Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Khamis, 21 Julai 2011
Kepalsuan Hadith Kelebihan Terawih
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam2 ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik, cetak serta media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya dengan harapan semoga mereka dapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya di riwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yg sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bhw Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang2 yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari mana ia diambil, semuanya tak dapat memberikan penjelasan. setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah & lain2 kitab hadis lagi, ia tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab2 hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tiada hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan hadis yang baru diada2kan sehingga ulama2 hadis dulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.
Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih & kedudukannya di dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan2 kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang di pelihara dengan begitu baik oleh ulama2 kita terdahulu.
Rasulullah S.A.W. telah beri amaran terhadap orang yang mengada-ngadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapat hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah direka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yg sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dgn ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdpt dalam kitab hadis shahih? contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan & mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa2nya yang lalu. (Al-Bukhari)
Adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah:
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdpt pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi2 yang lain apatah lagi utk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi2 kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi2 wali sekalipun tak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil2 sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yg terdapat didalamnya tak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yg terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an & hadis2 shohih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. & lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis2 shohih.
4. Di dalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ia dimulai dgn "Ya Ali" sedangkan ulama2 hadis telah mengatakan bahawa hadis2 yang dimulai dengan kata2 ini hanya 2 atau 3 sahaja yang shohih. Yang lainnya adalah palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak2 berkenaan seperti institusi2 agama di peringkat negeri & pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam jaganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah saw sedangkan ia tiada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan & seterusnya beramal dengan hadis2 palsu seperti ini.
SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.
kredit: mat rock
Salam Ukhuwah..~
jadi kesimpulan nya raka'at dari shalat teraweh tuh berapa, menurut hadis atau sumber2 lain...?
BalasPadamsoal nya ada yg melaksanakan 11 raka'at, 23 raka'at dan ada pula yg 31...