Jumaat, 14 November 2014

Lidah



Suatu hari Muaz r.a. bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w., 'Silalah ajrakan saya satu amalan yang akan memasukkan saya ke dalam syurga dan akan menyelamatkan saya daripada neraka.' Baginda Rasulullah s.a.w. telah bersabda. 'Engkau telah bertanya satu perkara yang amat besar. Terlalu mudah bagi sesiapa yang Allah s.w.t. mempermudahkannya. Iaitu, beribadatlah engkau kepada Allah dengan keikhlasan, janganlah menyekutukan Allah dengann sesuatu, dirikanlah solat dan teruskanlah bayaran zakat, puasalah pada bulan Ramadhan al Mubarak dan tunaikanlah Haji di Baitullah.' Selepas itu Baginda s.a.w. telah bersabda, 'Aku hendak menunjukkan kepadamu akan pintu bagi segala kebaikan (yakni pintu yang melaluinya manusia boleh sampai kepada kebaikan) iaitu puasa merupakan perisai (yakni, sepertimana dengan perisai manusia dapat selamat dari musuh-musuh, begitulah dengan puasa manusia dapat selamat dari syaitan); dan sedekah menghapuskan dosa-dosa sepertimana air memadamkan api, dan solat pada tengah malam (pun adalah satu perkara yang seumpamanya)'.

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda lagi, 'Aku hendakberitahu kepadamu akan kepala bagi semua amalan-amalan, tiangnya dan ketinggiannya. Kepala bagi setiap amalan adalah Islam (sebab tanpa Islam setiap perkara adalah sia-sia) dan tiangnya adalah solat (sebab sepertimana tanpa tiang susah hendak mendirikan satu rumah, begitulah tanpa solat Islam pun susah hendak berkekalan) dan ketinggiannya adalah Jihad (yakni melalui Jihadlah tercapai akan ketinggiannya).'

Selepas itu Baginda s.a.w. telah bersabda, 'Kini aku hendak beritahu kamu akan tunjangnya (yang diatasnya berdiri kesemua asasnya).'Baginda s.a.w. telah memegang lidahnya sendiri yang berkat lalu bersabda. 'Simpanlah ini dalam tahanan sendiri.' Muaz r.a. telah bertanya, 'Wahai Pesuruh Allah, apakah kita akan ditangkapi (disoal) untuk perkataan-perkataan yang diucapkan dengan lidah kita?'

Baginda s.a.w. telah menjawab, 'Engkau ditangisi oleh ibumu, wahai Muaz ! Adakah perkara yang selain daripada lidah yang membawa manusia ke neraka dangan hidung dan mukanya terbalik ke arah bawah ?' (Misykat)

'Engkau ditangisi oleh ibumu' adalah satu perkataan yang digunakan dalam bahasa Arab untuk memberi penekanan kepada sesuatu. Kesimpulannya, lidah yang kita sentiasa gunakan seperti gunting, kesemua jumlahnya akan ditimbangkan pada hari hisab dan perkataan sia-sia, lucu-lawak dan juga perkataan yang tidak dibenarkan oleh syariah akan menyebabkan masuk neraka.

Sebuah hadith menyatakan bahawa manusia mengucap sesuatu yang disukai Allah, walhal orang yang mengucapkannya sendiri pun tidak menyedarinya sebagai sesuatu yang penting, tetapi kerana ucapan begitu Allah s.w.t. akan meninggikan darjatnya di dalam syurga. Ada juga orang yang mengucapkan sesuatu yang tidak disukai Allah yangmana orang yang mengucapkannya pun tidak menganggapnya perkataan yang biasa sahaja, tetapi kerana ucapan begitu dia akan dicampakkan ke dalam neraka. Didalam riwayat yang lain telah dinyatakan bahawa dia akan dicampakkan begitu jauh kedalam neraka, seperti jauhnya diantara timur dan barat.

Telah diriwayatkan didalam sebuah hadith lagi bahawa Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Sesiapa yang akan mengambil tanggungjawab untuk dua perkara bahawa dia takan menyalahgunakan kedua-duanya, iaitu apa yang ada diantara dua bibir (yakni percakapan) dan apa yang diantara dua belah kaki (yakni kemaluan), maka aku jaminkan syurga baginya.'

Hadith yang lain menyatakan bahawa seseorang mengucap sesuatu perkataan hanya dengan tujuan supaya manusia dapat kesempatan untuk ketawa sedikit dan gembira dengan lucunya, tetapi akibat daripadanya ia dicampakkan kedalam neraka Jahannam seperti jauhnya bumi dan langit.

Sufiyan Saqfi r.a. telah bertanya kepada Baginda Rasulullah s.a.w. 'Perkara apakah yang Baginda paling takut bagi umat tuan ?' Baginda s.a.w. telah memegang lidahnya sendiri yang berkat lalu bersabda,'Inilah.' (Misykat)

Disamping ini ada juga banyak lagi riwayat-riwayat yang menyatakan perkara ini dengan berbagai-bagai cara. Walhal kita sangat-sangat lalai daripada perkara ini. Sesungguhnya manusia harus sentiasa sedar supaya perkataan yang diucapnya, walaupun tidk mendatakan faedah apa-apa, sekurang-kurangnya tidak memerangkapnya dalam musibah dan bahaya.

Sufiyan Thauri r.a. merupakan Imam hadith dan Fiqah yang termasyur. Beliau berkata, 'Aku telah melakukan satu dosa yang akibatnya adalah selama lima bulan aku telah kehilangan taufik untuk solat tahajjud.' Salah seorang telah bertanya, 'Apakah dosa itu?' Beliau menjawab, 'Melihat salah seorang menangis, aku telah menyatakan kepada riri sendiri bahawa orang ini adalah mempunyai sifat riya' (yakni menunjuk-nunjukkan kepada manusia).' (Ihya)

Itu adalah akibat bercakap sia-sia dengan dirinya sendiri. Walhal kita sentiasa meneruskan bercakap sia-sia, akan perkataan yang lebih keras lagi mengenai orang secara terang-terangan dan tanpa apa-apa alasan. Jika sekiranya ada permusuhan dengan sesiapa, maka kita tidak ragu-ragu untuk mengumpat dan membohonginya. Setiap kebaikannya disisi kita menjadi sebagai keaiban dan setiap keaibannya menjadi keburukan yang terlalu besar; kemudian kita mengumumkannya.

petikan dari Fadhilat Sedekah.



La haula wala quwwata illa billah..~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan