Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Jumaat, 30 April 2010
Hasad Yang Dibenarkan
Hazrat 'Abdullah bin 'Umar r.anhuma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,
"Tidak dibenarkan sebarang hasad kecuali terhadap dua jenis orang. Seseorang yang Allah subhanahua ta'ala telah merahmatinya dengan pembacaan al Quran maka dia berada dalam keadaan demikian siang dan malam dan seseorang yang dikurniakan harta dan dia membelanjakan harta itu (dijalan Allah subhanahua ta'ala) siang dan malam."
Hadith riwayat Bukhari, Tirmizi dan Nasai
Keterangan
Daripada ayat-ayat al Quran dan hadith-hadith dapatlah diketahui bahawa hasad (dengki) adalah satu perkara yang keji dan diharamkan secara mutlak. Sebaliknya hadith ini membenarkan hasad itu kepada dua jenis orang. Oleh kerana hadith yang mengharamkan hasad itu lebih banyak dan lebih masyur maka para ulama telah menerangkan hadith diatas dengan dua cara.
Pertama, hasad yang terdapat dalam hadith ini difahami dengan makna 'bercita-cita untuk mendapatkan sesuatu daripada orang lain tanpa ada perasaan dengki.' Sifat ini disebut dalam bahasa 'Arab sebagai 'ghibtah'. Perbezaan antara hasad dan 'ghibtah' adalah, hasad merupakan keadaan seseorang yang apabila melihat sebarang nikmat yang ada pada seseorang yang lain maka dia mahukan nikmat itu hilang daripada orang tersebut, tidak kira sama ada nikmat itu diperolehinya ataupun tidak. Sementara 'ghibtah' pula ialah keinginan secara umum supaya nikmat seperti itu yang ada pada orang lain diperolehinya tidak kira sama ada nikmat itu hilang daripada orang itu atau tidak. Oleh kerana hasad adalah haram secara ijmak maka para ulama telah menggunakan lafaz hasad dalam hadith ini secara kiasan dengan makna 'ghibtah'.
'Ghibtah' dibenarkan dalam hal-hal keduniaan dan digalakkan dalam hal-hal agama.
Makna kedua ialah, mungkin juga perkataan itu digunakan secara andaian iaitu kalaulah hasad dibenarkan maka kebenaran itu hanyalah terbatas kepada dua perkara tersebut sahaja.
kredit; Fadzilat Amal
Salam Ukhuwah..~
Rabu, 21 April 2010
Kisah Benar_Pembunuhan Beramai-ramai di Sabra dan Shatila-1982
Ini adalah petikan,secebis kisah pelarian Palestin di Lubnan, Sabra Shatila -1982,yang telah dibunuh kejam secara beramai ramai(massacre genocide ) ,dimuatkan dalam buku yang disunting oleh pejuang asasi-Alijah Gordon, tajuk-‘Rakyat Palestin Bersuara.’ Ramai, termasuk umat islam sendiri yang kurang tahu akan cerita pembunuhan beramai ramai di Sabra dan Shatila. Untuk mendapatkan gambaran jelas, sila dapatkan buku Alijah Gordon, aku Cuma dapat petik satu cerita dari buku itu…..kaw2 punya sedih. Semoga tuhan membalas setiap satu perbuatan mereka yang kejam dan tidak perikemanusiaan.
Kisah Souad Srour Merii (29 tahun)-m.s:73
Saya dan lapan lagi adik beradik saya, 5 lelaki dan 3 perempuan,dilahirkan di Shatila. Saya anak sulung. Kisah yang akan saya paparkan adalah tentang apa yang berlaku keatas diri saya dan keluarga dalam pembunuhan beramai ramai di Sabra-Shatila semasa serangan Israel ke atas Lubnan pada tahun 1982.
Peristiwa itu berlaku pada petang 16 dan pagi 17 sept. Selepas pembunuhan bakal presiden, Bashir gemayel, pada 14hari bulan. Beliau merupakan ketua angkatan tentera Lubnan atau militia kristian fasis yang dipanggil kata’ib (phalange) .Parti ini memang dikenali benar kerna kebencianya kepada rakyat palestin dan kerana ia bersekongkol dengan Israel. Pada 1976, Gemayel dan partinya yang bertanggungjawab keatas pemusnahan 3 kem dikawasan bawah kuasanya, dan mereka menyembelih atau menghalau penghuni kem yang hingga ke hari ini masih menjadi pelarian. Tidak lama selepas pengumuman kematian bakal presiden itu, pembedilan dan tembakan curi semakin berleluasa di kem Shatila.
Pada pukul 5.00 ptg 16 Sept, saya meniggalkan rumah saya untuk pergi ke salah satu tempat berlindung dimana rakan2 saya sedang bersembunyi drp bedilan dan tembakan curi, berhampiran rumah saya telah disapa oleh 3 orang lelaki yang bertanya sama ada tempat itu ialah kem Shatila. Meskipun mereka bertutur dalam bahasa Arab, saya tahu dari pelat mereka bahwa mereka bangsa asing. Mereka beredar apabila saya memberikan jawapan negative pada mereka.
Saya tiba ditempat berlindung dan memberitahu kpada rakan2 tentang apa yang berlaku. Setelah sejam ditempat berlindung saya pun beredar setelah berjanji yang saya akan kembali menjemput rakan2 saya membawa mereka bermalam dirumah saya kerana keadaan tempat berlindung itu tidak selamat,lembab dan tiada bekalan air dan letrik.
Saya pulang ke rumah, menyediakan makan malam untuk adik perempuan dan adik lelaki dan menidurkan mereka. Bapa tidak membenarkan saya seorang diri untuk pergi ke tempat berlindung, dia menyuruh saya membawa Maher, adik lelaki saya. Waktu itu saya berusia 17th dan adik lelaki saya 12th. Sejurus sebelum kami tiba di tempat berlindung, kami mula ternampak pemandangan yang ngeri, tubuh bergelimpangan atas tanah dengan darah yang mengalir.
Kami mendengar suara orang mengerang dan menjerit kesakitan, tiba2 saya mendengar suara orang yang saya kenali, iaitu suara jiran kami Abu Rida, dia mahu kami membantunya.
”Mereka menyembelih kami, membunuh kami, merogol anak gadis dan membawa pergi semua budak perempuan berumur 12th dan 16th.”
Kemudian dia memberitahu kami,”Lari dari rumah kamu, jangan tinggal didalam rumah kamu. Mereka akan datang balik dan membunuh semua orang di Kem.
”Saya bertanya siapa melakukan semua ini, tapi tiba2 kami mendengar suara orang berteriak,
”Kamu anjing masih bernyawaa lagi?”,” belum mampus lagi”?.
Kami terus cabut lari kerumah untuk beritahu ibu-bapa tentang apa yang berlaku dan nasihat jiran kami itu. Kata bapa saya,
”Dijauhkan tuhan, tiada apa2 yang akan berlaku pada keluarga kita.”
Kami tinggal dirumah kami hingga ke subuh esoknya, hari Jumaat 17 Sept. Pada malam itu jiran kami menumpang dirumah kami, seorang wanita hamil yang tidak mengenali sesiapa kecuali kami.
Pada pukul 4.30 pagi esoknya, jiran kami dan adik lelaki saya berusia 11 tahun memutuskan untuk pergi keatas bumbung rumah untuk melihat apa yang sedang berlaku supaya keputusan boleh dibuat samada patut tinggal dirumah atau lari. Mereka (adik lelaki saya) telah dilihat oleh militia yang berada dikawasan bukit, adik lelaki saya ketakutan dan turun dari bumbung dan menceritakan apa yang terjadi, tidak lama selepas itu kami mendengar orang mengetuk pintu, bapa bertanya siapa dan diberitahu mereka adalah askar Israel datang untuk mengeledah rumah, bapa membuka pintu dan kami melihat 13 orang lelaki bersenjata diluar pintu rumah kami. Beberapa orang berdiri diluar pintu, sebilangan lagi pergi ke bumbung dan lain mengelilingi rumah kami untuk menakut nakutkan kami.
Saya berdiri disebelah bapa bersama adik perempuan saya, manakala yang lain berdiri disebelah ibu dan jiran kami. Bapa saya menyambut askar Israel itu dan menyuruh mereka duduk. Salah seorang dari mereka berkata bahwa mereka mahu mengambil segala apa yang kami ada. Saya menyahut, menyakan kenapa dia mahu mengambil segalanya selepas mengambil barang kami yang paling berharga iaitu tanah air kami.
Jawabnya, ”Kamu tengok apa lagi yang akan aku ambil, aku akan mengambil kamu dan adik perempuan kamu!” Bapa merayu kpadanya supaya mengambil semuanya kecuali anak-anaknya, bapa ditumbuk dimukanya dan berdarah. Saya tidak dapat mengawal diri saya dari memekik didepan muka askar2 itu, menanyakan mengapa mereka sanggup memukul lelaki tua.
Saya dipukul dan ditolak dengan kasar ke tanah. Apabila saya terasa sakit,saya memukul balik askar itu. Mereka merampas wang kami 40,000 paun Lubnan, dan semua cincin kami, bahkan cincin perkahwinan bapa.
Salah seorang dari mereka berteriak dan memberikan arahan supaya kami dibawa masuk kedalam bilik. Dia mengarahkan kami berdiri dekat dinding dan tangan kami diangkat atas kepala, dan membelakangi mereka, mereka memerintahkan kami jangan sekali melihat kebelakang.
Adik perempuan saya Shadia yang berusia satu setengah tahun mengangkat tangan sambil memanggil nama ibu kerna ketakutan. Mereka mula menembak kami. Adik bongsu saya-seorang bayi-ditembak dikepala dan otaknya memercik diatas kami, bapa ditembak di jantungnya tetapi dia masih bernyawa. Adik lelaki saya Shadi,3 tahun, Farid-8, Bassam- 11 dan adik perempuan saya Hajar-7 dan Shadia serta jiran kami (yang mengandung) mati serta merta.
Adik lelaki saya, Mahher- 12 dan Ismail-9, terselamat kerna bersembunyi didalam bilik air. Ibu dan adik perempuan saya, Nuhad-16, tercedera tetapi tidak meninggal, manakala saya pula,lumpuh serta merta dan tidak dapat bergerak. Askar2 itu fikir kami semua sudah mati, lalu mereka meninggalkan rumah kami.
Saya mula mejerit bertanyakan siapa yang masih hidup. Ibu, seorang adik perempuan saya dan dua adik laki dalam bilik air menyahut, kemudian bapa menyahut, tetapi cedera parah. Saya menyuruh mereka melarikan diri dan menghantar seseorang untuk selamatkan saya dan bapa. Jadi mereka lari dan tinggallah saya dan bapa yang cedera parah, dikelilingi oleh ahli keluarga saya yang sudah menjadi mayat. Keadaan yang amat menggerunkan itu tidak akan dapat saya lupakan hingga akhir hayat.
Pada jam 10.00 pagi 3 anggota militia datang semula untuk mengambil wang yang tertinggal oleh mereka, mereka ternampak saya menghampiri bapa, mereka pun mula memaki saya dengan kata2 yang sangat lucah dan memberitahu saya.
“Lihat apa yang akan kami lakukan pada kamu dihadapan bapa kamu.”Tiga orang daripada mereka merogol saya, seorang demi seorang, di depan bapa.Kemudian mereka menembak tangan kiri saya dan beredar. Bapa berkata pada saya,
”Semoga tuhan melindungimu,”
Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia tidak sanggup melihat apa yang dilihatnya kerna pada masa itu saya belum ada haid lagi dan apa yang telah terjadi amat mengerikan saya, terutama kerna semuanya berlaku didepan mata bapa saya yang tercedera. (phewww…bab ni aku paling sedih sekali nak baca/tulis…betol punya haram jadah bangsat babi phalangist dan Israel ni!!-im sorry..emosi x dpt aku tahan.-newsfwder)
Mereka datang sekali lagi pada hari yang sama, pada waktu petang, dan ternampak saya sedang minum, merka naik berang mendapati saya masih hidup, lalu mereka menembak saya dua kali dan memukul kepala saya, dan saya terus pengsan. Kemudian malam itu saya terjaga dan terdengar bunyi kucing yang sedang berkeliaran disekeliling mayat ahli keluarga saya. Saya cuba sedaya upaya dengan memggunakan tangan saya yang tidak cedera untuk menutup mayat2 itu, namun saya tidak terdaya. Pagi esoknya, Sabtu 18 Sept, mereka datang lagi, tetapi saya pura2 mati.
Pada pagi hari ahad, seorang askar Lubnan datang untuk bertanyakan khabar sanak saudara dan jiran2 kami, saya cuba untuk menjerit minta tolong tetapi saya tidak dapat bersuara apabila melihat askar itu, dia melihat saya, dan membuka jaketnye dan menutupi tubuh saya yang dalam keadaan bogel, dia membawa saya bersamanya.
Semasa kami keluar dari kem, saya nampak mayat mereka yang disembelih, mayat yang sudah membusung, saya mendengar rintihan disepanjang jalan. Askar itu menyerahkan saya pada anggota Bulan Sabit Lubnan yang serta merta memberi saya bantuan pernafasan. Mereka membawa saya ke Hospital, tetapi saya tidak dibenarkan masuk kerna saya rakyat palestin, saya kemudian dibawa ke hospital American Universiti, disana ada ramai pemberita dan wartawan, tetapi saya tidak dapat bercakap dengan sesiapa. Saya sudah hilang daya untuk bercakap.
Saya dibawa kebilik kecemasan dan dibedah untuk keluarkan peluru dari tubuh saya, saya mula mengalami ganguan jiwa dan hysteria pada bila2 masa sahaja saya teringat peristiwa yang berlaku. Tangan kanan saya tidak cedera, jadi saya meminta kertas dan pen dari doctor. Saya menulis sepotong ayat, bertanya tentang keluarga saya.
Beberapa wartawan dan pemberita yang hadir pada masa itu berjanji untuk membantu mencari keluarga saya. Beberapa hari kemudian, doctor memberitahu bahwa dia ada satu kejutan untuk saya, kejutan itu ialah ibu saya, yang tidak lagi saya kenali, namun dia mula bercakap, mengingatkan saya tentang perkara2 yang membuktikan dia adalah ibu saya. Apabila ibu bertanya tentang bapa, yang tidak diketahuinya sudah meninggal, saya mula meraung dan mengalami ganguan jiwa.
Doktor memberitahu bahwa saya akan ke Tripoli di bahagia utara Lubnan dan dibawa keluar dari sana untuk menjalani rawatan diluar Negara. Ibu mengemaskan barang2 saya dan oleh pemandu ambulan Lubnan dan seorang pengawal lubnan, saya berbaring di tempat duduk belakang kerna saya tidak boleh duduk, saya dipasangkan dengan beg air kencing, Drip intravena dan kelengkapan pernafasan.
Pemandu menyusuri jalan pantai menuju ke Tripoli. Kami tiba di”tempat pemeriksaan Barbara” yang sangat terkenal dulu semasa perang saudara Lubnan, pemandu meminta saya supaya jangan bergerak dan berpura-pura tidur, anggota militia di tempat pemeriksaan itu tergolong dalam angkatan tentera Lubnan berfahaman fasis mengarahkan pemandu dan pengawal keluar dari kereta.M ereka menjelaskan bahwa saya dibawa untuk menjalani rawatan. Dua orang anggota militia itu berkata,
” Kami kenal budak perempuan itu”,apabila saya memandang mereka, dengan serta merta saya mengecam mereka, Mereka berada dirumah saya semasa pembunuhan beramai ramai dulu.
Kami bertiga dibawa didalam jip ‘Phalange Lubnan’. Mereka berkata pada saya, “Sekarang kamu akan mati” dan mereka mengarahkan pengawal untuk menanggalkan pakaianya dan duduk atas sebuah botol, mereka kemudian menembaknya di kepala, dia mati serta merta di depan saya. Selepas itu mereka mencabut beg air kencing dan drip i.v saya, mereka mengambil selimut yang menyelimuti tubuh saya dan merogol saya didepan pemandu kemudian mereka meletakkan saya di atas batu di pantai dalam keadaan bogel, supaya saya mati.
”Sekarang dia akan mati sendiri,” kata mereka. Sepanjang malam saya tinggal dalam keadaan begitu, dengan pemandu itu merenungi saya dengan perasaan belas kasihan, esoknya anggota militia itu datang dan mengarahkan pemandu itu untuk membawa saya pulang semula ketempat asal. Saya dibawa balik ke Hospital Beirut dalam keadaan yang jauh lebih teruk,tidak boleh bercakap langsung dan berjumpa sesiapa dan berterusan mengalami serangan hysteria yang dahsyat.
Selama 2 tahun selepas peristiwa itu saya tidak dapat bercakap, saya duduk di kerusi roda, bersama segala derita yang terpaksa saya terima terbenam dalam jiwa saya. Saya dimasukkan ke hospital selama 4 tahun dan 6 kali menjalani pembedahan. Saya telah meninggalkan Shatila. Saya tidak boleh hidup didalam rumah dimana separuh dari ahli keluarga saya dibunuh dengan kejam. Ibu saya membina semula rumah itu dan kini tinggal bersama 2 adik lelaki saya Maher, Nahed serta adik perempuan saya,Nuhad.
Perlahan lahan saya memulakan hidup baru,sekarang saya boleh berjalan dengan bantuan kasut khas serta tongkat, dan saya bekerja di bengkel pertubuhan bantuan Norway, membuat dan menjual barang kraf tangan.
kredit: rakangroup
Salam Ukhuwah..~
Selasa, 20 April 2010
Arwah Ibu Ziarah Jenazah Anak
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital.
Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.
Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.
Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.
Ustaz," kata wanita itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.
Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya
"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.
"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya.
Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata, dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia memang anak yang baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.
Jawapannya itu memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.Mungkin itulah yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.
Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.
Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,"Orang tua mana pula?" katanya.
Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya, tuturannya serta pakaiannya."Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?
Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?
Ingatlah..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat..Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat,InsyaAllah...
kredit: rakangroup
Salam Ukhuwah..~
Isnin, 19 April 2010
Menjawab Alasan Mereka Yang Tak Nak Menutup Aurat
Sejak akhir-akhir ini, saya seringkali mendapat pertanyaan yang sama mengenai isu-isu aurat. Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat? Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung? Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat? Dan lain-lain lagi.
Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat. Terima kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh. Dan artikel ini bukan sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat muslimah yang bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin sendiri yang mendedah aurat. Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.
1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”
Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga?
Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.
Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.
2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)
3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.
Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” - surah an-Nur ayat 31
kredit: KedahLaNie
Salam Ukhuwah..~
Rabu, 14 April 2010
Bagaimana Seorang Ibu Tertipu Dengan Solatnya - Kisah Benar!
Bolehkah kita tertipu dengan solat kita. Itu persoalan yang menarik untuk kita renungkan dalam kisah yang akan saya ceritakan di bawah ini. Kisah ini merupakan kisah benar sebagaimana yang disampaikan oleh adik kepada seorang ibu yang mempunyai seorang anak perempuan yang terkenal yang sering lakonan iklannya terpapar di kaca TV.
Anak perempuan kepada kakak kawan saya itu mula menjadi pelakon iklan sejak kecil dan iklan yang dilakonkannya kebiasannya berkaitan dengan aktiviti kecergasan seperti sukan. Dalam lakonannya dia akan sering berpakain sukan yang mendedahkan sebahagian besar daripada auratnya untuk mempamerkan aksi sukan. Ketika dia masih kecil mungkin tidak berapa ketara pendedahan auratnya walaupun kita tidak sepatutnya mengajar tabiat tersebut semenjak anak-anak kita masih kecil.
Setelah kanak-kanak perempuan tersebut menjangkau keremajaan maka terdetiklah di dalam hatinya untuk tidak lagi mendedahkan auratnya dalam sebarang aktiviti terutamannya ketika melakonkan aksi-aksi sukan dalam iklan. Dia lalu menyatakan hasrat hatinya kepada ibu tercinta tentang keputusannya tersebut.
Keputusan remaja perempuan itu bermakna akan putuslah sumber pendapatan hasil daripada lakonannya dalam iklan TV sedangkan keluarga mereka selama ini mendapat hasil yang agak lumayan setiap kali dia melakonkan iklan dedah aurat tersebut.
Mendengar luahan hati anak perempuannya itu maka termenunglah sebentar si ibu yang bertudung lingkup itu. Remaja perempuan itu juga menyatakan yang dia mahu menjadikan pakaian bertudung sebagai pakaian hariannya memandangkan sudah timbul rasa malu serta bersalah terhadap Tuhannya.
Lalu si ibu meminta anak remajanya itu bertahan sebentar untuk dia bersolat memohon petunjuk kepada Allah. Anak perempuannya juga mengadu akan halnya kepada bapa saudaranya yang merupakan kawan saya itu dan sudah tentulah dia amat menyokong hasrat anak saudaranya. Lalu bapa saudaranya berbincang dengan ibu remaja tersebut dan perkara yang sama di nyatakan oleh si ibu yang dia mahu memohon petunjuk kapada Allah bagi membuat keputusan.
Lalu si ibu yang memang kuat beribadat berjaga malam dan bersolat tahajjud, solat hajat serta solat Istiqarah bagi mendapatkan keputusan yang baik. Tidak berapa lama daripada itu maka berbincanglah si ibu bersama anaknya beserta kawan saya tadi bagi menyatakan keputusan yang telah di ambil.
Betapa terkejut kawan saya yang merupakan adik kepada si ibu tadi apabila si ibu berkata dia telah mendapat alamat agar anaknya terus berlakon iklan-iklan mendedahkan aurat untuk beberapa lama lagi kerana itu merupakan rezki kurniaan Allah pada keluarga mereka.
Walaupun dihalang oleh kawan saya tadi, si ibu tetap berkeras dengan keputusannya dengan alasan dia telah memohon petunjuk kepada Tuhan dan lansung tidak merasakan keputusannya itu salah. Maka sesallah kawan saya dengan sikap si ibu remaja perempuan itu yang tetap berdegil dengan keputusannya walaupun terang-terang adalah salah.
Begitulah ceritanya sebagaimana yang diceritakan oleh kawan saya ketika berbincang betapa kadangkala kita mampu tertipu dengan amal ibadat kita dan merasakan terselamat dengan amalan ibadat. Hendaklah kita menjadikan cerita ini sebagai pengajaran buat pedoman hidup. Janganlah kita pandang ringan dengan kemampuan syaitan serta nafsu kita dalam menyesatkan diri kita walaupun kita kuat beribadat.
Walau apapun keputusan yang kita ambil ianya hendaklah berlandaskan garis yang telah ditetapkan oleh syariat yang telah lama termaktub dalam Al-Quran serta hendaklah akal rasional sentiasa digunakan dalam apa saja pendekatan kita.
kredit: wartashubhi
Salam Ukhuwah..~
Khamis, 8 April 2010
Pencinta Hebat
PENCINTA TERHEBAT MEMPUNYAI TIGA CIRI-CIRI
1. Pujian
Kebanyakan wanita suka akan pujian maka pujilah ia dengan hati yang ikhlas atau bukan sekadar untuk menyedapkan hatinya sahaja. Tahukah kawan-kawan pujian yang paling cun adalah pada masa dan tempat yang betul.
Seperti contoh si dia tidak suka pada fesyen rambut yang baru dipotongnya. Jangan kamu pula memberikan respon kepadanya “cantik rambut awak”. Sekiranya perkataan tersebut terkeluar dilekuk bibir anda ia bermakna kata-kata tersebut akan dianggap oleh si dia bagai angin lalu bertiup begitu sahaja.. malahan lebih teruk lagi si dia akan menganggap anda seakan mempersendakan potogan rambut barunya itu. Oh..tidak awas! ayat seperti itu akan membuatkan hati pasangan anda menjadi panas.
Sebaiknya apa yang perlu anda lakukan adalah kata-kata yang berlunaskan pujian seperti contoh “”jangan bimbang pasti rambut awak akan tumbuh yang baru dan ianya pasti boleh diperbaiki lagi”. Erm.. paling tidak pun jika anda tidak mampu untuk berkata-kata apa hadiahkanlah ia sebaris senyuman anda kepadanya, pandanglah sebening matanya yang redup ataupun bagi yang sudah berkahwin peluklah pasangan anda untuk meredakan hatinya yang resah itu. Insyallah pasti hatinya akan berasa tenang dan bahagian saat berdampingan denganmu.
2. Menghargai
Semua orang suka dihargai apatah lagi jika penghargaan tersebut akan sedap didengar sekiranya pada orang yang benar-benar kita sayangi. Seperti contoh “sedapnya awak masak harini” ia seharusnya satu penghargaan yang amat bermakna buat pasangan anda. Tidak kiralah masakan yang pasangan anda masak itu sedap, tawar, tidak menjadi tapi ingatlah sekiranya ada terlebih atau terkurang dalam masakannya itu anda harus beringat bahawa setiap masakan yang dimasak oleh air tanganya tidak dapat menandingi masakan orang lain kecuali si dia dan ibu anda.
Sekiranya anda hendak tegur sekalipun katakan padanya dengan nada yang bersahaja tapi persisi mencuit hati ” eh, tadi ada lori bawa garam tapi sayang garamnya tertumpah lebih di tepi jalan.”
3. Pendengar Yang Terbaik
Jadilah seorang pendegar setia yang baik. Sekiranya anda menjadi pendengar setia pada setiap masalah pasangan anda ini bermakna anda seakan memahami segala masalah dalaman dan luarannya.
Anda disarankan tunjukkan pada dia bahawa anda bersungguh-sungguh mendengar segala masalahnya. Dan yang paling penting setelah pasangan anda meluahkan segala permasalahannya anda ajukan pula beberapa persoalan atau pertanyaan berkenaan dengan masalahnya itu agar dia tahu bahawa anda benar-benar serius dalam memahami dan ingin mencari jalan penyelesaian tersebut.
Dari situ si dia akan membuat penilaian bahawa anda merupakan pasangan yang sentiasa ada disampingnya saat dia melalui kesusahan, kesukaran dalam satu-satu masalah andalah tempat dia mengadu dan berteduh kasih.
kredit: rakangroup
Salam Ukhuwah..~
Isnin, 5 April 2010
Kesah Udin
Terlupa Makan
Pada satu malam isteri Udin mengejutkan udin yang sedang nyenyak tidur.
Isteri: Bang, bangun bang...bangun la cepat
Udin: hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie...
Isteri: Abang lupa makan ubatla...cepatla bangun..kan doktor dah pesan kena
makan sebelum masuk tidur.
Udin: Ubat apa ?
Isteri: Ubat tidur.
Udin: @#%^#^????
Nenek Udin
Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.
Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!
Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...
Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)
Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.
Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.
Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK!!!!!
Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh
dari motornya.
Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat
agaknye?
Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!
Udin: Nenek pegang kat mana?
Nenek: pagar rumah.
Udin: "$%^&(#....."
Masalah Pendengaran
Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang
pendengaran.
"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.
"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual
dengannya."
"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan
sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit
darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar,
dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa
jarak maksima pendengarannya."
Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur.
Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada
jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan
menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada
jarak 3 meter.
Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.
Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:
"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"
Rupa2nya si Udin yg pekak!!!!
kredit: rakangroup
Salam Ukhuwah..~