Jumaat, 31 Mac 2017

Badi

Gambar hiasan sahaja
 
Melihat pada tajuk kali ini seolah-olah seram, tapi itulah perkataan yang hampir tepat yang dapat digunakan bagi menepati maksud yang hendak diceritakan. Namun jika dilihat sekali lalu perkataan badi biasa dikaitkan dengan badi mayat. Begitulah perkataan badi  kali ini akan digunakan bukan untuk dikaitkan dengan mayat tapi orang yang masih hidup.
 
Selalu kita buat usaha keatas diri sendiri untuk meningkatkan iman, namun sebagai lazim pada umat akhir zaman iman kita kejap masuk kejap keluar. Kita bimbang tatkala iman sedang berada diluar jasad diwaktu itu pula malaikat sakratul maut datang. Ini kerana sepanjang riwayat manusia hidup diatas muka bumi ini pada awalnya ada yang menderhakai Allah namun pada penghujungnya dia menjadi orang yang taat pada Allah. Ada juga pada awalnya dia adalah orang yang sangat taat pada perintah Allah namun pada penghujungnya dia menjadi orang yang mengamalkan apa yang Allah tak suka.
 
Kita sendiri pun belum tahu bagaimana keadaan kita akhir kalam ketika sakratul maut nanti. Untuk memelihara keadaan mentaati Allah ini agar terus hingga akhir hayat maka usaha perlu kita lakukan, dan usaha ini adalah usaha membuat amal ibadah dan amal kebajikan yang ganjarannya berlipat-ganda sehingga ratusan ribu bahkan jutaan. Untuk perkara itu juga perlu ada ilmu, dengan ilmu kita dapatlah menepis bisikan syaitan. Dan bagi mendapatkan ilmu inilah kita kena ada sikit badi.
 
Badi untuk duduk dalam majlis ilmu dan badi untuk melakukan amal ibadah dan amal kebajikan agar akaun kita melonjak berganda-ganda lebih dari gunung Uhud.
 
Kita kena buat agar kalau tak duduk dalam majlis ilmu kalau tak buat kebajikan maka diri seperti orang kena badi dan bukannya orang yang ketageh sebab kalau ketageh ada pencegahannya. Kalau dah kena badi memang payah nak buang berbanding ketageh.
 
Dalam amal ibadah dan amal kebaikan yang paling besar paling tinggi adalah mengajak manusia kepada kebaikan. Inilah kerja yang paling tinggi ganjaran yang bakal kita dapat. Cara kerja ialah pertama kena ada sasaran siapakah yang kita hendak sasarkan. Contoh jiran sebelah rumah yang tak pernah ke masjid kecuali hari jumaat sahaja. Pertama kita kena faham sunnah setiap lelaki yang solat berjemaah di masjid, fadhilat orang yang berjalan kaki kemasjid dengan berjalan kaki dalam keadaan sudah berwuduk. Bila kita pun dah faham atau dah sikit-sikit faham maka mudah kita terangkan pada jiran akan kelebihan solat berjemaah di masjid.
 
Langkah pertama mungkin dapat kita ajak dia minum atau makan-makan rojak kat kedai mamak sambil cerita kelebihan solat dimasjid. Point pertama ianya adalah sunnah Nabi s.a.w. dan jika kita tinggalkan sunnah Nabi dan solat dikedai atau dirumah maka ada dialog di Mahsyar nanti yang berbunyi, 'Sampai hati kamu tinggalkan sunnah Nabi kamu', waktu itu apa nak jawab.
 
Jangan sesekali menceritakan azab yang akan diterima oleh orang yang tak solat. Pujuk dia dengan kasih sayang sampai dia dapat datang. Kerja ini perlu sabra, Allah memerhati kita dan Allah memerhati jiran yang kita ajak itu. Andai suatu masa selepas 5 tahun belanja dia makan rojak barulah dia dapat datang Alhamdulillah, bermakna saham untuk kita sudah mula ditulis. Saham ini akan berterusan sehingga kita sudah masuk kubur.
 
Kita kena jadikan kerja ini sebagai badi, sampai masa kalau tak buat dah macam orang kena badi. Pergi keluar dari masjid atau rumah atau kedai cari manusia dan sampaikan pesan Nabi s.a.w. walaupun satu ayat pasti satu hari nanti kita akan Berjaya. Biarpun sudah banyak duit habis untuk belanja jangan berkira-kira (tak payah kira) sebab duit yang dalam poket kita ini bukan kita punya sebenarnya. Duit dalam poket kita ini Allah punya, diri kita pun Allah punya. Allah suka bila kita bagi pada orang lain kerana Allah dan inilah yang Allah maksudkan dalam al Quran siapa yang mahu beri Allah pinjaman.
 
Untuk memulakan kerja seperti orang yang kena badi langkah pertama kita ialah sentiasa duduk dalam majlis ilmu yang diadakan dalam masjid tak kesah mana ustaz yang bagi tazkirah atau kuliah, duduk saja, tutup mata pun boleh asal hati dan telinga buka. Walaupun kesah itu sudah kita dengar sebelumnya duduk saja, Allah suka kita duduk ramai-ramai dalam rumahNya.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~
 
 

Jumaat, 24 Mac 2017

Dosa Yang Tersembunyi

Gambar sekadar hiasan
 

Sebenarnya tanpa kita sedar kita telah banyak berbuat dosa. Dosa yang paling banyak kita buat ialah dosa yang terhasil dari lidah kita sendiri. Lebih banyak kita berbicara maka lebih banyak dosa yang kita buat. Sebab itu lebih baik kita diam sambil berselawat atau bertasbih atau beristighfar bagi menyelamatkan diri kita dari berbuat dosa.

Bila kita berkumpul bersama sahabat atau keluarga perkara ini seperti tidak dapat kita elakkan, jadi lebih baik duduk terus dalam keadaan perbualan yang sia-sia itu berterusan sambil menjaga hablum minannas dan diwaktu yang sama kita beristighfar. Bila mereka ketawa kita sampoklah ketawa sikit-sikit supaya tidak ketara bahawa sebenarnya telinga dan hati kita telah kita alehkan kepada zikir.

Bagi orang yang dipandang lebih beragama atau lebih memahami agama pastinya percakapannya lebih dari yang lain terutama perkara-perkara yang dianggap percakapan yang boleh memberikan rangsangan beragama kepada yang mendengarnya. Percakapan yang pada sangkaan kita mendatangkan kebaikan atau pahala tetapi sebenarnya mendatangkan kemudaratan kepada yang menuturkannya.

Sebagai contoh untuk mudah faham bagaimana percakapan yang baik boleh menjadi dosa ialah dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Masjid sendiri yang pastinya kita faham bahawa kebanyakan mereka faham agama, dan dalam isu dakwah oleh Biro Dakwah dibentangkan keadaan Jemaah yang pada pandangan AJK perlu diusahakan agar bertambah dalam setiap solat fardhu. Maka terpacullah kisah seorang Pak Cik yang telah merajuk tak mahu lagi datang ke masjid walhal dudlu dia adalah salah seorang AJK di masjid itu beberapa tahun yang lalu.

Kisahnya dipaparkan untuk menjadi iktibar kepada yang hadir bahawa janganlah disebabkan anak gadisnya yang belom bernikah tetapi telah mengandung maka dia merasa malu kepada kawan-kawan yang lain dan terus tak mahu datang ke masjid. Walhal sebenarnya dia telah di uji oleh Allah ta'ala, dia di uji adakah dengan termengandungnya anak gadis yang belum menikah menyebabkan dia memutuskan tidak mahu lagi hadir kerumah Allah. Soalannya adakah dia memulaukan orang masjid atau dia memulaukan Allah.

Dengan percakapan sedemikian seluruh AJK masjid meraskan bahawa percakapan sebegini baik dalam mesyuarat dan masing-masing ada azam tidak akan meninggalkan masjid walu apapun yang terjadi. Tapi sebenarnya tidak. Sebenarnya mereka sedang melakukan dosa mengumpat. Dosa yang mereka tak sedar ini akan terus ada dalam diri masing-masing dan tanpa bertaubat pasti mereka mati dalam keadaan berdosa walaupun mereka merupakan AJK masjid atau Siak masjid atau Bilal atau Imam sekalipun.

Sesungguhnya syaitan itu sangat licik mengajak manusia berbuat dosa dan dosa yang kita anggap bukan dosa tapi hanya untuk menjadi pengajaran adalah bisikan syaitan. Syaitah kata awak boleh bagi misalan sianu-anu itu sebagai contoh dan jangan jadi macam dia.

Sebab itu kita kena solat taubat setiap hari sebelum tidur, maafkan semua orang dan mohon Allah ampunkan semua dosa kita sama-ada dosa yang kita sedar atau kita tidak sedar yang bersembunyi dalam salur nadi darah kita.

Dalamkeadaan sebegini bila kita sedar atau cepat sedar kita sedang mendengar satu umpatan dari seorang yang bergelar ustaz haruslah segera kita beristighfar dan jangan berdebat sebab ilmu bukan untuk didebat bahkan untuk diamalkan. Barangsiapa meninggalkan perdebatan walhal dia dipihak yang benar maka diakhirat nnti dia akan diberikan sebuah mahligai dipuncak bukit dalam syurga.
.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 17 Mac 2017

Dosa

 
Kepercayaan serta keyakinan kita bahawa hanya dengan amalan yang hebat akan membuatkan seseorang itu layak masuk ke syurga adalah salah dan bahaya untuk diri dia sendiri. Sedangkan Nabi s.a.w. memberitahu bahawa seseorang itu tidak masuk syurga dengan hanya amalan yang dilakukannya tetapi dengan Rahmat Allah, lalu seorang sahabat bertanya, 'Adakah termasuk engkau ya Rasulullah?' Lalu Baginda s.a.w. menjawab, 'Ya, termasuk aku.'
 
Namun Baginda Nabi s.a.w. di liputi Rahmat Allah ta'ala keatas seluruh dirinya dan dia maksum yakni yang dipelihara oleh Allah ta'ala dari melakukan dosa. Dan sememangnya tempatnya disyurga.
 
Apabila Allah ta'ala telah takdirkan bahawa mereka-mereka yang tidak melakukan dosa maka makhluk itu adalah malaikat sahaja. Kita ini sebagai manusia tidak dapat lari dari melakukan dosa, namun dosa yang paling kita tidak sedar ialah memandang rendah terhadap orang lain yang melalukan dosa. Dengan yang demikian kita juga melakukan dosa kerana memandang rendah terhadap orang lain termasuk memandang rendah kepada orang yang tidak solat, orang yang terus menerus minum arak atau berjudi dan dalam masa yang sama kita merasakan diri kita lebih elok atau lebih baik dari orang tersebut.
 
Lalu apabila ada peluang bercakap kita akan menjadikan contoh orang yang kita lihat itu sebagai kiasan untuk konon kita jadikan iktibar. Sebenarnya kita sedang memperkatakan apa yang Allah takdirkan untuk orang itu. Allah zahirkan orang itu untuk 2 tujuan, pertama untuk membuka peluang kepada kita mencegah perbuatan munkar yang dilakukannya dan yang kedua untuk kita menahan prasangka yang tidak baik kita terhadap orang itu.
 
 
Lalu jika kita meneruskan usaha untuk menjadikan orang itu sebagai contoh dalam percakapan-percakapan lain yang munkin bagi kita suatu nasihat yang baik untuk diikuti oleh orang lain. Secara tidak sedar setan telah menghias perkataan kita dan kita pula mendapat sanjungan sekaligus kita terperangkap dalam dosa yang kita rasakan bukan dosa, bahkan kita merasakan ianya adalah suatu percakapan nasihat yang baik untuk orang lain agar tidak melakukan dosa yang sedemikian.  Pada masa itu keyakinan yang kuat bahawa kita tidak melalukan dosa sedang dihiasi oleh syaitan. Bahkan syaitan menipu kita yang kita sedang melakukan kebaikan.
 
Dengan melakukan demikian ulamak bagitau suatu masa nanti sebelum kematian kita, kita akan didatangi dengan dosa yang sama. Dosa yang pernah dibuat oleh orang yang kita pandang rendah itu kerana kita rasa kita lebih baik darinya akan datang masuk dalam diri kita dan kita pula melakukannya. Untuk mengelak dari kedatangan yang sedemikian  kita harus bertaubat bersungguh-sungguh minta Allah ampunkan dosa kita, dosa yang kita sedar atau dosa yang kita tidak sedar.
 
Telah berlalu begitu banyak peristiwa yang menimpa sekian banyak manusia dimana kita dapat lihat seseorang dimasa mudanya atau dimasa sihatnya sentiasa berulang alik kemasjid sehari 4 waktu. Oppss....kenapa hanya empat waktu? Sepatutnya solat 5 waktu. Kerana solat maghrib dan isyak borong pergi sekali sahaja dan lepas isyak baru balik, jadi maghrib dan isyak kira satu. Orang yang setiap hari 4 kali pergi masjid namun di masa tuanya atau dimasa setelah tidak sihatnya tidak lagi kemasjid bahkan meninggalkan amalan solat berjemaah atau tidak solat langsung dengan alasan uzur.
 
