Khamis, 8 April 2010

Pencinta Hebat


PENCINTA TERHEBAT MEMPUNYAI TIGA CIRI-CIRI

1. Pujian

Kebanyakan wanita suka akan pujian maka pujilah ia dengan hati yang ikhlas atau bukan sekadar untuk menyedapkan hatinya sahaja. Tahukah kawan-kawan pujian yang paling cun adalah pada masa dan tempat yang betul.

Seperti contoh si dia tidak suka pada fesyen rambut yang baru dipotongnya. Jangan kamu pula memberikan respon kepadanya “cantik rambut awak”. Sekiranya perkataan tersebut terkeluar dilekuk bibir anda ia bermakna kata-kata tersebut akan dianggap oleh si dia bagai angin lalu bertiup begitu sahaja.. malahan lebih teruk lagi si dia akan menganggap anda seakan mempersendakan potogan rambut barunya itu. Oh..tidak awas! ayat seperti itu akan membuatkan hati pasangan anda menjadi panas.

Sebaiknya apa yang perlu anda lakukan adalah kata-kata yang berlunaskan pujian seperti contoh “”jangan bimbang pasti rambut awak akan tumbuh yang baru dan ianya pasti boleh diperbaiki lagi”. Erm.. paling tidak pun jika anda tidak mampu untuk berkata-kata apa hadiahkanlah ia sebaris senyuman anda kepadanya, pandanglah sebening matanya yang redup ataupun bagi yang sudah berkahwin peluklah pasangan anda untuk meredakan hatinya yang resah itu. Insyallah pasti hatinya akan berasa tenang dan bahagian saat berdampingan denganmu.


2. Menghargai

Semua orang suka dihargai apatah lagi jika penghargaan tersebut akan sedap didengar sekiranya pada orang yang benar-benar kita sayangi. Seperti contoh “sedapnya awak masak harini” ia seharusnya satu penghargaan yang amat bermakna buat pasangan anda. Tidak kiralah masakan yang pasangan anda masak itu sedap, tawar, tidak menjadi tapi ingatlah sekiranya ada terlebih atau terkurang dalam masakannya itu anda harus beringat bahawa setiap masakan yang dimasak oleh air tanganya tidak dapat menandingi masakan orang lain kecuali si dia dan ibu anda.

Sekiranya anda hendak tegur sekalipun katakan padanya dengan nada yang bersahaja tapi persisi mencuit hati ” eh, tadi ada lori bawa garam tapi sayang garamnya tertumpah lebih di tepi jalan.”


3. Pendengar Yang Terbaik

Jadilah seorang pendegar setia yang baik. Sekiranya anda menjadi pendengar setia pada setiap masalah pasangan anda ini bermakna anda seakan memahami segala masalah dalaman dan luarannya.

Anda disarankan tunjukkan pada dia bahawa anda bersungguh-sungguh mendengar segala masalahnya. Dan yang paling penting setelah pasangan anda meluahkan segala permasalahannya anda ajukan pula beberapa persoalan atau pertanyaan berkenaan dengan masalahnya itu agar dia tahu bahawa anda benar-benar serius dalam memahami dan ingin mencari jalan penyelesaian tersebut.

Dari situ si dia akan membuat penilaian bahawa anda merupakan pasangan yang sentiasa ada disampingnya saat dia melalui kesusahan, kesukaran dalam satu-satu masalah andalah tempat dia mengadu dan berteduh kasih.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan