Jumaat, 9 Mei 2014

Laa ilaaha illallah



Kalimah Toiyyibah merupakan kalimah iman dan amal iaitu, kalimah iman ialah “laa ilaaha illallah” yang bermaksud ''tiada tuhan selain ALLAH '' . yang mana kini wajib meyakini 100% hanyasanya ALLAH sahaja yang maha kuasa, tiada yang berkuasa melainkan ALLAH s.w.t, makhluk langsung tiada kuasa. 

Untuk mendapatkan keyakinan seperti itu kita mesti berusaha memasukkan kebesaran Allah dalam hati kita dan mengeluarkan kebesaran makhluk dalam hati kita. Dalam erti kata lain, kita hendaklah yakin bahawa hanya Allah yang berkuasa dan bukannya makhluk seperti manusia, haiwan, tumbuhan, penyakit, iblis, jin dan sebagainya langsung tidak memberi manfaat atau mudarat kepada kita tanpa izin ALLAH. 

Sebagai contoh, kebiasaan kita sakit, pastinya yang dicari ubat tetapi bukan ubat yang berkuasa menyembuhkan kita tetapi Allah SWT. Ubat itu hanyalah sekadar asbab ( perantara) dari Allah untuk menyembuhkan seperti kisah Nabi Musa a.s yang sakit perut, kali pertama Nabi Musa a.s bemunajat kepada ALLAH s.w.t, mengadu akan kesihatannya kepada ALLAH, dengan kerahiman ALLAH telah meemerintahkan Nabi Musa a.s memakan sejenis tumbuhan, lalu Nabi Musa makan dan izin ALLAH, sakit perut Nabi Musa hilang, Untuk kali ke dua, Nabi Musa sakit lagi lalu baginda terus sahaja makan tumbuhan tersebut tanpa merujuk kepada ALLAH, dari itu sakit Nabi Musa tidak sembuh lalu mengadu kepada ALLAH dan ALLAH s.w.t berfirman kepada Nabi Musa a.s bahawa sesungguhnya yang beri kebaikan kepada tumbuhan itu ialah AKU, bukan tumbuhan itu yang menyembuhkan kau wahai Musa, ini lah iman yang mahu diajar oleh ALLAH kepada setiap hambaNya.

Jika kita lapar atau dahaga pasti kita akan makan dan minum tetapi itu hanyalah asbab dari ALLAH yang membuat kita kenyang atau hilang dahaga hanyalah dari ALLAH.

Nabi Sulaiman a.s pernah memohon kepada ALLAH s.w.t untuk memberi makanan kepada makhluk ALLAH, lalu ALLAH izinkan. Selama 40 hari Nabi Sulaiman menyiapkan hidangan yang mana hidangan tersebut terhidang sejauh mata memandang. Setelah seluruh haiwan berhimpun maka Nabi Sulaiman memerintahkan haiwan laut yang memulakan santapan terlebih dahulu lalu datanglah seekor ikan yang besar, hanya dengan sekali telan seluruh makanan habis dan ikan tersebut berkata kepada Nabi Sulaiman a.s bahwa dia masih lapar lagi, maha suci ALLAH, inilah kehebatan ALLAH, AR RAZAK. MAHA Memberi Rezeki. 

ALLAH mempunyai 3 kudrat, dengan asbab, tanpa asbab dan berlawanan asbab, kuasa ALLAH tiada tolok bandingnya. Seperti yang kita ketahui kita hidup hanya dengan asbab seperti dalam fikiran kita kita perlu makan untuk hidup tetapi tanpa makan-minumpun boleh hidup dengan kehndak ALLAH seperti Nabi Yunus a.s di dalam perut ikan nun 40 hari dalam kegelapan tanpa oksigen dan makan minum, tetap hidup dan inilah antara kudrat ALLAH tanpa asbab oksigen, makan dan minum ALLAH mampu menjaga Nabi Yunus a.s, walaupun berlawanan asbab sekalipun , ALLAH mampu mengaturnya dengan penuh harmoni seperti kajian sains yang telah menemui api yang menyala di dasar laut. api dan air bercampur tetapi api tidak padam, maha kuasa ALLAH. 

Tetapi ini tidak bermaksud untuk kita menolak dunia dan asbab cuma kita perlu menafikan asbab dan bahwa makhluk langsung tiada kuasa , tidak dapat memberi mudarat dan manfaat walau sedikitpun, inilah kita kena belajar2 memperbetulkan niat walau hal sekecil sekalipun dalam membuat sesuatu adalah kerana perintah ALLAH bukan kerana makhluk, seperti makan bukan kerana lapar tetapi kerana perintah ALLAH. Kerja bukan untuk hidup tetapi ALLAH yang perintah kita kerja dan yang beri rezeki ALLAH. Inilah iman yang perlu kita bawa kepada ALLAH, iman yang sempurna tanpa syirik kepada ALLAH.


La haula wala quwwata illa billah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan