Jumaat, 17 Februari 2017

Perintah Allah



Allah perintahkan matahari untuk bertugas setiap hari agar terbit di timur dan terbenam di barat bagi memudahkan makhluk dibumi menghitung hari, minggu, bulan dan tahun serta musim. Sehinggalah pada suatu hari matahari akan di perintahkan terbit dari barat. Begitu juga Allah perintahkan pokok durian mengeluarkan buah durian setiap kali musim durian apabila tiba musimnya dan tidak ada pokok durian yang mengeluarkan buah manggis. Begitu anak-anak penyu yang baru menetas akan merangkak menuju kearah air  laut atau ombak laut, bahkan tidak ada seekor pun yang menentang arus kecuali sakit atau gila. Begitu Allah ta'ala perintahkan setiap maklhluk ciptaannya dengan satu tugas yang khusus seperti ulat yang berkerumun ditempat kotor atau najis, langsung tidak ada yang cuba keluar dari tempat busuk atau najis itu kerana tak tahan bau busuk. Ulat-ulat itu akan kekal disitu dan akan mati disitu. Mereka semuanya taat dan patuh diatas ciptaan mereka yang telah ditetapkan oleh Allah ta'ala.

Namun bagi manusia dan jinn, dua jenis makhluk ini lain sikit gayanya. Mereka diciptakan oleh Allah s.w.t. untuk menyembah Allah ta'ala namun kebanyakan mereka ingkar dan ada yang lebih dahsyat sehingga menyembah benda-benda yang Allah cipta pula. Ada sebilangan menyembah matahari, menyembah api, menyembah ular dan berbagai-bagai lagi.

Bagi yang menyembah Allah, Allah s.w.t. telah tetapkan waktu-waktu yang khusus untuk menyembah Allah namun masih ramai yang memilih waktu sendiri-sendiri. Bahkan Allah ta'ala telah menghantar Rasul-rasul-Nya untuk menunjukkan cara menyembah Allah sesuai dengan kehendak Allah yakni lelaki harus berjemaah dimasjid namun masih ramai menyembah Allah dibelakang stesen minyak, dicelah-celah pejabat secara bersaorangan. Inilah mereka dari kalangan manusia dan jinn. Dua jenis makhluk yang harus menjalani kehidupan setelah mati dimana setiap perkara yang dilakukan semasa hidup didunia akan disoal. Setiap nikmat melihat, mendengar, nikmat merasa dengan indera, makan minum termasuk nikmat air sejuk pun akan disoal.

Bagi setiap perbuatan akan didatangkan saksi dan tidak lain serta tidak bukan setelah melihat kekiri dan kekanan nyata tiada sesiapa melainkan dia seorang sahaja maka dengan berani dan yakin dia meminta untuk didatangkan saksi. Ketika itu kaki sebelah kirilah yang mula-mula akan menjadi saksi dan berkata-kata dengan Allah ta'ala,'Ya Allah, tuan aku ini pada sekian-sekian hari telah menggunakan aku untuk berbuat maksiat kepadaMu'. 

Pada masa itu mulut dipateri dan setiap anggota tubuh akan berkata-kata, kaki akan berkata-kata atas setiap perbuatan baik atau buruk, tangan akan berkata-kata atas setiap perbuatan yang baik dan buruk. Bahkan benda-benda lain seperti rumput, batu atau kayu dan papan termasuk lantai batu mozaid dalam rumah atau bilik akan berkata-kata dengan Allah menjadi saksi atas setiap perbuatan kita semasa hidup didunia.

Selepas semua memberi penyaksian kepada Allah maka mulut dibenarkan berkata-kata lalu lidah berkata-kata dengan kaki, dengan tangan dengan peha dengan telinga dengan mata dan kesemua yang telah menjadi saksi itu. 'Wahai kaki, wahai tangan wahai segala-gala anggota tubuhku mengapa kamu menjadi saksi untuk memusnahkan aku pada hari ini'. Lalu kaki dan tangan serrta lain-lain berkata-kata kembali. 'Hari ini Allah izinkan kami untuk berkata-kata dan kami memperkatakan apa sahaja yang Allah ingin kami sampaikan.'

Semasa didunia apabila berada ditempat yang ada cctv maka seboleh-bolehnya kita akan jaga adab kita termasuk tak sampai hati untuk korek lubang hidung. Walhal cctv Allah berada dimana-mana sahaja. Batu serta pasir  menjadi cctv Allah, kaki, telinga dan semua anggota tubuh kita akan menjadi cctv. Oleh itu berpatah balik lebih baik. Yakinkan semula diri kita tujuan Allah ta'ala jadikan kita untuk berada dalam zaman yang akhir zaman ini dan menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w.

Sepatutnya kita bersyukur kerana dapat menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w. yang sangat-sangat dikasihi oleh Allah s.w.t. Kita inginkan syafa'at (pertolongan) dari Baginda s.a.w. ketika di hari penghisaban itu.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan