Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Sabtu, 12 Februari 2011
Wudukkan Anggotamu Dengan Tujuh Perkara
Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusof selalu berasa khuatir jikalau ibadahnya kurang khusyuk.Lantas,dia sering bertanya kepada orang yang dianggap lebih warak dan tekun beribadah,bagi memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk itu.
Suatu hari,Isam telah menghadiri majlis yang dikendalikan oleh seorang abid bernama Hatim al-Assam.Di penghujung majlis, Isam pergi mendapatkan abid terkenal itu dan bertanya,
"Wahai Hatim,bagaimanakah caranya tuan solat? "
Jawab Hatim, "Apabila masuk waktu solat,aku berwuduk zahir dan batin."
"Wuduk zahir dan batin ?" Isam bertanya kembali, "Apa maksud tuan?"
Hatim memberitahu,
"Wuduk zahir adalah sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wuduk dengan air.
Sementara wuduk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara,iaitu
BERTAUBAT,
MENYESALI DOSA YANG TELAH DILAKUKAN,
TIDAK MENCARI ATAU MENGHARAP PUJIAN ORANG,
TIDAK TERGILA-GILAKAN DUNIA,
TINGGALKAN SIFAT MEMBANGGA DIRI,
BUANGKAN SIFAT KHIANAT DAN MENIPU, dan yang ketujuh,
MENINGGALKAN SIFAT DENGKI."
Seterusnya Hatim memberitahu,
"Selesai wuduk zahir dan batin, aku pergi ke masjid, kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan membayangkan bahawa aku sedang berhadapan dengan Allah,syurga di sebelah kananku,neraka di sebelah kiriku,malaikat maut di belakangku dan aku kini berdiri di atas titian siratal mustaqim.Aku menganggap bahawa solatku ini adalah solat terakhirku,kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.."
"Setiap bacaan dan doa dalam solat aku fahamkan maknanya,kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk,aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas.Begitulah aku bersolat selama 30 tahun."
Demi mendengar kata-kata itu,Isam terus menangis kerana berasakan selama ini ibadahnya kurang baik berbanding Hatim.
kredit Nina Mazrina
Salam Ukhuwah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan