Jumaat, 10 Jun 2011

Abdullah Ibnu Abbas Menjawab Beberapa Persoalan Raja Rom


Diriwayatkan bahawa Raja Rom menulis surat kepada Mu'awiyah bin Abi Sufyan yang dibawa oleh seorang utusan.



Isi surat tersebut adalah saperti berikut:



Beritahu kepada ku tentang,

1. Sesuatu yang tidak ada kiblatnya ,
2. Orang yang tidak punya ayah,
3. Orang yang tidak punyai ibu-bapa
4. Dan orang yang tiada kubur nya.
5. Tiga makhluk yang tidak dicipta dalam rahim
6. Sesuatu, setengahnya dan yang tidak terkira.
7. Apakah sumber dari segala sesuatu.

Mu'awiyah ra kemudian mengirimkan surat dan sebiji botol. Botol dan surat tersebut kemudian di hantar kepada Abdullah Ibnu Abbas ra, pakar dan tokoh ulama fiqh agar menjawab surat dari Raja Rom itu.

Ibnu Abbas ra menjawab seperti berikut:

1. Yang tidak punya kiblat adalah Ka'bah.
2. Yang tidak punya Ayah adalah Isa as.
3. Yang tidak punya ibu-bapa ialah Adam as.
4. Yang tidak mempunyai kubur ialah Yunus as. yang ditelan oleh ikan nun.
5. Adapun tiga makhluk yang tidak dicipta dalam rahim ialah domba Nabi Ibrahim as, unta betina Nabi Saleh as, dan ular Nabi Musa as.
6. Adapun sumber dari segala 'sesuatu' itu ialah orang berakal yang menggunakan akalnya.

Adapun separuh dari sesuatu ialah orang yang tidak berakal tetapi mengikuti pendapat orang-orang yang berakal.

Adapun yang tidak terkira ialah orang yang tidak berakal dan tidak mahu mengikuti fikiran orang-orang yang berakal.

7. Kemudian, beliau mengisi botol sehingga penuh dengan air dan berkata, "Air adalah sumber dari segala sesuatu."



Surat jawapan Mu'awiyah dikirimkan kepada Raja Rom yang kagum dengan jawapan-jawapan Abdullah Ibnu Abbas.

kredit: Fitrah Islami


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan