Jumaat, 25 Disember 2015

Zikir

Gambar sekadar hiasan sahaja.

Adakalanya penjual tasbeh pun tidak ada masa untuk berzikir kepada Allah s.w.t. Dan adakalanya penjual kitab al Quran juga tidak ada masa untuk membaca Qalam Allah itu walaupun untuk satu muka surat sahaja. Begitulah kesibukan manusia dengan urusan dunia. Walhal perkara-perkara itu menghasilkan ganjaran yang hebat untuk negeri akhirat yang bakal semua orang kesana.

Apabila telah sampai dinegeri akhirat barulah kita sedar betapa bernilainya amalan tasbeh atau zikir atau bacan al Quran. Mereka yang telah masuk kedalam syurga pun masih menyesal dan meminta untuk kembali semula kedunia semata-mata untuk menambah lagi satu 'Subhanallah'.

Satu Subhanallah dikatakan menumbuhkan sebatang pohon disyurga yang besarnya teramat besar sehingga seekor kuda yang berlari pantas hanya dapat mengelilingi pangkal pokok itu selama tempoh lima ratus tahun. Bayangkan pula sekali zikir dalam 'Tasbeh Fatimah' sahaja kita memuatkan tiga puluh tiga (33) Subhanallah. Barangkali oleh kerana terlalu banyak pokok-pokok didalam syurga telah kita tumbuhkan dan dengan alasan itu boleh membuat rayuan agar kita turut dimasukkan kedalam syurga dengan Rahmat Allah, kita sendiri belum tahu akan perkara itu.

Kalimah 'Tahlil' yakni 'Laillah ilallah' mempunyai keistimewaan yang hebat dimana satu kalimah ini jika ditimbang dengan dunia dan seisinya akan didapati kalimah ini lebih berat. Barangsiapa dapat mengucapkan kalimah ini diakhir kalamnya maka wajib syurga baginya.

Ahli kitab disuatu zaman lampau telah menyebut bahawa himpunan tujuh pulohn ribu (70,000) zikir 'Laillaha ilalah' mampu menyelamatkan seseorang yang telah dimasukkan dalam neraka untuk dikeluarkan kemudiannya.

Terjadi juga satu peristiwa dimana seorang Ahli Zikir (Sufi) telah mendatangi suatu majlis kenduri dan secara kebetulan seorang pemuda yang dikatakan kasyaf turut hadir. Tiba-tiba pemuda tersebut menjerit, katanya, 'Pak Cik... ibuku tersiksa dalam bakaran api neraka... aku amat kesihan kepadanya.' Pemuda tersebut terus resah gelisah dangan kasyaf yang dimilikinya itu.

Dalam diam-diam Ahli Zikir itu telah menghadiahkan satu himpunan zikirnya yang mengandungi tujuh puloh ribu kalimah 'Laillaha ilallah' untuk ibu pemuda tersebut. Tidak lama kemudian pemuda tersebut kelihatan tenang lalu berkata, 'Pak Cik... ibuku telah diselamatkan dari dalam api neraka'. Kata pemuda itu kepada Ahli Zikir tersebut.

Bagi Ahli Zikir itu dengan menghadiahkan satu himpunan zikir yang mengandungi tujuh puloh ribu kalimah 'Laillaha ilallah' ia mendapat dua perkara. Yang pertama ia dapat membuktikan bahawa pemuda itu benar-benar kasyaf dan keduanya ialah kebenaran bahawa himpunan zikir yang mengandungi tujuh puloh ribu kalimah 'Laillaha ilallah' mampu menyelamatkan seseorang dari api neraka.

Zaman ini kita dengan mudah dapat berzikir sebab biji buah tasbeh mudah didapati dan murah. Jikalau tidak mahu guna tasbeh boleh juga guna alat mengira elektronik yang kecil sekecil cincin yang boleh dilekatkan pada mana-mana jari. Dengan bantuan alat-alat peranti mudah aleh seperti tablet atau henfon maka dengan mudah pula kita dapat membaca al Quran dan membaca terjemahannya sekali. Lalu setelah kita baca dan baca terjemahan tersebut maka kita akan dapati ada banyak kali Allah ta'ala ulang dalam kitab yang suci tersebut yang bertujuan yang sama yakni 'Ingatlah Aku pagi dan petang dalam waktu berbaring atau waktu duduk.'

Dengan kefahaman ini maka para ulamak dan guru-guru Masyaik telah bersepakat bahawa zikir yang awam untuk orang macam kita ini  (yang bukan Ahli Sufi) mengamalkan zikir 'Tasbihat'. yakni Subhanallah Walhamdulillah, wa Laillaha ilallah, Allahu Akbar sebanyak seratus pagi dan seratus petang dan diselangi dengan ;'Selawat' keatas Nabi s.a.w. sebanyak seratus pagi dan petang dan diakhiri dengan 'Istighfar' sebanyak seratus kali juga.

Yang dimaksudkan dengan pagi dan petang itu ialah selepas solat subuh sebelum masuk waktu zohor dan selepas solat asar sebelum masuk waktu maghrib. Jikalau tidak dapat melengkapkan jumlahnya maka sebelum tidur eloklah kita lengkapkannya. Sebab dalam Tasbihat ada kalimah 'Laillaha ilallah' dan jika sudah ada seratus sebelah pagi dan seratus sebelah petang berarti dalam tempoh satu bulan sudah ada enam ribu (6,000) himpunan kalimah 'Laillaha ilallah', dan dalam tempoh sepuloh bulan sudah ada enam puloh ribu (60,000) himpunan. Kita cuma perlukan lagi sepuloh ribu saja lagi, dan untuk mendapatkan lagi sepuloh ribu maka kita masih ada berbaki dua bulan sebelum bulan Muharram muncul kembali. Dengan cara ini setiap tahun kita sudah ada satu himpunan yang mampu menyelamatkan kita dari neraka jahannam. Dalam tempoh sepuloh (10) tahun dari sekarang (dengan izin Allah) kita mampu membuat sepuloh himpunan yang mana setiap satu himpunan mengandungi tujuh puloh ribu zikir 'Laillaha ilallah'.

Jadi sepuloh tahun akan datang (jika Allah izinkan kita maseh bernafas) kita bukan saja mampu menyelamatkan diri dari neraka bahkan kita juga mampu menyelamatkan saudara-saudara kita yang l;ain dari neraka. 
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan