Jumaat, 31 Julai 2015

Anugerah

Gambar sekedar hiasan.


Anugerah dari Allah s.w.t. adalah sesuatu yang sangat istimewa. Sesiapa yang mendapat anugerah tersebut maka seharusnya dia bersyukur. Anugerah tersebut berupa anak, yakni zuriat yang akan menentukan kesinambungan amal ibadat kita selepas kematian kita. Anak yang dianugerah kepada kita harus kita jaga dengan penuh amanah dengan penuh jiwa untuk suatu masa apabila kita sudah dikuburkan maka anak itu akan membuatkan Allah ta'ala suka kepada kita asbab dari amal kebajikan yang di lakukan oleh zuriat yang kita tinggalkan.

Kadangkala terdapat zuriat yang tidak bernilai untuk menghantar amal selepas kematian orangtuanya. Bukan kita setakat manusia biasa ini bahkan Nabi Nuh a.s. juga mengalami perkara yang sama dimana anaknya tidak mahu mengikutnya ketika bumi ditenggelamkan dan akhirnya anak Nabi Nuh a.s. serta isterinya mati dalam kekufuran.

Bukan sekadar anak saja angugerah yang Allah ta'ala berikan kepada hamba-hambaNya. Bahkan banyak lagi anugerah yang tidak terhingga yang kesemua itu merupakan Rahmat Allah. Rahmat Allah itu pula sebenarnya adalah satu persatu ratus sahaja yang Allah anugerahkan kepada hamba-hambaNya semasa didunia. Keseluruhan Rahmat Allah ta'ala yang lagi 99% itu Allah simpan untuk negeriu akhirat.

Sebagaimana Nabi s.a.w. terangkan bahawa berwudu dari rumah dan melangkah pergi kemasjid dimana setiap langkah kita dihilangkan satu dosa dan digantikan dengan satu pahala serta dinaikkan satu darjat. Dinaikkan satu darjat bagi setiap langkah inipun kita tidak nampak didunia ini. Tapi ada manusia yang Allah zinkan untuk melihat atau merasai darjat itu. Darjat yang Allah ta'ala anugerahkan kepada hamba-hambaNya tidak sama dengan darjat yang Dulu Yang Mulia Yang Di Pertuan Agong anugerahkan yang biasanya akan membawa gelaran Datuk, Tan Sri, Datuk Sri dan sebagainya. Dan biasanya darjat ini laku didunia sahaja.

Darjat yang Allah ta'ala anugerahkan kepada hamba-hambaNya itu apabila sudah banyak sehingga tertimbus Gunung Uhud akan hanya dirasai oleh orang itu sahaja. Ada sebahagian kisah darjat itu turut dapat dirasai oleh orang tertentu yang berada berhampiran dengannya. Inilah anugerah yang sangat berharga.

Jadi disini sudah ada dua anugerah. Pertama zuriat yang elok yang akan kita tinggalkan dan yang kedua darjat yang sentiasa meningkat bagi setiap amal kebaikan yang kita lakukan semasa hayat.

Mudah-mudahan dengan sedikit penulisan ini dap[at kita amal;kan dan sampaikan kepada yang lain. 
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Hari Raya

Gambar sekedar hiasan sahaja.

Cara kita berhari raya dari dulu hingga sekarang sebenarnya tidak banyak berubah. Kita maseh meniru cara kaum lain menyambut raya mereka. Dulu pada malam raya kita pasang pelita minyak sama seperti orang Hindu menyambut Deepavali atau pesta cahaya dimana lampu dipasang depan rumah. Kita tiru mereka lalu kitapun pasang pelita di halaman rumah, cuma pelita kita diperbuat dari buluh atau tin susu.

Terkini malam raya kita dengan lampu kelip-kelip sebab rumah kita sudah ada elektrik walhal lampu kelip-kelip tu dulu kita panggil lampu krismas. Krismas itu ertinya sambutan raya orang Kristian. Orang Kristian gantung kad raya pada pokok kita pun kumpul kad raya pada ranting pokok dan kita tengok siapa dapat banyak kad raya. Betul kan? Kalau tidak janganlah marah pada Tok Wan sebab bukan semua orang macamtu kan.

Sepatutnya malam raya kita terangi rumah kita dengan memperbanyakkan takbir, tahmid, tasbeh dan sebagainya. Kerana semua perkara itu akan menyebabkan rumah kita terang bercahaya apabila dilihat oleh para Malaikat dari langit seumpama kita melihat bintang-bintang yang bergemerlapan dilangit pada waktu malam.

Bagi orang lelaki yang sudah akal baligh digalakkan beriktikaf dalam masjid sejak malam ke 20 Ramadhan lagi dengan harapan dengan amalan pada setiap 10 terakhir Ramadhan dapatlah bertemu Lailatul Qadar. Teruskan amalan ini pada setiap tahun dan tinggalkan amalan membakar bunga api serta mercun yang tidak memberi munafaat di dunia dan di akhirat. Sebab ini pun amalan orang-orang kafir menyambut perayaan mereka. Kalau ibadat orang kafir sudah menjadi amalan dalam perayaan kita maka sebenarnya kita telah menjerumuskan diri dan keluarga kita ke lubang biawak itu.

Selesa cuti raya maka bermulalah pula episod open house. Ini pun amalan orang kafir. Open house bermakna mempelawa orang bukan mahram masuk ke dalam rumah kita. Sepatutnya kalau bukan mahram cukup di anjung rumah atau pasang khemah diluar rumah untuk sambut kedatangan mereka bukannya jemput masuk ke dalam rumah. 

Rumah ada auratnya juga. Oleh itu jika kita pergi kerumah orang yang bukan mahram kita setelah ketuk dan beri salam 'Assalamualaikom', maka pintu dibuka kita tidak sepatutnya masuk, bahkan menjengah atau melihat kedalam rumah juga di tegah. Jikalau rumah itu rumah bapa mertua kita atau abang kita atau kakak kita setelah diberi izin masuk baru kita boleh masuk itupun kena jaga mata kita dari melihat itu melihat ini, melihat benda-benda yang terdapat dalam rumah tersebut sebab tuan rumah pasti menghias rumahnya untuk sambutan hari raya. Bila sudah melihat itu melihat ini maka percakapan berkenaan perkara-perkara tersebut akan bermula dan seterusnya akan merebab hingga ke pasaraya.

Dengan adanya smartphone sambutan hari raya bertambah celaru. Kita bawa anak-anak kita berziarah kerumah mertua kita dan disana sudah ada ipar-ipar dan biras-biras kita dengan anak-anak mereka. Pertemuan antara sepupu dengan tiga pupu atau handai taulan sudah tidak kelihatan mesra seperti dulu. Yang muda dan tua sedang sibuk berhubung dengan rakan-rakan wasap atau wichat atau twit mereka yang entah berada dimana dan yang kecil pula sibuk bermain game. Jadi indan-insan yang berada di hadapan mereka mereka abaikan, sama seperti kita buat pertemuan dengan pegawai sekian-sekian dan baru nak berbincang talipon berbunyi dan pegawai tersebut mengutamakan panggilan yang baru masuk yang tak perlu kepada temu-janji, walhal kita nak jumpa dia terpaksa buat temu-janji sebulan lebih awal. Bagaimana perasaan kita?

Marilah kita berusaha merubah banyak perkara yang tidak sepatutnya kita amalkan untuk memelihara keselamatan kita di tempat transit yang kemudian akan kekal berada di negeri akhirat itu.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 24 Julai 2015

Kusyuk dalam solat


Selalu kita solat dan kita tak tahu pun samaada solat kita itu Allah terima atau tidak, tapi kita perlu berbaik sangka kepada Allah sebab Allah ta'ala sebut dalam hadith qudsi 'Aku adalah sebagaimana sangkaan hamba-hambaKu kepadaKu'.

Namun dalam masa yang sama kita juga kena solat dengan ertikata benar-benar solat. Bermula dengan wuduk dengan sempurna kemudian berdiri dengan tenang. Berfikir seketika tentang solat yang hendak di kerjakan dan apakah fadhilat-fadhilat yang akan Allah ta'ala beri. Seterusnya niat untuk solat tersebut diiringi dengan takbir. Cuba jarakkan Allahu Akbar bukannya Allah huakbar... dalam erti kata lain sebutan biar betul.

Dalam solat kita harus memahami segala yang kita sebut dengan lidah. Selepas takbir pasti doa iftitah, dan sewaktu membaca doa iftitah kita kena faham apa maksud yang kita sebut itu. Saiyidina Umar r.anhu berkata ketika solat, ia membayangkan Allah berada dihadapannya dan melihatnya. Titian sirat berada dibawah tapak kakinya. Syurga berada dikanannya dan neraka berada disebelah kirinya. Manakala Malaikat Izrael yang bertugas mencabut nyawa berada diatas kepalanya. Lalu dia bersolat dengan bersungguh-sungguh.

Hari ini kita nak solat seperti mana Saiyidina Umar r.anhu solat memang agak sukar. Tambahan teknologi dan bunyi-bunyi yang berada disekeliling kita amat mempengaruhi. Tapi satu peristiwa seorang tabi'in solat dan sedang bersolat tiba-tiba rumahnya terbakar. Dia meneruskan solat sedangkan orang ramai berusaha lari kesana kemari membawa air untuk disiram kedalam api yang sedang marak. Selesai solat dia bertanya apakah bunyi yang sangat riuh itu? Mereka yang mendengar soalan sebegitu dari mulutnya bertanya kembali, 'Apakah tuan tidak sedar api sedang marak membakar rumah tuan ketika tuan solat tadi?' Lalu dia menjawab, 'Ketakutan aku kepada api neraka membuatkan aku terlupa akan api dunia.'

Satu hari ketika Tok Wan sedang melakukan iktikaf dalam sebuah masjid. Tetiba pada hari kedua malam yang bertuah itu datanglah seorang penceramah yang memberikan ceramahnya selepas solat maghrib, dia menceritakan malam Lailatul Qadar. Katanya Lailatul Qadar milik orang-orang yang bertakwa, bukan milik orang-orang mukmin atau orang-orang beriman dan jauh lagi orang-orang Islam. Rupa-rupanya kita ada empat bahagian. 1. Islam, 2. Beriman, 3. Mukmin dan yang ke 4 Takwa. Nampaknya Tok Wan kena bersetuju dengannya.

Dalam ceramahnya ada tips istimewa yang dia sampaikan bagaimana hendak solat khusyuk. Katanya dalam bacaan al Fatehah kita itu kita kena perbetulkan makna ayat dibawah ini,



Makna sebenar ayat itu ialah 'dengan ini aku bersaksi bahawa hanya Dikau yang kami sembah dan hanya kepada Dikau kami akan dikembalikan.' Disinilah duduk kekuatan solat itu sendiri yang seharusnya kita berikan tekanan atau tumpuan yang penuh bagi mendapatkan solat yang kusyuk.
 
Lagi satu ketika kita sujud sebenarnya kita meletakkan anggota-anggota yang paling berharga pada diri kita kepada Allah yakni mata, telinga, mulut, hidung dan otak kita yang semuanya berada dikepala kita kepada Allah s.w.t. kata penceramah tersebut. Bukan menekan dahi saja semasa sujud. Tapi kita meletakkan muka, keseluruhan muka termasuk hidung dan jangan saying hidung yang mancung itu. Tekan hidung dan bukan menekan dahi. Akibat menekan dahi itulah menyebabkan dahi jadi lebam dan nampak  memang lebam sambung penceramah itu. Yang ini pun Tok Wan setuju dengan penceramah tersebut.

Jadi cukuplah setakat ini untuk minggu ini, mudah-mudahan dengan sedikit ilmu ini akan memberi munafa'at kepada pembaca sekelian. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Segala yang baik itu dari Allah dan yang tidak baik itu dari Tok Wan.
.

La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 17 Julai 2015

Dunia Darul Asbab



Pernah juga Masyaik beritahu bahawa dunia ini nama penuhnya 'Dunniya Daril Fana' dan ada pula yang menyatakan bahawa dunia ini 'Dunniya Darul Asbab'. Sebab segala sesuatu mempunyai asbab. Bila lapar makan jadi asbab untuk kenyang, bila angin banyak dalam perut maka kentut adalah asbab untuk melegakan perut tersebut. Begitulah keadaannya berterusan dengan setiap sesuatu memiliki asbab.

Berkenaan dengan asbab untuk kehidupan dibunia ini bermula apabila suatu ketika Allah perintyahkan satu Malaikat untuk turun kebumi bagi mendapatkan sedikit tanah dari bumi untuk dijadikan makhluk terbaru yakni Adam a.s. Malaikat tersebut tidak berjaya mendapatkan tanah dari bumi kerana bumi yang juga makhluk tidak mengizinkan sedikitpun tanahnya untuk dijadikan manusia. Kemudian Allah ta'ala menghantar Malaikat kedua untuk tugas yang sama. Malaikat tersebut juga tidak berjaya sebab bumi tidak mengizinkan. Asbabnya ialah manusia akan merosakkan muka bumi itu dikemudian hari. Lalu Allah ta'ala memerintahkan Malaikat Izrail a.s. untuk tugas yang sama.

Tatkala Malaikat Izrail a.s. hendak mengambil tanah tersebut maka bumi berkata, 'Aku tidak izinkan engkau mengambil sebahagian dari aku untuk dijadikan manusia yangmana kemudian nanti manusia itu akan membuat kerusakan diatas mukaku'. Lalu segera dijawab oleh Malaikat Izrail a.s. 'Aku juga takut untuk untuk mendurhakai perintah Allah ta'ala agar mengambil sedikit tanah dari mukamu bagi di jadikan manusia'. Maka Malaikat Izrail a.s. pun mengambil tanah tersebut.

Apabila tanah tersebut telah dibawa ke Penghadapan Allah ta'ala maka Allah ta'ala berfirman kepada Izrail a.s. bahawa mulai sekarang Malaikat Izrail a.s. lah yang akan diberi tanggung jawab untuk mengambil nyawa setiap makhluk yang bernyawa setelah sampai waktunya. Malaikat Izrail a.s. bertanya pula,'Wahai Allah, aku bimbang semua makhluk akan marah kepadaku kerana tugas aku mengambil nyawa setiap mereka. Maka Allah s.w.t. menjawab,'Usah khuatir, Aku akan meletakkan asbab untuk setiap kematian mereka.

Maka dari itulah kita dengar asbab seseorang itu meninggal dunia ialah asbab penyakit, asbab kemalangan jalan-raya, asbab sudah tua, asbab lemas di dalam air sungai atau laut dan lain-lain asbab. Maka Malaikat Izrail a.s. berpuas hati dengan jawapan Allah itu.

Dunniya Darul Asbab ini amat berbeza dengan Akhirat Darul Baqa. Contohnya dalam syurga di negeri Akhirat Darul Baqa walaupun kita makan banyak makanan yang lazat-lazat namun makanan itu tidak memudaratkan kita. Bahkan tidak ada tandas di dalam syurga sebab segala sesuatu yang kita makan akan mengeluarkan aroma harum dari setiap ruang rongga yang halus (seperti rongga peluh) tubuh kita. Begitu juga dengan kegiatan ziarah... dalam syurga tiada kegiatan yang lebih disukai oleh penghuninya melainkan menziarahi kaum keluarga kita yang semasa di dunia dulu kita tidak sempat menziarahi mereka.

Oleh kerana masa / tempoh masa di dalam syurga tiada penghujungnya maka kita berpeluang menziarahi kesemua kaum keluarga kita yang telah berada dalam syurga. Kita dapat berjumpa semula dengan datuk kita, nenek kita, unyang kita dan unyang kita pula akan memperkenalkan kepada kita atoknya dan berkali-kali gus kita akan tahu susur jalur keturunan kita sampailah kepada datuk kita yang paling atas yakni Nabi Adam a.s. Dan dalam perjalanan kita berziarah tersebut kita tidak akan penat-penay dan kita akan dapat mengingat semua susur jalur kaum keluarga kita. Segala-gala kudrat tersebut adalah pemberian Allah ta'ala kepada penghuni syurga.

Ada sebahagian kaum keluarga kita tidak dapat kita temui di syurga, ini kerana mereka masih berada dalam neraka kerana menjalani hukuman. Setelah selesai hukuman maka mereka juga akan bersama kita. Tapi penghuni syurga yang sebelum masuk ke syurga terpaksa menjalani hukuman di neraka nakan mudah dikenali melalui wajah mereka.
Na'uzubillah minzalaik... mudah-mudahan kita bukan sebahagian dari mereka.

Di ringkaskan cerita segala asbab yang ada di Dunniya Darul Asbab ini adalah dalam kalangan yang boleh kita terima dengan akal yang terhad yang Allah ta'ala letakkan dalam diri kita. Sedangkan di syurga yang tiada asbab sana akal kita akan berubah mengikut tahap amalan kita semasa di dunia ini. Ada perjalanan kita yang jauh untuk menziarahi saudara kita atau emak saudara kita yang tinggal dalam syurga yang dimilikinya yang paling kecil di kalangan kaum keluarga kita yakni sebesar dua kali gandaan bumi ini menjadi mudah hanya dengan sekelip mata atau sepantas kilat sudah sampai ketempat tersebut. Kita boleh berbual-bual tanpa memperdulikan masa sebab masa ketika berada disana tiada tempoh juga.

Jadi untuk mengetahui lebih lanjut perbandingan antara Dunniya Darul Asbab ini dengan Negeri Akhirat Darul Baqa tersebut sama-samalah kita berusaha agar menjadi orang yang bertakwa. Janganlah sekadar menjadi orang-orang yang cuma beriman atau orang-orang mukmin. Tapi berusahalah untuk menjadi orang yang bertakwa seperti yang selalu kita dengan dalam khutbah juma'at.

Hendak menceritakan tentang Dunniya Darul Asbab dan Akhirat Darul Baqa ini sampai penuh laman blog ini pun tak habis. Namun, diharap tulisan yang sedikit ini memadai untuk difahami kemudian diamalkan setiap perkara yang baik, sebar-sebarkanlah dan bercita-citalah untuk sampai ke syurga tertinggi dalam Negeri Akhirat Darul Baqa itu yakni Syurga Firdaus.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 10 Julai 2015

Agama



Agama ialah cara hidup. Cara hidup siapa? Cara hidup Nabi-nabi a.s. yang Allah ta'ala telah hantarkan untuk manusia di sesuatu kampong, bandar, negeri atau seluruh alam. Nabi-nabi a.s. yang terdahulu ada yang di hantar untuk sesuatu kaum, ada yang dihantar untuk sesebuah negeri tetapi Nabi Muhammad s.a.w. di hantar untuk seluruh alam. Ini termasuklah alam Jinn (alam yang kita tak nampak).

Jadi hari ini orang yang beragama ialah orang yang ikut cara hidup Rasulullah s.a.w. Dengan mengikut cara hidup Rasulullah s.a.w. sebenarnya kita telah menghidupkan satu sunnah Baginda s.a.w. dan barangsiapa pada zaman fahsha munkar ini dapat menghidupkan satu sunnah maka ganjarannya adalah 100 pahala syahid.

Cara hidup Nabi s.a.w. ialah cara yang sederhana walaupun istana Khaisar (Rum) dibawah telapak kaki Baginda s.a.w. pada ketika itu namun tempat tidur Baginda s.a.w. bukanlah mewah bagaikan istana, bahkan bantalnya pun hanya kulit haiwan yang diisikan dengan pelepah pokok kurma.

Kita tidur pada tilam yang empok sedangkan Rasulullah s.a.w. tidur hanya diatas sehelai kain yang dilipat dua. Satu pagi Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Aisyah r.anha mengenai alas tidur lebih lembut. Maka Aisyah r.anha memberitahu kain lapik tidur telah dilipat empat, lalu Rasulullah s.a.w. meminta supaya lipat dua seperti biasa. Begitulah cara hidup Rasulullah s.a.w.

Cara Rasulullah s.a.w. berpakaian juga harus kita ikut. Cara keterampilan Baginda Nabi s.a.w. menjadi ikutan para sahabat r.anhum. Dan sehingga ke hari ini kita maseh dapat melihat ramai umatnya maseh berpakaian seperti yang pernah Rasulullah s.a.w. pakai. Gaya rambutnya yang paras bahu (hampir mencecah bahu), misai yang digunting rapat serta janggut yang di pelihara rapi. Dan yang paling penting kepala tidak pernah bogel atau bertelanjang.

Kepala tidak pernah bogel atau telanjang ini bermakna kepala sentiasa bertutup samada dengan songkok atau serban atau apa-apa kain. Nak makan nasi bersongkok, nak ke tandas bertutup kepala, nak tidur pun bersongkok. Orang seperti ini ada disekeliling kita cuma kita tidak perasan. Cuba perhatikan waktu makan kenduri pasti ramai yang menutup kepala dengan songkok atau serban. Inilah mereka yang beragama.

Mereka yang tidak menutup kepala ketika makan, masuk tandas atau tidur sebenarnya tidak yakin pada iman. Iman memerlukan kepercayaan pada wujudnya para Malaikat. Iman juga mempercayai adanya alam ghaib yang kita tidak nampak mereka tetapi mereka nampak kita.

Bagi makhluk yang jahat yang kita tidak nampak mereka dengan sewenang-wenangnya kencing atas ubun-ubun kepala kita bila kita lupa atau tidak tutup kepala. Makhluk-makhluk yang jahat ini lebih ramai dari makhluk-makhluk yang baik. Untuk memelihara diri kita dari serangan makhluk ini kita harus ada agama.

Seterusnya kita harus berfikiran seperti fikiran Nabi s.a.w. Kita mesti fikir macamana Nabi s.a.w. fikir dan risau. Risau tentang apa? Risau tentang bayi yang lahir sebelum duania Allah ta'ala hancurkan dapat diselamatkan dari neraka.

Kita lihat disekeliling kita ramai anak-anak remaja atau praremaja yang sudah khatam al-Quran namun gagal menghafal hanya surah al Kafirun. Ini kerana bila sudah khatam sudahlah, macam sudah habis SPM, habislah. Agama bukan begitu... agama ialah kita ulang lagi, setelah khatam ulang baca lagi dan tidak habis-habis.

Ketiga-tiga cara yang diterangkan diatas adalah cara Rasulullah s.a.w. yakni cara kehidupan Nabi s.a.w. cara Nabi s.a.w. berpakaian dan akhir sekali cara Nabi s.a.w. berfikir.

Marilah kita memulakan edesi baru dengan mulai bimbang dan risau bahawa ramai yang kita kenali dapat kita ikhtiarkan dapat di selamatkan dari neraka. Di samping itu mulailah kita berpakaian dengan pakaian-pakaian sunnah dan amalkan cara hidup yang sederhana, jika banyak sangat harta sedekah-sedekahkanlah dan tempat memberi sedekah yang terbaik ialah kepada mereka yang keluar pada jalan Allah.

Terbaik antara yang terbaik ialah kita sendiri keluar dijalan Allah dengan harta kita sendiri dan masa. Sebenarnya harta, masa serta diri kita Allah ta'ala telah beli dan Allah ta'ala telah bayar dengan syurga. Bagaimana sekarang... adakah masih hendak berdiam diri?
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 3 Julai 2015

Gandaan Pahala

Gambar sekedar hiasan saja.


Seperti yang kita semua telah tahu bahawa Allah ta'ala gandakan pahala dari perbuatan amal ibadah kita pada bulan Ramadhan. Walaupun semua antara kita telah tahu namun Tok Wan berkewajipan untuk memberitahu lagi tentang gandaan pahala pada bulan Ramadhan itu, sebab perkara ini sangat istimewa. Istimewa untuk kita ketahui dan amalkan serta istimewa untuk kita selalu ulang-ulangkan. Maklum saja apabila sesuatu perkara itu diulang-ulang samada ulang cakap atau baca atau tulis maka perkara itu lebih mudah meresap masuk kesanubari dan hati. Jadi ringkas cerita takderlah perkara-perkara yang lara yang dapat peluang untuk masuk dalam diri kita.

Kisahnya begini;

Pada suatu hari Nabi Musa a.s. sedang berjalan-jalan maka tetiba Baginda a.s. terdengar tangisan seakan-akan seorang perempuan. Setelah Baginda a.s. selidiki maka sahlah tangisan itu dari seorang perempuan yang baru kematian anak kesayangannya. Nabi Musa a.s. cuba menenangkannya namun tidak berjaya akhirnya Nabi Musa a.s. bertanya kepada perempuan itu berapakah umur anak yang meninggal itu? Maka dijawab olegh perempuan yang sedang menangis itu, 'Baru 300 tahun, muda sangat lagi'.

Ini menggambarkan kepada kita bahawa umat Nabi Musa a.s. usia mereka panjang-panjang. Ada yang sampai menjangkau 5000 tahun. Sudah pasti dengan umur yang sebegitu mereka yang taat pada Nabi Musa a.s. serta Allah ta'ala dapat melakukan ibadat dengan begitu banyak sedangkan kita ini umat Qatamul Nabi hanya sekitar 63 ke 83 tahun sahaja.

Oleh kerana sifat Allah ta'ala itu Maha Bijaksana maka diberilah gandaan pahala kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. Sesiapa yang berbuat kebaikan pada bulan Ramadhan akan digandakan dengan 10 maknanya sesiapa yang puasa genap dan tambah 6 hari dibulan syawal umpama berpuasa sepanjang tahun. Dan satu malam istimewa yang belum pernah diberi kepada umat terdahulu yakni malam Lailatul Qadr. Ganjaran pada malam tersebut lebih baik dari seribu bulan.

Wah... jika sepanjang usia semasa hidup dibumi ini dapat bertemu dengan 10 Lailatul Qadar pun sudah memadai, sebab sudah mencapai 830 tahun 4 bulan. Bahkan Nabi Musa a.s. sendiri akan cemburu melihat pahala dari ibadat yang membusut tinggi ketika di Padang Mahsyar kelak hanya kerana ibadah pada malam Lailatul Qadar belum kira mereka yang berjihad pada jalan Allah. Mereka yang mengimpakkan harta bagi menghantar seseorang menuntut ilmu agama. Orang yang mengimpakkan masa ketika melakukan kerja dakwah manusia kepada Allah dan orang yang mengimpakkan dirinya untuk jalan Allah. Merteka ini semua akan mendapat gandaan sehingga 700,000 kali ganda dan jika masih bujang alang-alang pun cecah 300,000 gandaan.

Pada bulan Ramadhan ini di samping menjalani ibadah puasa marilah kita bersedekah dan mengimpakkan harta, diri serta masa kita kepada jalan Allah pasti Allah terima dan menyukainya.


La haula wala quwwata illa billah..~