan umurnya.
2. Dihapuskan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya.
3. Allah S.W.T tidak mengganjari setiap amalan yang dilakukan olehnya.
4. Doanya tidak akan diangkat ke langit (doanya tidak akan diterima).
5. Dia tidak akan mendapat bahagian dalam doa orang soleh.
Seksaan yang menimpanya ketika mati ialah:
1. Dia akan mati dalam keadaan hina.
2. Dia akan mati dalam keadaan lapar .
3. Dia akan mati dalam keadaan dahaga,sehingga jika dia diberi minum air sebanyak lautan di dunia pun tidak akan dapat menghilangkan hausnya.
Seksaan yang akan menimpa ketika di dalam kubur ialah:
1. Kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuknya berceragah antara satu sama lain.
2. Api dinyalakan di dalam kuburnya dan dia akan dibalik-balikkan di atas bara api siang dan malam.
3. Seekor ular yang besar bernama "Ashsyuja 'ul-Aqra' " akan dilepaskan ke atasnya.Kedua-dua mata ular itu dibuat daripada api dan kuku ular itu dibuat daripada besi. Panjangnya setiap kuku ular itu sejauh satu hari perjalanan. Ular tersebut akan berkata dengan suara yang gemuruh seumpama petir, "Aku Ashsyuja'ul-Aqra. Aku diperintahkan oleh Tuhanku supaya memukul kamu kerana kamu meninggalkan solat subuh sehingga naik matahari, kerana meninggalkan solat solat Zuhur hingga Asar, kerana meninggalkan solat Asar hingga Maghrib, kerana meninggalkan solat Maghrib hingga Isyak, kerana meninggalkan solat Isyak hingga Subuh."Setiap kali ular itu memukulnya, dia akan terbenam ke dalam bumi sejauh tujuh puluh hasta. Dia akan diazab berterusan di dalam kubur sehingga hari Kiamat.
Manakala seksaan yang akan menimpanya ketika dibangkitkan dari kubur pada hari Kiamat di padang mahsyar ialah:
1. Penghisabannya amat berat.
2. Dia dimurkai Allah S.W.T.
3. Dia akan dimasukkan ke dalam neraka.
Ya Allah ngerinya. Takut untuk aku menghadapinya. Mendengarnya sudah pun ngeri. Tambahlah untuk menghadapinya. Bertambah lagi kengeriaannya.
"Mak, adik minta ampun. Adik janji adik takkn tinggal dan lewat-lewatkan solat lagi, sesungguhnya adik takut akan seksaan Allah. Terima kasih mak, terima kasih ayah."
Leteran mak selama ini adalah untuk kebaikan diriku jua.
TERIMA KASIH EMAK, TERIMA KASIH AYAH. MAAFKAN ADIK.
kredit: NORLIA BT KARIA
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan