Isnin, 27 Januari 2014

Majlis Ilmu



Sabda Rasulullah s.a.w, 
"Allah S.W.T. telah menugaskan para malaikatNya untuk mencari majlis zikir di bumi. Bila menjumpainya mereka akan duduk bersama dengan mereka yang berzikir serta memanggil pula malaikat-malaikat yang lain dengan menghamparkan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang antara langit dan bumi. serta majlis itu selesai para malaikat pun naik ke langit lalu ditanya oleh Allah, 

"Dari manakah kamu semua?" 

Jawab malaikat, 
"Kami baru balik dari memeriksa hambaMu di bumi, mereka telah bertasbih, bertahlil dan bertahmid kepadaMu. Mereka juga memohon memperolehi tempat di syurgaMu kelak." 

Firman Allah, 
"Pernahkah mereka ini melihat akan syurgaKu! Mereka memohon syurga padahal mereka tidak pernah melihatnya dan apatah lagi jika mereka melihatnya." 

Tambah malaikat, 
"HambaMu juga memohon agar dibebaskan dari nereka jahanam."

Firman Allah, 
"Pernahkah mereka melihat akan NerakaKu! Mereka memohon agar dijauhi dari neraka jahanam padahal mereka belum melihatnya, bagaimana perasaan mereka jika telah melihatnya." 

Berkata malaikat lagi,"
Hambamu di bumi juga telah memohon keampunan dariMu."

Allah lalu berfirman, 
"Dengarlah wahai para malaikatKu! Aku akan mengampuni mereka dan memperkenankan terhadap apa yg mereka minta dan membebaskan mereka dari api neraka yang amat mereka takuti itu." 

Tambah malaikat,
Ya Allah! Di dalam majlis itu terdapat seorang hambaMu yang penuh dengan amalan dosa, ia hanya melalui majlis itu lalu singgah dan duduk bersama mereka yang berzikir." 

Jawab Allah, 
"Orang itu pun turut Aku ampuni, begitulah kepada setiap orang yg terlibat dalam majlis zikir tidak ada yang sia-sia."

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan