Gambar sekedar hiasan sahaja. (kerja merobohkan masjid di Angola)
Orang Islam tidak perlu memikirkan untuk menubuhkan persatuan atau kesatuan diperingkat negara atau antara-bangsa bagi mengambil tindakan terhadap tindakan ganas zionis meratah kaum Palestin. Apa yang perlu mereka buat ialah berpegang teguh dengan dua perkara yang Nabi s.a.w. tinggalkan, yakni al Quran dan Hadith. Selain membantu dengan menghulurkan bantuan sekadar perlu.
Al Quran seperti di ketahui adalah kalam Allah dan ia mempunyai mukjizat. Mukjizat itu tidak ramai umat Islam sendiri yang ambil peduli. Hanya sebahagian kecil sahaja yang membaca al Quran setiap hari. Yang lain cuma membaca al Quran seminggu sekali dan yang lebih malang tidak baca al Quran setelah qatam entah beberapa bulan atau tahun yang lalu.
Al Quran mempunyai nur yang khas bagi orang yang membacanya. Nur tersebut cuma dapat dilihat oleh mereka yang soleh serta solehah. Apabila kita sering membaca al Quran maka kuasa yang ada pada al Quran akan sentiasa mengingatkan kita tentang bacaan tersebut. Bagi seorang hafiz apabila telah lengkap dapat menghafal kesemua isi al Quran dan jika dalam masa 3 hari tidak membacanya semula maka sedikit demi sedikit ingatan tersebut (hafalan) akan hilang. Inilah puncanya kadang-kadang kita jumpa imam dalam solat terlupa ayat yang sedang dibacanya.
Jadi diringkaskan cerita al Quran mesti dibaca setiap hari tak kira banyak atau sedikit masa yang di luangkan. Perkembangan teknoloji membuatkan aplikasi al Quran boleh dibawa dalam henfon. Medium ini memudahkan kita membca al Quran tanpa perlu memegang al Quran. Setiap satu huruf yang dibaca dengan melihat huruf-huruf tersebut Allah beri sepuloh ganjaran. Ini bukti Allah Maha Kaya.
Selain al Quran mesti dibaca setiap hari, al Quran juga harus di fahami kandungannya atau sekurang-kurangnya ambil tahu berkenaan apakah yang dibaca itu. Al Quran juga mempunyai peraturan dan keterangan untuk hidup serta mati. Jadi membaca al Quran dengan memhami maknanya setiap ayat adalah lebih baik.
Seterusnya hadith-hadith Nabi s.a.w. harus di baca sekurang-kurangnya seminggu sekali. Ada banyak kitab-kitab yang dijual dikedai buku yang menghimpunkan hadith-hadith Nabi s.a.w. Hadith juga mempunyai nurnya yang tersendiri. Orang yang selalu mendengar bacaan al Quran serta hadith dapat membezakan nur yang terpancar dari al Quran dengan nur yang terpancar dari hadith walaupun dia buta kedua-dua belah mata.
Melalui hadith dapatlah kita memahami keterangan tambahan tentang tata-cara hidup yang Allah hendak kita tahu yang Allah telah sampaikan melalui RasulNya. Disebut ianya adalah hadith kerana pada masa hidupnya Rasulullah s.,a.w. setiap apa yang diucapkannya bukan percakapan yang datang dari akal fikiran Rasulullah s.a.w. sendiri melainkan wahyu dari Allah dan di datangkan oleh Malaikat yang paling hampir dengan Allah s.w.t. yakni Malaikat Jibril.
Kita baca al Quran, kita baca hadith kalau boleh setiap hari (cuma ambil masa sedikit sahaja). Tapi disini Tok Wan nak nasihatkan anda semua jangan terlalu bergantung kepada hadith dari internet kerana ada sebahagiannya hadith palsu yang diciptakan oleh orang tertentu yang ianya mungkin orang kafir atau zionis sendiri bertujuan mengelirukan dan merosakkan umat Islam.
Setelah dua pegangan yang Rasulullah s.a.w. tinggalkan untuk kita itu kita gigit betul-betul (pegang dengan kukuh) dan kita amalkan segala yang baik yang terkandung dalam al Quran dan hadith maka sudah pasti kita akan jumpa ada ayat al Quran serta hadith yang menyeru kita mengingati Allah s.w.t. setiap pagi dan petang. Cara mengingat Allah yang di maksudkan ialah dengan berzikir. Pagi dan petang tersebut ialah pagi selepas solat suboh dan petang selepas solat asar.
Dalam al Quran juga dijelaskan cara berpakaian kaum perempuan, dan itupun jika dapat kita semua patuhi maka nur dari setiap wajah kita akan bertambah sinarnya. Perempuan-perempuan kita akan terhindar dari fitnah. Kaum lelaki samada ayah, suami, abang atau adek lelaki yang telah baligh, dan bapa saudara dan atok adalah pemantau pakaian yang dipakai oleh perempuan-perempuan dibawah jagaan masing-masing agar aurat mereka terpelihara.
Jika ini semua berlaku sudah tentu Rahmat Allah mencurah-curah turun, keberkatan dimana-mana. Kejayaan pasti datang dan datang tanpa henti sebab itulah janji Allah. Bukti yang paling jelas ialah seruan azan dimasjid, 'Marilah menuju kejayaan', berapa peratus yang mendengar azan tersebut yang mampu datang ke masjid? Jawapannya cuma antara 1 hingga 5% sahaja kecuali hari juma'at dan hari raya.
Inilah tujuan atau maksud utama Allah s.w.t. menghantar ratusan-ribu para Nabi kemuka bumi. Tugas mereka tidak lain hanya untuk mentauhidkan Allah, bahawa Allah Maha Esa, Maha berkuasa, Maha Kaya dan semua yang hidup pasti akan merasai mati untuk kemudiannya ditimbang amal kebaikan mereka ketika kembali semula kepada Allah. Namun berapa peratus yang yakin dengan perkara tersebut? Jawapannya terlalu sedikit manusia yang yakin dengan perkara-perkara yang Nabi-nabi pernah bawa.
Sebab itulah doa kita tidak makbul, rezeki dan umur kita walaupun banyak tetapi tidak berkat. Cuba kita semua ubah duduk perkara, pastinya doa kita akan makbul, segala-gala yang ada pada kita menjadi berkat. Apabila doa dah makbul doa kita itulah yang akan menjadi senjata. Dari Malaysia bila kita doakan agar Allah membantu saudara-saudara kita di Palestin atau di Syria pasti pertolongan itu segera sampai.
Tapi kebanyakan kita sebenarnya semakin jauh dari Allah. Solat kita maseh main-main, maseh tidak menumpukan hati dan fikiran pada Allah ketika solat. Kita cuma hadirkan diri dalam saf solat sedangkan hati dan fikiran kita berada ditempat lain. Kakak-kakak dan makcik-makcik kita yang berniaga makanan di Kuala Lumpur, di Kota Bharu, di Alor Setar, di Kangar dan di Kuala Trengganu masih mendedahkan lengan (aurat) walaupun mereka memakai tudung dikepala, sedangkan mendedahkan lengan itu sama dosanya dengan mendedahkan aurat. Jadi bagaimana doa nak makbul, bagaimana rezeki nak berkat dan bagimana umur nak berkat jika solat zohor pun selalu lewat.
Inilah kunci kejayaan yang Allah janjikan kepada kita semua. Kejayaan dalam memelihara agama. Dengan agama ini kita mampu memiliki doa yang sentiasa di makbulkan oleh Allah dan rezeki serta rahmat akan mencurah-curan turun ke dalam negara kita. Harga barang-barang akan turun serta-merta sebab semua perkara yang berlaku dibumi telah ditentukan di langit. Para Malaikat yang bertugas menjaga harga barang-barang akan menurunkan harga setiap barang yang kita perlukan.
Ishhh.... kali ini terlalu panjang pula Tok Wan menulis. Tapi rasanya belum habis lagi apa yang hendak ditulis. Walau bagaimanapun inilah perkara yang penting yang perlu kita beri perhatian. Pernah Tok Wan bayangkan jikalau tiba-tiba Sultan dan Raja-raja di Malaysia ini berkenan hendak solat suboh berjemaah dengan rakyat di sebuah masjid dan surau untuk setiap pagi pada setiap hari, dan pengumuman mengenainya dimaklumkan kepada kariah masing-masing oleh Pengarah Jabatan Istiadat, pastinya solat suboh kita semeriah solat juma'at. Siap dengan Menteri Besar serta pegawai-pegawainya, Pegawai Daerah serta kaki-tangannya, Jawatankuasa Kampong dan Jawatnkuasa Masjid pun ada belaka. Tapi itu hanyalah impian Tok Wan.
La haula wala quwwata illa billah..~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan