Jumaat, 3 Mac 2017

Nilai 2

 
Kita sambung lagi tajuk nilai yang dimulakan minggu lepas. Nilai yang dimaksudkan adalah nilai dunia ini disisi Allah s.w.t.
 
Dalam satu hadith lain Nabi s.a.w. menyebut tentang nilai dunia ini yang seumpama sebelah sayap nyamuk dan jika ianya benar bernilai pasti Allah s.w.t. tidak mengizinkan orang yang kafir meminum air sejuk walaupun seteguk, dan oleh kerana ianya tidak bernilai disisi Allah maka Allah ta'ala memberikan rezeki yang melimpah-limpah untuk orang kafir dan mereka menjadi kaya serta mewah dalam kekufuran.
 
Hadith lagi satu menyebut bahawa dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi kafir. Ini sudah cukup untuk meyakinkan kita bahawa yang sepatunya kita cari dan rebut adalah kekayaan akhirat. Sebaliknya jika kita mengejar dan merebut kekayaan dunia maka samalah kita dengan orang kafir, mereka mendapat dunia sementara di akhirat mereka tidak mendapat apa-apa selain azab dari Allah s.w.t.
 
Perkara yang bernilai disisi Allah ta'ala ialah keikhlasan dalam kita melakukan keta'atan kita terhadap segala perintah Allah ikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Jikalau amal dan ibadat kita tidak kita ikut cara sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. maka kita tidak akan berjaya dan balasannya adalah syurga untuk selama-lamanya.
 
Kehidupan kita didunia ini hanyalah sementara dan tersangat singkat, apabila kita dimatikan dan kemudian dibangkitkan semula untuk hidup maka bermulalah kehidupan kita yang sebenar. Kehidupan buat kali kedua ini adalah kehidupan yang sebenar, kehidupan yang kekal dan takkan mati sampai bila-bila. Tempat kita disana hanya ada dua syurga atau neraka. Bagi yang terpaksa masuk keneraka maka kekalkan kehidupan dineraka kecuali dengan Ramhat Allah mengizinkan kita keluar dari neraka dan masuk syurga. Dan bagi yng diilih untuk masuk syurga berbahagialah kita disana dengan kemewahan serta kenikmatan  yang dijanjikan.
 
Kenderaan kita disana ialah seekor kuda yang diperbuat dari sebutir batu delima bercahaya yang bersayap emas dimana ulamak bagitau bekas atau casing untukmeletak cemeti kuda itu saja harganya jika dikumpulkan kekayaan seuruh dunia, dikumpulkan semua kekayaan yang ada pada para jutawan, millionaire, billionaire, trillionaire atau zierlionaire maka semua kekayaan itu tidak dapat untuk membeli casing yang kita akan gunakan untuk meletak cemeti kuda itu. Cemeti ialah alat cambuk untuk mencambuk kuda bagi membuat kuda berlari lebih kuat atau lebih deras seperti yang kita kehendakii Sebab itu Rasulullah s.a.w. mengumpamakan dunia ini seperti bangkai kambing dan bangkai kambing itulah yang selalu menjadi rebutan didunia ini bagi mendapat kedudukan tinggi didunia. Bangkai kambing itulah yang direbut dengan cara menipu orang lain bagi mendapatkan kekayaan yang sementara. Bangkai kambing itulah juga yang direbut sehingga terpaksa memberi rasuah atau memakan riba dan sebagainya.
 
Nilai dua rakaat solat sunat sebelum mengerjakan solat suboh secara berjemaah dimasjid atau surau adalah lebih dari dunia dan seisi-isinya, bukan sama tetapi lebih. Setiap sedekah yang ikhlas walaupun hanya sebiji buah kurma yang kita berikan kepada seseorang balasannya adalah seumpama gunung Uhud yang Allah janjikan. Sepatah perkataan untuk menyeru manusia kepada Allah ganjarannya berpuluh-puluh tahun ibadat sunat yang diterima. Didalm zaman kerusakan umat ini barangsiapa dapat menjaga satu sunnahku sabda Nabi s.a.w. maka ganjarannya adalah 100 pahala mati syahid. Dan akhir sekali barang siapa mencintai sunnahku berarti dia mencintaiku dan barangsiapa mencintaiku dia akan bersamaku didalam syurga.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan