Ahad, 3 Julai 2011

Pembohongan Seorang Ibu


Baca dulu....dan anda akan faham maksudnya...

Memang sukar utk org lain percaya, tp itulah yg berlaku. Ibu saya memang
seorang pembohong! Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu
membohongi saya. saya perlu catatkan segala pembohongan itu utk menjadi
renungan anda semua.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. saya lahir sebagai seorang
anak lelaki dlm sebuah keluarga yg miskin. Makan minum serba kekurangan.
Kami sering kelaparan. Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa
makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.Sebagai anak yg
masih kecil, saya sering saja merungut. saya menangis mahukan nasi dan
lauk yg banyak. Tapi mak cepat memujuk. Ketika makan, mak sering
memberikan bahagian nasinya utk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk
saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar."- PEMBOHONGAN IBU YANG
PERTAMA.

Ketika saya mulai besar, mak yg gigih sering meluangkan waktu
senggangnya utk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Mak
berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan
untuk pembesaran kami adik-beradik.Pulang memancing, mak memasak gulai
ikan yg segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan
itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang
menempel di tulang drpd bekas sisa ikan yg saya makan tadi. saya sedih
melihat mak seperti itu. Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan
sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat
menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."
-PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai
dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih utk menyara
persekolahan sy, abang dan kakak.Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi,
saya terjaga dari tidur. saya melihat mak sedang membuat kuih
bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala
mak terhangguk kerana terlalu mengantuk. saya berkata: "Mak, tidurlah,
esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata:
"Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi." -PEMBOHONGAN IBU YANG
KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat
menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus
sabar menunggu saya di luar dewan. Mak sering kali saja tersenyum dan
mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian
peperiksaan ini dengan cemerlang.Ketika loceng berbunyi menandakan ujian
sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang
sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak
dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih
kental.Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan
cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum. Tapi mak cepat-cepat
menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."
-PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa
bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami
sekeluarga. Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi
dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.Tapi apalah sangat
kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik
hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak. Anehnya, mak
menolak bantuan itu.Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah
lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang
untuk kami sekeluarga. Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak
mengendahkan nasihat mereka. Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta,
saya tidak perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun
tua. Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak
payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit.
Tetapi mak tidak mahu. Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit
sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.Kakak dan abang yang bekerja
jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi
keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang
tersebut. Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan
susah-susah, mak ada duit." -PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke
peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di sana dibiayai
sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan
cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah
membiayai pengajian saya, juga di luar negara.Dengan gaji yang agak
lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya
di luar negara. Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk
kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau
hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan
pula.Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Mak tidak mahu
menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa
tinggal di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima
berita mak diserang penyakit kanser. Mak mesti dibedah secepat mungkin.
saya menjenguk ibunda tercinta. saya melihat mak terbaring lemah di
katil hospital setelah menjalani pembedahan. Mak yang kelihatan sangat
tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Mak menghadiahkan saya
sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang
menjalari setiap inci tubuhnya. saya dapat melihat dengan jelas betapa
penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah
dan kurus. saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata. saya cium
tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati
saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.
Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak
tak sakit." -PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta
menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan
menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya
sekarang, dan berkata: "MAK, SAYA SAYANGKAN MAK." Tapi tidak saya.
Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun
mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun sy
membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat mak
menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN
MAK...

kredit: Azari bin Tajudin


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan