Jumaat, 2 Januari 2015

Siapa Pintar



Sepanjang hidup kita dari kecil hingga dewasa kita sering diingatkan oleh orang tua kita agar makan dan minum menggunakan tangan kanan. Bila sampai masa mengaji quran kita diingatkan pula oleh ustaz-ustazah kita bahawa sesiapa yang makan dan minum dengan tangan kiri dia menjadi sahabat syaitan.

Kini apabila kita sudah cukup dewasa ataui sudah cukup tua kita dapat melihat ramai bahkan banyak orang termasuk orang yang sudah tua makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri, walupun mereka bukan kidal.

Gulongan muda paling ramai makan dan minum sambil berdiri atau berjalan dan menggunakan tangan kiri sebab tangan kanan memegang talipon pintar. Talipon pintar ini boleh buat macam-macam, ia boleh memberikan video kejadian semasa kepada kita secara cepat melalui media sosial yang berbagai-bagai jenama. Disamping itu juga ia dapat menkumunikasikan kita dengan orang dalam kumpulan kita dengan pelbagai berita.

Dengan adanya talipon pintar dalam perjumpaan keluarga di hari raya sebenarnya talipon pintar telah berjaya mencuri perhtian kita dari tertumpu kepada keluarga depan mata kepada seseorang atau beberapa orang dialam maya.

Talipon pintar berjaya membuatkan kita tersenyum dengan orang jauh serta mengabaikan orang depan mata.

Jadi dalam masa sedar atau tidak talipon pintar telah menjadi lebih pintar dari manusia sebab namanya talipon pintar, sedangkan manusia yang memiliki dan menggunakan talipon pintar walaupun sudah belajar sampai ke menara gading namun masih tertinggal kepintarannya sebab Nabi  s.a.w. sendiri menasihatkan umatnya agar makan dan minumlah dengan tangan kanan. 

Makan dan minum dengan tangan kanan itu sunnah. Makan dan minum dengan duduk pun sunnah. Makan dan minum dengan didahului bacaan Bismillah pun sunnah. Tapi mengapa semakin ramai yng makan dan minum sambil berjalan sambil tangan kanan memegang talipon pintar?

Jawapannya ialah iklan di televisyen mempamerkan minum begitu lebih hensem, lebih anggun.

La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan