Jumaat, 19 Jun 2015

Hakikat

Gambar sekedar hiasan sahaja.

Hakikat sebenarnya yer... nama penuh dunia yang sedang kita huni sekarang ini ialah 'Dunia Darul Fana' sementara negeri akhirat yang bakal kita tempuh selepas kita mati dan dihidupkan semula pula nama penuhnya ialah 'Akhirat Darul Baqa'. Darul Baqa bermaksud negeri yang kekal dan darul fana pula bermakna negeri yang sementara yang macam ada dengan tidak ada. Nak kata macam fatamorgana pun boleh juga. Nak kata tak ada apa-apa pun boleh juga. Bagi Allah dunia ini umpama sebelah sayap nyamuk jer.

Hari ini bila kita canangkan kedupan di dunia darul fana ini berbondong-bondong orang yang akan segera datang, namun apabila kita mencanangkan akhirat dalam seratus orang adalah dua atau tiga orang mahu datang secara sukarela. Inilah beza antara yang sementara dan yang kekal. Tak dapat nak bezakan yang mana yang lebih baik. Dunia ini atau negeri akhiratkah yang lebih baik. Selalunya orang salah anggap soal agama ini.

Untuk menanam keyakinan dalam diri bahawa dunia ini hanya sementara memanglah susah, kerana kehidupan kita dalam zaman yang serba maju ini kita dihulurkan dengan berbagai-bagai ciptaan baru yang bertujuan memudahkan lagi keperluan harian kita. Kita leka dengan alat-alat baru seperti henfon sebagai contoh. Dengan henfon kita boleh wasap, boleh wichat dan berbagai benda lagi. Akhirnya kita lupa baca Quran maka mukjizat yang Allah letakkan pada al Quran kita tak dapat. Begitu juga nur yang ada pada al Quran kita tak dapat. Sebaliknya cahaya yang memedihkan mata dari display cecair silikon kat henfon itu yang kita dapat. Lalu mata mudah rabun.

Walhal perkara untuk menjamin kita sampai dengan selamat di negeri akhirat ialah amalan yang baik. Lagi tinggi amalan tersebut sudah tentu paling tinggi kedudukan kita di akhirat kelak. Hakikatnya ramai dari kita tertipu dengan tipu-daya syaitan walaupun dalam al Quran Allah dah ingatkan bahawa syaitan itu penuh dengan tipu daya.

Oleh itu ambillah masa atau berilah masa satu atau dua jam dalam setiap hari untuk kita tumpukan pada bacaan al Quran atau solat sunah yang baik-baik untuk membolehkan kita dipilih Allah menjadi orang Allah. Bukankah kita ini suka menggelar orang, jika orang itu selalu kat masjid kita akan gelar dia orang masjid. Jikalau kita nampak orang itu dipasar maka dia kita beri gelaran orang pasar.

Dengan solat dan bacaan al Quran untuk setiap pagi dan malam atau setiap malam ketika hendak tidur disamping mengerjakan solat lima waktu secara berjemaah berterusan kita sudahpun diberi jaminan keselamatan oleh Allah ta'ala. Ini jaminan didunia, belum lagi jaminan di akhirat. Dalam pada itu perbanyakkanlah zikir pagi petang siang malam... in syaa Allah selamat didunia fana ini dan selamat dinegeri khirat.
.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~




2 ulasan:

  1. assalamualaikum tok wan...perkongsian yang baik di pagi ini...:)

    BalasPadam
  2. W salam wbt... alhamdulillah..~

    BalasPadam