Allah ta'ala taknak tengok amalan  di awal kehidupan kita tapi Allah ta'ala nak tengok amalan akhir sebelum kematian kita. Siapa yang akhir kalamnya dapat mengucap kalimah 'Lailaha ilallah' maka wajib syurga baginya, sabda Nabi s.a.w.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 10 Mac 2017

Ilmu

 Ada masalah upload picture

jadi untuk keluaran ini tiada picture


Kata ulama, ilmu itu umpama haiwan liar yang perlu diikat atau dikurong agar ia tidak mudah terlepas. Jadi apabila hadir ke majlis-majlis ilmu bawalah pen dan kertas untuk mencatet apa-apa yang perlu. Jika tidak dicatet maka jadilah ia haiwan liar.

Satu orang yang berilmu lebih di takuti oleh syaitan berbanding 1000 orang abid (abid ialah ahli ibadah). Jadi hidup kita ini mestilah berilmu. dengan ilmu kita dapat tahu yang mana satukah perintah Allah yang patut kita buat pada waktu dan masa yang sepatutnya atau pada masa yang sesuai. Contoh ketika selesai solat maghrib kita ada masa lebih kurang 7 minit untuk solat sunat, sebab sebentar lagi ada kuliah maghrib lalu kita bersegera 2 rakaat kemudian bersedia untuk mendengar kuliah, ini tindakan betul.

Bagi yang tidak berilmu pula dia lebih suka meneruskan lagi solat sunat sebab ada hadith bagitau sesiapa mendirikan 12 rakaat solat sunat selepas fardhu maghrib akan mendapat ganjaran yang menyamai bertahun-tahun mengerjakan ibadat sunat yang diterima. Jadi dia pun tinggalkan kuliah maghrib walhal kuliah maghrib adalah satu amal secara berjemah yang ganjarannya air melaut, walhal solat infradinya cuma setitis dari air laut.

Ilmu wujud dalam 2 bentuk, satu dalam bentuk fadhail dan satu lagi dalam masail. Fadhail ialah kita dapat baca dari kitab-kitab atau buku atau dari youtube. Dan masail kita pergi cari guru atau ustaz atau pergi ke masjid serta duduk dalam kuliah suboh atau kuliah maghrib. Inilah cara terbaik kerana dengan duduk dalam masid tak ada kuliah pun kita dapat pahala dengan syarat masa melangkah masuk tadi sudah niat iktikaf, apalagi apabila ada kuliah atau ceamah pastinya mudah mengantuk.

Dalam bab mencari guru yang bukan di masjid ini pun kita hendaklah berwaspada. Pastikan guru atau ustaz tu dalam aliran sunnah wal Jemaah sebab Nabi s.a.w. bgitau agama yang dibawanya itu suatu hari nanti akan berpecah kepada 73 cabang. Dalam banyak-banyak cbang itu hanya satu saja yang betul yakni sunnah wal Jemaah, yang lain tu hanya Allah dan RasulNy saja yang tahu. Jadi berwaspadalah. Jikalau tak tahu dimana guru yang sepatutnya elok duduk dalam masjid saja.

Mengantuk dalam kuliah suboh dan maghrib atau ceramah-ceramah agama yang diadakan dalam masjid adalah perkara biasa sebab ketenangan berada disekeliling kita pada waktu itu. Sebenarnya dalam masjid kita akan peroleh suasana malaikat, ada malaikat yang Allah cipta hanya ditugaskan mencari majlis-majlis ilmu dan apabila bertemu dengan satu majlis maka berteriaklah para malaikat memanggil malaikat yang sejenisnya untuk hadir sama-sama dalam majlis itu. Ini menjadikan semakin lama semakin ramai malaikat yang hadir maka kita pun mengantuk.

Bila ada ilmu baru kita tahu bila nak buat ibadah solat sunat, bila nak puasa sunat, waktu bila nak bersedekah, kepada siapa kita perlu sedekah, dengan siapa kita patut berkawan, bila nak baca quran dan bila nak berzikir.

Nak baca quran dalam masjid waktu tengah ada ceramah mana boleh. Begitu juga nak buat 2 rakat solat sunat. Walaupun kita mendirikannya ditingkat bawah masjid (kerana masjid itu ada 2 tingkat) bermakna kita meninggalkan majlis besar, kita sendiri yang rugi sebab tak ada ilmu. Para ustaz yang datan cerama atau kuliah di masjid semuanya ada tuliah sebab di anta oleh Jabatan Agama, jadi janganlah pergi majlis ceramah yang dibuat ditempat yang bukan masjid takut-takut kita akan hanyut ke aliran lain sedangkan kita aliran sunnah wal Jemaah, jaga aliran kita.

Zaman ini yang mengaku Nabi pun dah ada, yang mengaku tuhan pun ada, yang mengaku ustaz lagilah ramai dan ada juga kita bolh jumpa ustaz yang solat sunat atas kubur konon nak ambil berkat tuan punya kubur. Mintak-mintak kita bukan dri kalangan tersebut.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 3 Mac 2017

Nilai 2

 
Kita sambung lagi tajuk nilai yang dimulakan minggu lepas. Nilai yang dimaksudkan adalah nilai dunia ini disisi Allah s.w.t.
 
Dalam satu hadith lain Nabi s.a.w. menyebut tentang nilai dunia ini yang seumpama sebelah sayap nyamuk dan jika ianya benar bernilai pasti Allah s.w.t. tidak mengizinkan orang yang kafir meminum air sejuk walaupun seteguk, dan oleh kerana ianya tidak bernilai disisi Allah maka Allah ta'ala memberikan rezeki yang melimpah-limpah untuk orang kafir dan mereka menjadi kaya serta mewah dalam kekufuran.
 
Hadith lagi satu menyebut bahawa dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi kafir. Ini sudah cukup untuk meyakinkan kita bahawa yang sepatunya kita cari dan rebut adalah kekayaan akhirat. Sebaliknya jika kita mengejar dan merebut kekayaan dunia maka samalah kita dengan orang kafir, mereka mendapat dunia sementara di akhirat mereka tidak mendapat apa-apa selain azab dari Allah s.w.t.
 
Perkara yang bernilai disisi Allah ta'ala ialah keikhlasan dalam kita melakukan keta'atan kita terhadap segala perintah Allah ikut cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Jikalau amal dan ibadat kita tidak kita ikut cara sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. maka kita tidak akan berjaya dan balasannya adalah syurga untuk selama-lamanya.
 
Kehidupan kita didunia ini hanyalah sementara dan tersangat singkat, apabila kita dimatikan dan kemudian dibangkitkan semula untuk hidup maka bermulalah kehidupan kita yang sebenar. Kehidupan buat kali kedua ini adalah kehidupan yang sebenar, kehidupan yang kekal dan takkan mati sampai bila-bila. Tempat kita disana hanya ada dua syurga atau neraka. Bagi yang terpaksa masuk keneraka maka kekalkan kehidupan dineraka kecuali dengan Ramhat Allah mengizinkan kita keluar dari neraka dan masuk syurga. Dan bagi yng diilih untuk masuk syurga berbahagialah kita disana dengan kemewahan serta kenikmatan  yang dijanjikan.
 
Kenderaan kita disana ialah seekor kuda yang diperbuat dari sebutir batu delima bercahaya yang bersayap emas dimana ulamak bagitau bekas atau casing untukmeletak cemeti kuda itu saja harganya jika dikumpulkan kekayaan seuruh dunia, dikumpulkan semua kekayaan yang ada pada para jutawan, millionaire, billionaire, trillionaire atau zierlionaire maka semua kekayaan itu tidak dapat untuk membeli casing yang kita akan gunakan untuk meletak cemeti kuda itu. Cemeti ialah alat cambuk untuk mencambuk kuda bagi membuat kuda berlari lebih kuat atau lebih deras seperti yang kita kehendakii Sebab itu Rasulullah s.a.w. mengumpamakan dunia ini seperti bangkai kambing dan bangkai kambing itulah yang selalu menjadi rebutan didunia ini bagi mendapat kedudukan tinggi didunia. Bangkai kambing itulah yang direbut dengan cara menipu orang lain bagi mendapatkan kekayaan yang sementara. Bangkai kambing itulah juga yang direbut sehingga terpaksa memberi rasuah atau memakan riba dan sebagainya.
 
Nilai dua rakaat solat sunat sebelum mengerjakan solat suboh secara berjemaah dimasjid atau surau adalah lebih dari dunia dan seisi-isinya, bukan sama tetapi lebih. Setiap sedekah yang ikhlas walaupun hanya sebiji buah kurma yang kita berikan kepada seseorang balasannya adalah seumpama gunung Uhud yang Allah janjikan. Sepatah perkataan untuk menyeru manusia kepada Allah ganjarannya berpuluh-puluh tahun ibadat sunat yang diterima. Didalm zaman kerusakan umat ini barangsiapa dapat menjaga satu sunnahku sabda Nabi s.a.w. maka ganjarannya adalah 100 pahala mati syahid. Dan akhir sekali barang siapa mencintai sunnahku berarti dia mencintaiku dan barangsiapa mencintaiku dia akan bersamaku didalam syurga.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~