Jumaat, 31 Julai 2015

Hari Raya

Gambar sekedar hiasan sahaja.

Cara kita berhari raya dari dulu hingga sekarang sebenarnya tidak banyak berubah. Kita maseh meniru cara kaum lain menyambut raya mereka. Dulu pada malam raya kita pasang pelita minyak sama seperti orang Hindu menyambut Deepavali atau pesta cahaya dimana lampu dipasang depan rumah. Kita tiru mereka lalu kitapun pasang pelita di halaman rumah, cuma pelita kita diperbuat dari buluh atau tin susu.

Terkini malam raya kita dengan lampu kelip-kelip sebab rumah kita sudah ada elektrik walhal lampu kelip-kelip tu dulu kita panggil lampu krismas. Krismas itu ertinya sambutan raya orang Kristian. Orang Kristian gantung kad raya pada pokok kita pun kumpul kad raya pada ranting pokok dan kita tengok siapa dapat banyak kad raya. Betul kan? Kalau tidak janganlah marah pada Tok Wan sebab bukan semua orang macamtu kan.

Sepatutnya malam raya kita terangi rumah kita dengan memperbanyakkan takbir, tahmid, tasbeh dan sebagainya. Kerana semua perkara itu akan menyebabkan rumah kita terang bercahaya apabila dilihat oleh para Malaikat dari langit seumpama kita melihat bintang-bintang yang bergemerlapan dilangit pada waktu malam.

Bagi orang lelaki yang sudah akal baligh digalakkan beriktikaf dalam masjid sejak malam ke 20 Ramadhan lagi dengan harapan dengan amalan pada setiap 10 terakhir Ramadhan dapatlah bertemu Lailatul Qadar. Teruskan amalan ini pada setiap tahun dan tinggalkan amalan membakar bunga api serta mercun yang tidak memberi munafaat di dunia dan di akhirat. Sebab ini pun amalan orang-orang kafir menyambut perayaan mereka. Kalau ibadat orang kafir sudah menjadi amalan dalam perayaan kita maka sebenarnya kita telah menjerumuskan diri dan keluarga kita ke lubang biawak itu.

Selesa cuti raya maka bermulalah pula episod open house. Ini pun amalan orang kafir. Open house bermakna mempelawa orang bukan mahram masuk ke dalam rumah kita. Sepatutnya kalau bukan mahram cukup di anjung rumah atau pasang khemah diluar rumah untuk sambut kedatangan mereka bukannya jemput masuk ke dalam rumah. 

Rumah ada auratnya juga. Oleh itu jika kita pergi kerumah orang yang bukan mahram kita setelah ketuk dan beri salam 'Assalamualaikom', maka pintu dibuka kita tidak sepatutnya masuk, bahkan menjengah atau melihat kedalam rumah juga di tegah. Jikalau rumah itu rumah bapa mertua kita atau abang kita atau kakak kita setelah diberi izin masuk baru kita boleh masuk itupun kena jaga mata kita dari melihat itu melihat ini, melihat benda-benda yang terdapat dalam rumah tersebut sebab tuan rumah pasti menghias rumahnya untuk sambutan hari raya. Bila sudah melihat itu melihat ini maka percakapan berkenaan perkara-perkara tersebut akan bermula dan seterusnya akan merebab hingga ke pasaraya.

Dengan adanya smartphone sambutan hari raya bertambah celaru. Kita bawa anak-anak kita berziarah kerumah mertua kita dan disana sudah ada ipar-ipar dan biras-biras kita dengan anak-anak mereka. Pertemuan antara sepupu dengan tiga pupu atau handai taulan sudah tidak kelihatan mesra seperti dulu. Yang muda dan tua sedang sibuk berhubung dengan rakan-rakan wasap atau wichat atau twit mereka yang entah berada dimana dan yang kecil pula sibuk bermain game. Jadi indan-insan yang berada di hadapan mereka mereka abaikan, sama seperti kita buat pertemuan dengan pegawai sekian-sekian dan baru nak berbincang talipon berbunyi dan pegawai tersebut mengutamakan panggilan yang baru masuk yang tak perlu kepada temu-janji, walhal kita nak jumpa dia terpaksa buat temu-janji sebulan lebih awal. Bagaimana perasaan kita?

Marilah kita berusaha merubah banyak perkara yang tidak sepatutnya kita amalkan untuk memelihara keselamatan kita di tempat transit yang kemudian akan kekal berada di negeri akhirat itu.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan