Jumaat, 20 Mei 2016

Rosaknya Ramadhan

Gambar sekedar hiasan sahaja.

Ramadhan al Mubarak sedang menghampiri kita dan seperti biasa dalam bulan Ramadhan maksiat dapat dikurangkan kerana setan yang jahat akan dirantai. Namun setan yang kurang jahat tetap ada bersama kita. Dia inilah yang menghasut kita untuk merosakkan Ramadhan.

Dari awal waktu bersahur ada yang makan sahur dulu baru tidur dan ada yang makan sahur kemudian sambung tidur tanpa solat suboh. Agama tak ajar kita begitu. Cari terbaiuk ialah bangun sahur dihujung malam, agak-agak lagi 10 minit sebelum azan suboh berhenti sahur. 10 minit yang ada tu berwuduk dan segeralah kemasjid agak-agak boleh sampai masjid sebelum azan. Selesai azan memang sudah dalam masjid maka tunaikan 2 raka'at sunat yang dibulan biasa bernilai lebih dari nilai dunia dan segala isinya ini, dan bila bulan Ramadhan pastilah nilainya bertambah lagi.

Err... tapi jangan lupa tadi sebelum atau selepas makan sahur tadi tunaikanlah 2 raka'at solat tahajud, Allah ta'ala sendiri memang turun kelangit dunia waktu itu untuk menunaikan apa-apa permohonan atau pengampunan kepada siapa-siapa yang meminta kepadaNya waktu itu. Jikalau masih ada masa lagi sementara menunggu azan janganlah digunakan masa tersebut dengan membaca wasap atau twit sebab membaca Quran lebih lagi munafaatnya. Disini kita tak nampak kebaikan dari perbuatan tersebut dalam kubur dan diakhirat nanti baru kita tahu betapa besarnya fadhilat membaca Quran dan betapa menyesalnya kita yang membaca wasap atau twit waktu tersebut.

Lepas solat suboh janganlah terus meninggalkan masjid, sebaliknya duduklah dalam masjid sampai waktu syuruk. Kalau taknak baca al Quran waktu itu boleh kita gunakan untuk berzikir, bertasbihat, berselawat keatas Nabi s.a.w. atau beristighfar. Tapi yang lebih afdal waktu itu ialah baca Quran. Sampai waktu syuruk nak keluar dari masjid untuk balik kerumah memang dah boleh dan pastinya bila sampai dirumah waktu isyrak dah masuk. Jarak waktu syuruk dengan isyrak ialah antara 18 ke 20 minit dan tak lebih dari 40 minit. Nahhh... waktu itu elok benar buat lagi 2 raka'at solat isyrak dirumah dan disambung dengan solat hajat 2 raka'at. Siapa yang buat solat isyrak akan mendapat ganjaran seperti mengerjakan umrah (dalam bulan biasa) agaknya dalam bulan Ramadhan umpama mengerjakan haji (kena tanya ustaz yang faham betul dalam bab ini) tapi segala yang Allah janjikan sebenarnya Allah akan beri sebab Allah Maha Kaya. 

Berkenaan solat hajat memang kita yang berhajat kepada Allah setiap hari sedangkan Allah ta'ala langsung tidak berhajat kepada kita. Jadi seperti yang Allah sebut dalam hadith Qudsi mintalah pada Aku di awal pagi pstilah selepas solat isyrak waktunya untuk meminta.

Agak-agak sejam selepas waktu isyrak boleh buat Dhuha pulak. Nak buat empat memang elok kalau enam lagi bagus tapi kalau malas buat 2 pun memadai. Tapi kita ini memang hendak darjat kita tinggi diakhirat nanti jadi buatlah enam atau lapan raka'at. Selepas solat Dhuha agak-agak dah kul 12 kalau ngantuk sangat nak tidur tidurlah tapi jangan terbabas sampai tak dengar azan zohor.

Tapi melihatkan tajuk diatas ini Rosaknya Ramadhan. Auuwww... begini jalan ceritanya. Bangun sahur makan buru-buru dan tidur semula tanpa solat suboh dan kalau ada solat suboh pun bila matahari dan terbit. Kemudian oleh kerana hari itu semua orang cuti maka boleh sambung tidur. Inilah yang merosakkan Ramadhan, keberkatan pagi disia-siakan. Jangan sampai nanti apabila Malaikat memanggil mereka-mereka yang masuk kesyurga tanpa hisab nama kita tidak ada disitu.

Satu lagi ialah orang yang berpuasa tapi tak solat, solat fardhu tak buat solat sunat apalagi. Yang dia faham tentang Ramadhan petang nanti ada bazaar Ramadhan disana berbagai juadah lazat boleh didapati dimana poada bulan-bulan yang lain juadah tersebut amat susah dicari. Inilah masanya untuk menjamu selera, memenuhi cita rasa.

Nak lari dari masalah ini senang jer. Azam tahun ini 29 hari nak buka puasa di masjid jadi tak perlu berangan-angan nak beli apa nak makan ap[a waktu berbuka. Biarkan pihak masjid yang memikirkan hari ini nak jamu apa kepada jemaah yang hendak berbuka puasa dimasjid. Ini cara yang palimng baik, tapi jikalau ada tetamu datang terutama adek beradik yang hendak berbuka puasa bersama-sama kita dirumah kita baiklah berbuka dirumah sebab Allah lebih suka yang itu.

Kisah bazaar Ramadhan ni pun bukannya elok sangat. Sepatutnya lebih ramai antara kita yang mesti membenci bazaar Ramadhan sebab disana ada penjual menjerit-jerit barang jualan mereka. Dalam satu hadith ada disebutkan bahawa Allah s.w.t. benci orang yang menjerit-jerit dipasar. Pasr ker bazaar ker, pasaraya ker, pasar malam pun semua itu dikira pasar, cuma zaman melenium ini nama tersebut diubah sikit agar sedap sebut walhal uptown dan downtown pun pasarlah juga. Dan seperti yang kita semua ketahui bahawa tempat yang paling Allah suka diatas muka bumi ini ialah masjid dan tempat yang paling Allah benci diatas muka bumi ini ialah pasar.

Kita ini mengambil apa yang Allah benci untuk kita suka. Waktu selepas asar sepatutnya berisi dengan ibadah seperti waktu selepas suboh. Tapi ramai antara kita yang pergi ke bazaar Ramadhan mundar mandir lama-lama dan ada yang ke shopping komplek konon dalam itu sejuk sikit ada air cond. Tapi sebenarnya duduk dalam masjid selepas asar adalah sangat berfaedah jika kita semua menggunakan akal fikiran yang Allah beri kepada kita.

Waktu berbuka terlalu banyak juadah, walhal tujuan berpuasa untuk merasai azab lapar dahaga si fakir. Jadi jikalau dah berbuka secara mewah-mewah dimana pula rasa insaf nak datang. Solat maghrib bagi yang tak pernah solat berjemaah pasti pula ramai yang jadi makmum masbuk. Tiba solat teraweh pula, genap 4 atau 8 rakaat tergesa-gesa keluar dari masjid.

Sebenarnya terus solat walaupun 20 rakaat adalah lebih baik sebab setiap rakaat ada bacaan surah yang setahun sekali sahaja dibaca. So... dalam solat teraweh sebenarnya two in one. Dapat pahala solat dan dapat pahala mendengar bacaan surah. Terus istiqamah sepanjang 29 hari Ramadhan in syaa Allah pasti dan pasti bertemu dengan Lailatul Qadr tanpa meninjau-ninjau bila pokok nak rebah.

Mudah-mudahan dengan sedikit tulisan ini dapat membuka semula minda kita untuk beribadah dengan lebih baik dalam Ramadhan ini. 
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan