Jumaat, 23 Mei 2014

Di Hari Akhirat






Ini ada sedikit kisah yang akan berlaku di Negeri Akhirat.


Mula-mula bapa akan bertanya kepada anaknya,

'Bagaimanakah perlakuanku terhadapmu didunia dulu?'

Maka sianak itu akan banyak memuji perlakuan bapanya. Selepas itu bapa akan berkata,

'Hari ini aku hanya meminta daripadamu satu pahala sahaja. Mungkin dengannya masalahku akan selesai.'

Anak akan berkata,

'Ayah telah meminta sesuatu yang ringkas sahaja, tetapi saya dalam keadaan yang sangat terdesak. Saya sendiri dalam ketakutan dan kebimbangan seperti ayah.'


Kemudian soalan dan jawapan yang serupa akan berlaku dengan isterinya, sepertimana terdapat firman Allah ta'ala dalam al Quran;

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُواْ رَبَّكُمۡ وَٱخۡشَوۡاْ يَوۡمً۬ا لَّا يَجۡزِى وَالِدٌ عَن وَلَدِهِۦ وَلَا مَوۡلُودٌ هُوَ جَازٍ عَن وَالِدِهِۦ شَيۡـًٔا‌ۚ إِنَّ وَعۡدَ ٱللَّهِ حَقٌّ۬‌ۖ فَلَا تَغُرَّنَّڪُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا وَلَا يَغُرَّنَّڪُم بِٱللَّهِ ٱلۡغَرُورُ

Ertinya;


Wahai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah itu benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia dan janganlah pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah."

Surah Luqman ayat 33.


La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 16 Mei 2014

Si Miskin, Ulamak dan Sultan

Gambar sekadar hiasan sahaja.

Salah seorang telah membawa wang sebanyak sepuloh ribu dirham sebagai hadiah kepada Ibrahim Adham r.a. Beliau terus menolaknya sambil berkata. "Apakah kamu ingin namaku dipotong dari senarai orang-orang miskin kerana sepuloh ribu dirham ? Demi Allah ! Aku tidak sanggup untuk menerimanya sama sekali.

Beliau pernah berkata, "Ahli dunia mencari kesenangan dalam dunia dan dengannya menjadi mangsa penipuan. Manakah ada kesenangan dalam urusan dunia? Jika sekiranya mereka mengetahui bahawa kesultanan yang sebenar adalah pada kita maka mereka akan memerangi kita dengan pedang."

Abdullah Ibnu Mubarak rah.alaik telah ditanya oleh salah seorang, "Siapakah insan? Beliau menjawab, "Ulamak." Dia bertanya lagi, "Siapakah sultan?". Beliau menjawab, "Orang yang berzuhud." (Yakni orang yang tidak berminat kepada dunia). Orang itu bertanya lagi, "Siapakah orang yang bodoh?" Beliau menjawab, "Orang yang mencari dunia melalui agama."

Zun Noon Misri rah.alaik berkata bahawa orang-orang zuhud merupakan sultan akhirat dan mereklah yang telah mengenali Allah. Syaikh Abu Madian rah. alaik berkata bahawa kesultanan adalah dua jenis. Satu yang memerintah negara-negara dan yang lain adalah mereka yang memerintah hati-hati manusia. Sultan yang hakiki adalah orang zuhud yang merupakan sultan bagi hati-hati makhluk.

Pendapat satu jema'ah termasuk Imam Syafei rah.alaik ialah jika seseorang itu meninggal dunia dengan wasiat bahawa sekian-sekian bahagian dari hartanya diberikan kepada orang yang paling berkefahaman, maka menurut wasiat itu orang zuhudlah mesti diberi harta itu kerana dialah orang yang paling baik kefahamannya. (Rawdh)

La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 9 Mei 2014

Laa ilaaha illallah



Kalimah Toiyyibah merupakan kalimah iman dan amal iaitu, kalimah iman ialah “laa ilaaha illallah” yang bermaksud ''tiada tuhan selain ALLAH '' . yang mana kini wajib meyakini 100% hanyasanya ALLAH sahaja yang maha kuasa, tiada yang berkuasa melainkan ALLAH s.w.t, makhluk langsung tiada kuasa. 

Untuk mendapatkan keyakinan seperti itu kita mesti berusaha memasukkan kebesaran Allah dalam hati kita dan mengeluarkan kebesaran makhluk dalam hati kita. Dalam erti kata lain, kita hendaklah yakin bahawa hanya Allah yang berkuasa dan bukannya makhluk seperti manusia, haiwan, tumbuhan, penyakit, iblis, jin dan sebagainya langsung tidak memberi manfaat atau mudarat kepada kita tanpa izin ALLAH. 

Sebagai contoh, kebiasaan kita sakit, pastinya yang dicari ubat tetapi bukan ubat yang berkuasa menyembuhkan kita tetapi Allah SWT. Ubat itu hanyalah sekadar asbab ( perantara) dari Allah untuk menyembuhkan seperti kisah Nabi Musa a.s yang sakit perut, kali pertama Nabi Musa a.s bemunajat kepada ALLAH s.w.t, mengadu akan kesihatannya kepada ALLAH, dengan kerahiman ALLAH telah meemerintahkan Nabi Musa a.s memakan sejenis tumbuhan, lalu Nabi Musa makan dan izin ALLAH, sakit perut Nabi Musa hilang, Untuk kali ke dua, Nabi Musa sakit lagi lalu baginda terus sahaja makan tumbuhan tersebut tanpa merujuk kepada ALLAH, dari itu sakit Nabi Musa tidak sembuh lalu mengadu kepada ALLAH dan ALLAH s.w.t berfirman kepada Nabi Musa a.s bahawa sesungguhnya yang beri kebaikan kepada tumbuhan itu ialah AKU, bukan tumbuhan itu yang menyembuhkan kau wahai Musa, ini lah iman yang mahu diajar oleh ALLAH kepada setiap hambaNya.

Jika kita lapar atau dahaga pasti kita akan makan dan minum tetapi itu hanyalah asbab dari ALLAH yang membuat kita kenyang atau hilang dahaga hanyalah dari ALLAH.

Nabi Sulaiman a.s pernah memohon kepada ALLAH s.w.t untuk memberi makanan kepada makhluk ALLAH, lalu ALLAH izinkan. Selama 40 hari Nabi Sulaiman menyiapkan hidangan yang mana hidangan tersebut terhidang sejauh mata memandang. Setelah seluruh haiwan berhimpun maka Nabi Sulaiman memerintahkan haiwan laut yang memulakan santapan terlebih dahulu lalu datanglah seekor ikan yang besar, hanya dengan sekali telan seluruh makanan habis dan ikan tersebut berkata kepada Nabi Sulaiman a.s bahwa dia masih lapar lagi, maha suci ALLAH, inilah kehebatan ALLAH, AR RAZAK. MAHA Memberi Rezeki. 

ALLAH mempunyai 3 kudrat, dengan asbab, tanpa asbab dan berlawanan asbab, kuasa ALLAH tiada tolok bandingnya. Seperti yang kita ketahui kita hidup hanya dengan asbab seperti dalam fikiran kita kita perlu makan untuk hidup tetapi tanpa makan-minumpun boleh hidup dengan kehndak ALLAH seperti Nabi Yunus a.s di dalam perut ikan nun 40 hari dalam kegelapan tanpa oksigen dan makan minum, tetap hidup dan inilah antara kudrat ALLAH tanpa asbab oksigen, makan dan minum ALLAH mampu menjaga Nabi Yunus a.s, walaupun berlawanan asbab sekalipun , ALLAH mampu mengaturnya dengan penuh harmoni seperti kajian sains yang telah menemui api yang menyala di dasar laut. api dan air bercampur tetapi api tidak padam, maha kuasa ALLAH. 

Tetapi ini tidak bermaksud untuk kita menolak dunia dan asbab cuma kita perlu menafikan asbab dan bahwa makhluk langsung tiada kuasa , tidak dapat memberi mudarat dan manfaat walau sedikitpun, inilah kita kena belajar2 memperbetulkan niat walau hal sekecil sekalipun dalam membuat sesuatu adalah kerana perintah ALLAH bukan kerana makhluk, seperti makan bukan kerana lapar tetapi kerana perintah ALLAH. Kerja bukan untuk hidup tetapi ALLAH yang perintah kita kerja dan yang beri rezeki ALLAH. Inilah iman yang perlu kita bawa kepada ALLAH, iman yang sempurna tanpa syirik kepada ALLAH.


La haula wala quwwata illa billah..~

Jumaat, 2 Mei 2014

Rumah Allah

Gambar sekedar hiasan sahaja.

Masjid di Malaysia biasanya cuma dijadikan sebagai tempat untuk solat berjemaah. Kebanyakan masjid cuma dibuka apabila tiba waktu solat fardhu.  Ada juga masjid yang bila dah masuk waktu azan pun tak buka juga. Ini adalah sebab petugas masjid dibayar gaji oleh Jabatan Agama Islam negeri masing-masing, mereka ada urusan dunia yang menyibukkan mereka, setelah selesai urusan dunia baru nak buka masjid. Kadang-kadang masjid disebelahnya dah habis azan baru pemegang kunci masjid datang. Amanah yang diberikan kepada mereka tidak dapat ditunaikan dengan baik. Adakah mereka akan ditanya di Padang Mahsyar nanti? Jawapannya mereka akan ditanya.  

Ada juga imam yang suka sistem bunyi yang kuat ketika solat dan setelah selesai solat berjemaah bacaan-bacaan zikir turut kuat juga dan ini mengganggu jemaah yang masbuk atau jemaah dengan imam yang baru dibentuk. Pemegang amanah masjid merasakan rumah Allah itu mereka yang punya, mereka tidak menghiraukan jemaah yang mash solat berjemaah dengan imam yang berada diruang belakang mereka.

Pernah juga beberapa kali berlaku dimana suara zikir terlampau kuat sehingga imam baru terpaksa memperkuatkan bacaan surah dalam solat maghribnya agar dapat didengar oleh jemaah yang baru sampai.

Alangkah eloknya jika bunyi sistem itu diperlahankan atau imam sendiri memperlahankan suaranya. Namun ada pula imam yang memegang mikrofon sehingga depan mulut walhal mikrofon itu cuma untuk disangkut pada kolar baju.

Selesai solat jemaah beberapa Jawatankuasa masjid sibuk tutup kipas dan lampu serta pintu masjid. Ini seolah-olah menghalau agar semua orang mengosongkan masjid. Dalam amsa yang sama maseh ada jemaah yang solat sunat terpaksa pula bersegera menyudahkan solat masing-masing.

Ada juga petugas masjid yang tidak sabar-sabar untuk iqamat. Matanya liar memerhati kebelakang bagi mempastikan tiada lagi orang yang beridiri. Walhal waktu azan baru lepas 4 atau 5 minit. Jikalau tunggu bagi genap 10 minit untuk maghrib bukankah lebih elok. Jikalau tidak menyusahkan lebih elok sehabis azan maghrib terus sahaja iqamat. Begitu juga azan isyak dangan iqamat, belum cukup 10 minit dah sibuk nak iqamat sedangkan diluar masjid maseh ramai yang mengambil wudu'.

Bilal dan imam kena perhati kena ambil berat hal ini. Tunggu lambat sedikit lebih baik kerana makin ramai makmum semakin tinggi ganjaran yang Allah berikan untuk mereka yang sabar menanti.

Selesai solat kebanyakan masjid akan dikunci. Kenapa perlu kunci masjid? Bagaimana jikalau ada musafir yang singgah untuk solat asar disitu? Jikalau takut P.A. system dicuri orang buatlah bilik khas yang boleh dikunci supaya tiada kecurian dan jangan letak barang-barang berharga. Jikalau kipas angin dipasang ditempat tinggi bagaimana pencuri hendak mencurinya.

Jika biasa masjid itu tidak dikunci pasti akan sentiasa ada orang yang beriktikaf didalamnya. Jawatankuasa masjid wajib bermesyuarat untuk tidak kunci masjid. Salah satu cara ialah dengan bergilir-gilir iktikaf dimasjid antara orang dewasa dan orang muda.

Ini hanyalah luahan serta pandanganku sahaja. Apa-apa yang menyentuh perasaan harap dapat dimaafkan.

La haula wala quwwata illa billah..~