Selasa, 31 Disember 2013

Solat Tahajud_dari perspektif perubatan

Gambar sekadar hiasan sahaja.

Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.

TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja. Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.

Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang athlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan. Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. 

Tidur Tao, Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao, Confusies dan Sikh.

PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT

Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : " The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep." Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur." "The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night." - Longfellow. Maksudnya " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. " Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.

Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur. Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui. Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun atau tidur lewat tidak merasa nikmat oksigen ini.


RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat. Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan. Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin. Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki, dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi. Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita. Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : " Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar."

Moga mendapat Manfaat....


kredit: mohd haikal amri mohd ismal


Salam Ukhuwah..~

Isnin, 30 Disember 2013

Bencana



Allah berfirman bermaksud: “Wahai kaumku, mintalah ampun daripada Tuhanmu, kemudian kembalilah mentaati-Nya agar diturunkan hujan lebat dan menambah bagi kamu kekuatan yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangi seruan-Ku dengan terus menerus melakukan dosa.” (Surah Hud, ayat 52)

Keengganan menunaikan tuntutan agama seperti mengeluarkan zakat juga adalah salah satu hal yang boleh mengundang kemurkaan Allah. Di antaranya melalui kemarau panjang.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan harta mereka melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan. Kalaulah tidak kerana binatang yang ada di muka bumi ini, nescaya langit pasti tidak akan menurunkan hujan buat selama-lamanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Daripada Tarmidzi, daripada Ali bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah bagi Allah menimpakan bencana ke atas mereka, iaitu:

1.  Apabila harta yang dirampas daripada peperangan diagihkan kepada orang tertentu saja.

2. Apabila wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan.

3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.

4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.

5. Apabila anak menderhakai ibu bapa.

6. Apabila seseorang itu lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.

7. Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising.

8. Apabila lebih ramai membicarakan hal keduniaan dalam masjid.

9. Apabila pemimpin sesuatu kaum itu orang dihina oleh kaumnya sendiri.

10. Apabila memuliakan orang lain kerana takutkan ancaman yang akan diambil ke atasnya.

11. Apabila arak menjadi minuman biasa dalam majlis.

12. Apabila ramai lelaki memakai sutera.

13. Apabila wanita dijemput ke dalam majlis untuk menghiburkan lelaki.

14. Apabila wanita bermain alat muzik.

15. Apabila orang terkemudian menghina orang yang terdahulu.

Maka, pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin (puting beliung) dan gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman tidak menjadi.”

Sebagai umat yang meyakini kuasa Allah Taala, tidak dapat tidak, kita terpaksa akur untuk menerima hakikat bahawa segala bencana Allah sebenarnya bukanlah kerana sengaja Allah mahu menurunkannya. Ia disebabkan kerakusan dan keegoan manusia itu sendiri yang begitu lahap mengejar kuasa dan kebendaan.

Akal yang dikurnia Allah bagaikan tidak ada nilai dan kegunaan sedikit pun apabila nafsu mula m
erajai diri sendiri. 

Akhirnya, marilah kita pulang ke dalam diri masing-masing, berfikir dengan kewarasan akal dan dengan kesucian iman kembali ke jalan yang hak yang syumul.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 29 Disember 2013

Adab-adab Makmum



Dalam kita bersolat secara berjemaah sehari 5 waktu pastinya dalam berbagai keadaan. Ada masa kita seperti terburu-buru seolah-olah mengejar imam dengan fikiran kita pergi entah kemana-mana tempat samaada jauh maupun dekat. Dalam waktu itulah tanpa kita sedar kita sudah bersama-sama dengan imam. Sebenarnya ramai makmum yang solat bersama imam tanpa mereka sedar. Sepatutnya mereka solat mengikut imam bukannya bersama imam.

Istilah bersama imam ialah dimana apabila imam belum habis roko' makmum pun roko'. Bila kita lihat dari arah lain, imam sampai dia pun sampai. Untuk tidak bersama-sama imam dalam setiap rukun solat maka ini diperturunkan cara solat yang mengikut imam. Dan ini dinamakan adab-adab menjadi makmum yang baik.

1. Makmum hendaklah ke masjid atau surau seberapa segera dan sebaik-baiknya sebelum azan dikumandangkan. Maka dia akan banyak memperolehi pahala dalam menunggu, iktikaf dan solat sunat. Itulah yang dikatakan menunggu solat mendapatkan pahala seperti solat. 

2. Segera berdiri apabila bilal mengucapkan iqamah dan memberikan makluman agar membentuk shaf. Hendaklah berusaha agar mendapatkan shaf pertama dan tempat utama kalau masih memungkinkan. Apabila shaf utama sudah penuh, hendaklah memenuhkan pula shaf berikutnya dengan memulakan dari bahagian tengah. Begitulah seterusnya sehingga tidak terbentuk suatu shaf baru, melainkan shaf dihadapannya sudah penuh dan rapat.

3. Hendaklah bertenang, memusatkan fikiran kepada Allah sementara menunggu imam mengangkat Takbiratul Ihram. Dalam keadaan seperti itu, sesetengah orang mengucapkan Ushalli…dan sebagainya untuk membantunya memusatkan fikiran sebelum memulakan solat tersebut.

4. Apabila imam telah selesai mengangkat Takbiratul Ihram, makmum hendaklah segera mengangkat Takbirratul Ihram juga agar mendapat fadhilat Takbiratul Ihram bersama imam yang utama. Oleh itu bagi yang biasa membaca Ushalli… sebelum bertadbir, sebaiknya dibaca sebelum imam bertadbir atau bersama-sama imam. Hanya jangan mengangkat Takbiratul Ihram terlebih dahulu sebelum imam betul-betul telah selesai Takbirtaul Ihram. Jika telah selesai imam bertakbiratul Ihram, makmum baru membaca audzu…bismillah…dan ushalli…, maka sudah terlepas dari mendapat Takbiratul Ihram bersama imam yang utama.

5. Hendaklah makmum merendahkan suaranya sekadar yang hanya didengari oleh dirinya sendiri agar tidak mengganggu jemaah yang lain. Sama ada ketika membaca Ushalli, doa, iftitah, fatihah, takbir intiqal dan lain-lain.

6. Hendaklah makmum mendengar bacaan imam seperti Fatihah dan surah. Dikehendaki pula agar makmum ikut membaca fatihah imam di dalam hatinya, untuk menambah kekusyukan.

7. Makmum hendaklah mengerjakan ruku', iktidal, sujud, bangun dari sujud, duduk di antara dua sujud dan sebagainya setelah imam mengerjakannya. Contohnya jika imam hendak sujud, biarlah sujudnya sempurna iaitu dahi telah mencecah lantai, barulah makmum boleh bergerak. Demikian juga makmum hendaknya mengucapkan takbiratul ihram setelah imam mengucapkannya. Rasulullah s.a.w.memberikan amaran kepada makmum yang mendahului imam ketika mengangkat kepalanya dari sujud. Baginda s.a.w.  bersabda ertinya: "Apakah tidak takut orang-orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam, bahawa akan dipusing oleh Allah kepalanya menjadi kepala keldai?." (Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)

8. Jika imam membuat kesalahan, hendaknya makmum menegurnya dengan bacaan tasbih "Subhanallah", jika makmum lelaki. Jika makmum perempuan dengan menepuk tangan seperti yang dibenarkan oleh syara'.

Semuga solat dan amalan kita diterima Allah s.w.t.


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 28 Disember 2013

Air-mata Rasulullah s.a.w.


Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,"Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah s.a.w. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah s.a.w, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah s.a.w menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah s.a.w. dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah s.a.w. lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah s.a.w. ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah s.a.w. bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah s.a.w. mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah s.a.w. pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah s.a.w. mengaduh, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah s.a.w. mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku -
peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah s.a.w. yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin... .

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih ramai yang menyayangi mu di dunia tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihmu diakhirat.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 27 Disember 2013

Penyeri Taman Syurga



Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara... Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya... kerana akhlaq itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlaq buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu... Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya... Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar.. tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya....

Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah. Kerana itulah... Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah... Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang... dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya... Islam tidak membezakan kedudukan atau darjat seseorang samaada mereka wanita atau lelaki melainkan berdasarkan ketaqwaan mereka kepada Allah... Firman Allah dalam surah an-Nisa', ayat 24 yang bermaksud... "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya : "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 26 Disember 2013

Tanda Kesayangan Allah



" Apabila Allah mahukan kebaikan kepada mana-mana hamba-Nya Ia jadikannya merasa dirinya kaya dan ia mengisi taqwa di dalam hatinya, dan apabila Allah mahukan keburukan kepada mana-mana hamba-Nya Ia jadikan kemiskinan itu terbayang di matanya. "

Diriwayatkana oleh al-Hakim dari Abi Hurairah



TUJUANNYA

Kaya dan miskin sentiasa menjadi persoalan pokok dalam hidup manusia di dunia ini. Yang miskin ingin jadi kaya dan yang kaya ingin jadi lebih kaya lagi. Namun begitu keinginan untuk jadi kaya bukanlah merupakan satu dosa di sisi Allah, demikian juga keinginan menjadi lebih kaya. Tetapi yang sering menghilangkan pertimbangan manusia yang wajar dan yang sering menjadikan manusia lupakan daratan ialah perasaan tamak yang tidak mengenal batasnya, perasaan merasa tidak cukup yang tidak tahu sempadan.

Dalam hadis ini Allah mendedahkan dua sifat pokok yang membezakan di antara orang yang disayangi Allah dengan orang yang dibenci Allah. Sifat yang disayangi Allah ialah sifat memada dan sederhana. Setiap orang yang dapat menikmati sifat itu akan merasa dirinya benar-benar kaya dan merdeka. Ia tidak diburu oleh merasa kebimbangan yang bukan-bukan, tidak dirasuk oleh ketamakan-ketamakan yang boleh memesongkan jalan hidupnya yang baik, sementara sifat orang yang dibenci Allah ialah orang yang sentiasa merasa dirinya diancam kemiskinan, ia begitu takut jatuh papa dan miskin, begitu panik dengan kemerosotan kekayaannya walaupun kekayaan yang wujud dalam miliknya masih kukuh dan masih tidak seburuk orang lain.

Penyakit takut miskin atau 'miskin fobia' merupakan penyakit zaman moden yang amat ditakuti sekali, kerana itu sebilangan besar orang ramai melindungi dirinya dan anak buahnya dengan berbagai-bagai insuran dan menyapu dari jiwa mereka sebarang perasaan menyerah dan bertawakal kepada Allah yang menjadi sifat utama para Mukminin dan tidak kurang pula menjadi petualang-petualang yang bersedia untuk merompak apa sahaja peluang yang dapat membebaskan mereka dari ketakutan menjadi miskin. Dan penyakit inilah juga yang menjadikan mereka manusia-manusia bakhil yang hanya sibuk menghitung punca-punca masuk dan keluarnya duit-duit mereka, tanpa mengira kewajipan-kewajipan terhadap Allah dan masyarakat.

Dalam surat Al-Isra' ayat (100) Allah memberi satu sindiran tajam kepada manusia yang dikongkongi penyakit 'miskin fobia'

 " Katakanlah wahai Muhammad kalau kiranya kamu (wahai manusia) menguasai perbendaharaan-perbendaharaan nikmat Tuhanku tentulah kamu tahankan perbendaharaan itu kerana takut membelanjakannya, sesungguhnya manusia itu amat bakhil. "  Al-Isra' (100)

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 25 Disember 2013

Rasa Hebat

Gambar sekedar hiasan sahaja


Pada zaman internet ini manusia sentiasa rasa hebat , masyhur, kaya , tidak memerlukan teguran dan diri menjadi sombong. Lantaran itu manusia tidak lagi mahu mengikut kehendak agamanya yang suci ini. Masing-masing berasakan dirinya sudah hebat dengan mengikut gelagat bintang-bintang filem, penyanyi-penyanyi dan segala jenis seniman yang memporak-perandakan iman umat Islam zaman ini. Antara bentuk-bentuk ikutan yang difikirkan negatif oleh pandangan kita dan agama juga ialah seperti:

1.Mewarnakan rambut yang hitam dengan warna seperti bulu tupai yang keperang-perangan. 

2.Memotong rambut ala bintang filem Barat, berekor,trojen dan jijik dipandang 

3.Memakai subang sebelah bagi lelaki seperti pondan celaka

4.Menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya seperti bintang filem makyung Cina

5.Memakai baju tidak berlengan yang mendedahkan panau dan kurap di tangan. 

6.Memakai seluar yang koyak di lutut untuk menonjolkan kemiskinannya. 

7.Mentatoo lengan seperti orang kafir menyebabkan air sembahyang tidak rata dan sentiasa berkeadaan tidak suci. 

8.Memakai baju yang bercorak lukisan muka hantu dan iblis yang menjijikkan untuk menunjukkan diri sudah menjadi rakan iblis tersebut. 

9.Berkepit dengan pasangan yang bukan muhrim di komplek membeli belah untuk menunjukkan kehebatan diri 

10.Mengusung anak dara orang dengan motosikal besar ke sana kemari untuk dibuat tontonan. 

11.Ibu bapa membiarkan anak perempuan yang telah baligh tidak menutup aurat dan termasuk membogelkan kepala tanpa bertudung semasa keluar dari rumah .
12.Ibubapa boleh berkongsi menonton drama tv adegan ciuman dan percintaan serta hubungan jenis tanpa rasa segan silu .

WAHAI INSAN,
WAHAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI, INGATLAH ALLAH TIDAK MENGURNIAKAN ANAK-ANAK DAN ISTERI UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN. AMANAH SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI BUMI ADALAH SUATU AMANAH YANG AMAT BERAT UNTUK DIPIKUL, SEHINGGAKAN GUNUNG-GANANG TAKUT MENERIMA AMANAH ALLAH TERSEBUT. 

Oleh itu wahai manusia yang bergelar suami dan bapa, peliharalah anak-anak dan isteri dengan mengikut kehendak agama yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w sejak dahulu lagi.


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 24 Disember 2013

Pahala Membaca 'La illaha ilallah'



PADA zaman Bani Israil, ada seorang ahli ibadat dan seorang penderhaka. Tiba-tiba ahli ibadat dan penderhaka itu mati, Nabi Musa mendapat tahu bahawa dia termasuk dalam senarai ahli neraka manakala si penderhaka pula ahli syurga.


Selepas mendapat tahu hal itu, Nabi Musa pergi ke rumah ahli ibadat itu lalu bertanya kepada isterinya: “Apakah amal yang sentiasa dibuat oleh suamimu?” Maka isterinya berkata: “Suamiku itu sangat rajin melakukan amal ibadat dan kamu juga mengetahuinya.”

Nabi Musa bertanya lagi: “Kemudian apa lagi yang dibuat oleh suamimu?” Lalu isteri itu berkata: “Setiap malam apabila suamiku hendak tidur, dia berkata: “Alangkah beruntungnya kami kalau apa yang diajar oleh Nabi Musa itu benar.”

Selepas mendapat penjelasan itu, Nabi Musa bergegas pula ke rumah si penderhaka lalu bertanya kepada isterinya: “Apakah amal yang dilakukan suamimu?” Isterinya berkata: “Engkau pun tahu suamiku itu ialah penderhaka, dia sangat suka membuat kejahatan semata-mata.”

Kemudian Nabi Musa bertanya lagi: “Katakan padaku, apakah amal yang dia pernah lakukan selain daripada itu.” Maka isterinya berkata: “Setiap malam sebelum tidur suamiku selalu membaca kalimah ‘La ilaha illaallah walhamdu lillah’ atas apa yang diajarkan oleh Nabi Musa.”

Ahli ibadat yang tidak yakin 100 peratus dengan apa yang disampaikan oleh Nabi Musa, maka Allah masukkan mereka ke dalam senarai ahli neraka. Oleh itu, hendaklah kita melakukan amal ibadat dengan penuh khusyuk dan harapan bahawa kita pasti bertemu dengan Allah dan jangan ragu-ragu mengenainya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengucap ‘La ilaha illallah’, yakin dengan iman yang teguh, maka sesungguhnya akan keluar daripada mulutnya seekor burung berwarna hijau dengan dua sayap putih bertaburan mutiara yaqud, dan ia terbang ke langit hingga terdengar dengungan ia di bawah Arasy, bagaikan dengung lebah sehingga disuruh: “Tenanglah, diamlah.”

Maka burung itu berkata: “Tidak, sebelum Engkau (Allah) mengampuni orang yang membacanya.” Allah mengampunkan orang yang mengucapkan kalimah itu lalu burung berkenaan diberi 70 lidah untuk membaca istighfar bagi orang yang membaca ‘Laa illaha illallah’ hingga hari kiamat.

Apabila tiba hari kiamat, maka ia akan menyambut orang yang membaca kalimah itu dan memimpinnya masuk ke syurga.

Dikisahkan pula ketika Allah menenggelamkan Firaun dan menyelamatkan Nabi Musa, maka pada waktu itu Nabi Musa berdoa: “Ya Allah ya Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku amal perbuatan untuk mensyukuri nikmat-Mu dan kurnia-Mu ini.”

Kemudian Allah berfirman: “Wahai Musa, bacalah ‘Laa illaha illallah.” Lalu Nabi Musa bertanya lagi: “Ya Allah ya Tuhanku, tambahkan lagi untukku.”

Allah berfirman: “Wahai Musa, sekiranya tujuh petala langit dan tujuh petala bumi diletakkan di sebelah kiri neraca timbangan dan diletakkan kalimah ‘Laa ilaha illallah’ di sebelah kanan neraca timbangan, nescaya akan lebih berat bahagian ‘Laa ilaha illallah’ itu.”

Abu Lait berkata; “Sesiapa yang dapat menjaga dan mengingati kalimah ini, maka dia dimuliakan di sisi Allah dan malaikat serta diampunkan dosanya walaupun dosa itu sebanyak buih di laut. Dan akan berasa kemanisan taat serta hidup atau mati keduanya baik baginya.”

Pengajaran daripada kisah ini ialah apabila hendak membuat sesuatu, mulakan ia dengan bacaan ‘Bismillah’ dan selepas selesai semuanya, hendaklah membaca ‘Alhamdulillah.’

Jika terlanjut mengatakan sesuatu yang tidak baik, maka hendaklah segera menyatakan ‘Astaghfirullah’ dan jika hendak melakukan sesuatu esok hari hendaklah berkata ‘Insyaallah’.

Kalau menghadapi kesukaran hendaklah selalu membaca ‘Laa haulawalla quwata illa billahil aliyyil aziim’ dan apabila ditimpa bala musibah hendaklah kita membaca ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun’ serta sentiasa membaca ‘Laa illaha illallah’ siang dan malam.

kredit: Beritaharian


Salam Ukhuwah..~

Isnin, 23 Disember 2013

Harta Benda Ujian Terbesar Umat Muhammad s.a.w.



IMAN adalah aset rohani manusia yang tidak ternilai harganya. Tinggi atau rendahnya martabat manusia di sisi Allah ditentukan dengan kadar keimanan yang ada pada diri masing-masing.

Sesiapa yang paling kuat dan sempurna imannya, maka dialah yang paling mulia dalam pandangan Allah. Keimanan yang kuat itu mahal harganya. Ia tidak mungkin diperoleh begitu saja tanpa berhadapan dengan perjuangan yang sukar.

Ini kerana, Allah akan menguji manusia dengan pelbagai ujian dan cubaan hidup untuk melihat dengan jelas hasil daripada ujian itu, mutu iman setiap manusia, apakah ia emas atau tembaga.

Firman Allah yang bermaksud: “Dialah Tuhan yang mencipta mati dan hidup untuk menguji kamu, siapakah diantara kamu yang lebih baik amal perbuatannya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” – (Surah Al-Mulk, ayat 2).

Sesungguhnya dalam hidup ini setiap individu tidak dapat lari atau dipisahkan daripada pelbagai ujian terutama bagi mereka yang sentiasa mengejar kejayaan dan berusaha untuk mendapatkan kebahagiaan.

Amat rugi anggapan individu yang berasakan hidup ini hanya senang semata, suka dan bahagia atau hanya menganggap hidup ini penuh duka.

Pada hal, setiap bahagia dan sengsara, untung dan rugi, sihat dan sakit dan segala macam kejadian yang menimpa, adalah perjalanan hidup yang sudah menjadi ketetapan Tuhan.

Begitu juga dengan keadaan manusia, ada yang miskin, kaya atau kurus dan gemuk.

Segala-galanya adalah fitrah alam yang diciptakan Allah sebagai renungan dan ujian kepada hamba-Nya yang sentiasa berfikir terhadap kebesaran pencipta.

Berkenaan dengan iman, ujian ketika hidup ini adalah ukuran terhadap usaha dan iman seseorang sama ada berjaya atau tidak.

Semuanya terletak pada sejauh mana kemampuannya menghadapi ujian itu.

Proses ini juga berlaku kepada iman dan takwa seseorang kepada Allah seperti mana diterangkan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Alif Laam Mim. Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata kami beriman, sedangkan mereka belum diuji dengan sesuatu percubaan dan demi sesungguhnya kami menguji orang terdahulu daripada mereka maka dengan ujian yang demikian nyatalah apa yang diketahui oleh Allah mengenai orang yang beriman dan nyata pula apa yang diketahui orang berdusta.” – (Surah al-Ankabut, ayat 1 hingga 3).

Ayat ini memberikan pengertian bermakna berkaitan hubungan manusia dengan hidup sebagai hubungan ujian dan cubaan.

Dalam ayat ini, Allah menjelaskan bahawa manusia itu tidak cukup dan tidak memadai dengan membuat pengakuan lisan yakni dengan berkata ‘kami sudah beriman kepada Allah’, sedangkan mereka belum diuji Allah.

Ini kerana, setiap ujian dan cubaan yang dihadapkan Allah kepada hambanya adalah garis penentu untuk menentukan siapa yang benar-benar beriman dan siapa hanya membuat pengakuan lisan, sedangkan dari segi amalannya mereka berdusta kepada Allah.

Sesungguhnya, ujian kesusahan dan kesakitan adalah ujian paling ringan, kerana maksud dari ujian itu adalah semata-mata untuk menguji kesabaran dan kerelaan seseorang menerima qadar dan qada’ Allah.

Apabila ternyata kesabaran, maka Allah akan tetapkan pahala dan seterusnya dihapuskan sebahagian daripada dosa atau dipertingkatkan darjat hingga ujian itu menjadi nikmat dan kurniaan yang besar dari Allah untuk hamba-Nya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Setiap orang Islam yang ditimpa bencana sama ada yang terkena duri atau lebih berat daripada itu, maka itu adalah semata-mata ujian, kerananya Allah akan hapuskan perbuatan kejahatannya dan menggugurkan dosanya sebagaimana pokok kayu menggugurkan daunnya.” – (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Manakala, ujian Allah melalui nikmat kesenangan dan kekayaan serta pangkat kebesaran pula adalah lebih berat daripada ujian kesusahan dan kesakitan kerana ramai umat Islam yang gagal dalam ujian itu.

Apabila diberi kekayaan dan kedudukan Allah, mereka gagal menjadikan dirinya sebagai Muslim sempurna yang dijadikan khusus oleh Allah untuk mengabdikan diri kepada-Nya.

Bertepatan dengan perkara ini, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Akan datang suatu zaman atas umatku, bahawa mereka sangat sukakan lima perkara dan melupakan lima perkara yang berlainan dengannya. Mereka sukakan penghidupan lalu melupakan mati, mereka sukakan dunia dan melupakan akhirat, mereka sukakan harta kekayaan dan melupakan hari perhitungan, mereka sukakan rumah besar dan melupakan kubur, mereka sukakan manusia dan melupakan Tuhan Penciptanya.” – (Riwayat Bukhari).

Dalam hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan.” – (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Daripada hadis ini, jelas bahawa ujian terbesar kepada umat Muhammad s.a.w. adalah ujian berupa harta benda dan kekayaan.

Dengan harta benda dan kekayaan menyebabkan banyak di antara manusia tergelincir daripada prinsip dan akidah Islam serta tidak dapat mempertahankan diri sebagai Muslim bermaruah tinggi dan berakhlak mulia.



Salam Ukhuwah..~

Ahad, 22 Disember 2013

Taubat Sampai Sanggup Tinggalkan Kemewahan



ABU Abdi Rabbi termasuk antara sekian ramai usahawan Damsyik yang berjaya.

Suatu ketika dia ke Azerbaijan untuk melakukan misi perdagangan. Sewaktu melintasi sebuah padang rumput di tepi sungai, dia pun istirahat sejenak.

Diriwayatkan daripada Ibnu Jabir, bahawa Abu Abdi Rabbi berkata: “Saat aku sedang berada di sana, tiba-tiba aku dengar ramai suara memuji Allah yang datang dari seberang padang rumput itu.

“Aku pun berusaha mencari sumber suara itu, aku temui seorang lelaki berselimutkan tikar di sebuah lubang (gua).” Lalu, aku tanyakan kepadanya: "Apa yang sedang engkau lakukan di sini?

"Adalah kerana nikmat yang dengannya aku harus memuji kepada Allah,"jawab lelaki itu.

"Bagaimana mungkin itu terjadi, sedang diri engkau sendiri berselubung dalam tikar," tanyaku kepadanya.

Jawab lelaki itu: "Mengapa aku tidak memuji Allah, bukankah Dia mencipta diriku, membentuk diriku dengan begitu indahnya dan melahirkan serta menjadikanku termasuk dalam barisan orang Islam?

"Dia sudah memberiku dengan keselamatan pada semua anggota tubuhku dan menutupi diriku daripada hal yang sangat aku benci jika hal itu disebut dan disebarluaskan.

"Siapa yang lebih besar nikmatnya daripada orang yang menjalankan seperti yang aku lakukan ini?"

"Semoga engkau sentiasa mendapatkan rahmat Allah, jika engkau sedia ikut aku ke rumah, kita tidak akan berdiam diri lagi di tepi sungai seperti ini," kataku.

"Untuk apa?" tanyanya. Jawabku: “Agar engkau dapat makan dan aku pun dapat memberikan sebahagian harta kekayaanku hingga engkau tidak lagi memakai tikar seperti ini." Lelaki itu menjawab: "Maaf aku tidak memerlukan semua itu."

Al-Walid, salah seorang perawi kisah ini mengatakan: "Menurutku lelaki itu mengatakan: ‘Aku cukup memakan rumput seperti ini daripada memenuhi apa yang dikatakan oleh Abu Abdi Rabbi.’

Abu Abdi Rabbi berkata lagi: "Aku lalu pergi meninggalkannya, sedangkan di hatiku ada semacam kebongkakan dan itu sangat aku benci. Sesungguhnya di Damsyik ini tidak ada seorang pun kekayaannya melebihi aku, padahal aku masih terus berusaha menambah kekayaanku itu.”

Selanjutnya aku berdoa: ‘Ya Allah, aku bertaubat kepada Engkau daripada kejahatan yang ku lakukan selama ini.’

"Semua temanku tidak tahu menahu apa yang sedang aku kumpulkan. "Keesokan pagi, mereka pun kembali melakukan tugas harian mereka sebagai pedagang.

“Mereka menyiapkan tunggangan bagiku, lalu aku pun berangkat ke Damsyik dan aku katakan: ‘Aku pastilah tidak akan bersungguh-sungguh bertaubat apabila aku tetap menjalankan pekerjaanku sebagai pedagang seperti sekarang ini.’

“Kemudian ada sekumpulan kaum bertanya mengenai diriku dan aku pun menceritakan kepada mereka. Mereka akhirnya membidasku atas perniagaanku ini, namun sama sekali tidak ku hiraukan."

Ibnu Jabir berkata: "Sekembali Abu Abdi Rabbi dari Damsyik, dia sedekahkan semua hartanya untuk membela agama Allah.

“Ada sebahagian temanku mengisahkan mengenai Abu Abdi Rabbi. Aku pernah meminta kepada seorang pedagang agar menurunkan harga barang dagangannya itu.

“Aku cuba menawarnya sampai enam dirham, tetapi dia bertahan dengan harga yang ditetapkannya, iaitu tujuh dirham.

“Selepas aku menjadi seorang usahawan berjaya, dia pernah bertanya kepadaku: ‘Engkau berasal dari mana?’ "Dari Damsyik," jawabku.

"Mengapa tidak mirip dengan orang tua yang diutus kepadaku kelmarin," katanya.

Seseorang berkata kepadanya: "Abu Abdi Rabbi kelmarin membeli 700 potong pakaian daripadaku, masing-masing seharga tujuh dirham.

“Tetapi, aku tidak pernah meminta kepadanya agar dia menurunkan harganya satu dirham pun, bahkan dia memintaku agar segera mengirimkan barang berkenaan kepadanya.

“Dan aku pun mengirimkannya melalui pembantuku.

“Selepas barang itu diterima, Abu Abdi Rabbi membahagi-bahagikan kepada tentera yang fakir, sehingga dia pulang tanpa membawa sehelai pakaian pun."

Dia juga menjual seluruh kebunnya untuk disedekahkan dan rumah serta isinya yang melimpah ruah turut dibahagi-bahagikan pula.

Menjelang akhir hayatnya, dia tidak meninggalkan harta benda sedikit pun, kecuali sekadar untuk membeli kain kafannya.

Begitulah hebatnya orang kaya yang pada mula bersifat sombong dan bangga dengan kekayaannya.

Selepas menyedari sifat buruk itu dan dibenci Allah, dia bertaubat dan menjadi seorang hamba yang taat kepada perintah Allah. Abu Abdi Rabbi menyedari bahawa harta dan kekayaan kurniaan Allah itu bersifat sementara dan perlu dikongsi bersama orang yang memerlukan.

Kekayaan dimiliki digunakan ke jalan Allah.


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 21 Disember 2013

Umat Yang Menjadi Khadam Kepada Musuh



Muslimin sekalian! Marilah sama-sama kita mengambil iktibar dari sabda junjungan Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

Umat-umat yang lain akan meratah, memusuhi dan menyerang kamu sebagaimana orang-orang yang meratah makanan yang terhidang di dalam hidangan mereka. Para sahabat bertanya: Adakah ketika itu bilangan kami sedikit wahai Rasulullah? Jawab Rasulullah: Tidak, bahkan bilangan kamu pada masa itu ramai, tetapi kamu pada masa itu umpama bunyi air banjir. Allah mencabut perasaan gerun terhadap kamu dari dalam hati musuh-musuh kamu dan kemudian Allah memasukkan ke dalam hati kamu. Para sahabat bertanya: Apa itu wahai ya Rasulullah? Jawab Rasulullah: Cintakan dunia dan takut mati.

Apa yang diberitahu oleh Rasulullah s.a.w. benar-benar berlaku pada hari ini apabila satu persatu kehinaan menimpa umat Islam samada mereka dibunuh, dijajah, diserang dan dizalimi dan yang terakhir ini serangan Amerika dan berita menggunakan peluru berpandu ke atas tanah air umat Islam iaitu Iraq.

Serangan ini berlaku pada masa jamaah umat Islam sangat ramai melebihi seribu juta orang seluruh dunia. Walau pun begitu ramai jamaah umat Islam, mengapa mereka tetap mendapat penghinaan daripada Allah Taala? Kenapakah dengan sumber kekayaan yang melimpah ruah yang dikurniakan oleh Allah Taala di bumi negara umat Islam daripada sumber galian, tanah yang subur dan rakyat yang ramai tiba-tiba semua itu menjadi sasaran kepada musuh-musuh Islam untuk menghancurkan umat Islam?

Sepatutnya ia digunakan oleh umat Islam sendiri untuk membina kekuatan dan kemuliaan. Sebaliknya banyak tanah yang umat Islam dijajah oleh musuh-musuh Islam dan umat Islam mengalami kezaliman seperti di Bosnia, Kosovo, Palestin, Iraq dan lain-lain lagi dengan dikuasai oleh penjajah dan kuasa besar dunia seperti Amerika, Rusia, China, India, Israel dan lain-lain.

Puncanya apabila negara dan tanah air umat Islam diperintah oleh raja atau ketua-ketua yang mengaku Islam, berlagak Islam, bercakap besar dan berbangga bahawa mereka mampu membawa kemajuan dan dikenali seluruh dunia dan menutup dada bahawa negara telah mencapai kemajuan dan berjaya menandingi negara lain.

Punca kelemahan umat Islam dapat dilihat melalui susur galur sejarah umat Islam. Umat Islam tidak pernah menerima penghinaan yang sebegini rupa sejak zaman Rasulullah s.a.w. sehingga di Khalifah Uthmaniyyah pada tahun 1924 Masehi.

Walaupun di dalam tempoh tersebut ada juga tanah air umat Islam diserang oleh musuh dan juga orang-orang Islam yang dizalimi tetapi ianya tidak lama adil masih ada tindakan daripada umat Islam yang menunjukkan umat Islam masih ada maruah dan harga diri mereka sendiri.

Pada masa itu lagi kerajaan Islam yang menegakkan hukum Allah dan syariat Allah Taala. Walau pun ada juga raja yang zalim tetapi kezaliman tersebut tidak sampai kepada peringkat meninggalkan hukum Allah Taala, kezaliman tersebut hanya berlaku ke atas diri mereka sendiri.

Apa yang berlaku selepas gugurnya khalifah Uthmaniyyah ialah hukum Allah Taala telah ditinggalkan, yang mengundang hukumnya daripada Allah Taala apabila tanah air umat Islam dikuasai oleh musuh-musuh Islam. Tanah air umat Islam dibahagikan-bahagikan sesama kuasa-kuasa kepada seumpama bahagian kuih dan makanan sesama mereka. Tanah air umat Islam dipecah perintah oleh musuh-musuh Islam sehingga tidak memberi peluang untuk bersatu.

Umat Islam meninggalkan perintah Allah Taala di dalam firmannya:

"Berpegang bahulah kamu dengan Allah (Islam) dan jangan kamu berpecah belah". Yang berlaku ialah masing-masing berpegang dengan fahaman kebangsaan dan semangat kenegerian di antara satu sama lain dan tidak berlaku tolong menolong sesama umat Islam.

Keadaan bertambah buruk apabila pemimpin-pemimpin yang menguasai mereka tidak bertanggungjawab untuk melaksanakan hukum Allah Taala. Mereka menipu rakyat dengan mengatakan merekalah yag paling baik dan paling layak. Orang lain tidak sanggup membawa kemajuan dan pembangunan seperti yang ada sekarang. Rakyat tidak sedar bahawa tidak akan ada keadilan dan kejujuran tanpa Islam, tanpa hukum Allah.

Buktinya apabila Amerika dan sekutu-sekutunya menyerang Iraq, mereka diam seribu bahasa. Mereka yang berbangga dengan kemajuan dan kekuatan dahulunya, kini membisu di hadapan keganasan Amerika dan kekejaman sekutu-sekutu mereka membunuh dan mencederakan umat Islam di Iraq.

Sebenarnya para pemimpin negara umat Islam hari ini tidak lebih daripada menjadi khadam kepada Amerika dan kuasa-kuasa besar dunia. Buktinya kita melihat mereka membenarkan negara mereka menjadi pengkalan tentera musuh-musuh Islam untuk membunuh umat Islam. Negara-negara umat Islam seperti Arab Saudi, Qatar, Bahrain, Kuwait dan lain-lain menyediakan tapak kepada tentera-tentera Amerika. Negara kita sendiri pernah membenarkan kapal-kapal perang musuh-musuh Islam berlabuh di pelabuhan dan pengkalan tentera laut.

Mereka ini berlagak menjadi pahlawan Islam apabila bercakap berkenaan dengan Islam malah lebih daripada ulama'-ulama' Islam sendiri. Percakapan mereka tentang Islam yang mengkagumkan itu hanyalah lakonan semata-mata untuk berselindung daripada pengetahuan rakyat bahawa mereka asalnya adalah khadam kepada musuh-musuh Islam.

Umat Islam perlu insaf dan kembali semula kepada apa yang sebenarnya memberi kemuliaan dan kekuatan kepada umat Islam. Tidak ada cara lain selain daripada kembali beramal dengan Islam, agama Allah Taala yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.

Dan akan menolong orang yang menolong agamanya, sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa. Orang-orang yang kami kukuhkan (memberi kuasa) di muka bumi, mereka mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menyuruh perkara baik dan mencegah kemungkaran, dan bagi Allah kesudahan sekalian urusan.


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 20 Disember 2013

Pandangan Yang Jernih



Pada suatu malam Shafiyah mengunjungi Rasulullah saw. yang sedang beriktikaf di masjid dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. Dia terpaksa menemui suaminya itu kerana ada masalah penting yang harus segera dibicarakan. Menjelang masuk waktu isyak, dia berdiri hendak pulang dan Nabi menghantarkannya sampai ke pintu masjid.

Mereka bertemu dengan dua orang sahabat Anshar yang akan melaksanakan solat jamaah. Kedua sahabat itu memberi salam, lantas berlalu dengan cepat. Rasulullah menegur, "Berhentilah sebentar. Yang di sampingku ini Shafiyah, isteriku." Kedua-dua orang sahabat Anshar itu bahkan mengucap, Subhanallah, janda Huyai bin Ka'ab."

Nabi tahu maksud isi perkataan mereka itu. Baginda hanya berdiam diri seraya berpikir. Kalau mereka saja tidak memahami tujuan perkawinannya, apakah lagi umat di kemudian hari? Padahal setelah Khadijah meninggal, tiga tahun lamanya baginda telah menduda. Semua isteri berikutnya dinikahi berdasarkan perintah wahyu dan untuk tujuan-tujuan kemanusiaan sehingga seluruhnya adalah janda-janda yang telah tiada tempat bergantung kecuali seorang saja iaitu Aisyah. Oleh kerana itu, dengan sedih Nabi berkata: "Syaitan itu mengalir di dalam diri manusia mengikuti aliran darahnya. Malahan dijadikannya dada manusia sebagai tempat tinggalnya kecuali orang yang dilindungi Allah." 

Tatkala pada kali yang lain Rasulullah s.a.w. ditanya siapa yang dilindungi Allah itu, Baginda menjawab, "Mereka yang selalu memohon perlindungan Allah."
"Siapakah gerangan?" tanya para sahabat pula.
"Orang itu adalah yang banyak melakukan kebajikan, ikhlas amalnya dan bersih hatinya."

Dari kedua peristiwa terpisah yang rasanya saling berkaitan itu, yang perlu kita ketahui adalah, ada hubungan apa antara sabda Nabi yang terakhir tersebut, dengan ucapan kedua sahabat Anshar mengenai Ummul Mukminin, Shafiyah? Untuk itu perlu kita singkap, siapa sebetulnya Shafiyah, yang dinikahi Nabi mendampingi isteri-isterinya yang lain itu. Dalam Perang Khaibar, yang bertujuan menghancurkan kekuatan tentera Yahudi yang selalu melakukan kejahatan terhadap umat Islam dan pemerintahan Madinah, salah seorang korban yang tewas adalah Huyai bin Ka'ab iaitu pemimpin kaum pemberontak itu. Dan Shafiyah adalah isterinya (Huyai). Tidak seorang pun yang bersedia memelihara Shafiyah, padahal nasibnya tidak menentu kerana waktu itu, masyarakat tempatan di situ ketika itu menganggap Yahudi sama najisnya dengan anjing-anjing buduk, akibat kedegilan mereka sendiri.

Jadi, tatkala Nabi mengambil Shafiyah menjadi isterinya, tujuan baginda itu semata-mata untuk memberi keteladanan, betapa seharusnya umat Islam di dalam memandang manusia jangan hanya dengan sebelah mata. Ertinya, dengan niat berbuat baik, dengan keikhlasan yang sebenar-benarnya, dan dengan kebersihan hati yang tulus, manusia harus dilihat secara utuh. Sebab berdasarkan ajaran Islam, tidak ada manusia yang baik secara sempurna sebagaimana tidak ada yang seluruhnya buruk. Dibalik kekuatan ada kelemahan, dibalik kebaikan ada kekurangan. Begitu juga dicelah-celah kelemahan dan kejelekan, pasti tersimpan juga sekelumit kebajikan pada diri setiap orang.

Jelas bahawa dari satu sisi, pelacur adalah pelacur, pencuri adalah pencuri. Mereka telah melakukan perbuatan yang melanggar susila, norma-norma agama, dan hukum negara. Akan tetapi, jika kita masuk ke dalam batin mereka, tidak selamanya pelacur sama jahatnya dengan pelacur, pencuri sama jahatnya dengan pencuri, bergantung pada sebabnya. Boleh jadi seorang peragut yang mati dipukul oleh orang ramai, mungkin ditangisi oleh anak-anaknya sebagai pahlawan keluarga kerana ia melakukan perbuatan buruk itu untuk membeli ubat bagi anaknya yang sakit, membeli makanan untuk anak-anaknya yang kelaparan.

Oleh kerana itu, meskipun ada ancaman hukum potong tangan bagi para pencuri dan rejam bagi pezina, dalam hidup Nabi belum pernah satu pun yang dilaksanakan kecuali atas seorang perempuan Yahudi yang minta diadili berdasarkan hukum Taurat. Untuk itu Nabi bersabda, "Kemiskinan itu mendekatkan manusia pada kekafiran."

Lima tahun yang lalu, saya kehilangan sebuah kereta, satu-satunya kenderaan saya, pada waktu menghantarkan anak kesebuah stesen kerana hendak berangkat ke madrasah. Hanya lima belas minit saya berada di kaunter. Ketika keluar ke tempat letak kereta semula, kenderaan saya sudah ghaib. Hari itu juga saya mengirimkan surat pembaca ke tiga akhbar Ibu Kota. Saya tulis begini: "Kereta itu saya beli dengan dengan wang tabungan saya dan isteri saya. Dan kereta itu saya gunakan untuk berdakwah kemana-mana. Tidak serupiah pun wang haram terdapat dalam pembelian kereta itu. Saya membeli dengan susah payah kenderaan tersebut kerana doktor melarang saya menunggang motosikal akibat jantung dan paru-paru saya yang sudah lemah. Jadi, tolong kembalikanlah kereta saya, mudah- mudahan anda diberkati Allah."

Tiga hari kemudian ada seseorang yang menelefon saya bahawa kereta itu boleh diambil di belakang Hotel Indonesia pukul tiga petang. Alhamdulillah, penelefon itu tidak berdusta. Dan kembalilah kereta saya dalam keadaan baik dan seperti asal. Saya pun lantas menulis surat pembaca lagi ketiga-tiga akhbar yang bersangkutan, menyampaikan rasa terima kasih saya setulus-tulusnya kepada pencuri yang `baik hati' itu.

Bukankah kejadian kecil ini membuktikan bahawa seorang penjahat pun, apabila disentuh hati nuraninya akan tergetar juga? Bahawa suara Tuhan masih mampu menembus tabir dosa yang menyelimuti dada manusia? Sebab setiap malam, Tuhan turun ke langit dunia dan berseru-seru, memanggil para hamba-Nya yang bersedia berlindung dalam pelukan-Nya. Suara-Nya mendayu bersama angin yang semilir, meningkahi titik-titik air yang menitis dari celah-celah jari-jemari kaum Muslimin yang sedang mengambil air wuduk.

Dalam hadis Qudsi, firman Allah berbunyi, "Barang siapa mencari Aku, akan Kucari dia. Barang siapa mencintai Aku, akan Kucintai dia. Dan barang siapa meminta ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuni dia"

"Oleh sebab itu, tataplah dunia ini dengan hati putih. Pandanglah manusia dengan jiwa bersih. Kadang-kadang yang kauanggap buruk sebetulnya baik untuk engkau, sementara yang kau kira baik malahan amat buruk untuk engkau," ucap Imam Abu Laits, seorang sufi tua kepada para muridnya. Lalu ia pun membacakan sebuah firman Allah tentang keharusan orang beriman untuk memandang sampai jauh ke seberang, di balik yang terlihat, yang teraba, dan yang terasa. Firman Allah: "Jangan-jangan kamu membenci sesuatu, ternyata ia baik bagimu. Atau mungkin saja kamu mencintai sesuatu, padahal buruk untukmu." (An-Nisa:216)

kredit: persantren


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 19 Disember 2013

Kesah Sesendok Madu



Ada sebuah kisah simbolik yang cukup menarik untuk kita simak. Kisah ini adalah kisah tentang seorang raja dan sesendok madu. Alkisah, pada suatu ketika seorang raja ingin menguji kesadaran warganya. Raja memerintahkan agar setiap orang, pada suatu malam yang telah ditetapkan, membawa sesendok madu untuk dituangkan dalam sebuah bejana yang telah disediakan di puncak bukit ditengah kota. Seluruh warga kota pun memahami benar perintah tersebut dan menyatakan kesediaan mereka untuk melaksanakannya.

Tetapi dalam pikiran seorang warga kota (katakanlah si A) terlintas suatu cara untuk mengelak, “Aku akan membawa sesendok penuh, tetapi bukan madu. Aku akan membawa air. Kegelapan malam akan melindungi dari pandangan mata seseorang. Sesendok airpun tidak akan mempengaruhi bejana yang kelak akan diisi madu oleh seluruh warga kota.”

Tibalah waktu yang telah ditetapkan. Apa kemudian terjadi? Seluruh bejana ternyata penuh dengan air. Rupanya semua warga kota berpikiran sama dengan si A. Mereka mengharapkan warga kota yang lain membawa madu sambil membebaskan diri dari tanggung jawab.

Kisah simbolik ini dapat terjadi bahkan mungkin telah terjadi, dalam berbagai masyarakat manusia. Dari sini wajar jika agama, khususnya Islam, memberikan petunjuk-petunjuk agar kejadian seperti di atas tidak terjadi: “Katakanlah (hai Muhammad), inilah jalanku. Aku mengajak ke jalan Allah disertai dengan pembuktian yang nyata. Aku bersama orang-orang yang mengikutiku (QS 12:108)
Dalam redaksi ayat di atas tercermin bahwa seseorang harus memulai dari dirinya sendiri disertai dengan pembuktian yang nyata, baru kemudian dia melibatkan pengikut-pengikutnya.

“Berperang atau berjuang di jalan Allah tidaklah dibebankan kecuali pada dirimu sendiri, dan bangkitkanlah semangat orang-orang mukmin (pengikut-pengikutmu) (QS 4:84)
Perhatikan kata-kata “tidaklah dibebankan kecuali pada dirimu sendiri.” Nabi Muhammad saw. pernah bersabda: “Mulailah dari dirimu sendiri, kemudian susulkanlah keluargamu.” Setiap orang menurut beliau adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas yang dipimpinnya, ini berarti bahwa setiap orang harus tampil terlebih dahulu. Sikap mental demikianlah yang dapat menjadikan bejana sang raja penuh dengan madu bukan air, apalagi racun.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 18 Disember 2013

10 Ramuan Pencuci Dosa



Hassan Basri telah bercerita bahawa suatu hari dia bersama seorang pemuda ahli ibadah berkeliling melalui jalan-jalan kecil dan beberapa pekan di negeri Basrah. Tiba-tiba ia bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk diatas sebuah kerusi, di hadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan, dan kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka. Setiap orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit masing-masing.

Hasan Basri mara ke depan tabib itu dan berkata: Tuan tabib! Adakah tuan mempunyai ubat yang boleh mencuci dosa, serta menyembuhkan penyakit hati?".

Berkata Tabib itu: "Ya, saya ada". Lalu pemuda itu berkata: "Berilah pada saya".

Berkata Tabib itu: "Ambillah dari saya sebagai ramuannya sebanyak 10 perkara iaitu: Ambil oleh mu akar kayu fakir dan akar kayu tawaduk dan campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama taubat. Lalu masukkan semua ke dalam lesung redha, dan giling sampai halus dengan pengetam Qana'ah. Kemudian masukkan ke dalam periuk taqwa, dan tuangkan ke dalamnya air hayak (malu). Lalu didihkan dengan api mahabbah (cinta). Selepas itu pindahkan dia ke dalam mangkuk syukur dan kipaskan dengan kipas angin rajak (harapan). Kemudian minumlah dia dengan sudu pujian. Jika engkau perbuat semua itu, maka dia bermanfaat bagimu, untuk melindungi dirimu dari semua penyakit serta bala di dunia dan di akhirat".

yang baik jadikan iktibar..

Salam Ukhuwah..~

Selasa, 17 Disember 2013

Koreksi Diri


Ayat diatas ialah Doa Iftitah yang selalu kita baca semasa memulakan solat. Kita mungkin telah belajar membaca doa ini semasa kita kecil atau semasa kita muda remaja dulu. So... ramai antara kita sekali saja belajar solat.

Akhirnya kebanyakan kita dah tersangat hafal doa iftitah ini dan kita anggap tak payah belajar lagi.

Baru-baru ini Tok Wan masuk sebuah masjid untuk solat dhuha. Kebetulan hari minggu dan dalam masjid tersebut sedang berlansung Kursus Solat untuk para remaja sempena cuti sekolah. Memang pesertanya semua remaja belaka, ada juga yang baru lepas bersunat.

Lepas solat leka berzikir terdengar perkataan dari mulut penceramah kursus tersebut yang menyentuh bacaan doa iftitah. Katanya kebanyakan orang yang solat dah bertahun-tahun, dah berpuloh-puloh tahun menganggap doa iftitah mereka itu betul. Mereka sudah hafal doa itu begitu lama sehingga jikalau ada yang salah pun mereka tak perasan. Lalu jadilah mereka solat tanpa membaca doa iftitah yang betul. Katanya.

Contoh bacaan di 'wamahyaya wamamati', ada yang tersebut 'wama yahya wamamati'.

Jadi seelok-eloknya kita semak semula doa tersebut, tengok betul-betul huruf-huruf tersebut satu persatu agar doa iftitah kita akn terus betul dan benar lagi dibenarkan. Tk rugi pun kita membuat koreksi bacaan disamping mengkoreksi diri sendiri.


Salam Ukhuwah..~





Isnin, 16 Disember 2013

Larangan Berburuk Sangka



Dari Abi Hurairah R.B. Nabi (S) bersabda: Awasilah diri kamu daripada berjahat sangka kerana jahat sangka itu sebohong-bohong cakap dan janganlah juga kamu mengintip rahsia-rahsia orang, jangan mencari berita buruk, jangan berhasad dengki, jangan bermasam muka dan jangan bermarah-marahan, sebaliknya jadikanlah kamu semua itu bersaudara mara.


Huraian Hadith
Hidup berbaik-baik dan berhubung mesra di antara satu sama lain adalah satu amalan baik dan sangat dituntut oleh Islam, kerana yang demikian bolih membawa kepada keteguhan perpaduan dan kebahagiaan hidup.

Sebaliknya hidup berpecah belah dan berjahat sangka itu dilarang keras, kerana ia boleh membawa kepada keruntuhan dan porak peranda masyarakat.

Dalam hadith di atas Rasul Allah mengingatkan orang-orang Islam beberapa sifat keji yang boleh mendatangkan perselisihan dan permusuhan. Mereka ditegah sama sekali melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan perselisihan faham dan pergaduhan, iaitu:

Berjahat sangka, seperti menganggap seseorang itu benci kepadanya atau menghasut seorang hingga berlaku perselisihan faham.
Mencari rahsia orang lain, seperti menyelidik keburukan peribadi orang hingga boleh menimbulkan suatu perselisihan.

Firman Allah dalam Surat AlHijrat Ayat 12.
Ertinya, wahai mereka yang beriman, jauhilah kamu banyak daripada berjahat sangka bahawa setengah daripada jahat sangka itu menjadi dosa, maka janganlah kamu mencari rahsia-rahsia orang dan janganlah bermaki hamun setengah kamu terhadap setengah yang lain. Mencari berita buruk, seperti mencari kejahatan orang lain untuk disebarkan, termasuk juga memetik berita-berita buruk (khabar angin) dari orang-orang jahat.

Firman Allah dalam Surah AlHajrat ayat 6.
Ertinya: Wahai mereka yang beriman, jika datang kepada kamu orang-orang fasik (jahat) membawa satu berita maka hendaklah kamu periksa dan selidik kenyataannya terlebih dahulu kerana takut kalau-kalau mengenai sesuatu kaum dengan tiada pengetahuan lalu kamu menyesal atas perbuatanmu. Berhasad dengki, iaitu mencari jalan untuk menghilangkan nikmat yang ada kepada orang lain. Perbuatan ini sangat besar kerosakannya bukan sahaja kepada orang yang didengki bahkan kepada pendengki dan masyarakat.

Dalam hadith yang lain Rasul Allah bersabda:
Ertinya: berhati-hatilah kamu terhadap hasad kerana ia boleh merosakkan kebaikan sebagaimana api boleh memakan kayu api.
Bermasam muka, iaitu menunjukkan perasaan benci terhadap orang lain. Sifat ini boleh merenggangkan perhubungan baik antara satu dengan yang lain. Bermarah-marahan, iaitu bertengkaran di antara sesama sendiri.

Dalam hadith lain Rasul Allah bersabda:
Ertinya: jangan kamu marah memarahi, jangan kamu berhasad dengki dan jangan kamu bermasam muka, sebaliknya jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Oleh itu orang-orang Islam hendaklah hidup berbaik-baik dan hormat menghormati di antara satu sama lain serta mengeratkan tali persaudaraan Islam dan kerjasama untuk kebaikan bersama.



Pengajaran hadith

Di antara pengajaran yang dapat difaham dari hadith di atas ialah:

Orang-orang Islam dikehendaki hidup berbaik-baik di antara satu sama lain. Mereka dilarang keras berjahat sangka, berhasad dengki, bermasam muka dan sebagainya. Bermusuh-musuhan sesama sendiri akan membawa kepada keruntuhan dan perpecahan. Hidup berbaik-baik akan membawa kemajuan dan keteguhan.

kredit: kupukupu


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 15 Disember 2013

Mensyukuri Kurnian dan Nikmat Ilahi


Kalamullah

``Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya. Dan sesungguhnya ia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian.'' (Al-A'diyat: 6 dan 7)

Huraian
Allah telah mengurniakan terlalu banyak nikmat dalam kehidupan. Namun, apakah semua manusia tahu dan mahu mensyukuri segala nikmat Allah tersebut? Di antara nikmat kesenangan yang Allah kurniakan kepada hamba-hamba-Nya ialah dikurniakan kesenangan hidup, rezeki, sama ada yang sedikit atau melimpah ruah, kejayaan dalam bidang pendidikan, pekerjaan, perkahwinan dan lapangan yang diceburi, diberi kesihatan tubuh badan dan seumpamanya.

Namun bukan semua manusia mahu dan tahu bersyukur, sehinggakan terdapat sebahagian manusia yang angkuh mendabik dada, menafikan segala kesenangan datangnya daripada Allah s.w.t. Mereka sombong dengan mendakwa bahawa kemewahan hidup yang mereka kecapi adalah dengan usaha sendiri, bukan kurniaan Ilahi. Betapa angkuhnya manusia yang bersikap seperti mereka ini. Pepatah Melayu ada mengatakan `tidak tahu mengenang budi'. Apabila manusia tahu dan mahu mensyukuri segala nikmat kurniaan Allah, sudah tentulah mereka akan menzahirkan tanda bersyukur dan berterima kasih itu. Sebagaimana dalam kehidupan seharian jika kita mendapat sesuatu daripada seseorang, maka wajarlah kita mengucapkan terima kasih, inikan pula seorang hamba kepada Penciptanya.

Sudah tentu orang yang bersyukur akan sentiasa patuh dan taat segala perintah Allah s.w.t. dengan menjalankan segala suruhan dan menjauhi segala larangan serta mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran (amar makruf nahi mungkar). Sebaliknya apabila seseorang hamba tidak bersyukur, mereka tanpa segan silu akan sanggup berbuat kemungkaran dan terus hidup dalam kesombongan dan keangkuhan serta tidak mendapat rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. Kisah Firaun pada zaman Musa a.s. patut dijadikan iktibar dan pengajaran. Firaun telah dikurniakan dengan nikmat yang banyak tetapi tidak mahu mengakui bahawa segala nikmat itu datangnya daripada Allah, malah dengan megahnya mengaku semuanya adalah hasil daripada usahanya.

Firman Allah dalam surah az-Zukhruf ayat 51 yang memberi maksud: ``Dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya : ``Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini- akulah yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di (bawah) istanaku? Tidakkah kamu melihatnya?'' Allah telah menimpakan bencana ke atasnya dengan menenggelamkan ke dalam laut Merah kerana keangkuhannya.

Kesimpulan
Setiap manusia mesti mensyukuri segala nikmat kurniaan Allah s.w.t. kepada dirinya. Hamba yang bersyukur akan dikasihi Allah dan ditambahkan nikmat. Manusia yang ingkar dan sombong pula akan dibenci dan dimurkai Allah s.w.t.

kredit:  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 14 Disember 2013

Jika Kamu Memancing Ikan



Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... 
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... 
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup. 

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... 
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... 
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, 
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... 
cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... 
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... 
akhirnya ia dibuang.... 
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya....

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... 
anggaplah dia manusia biasa. 
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. 

Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan
hingga keakhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... 
yang kamu pasti baik untuk dirimu. 
Mengenyangkan. 
Berkhasiat. 

Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. 
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... 
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. 
Menyayangimu. 
Mengasihimu. 
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. 
Terlalu mengejar kesempurnaan. 
Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 13 Disember 2013

Dosa Boleh Halang Cahaya Ilmu



Banyak melakukan dosa membuatkan hati seseorang itu rosak kerana bercampur antara baik dan buruk. Maka jadilah hati seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

"(Hati yang) tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk, melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya".

Orang yang banyak melakukan dosa semakin renggang hubungannya dengan Allah dan orang mukmin lain. Ini kerana apabila seseorang itu patuh kepada perintah Allah, ia dekat kepadaNya.

Orang yang sentiasa melakukan dosa selalu memandang perbuatan dosa itu sebagai perkara kecil. Dalam hal ini, Ibnu Masud berkata:

"Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti sebuah bukit yang dibimbangi akan menimpanya. Manakala, seorang yang selalu melakukan dosa akan memandang dosa itu seperti seekor lalat yang hinggap di atas hidungnya".

Dosa yang dilakukan itu akan membawa kehinaan, manakala ketaatan pula dapat melahirkan kemuliaan kepada pelakunya. Dalam hal ini Allah berfirman yang maksudnya:

"Sesiapa inginkan kemuliaan, maka sesungguhnya segala kemuliaan itu kepunyaan Allah jua".

Orang yang melakukan dosa berasa sempit dadanya, manakala mereka yang taat lapang dadanya. Allah berfirman yang bermaksud:

"Maka sesiapa yang Allah hendak beri hidayat nescaya Allah memberi kelapangan dadanya untuk menerima (ajaran) Islam. Sesiapa yang Allah hendak menyesatkan nescaya Allah sempitkan dadanya dan dalam kesukaran seolah-olah ia memanjat langit (kerana tidak cukup oksigen)".

Dosa boleh menggelapkan hati sebagaimana amalan kebajikan itu boleh menyinarinya.

Ibnu Abbas berkata: "Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya".

Dosa boleh menghalang seseorang itu daripada mendapat cahaya ilmu. Satu ketika, Imam Malik terpegun melihat Imam Syafie (masih remaja ketika itu) kerana kepandaian dan kecerdikannya, lantas beliau berkata:

"Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya, maka jangan kamu padamkan cahaya iu dengan kegelapan maksiat".

Dosa boleh menyebabkan seseorang itu malas untuk membuat ketaatan. Seseorang pernah berkata kepada Ibnu Masud: "Kami tidak mampu untuk bangun malam (untuk beribadat)". Jawab Ibnu Masud: "Dosa kamu menjauhkan kamu (daripada ibadat di waktu malam)".

Oleh yang demikian, hampirilah kebajikan yang akan memberi cahaya kepada hati dan jauhilah kejahatan yang boleh menggelapkan hati seterusnya menghalang cahaya ilmu.

kredit:  buku Bimbingan Semasa oleh Mohd Fauzi Mustaffa Al-Besuty


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 12 Disember 2013

Rahsia Melawan Syaitan laknatullah

Gambar sekadar hiasan sahaja


Syaitan tidak pernah jemu menyesatkan anak-anak Adam. Justeru, mereka berusaha untuk terus menggoda dan mengganggu manusia. Bukan sahaja ketika kita sedang beribadat bahkan sewaktu kita mula keluar dari rumah menuju ke masjid atau tempat-tempat lain untuk membuat kebajikan dan kebaikkan. Mereka berusaha menggagalkan tujuan baik manusia.


Sebaliknya apabila manusia keluar dari rumahnya untuk melakukan kejahatan atau ke tempat-tempat maksiat, syaitan akan memberi galakan dan kegembiraan. Untuk itu, Nabi Muhammad s.a.w. mengajarkan kepada umatnya doa yang dibaca sewaktu keluar dari rumah menuju tempat-tempat yang baik. Apabila syaitan mendengar doa ini dibacakan, mereka akan segera melarikan diri. Doa tersebut ialah: "Dengan nama Allah aku serahkan diriku kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah."
Apabila seseorang membaca doa ini, akan dikatakan kepadanya: "Cukuplah bagimu, kamu telah diberikan hidayah, kecukupan dan telah dipelihara." Lalu syaitan pun segera meninggalkan orang itu dan pergi dari situ. Sambil itu mereka berkata sesama sendiri, "apakah daya kamu terhadap orang yang telah diberikan hidayah, diberi kecukupan dan telah dipelihara?"

Hadis di atas diriwayatkan oleh Abu, Daud, Nasai dan Tirmizi daripada Anas r.a.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 10 Disember 2013

Nikmat Paling Berharga Ialah Iman



Iman tak dapat diwarisi..Dari seorang ayah yang bertaqwa..Ia tak dapat dijual beli..Ia tiada di tepian pantai..walau apa pun caranya jua..Engkau mendaki gunung yang tinggi..Engkau merentas lautan api..Namun tak dapat jua dimiliki..Jika tidak kembali kepada Allah...

Itulah antara lirik lagu Iman Mutiara yang didendangkan oleh kumpulan nasyid sensasi Raihan.Ia mengingatkan kita tentang nikmat iman yang begitu tinggi nilainya hasil anugerah Allah yang Maha Kuasa. Tanpa iman apalah erti diri kita dan kehidupan ini. Sedangkan seluruh makhluk Allah bertasbih menyucikan Allah daripada perkara yang syirik. Betapa hinanya dan kerdilnya diri kita jika tidak diberi nikmat iman yang begitu berharga ini.Kita juga teringat firman Allah dalam ayat 56 surah al-Qosas yang bermaksud : Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendakiNya dan Allah lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk.


Kita telah melihat beberapa peristiwa yang berlaku kepada nabi-nabi dan para sahabat Rasulullah S.A.W sendiri di mana keimanan merupakan anugerah Allah bukannya boleh diwarisi dan diniagakan. Kita juga dapat melihat bagaimana pertempuran antara iman dan kufur terus berlaku sehingga hari qiamat.Anugerah iman ini tidak diberikan begitu sahaja kepada kita malah kita mesti diuji sebagaimana firman Allah dalam ayat 2 dan 3 surah al-Ankabut yang bermaksud : Adakah manusia menganggap bahawa mereka akan dibiarkan (begitu sahaja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedangkan mereka belum diuji lagi. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka maka sesungguhnya Allah mengetahui mereka yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui mereka yang berdusta".Iman kita sentiasa diuji setiap masa samada dengan sesuatu yang kecil atau pun yang besar. Berapa ramai dikalangan kita terus hanyut dengan godaan dan hasutan nafsu yang menggila dan tidak sedar imannya hampir terlucut daripada dirinya. Berapa ramai umat Islam hari ini yang hanya Islam pada kulit dan kata-katanya sahaja sedangkan kelakuan dan tindakan mereka tidak melambangkan keimanan mereka kepada Allah secara menyeluruh. Hasil pelaksaan sistem sekular melahirkan lebih ramai umat Islam yang hanya nampak Islam dan menunaikan kewajipan Islam hanya ditikar sembahyang dan juga pada rukun Islam yang lima sahaja. Mereka menganggap bahawa Islam hanya setakat itu sahaja sedangkan pada hakikatnya Islam bukanlah agama ruhani semata-mata tetapi ia juga melibatkan perkara keduaniaan yang selari dengan kehendak Pencipta iaitu Allah.Ingatlah firman Allah dalam ayat 77 surah al-Qosas yang bermaksud : dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang membuat kerosakan.


Lihatlah bagaimana nabi Ibrahim terpaksa menghadapi ayahnya Azar yang merupakan seorang kafir penyembah berhala dan tidak mendengar malah menentang perjuangan Islam yang dibawa oleh nabi Ibrahim.Walau pun seorang ayah tetapi nabi Ibrahim tetap melawan kerana kekufurannya kerana iman tidak mampu berkompromi dengan kekufuran. Begitu juga nabi Nuh yang terpaksa bertembung dengan kedegilan dan kekufuran anaknya Kan'an begitu takabbur. Pada mulanya nabi Nuh tetap mengatakn bahawa anaknya itu merupakan daripada kalangannya tetapi setelah diherdik oleh Allah maka nabi Nuh terus berlepas diri daripada anaknya yang kufur itu. Kita dapat lihat bagaimana akhirnya bila diminta agar anaknya itu beriman dalam keadaan dia dihanyutkan oleh banjir yang besar tetapi dia tetap menolaknya sehingga akhirnya dia mati dalam kekufuran. Kasih seorang bapa walau pun nabi Nuh sebagai seorang nabi tetapi tidak mampu meniupkan iman ke dalam dada anak yang tersayang kerana iman merupakan anugerah Allah. Begitu juga dengan isteri nabi Nuh yang engkar dengan dakwahnya.Begitu juga dengan isteri nabi Luth yang dihancurkan bersama kaumnya yang degil kerana tidak mahu mendengar dakwah nabi Luth agar meninggalkan perbuatan yang luar tabi'e iaitu liwat.walau pun dia tidak turut sama melakukannya tetapi dia telah berperanan dalam memberitahu kaum nabi Luth tentang kedatangan dua malaikat yang berupa manusia yang kacak yang menyebabkan kaum mereka terus menuju ke rumah nabi Luth untuk melakukan sesuatu yang terkutuk.Siapa yang tidak sayang kepada isteri? Tetapi isteri walau pun merupakan orang yang paling rapat kepada suami tetapi seorang suami tidak mampu memberi hidayah kepadanya.Kisah tentang kekufuran isteri nabi Nuh dan Luth ini di beritahu oleh Allah melalui ayat 10 surah at-tahrim yang bermaksud : Allah membuat isteri nabi Nuh dan isteri nabi Luth perumpamaan bagi orang-orang yang kafir. Kedua-duanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang soleh di antara hamba-hamba Kami lalu kedua-dua isteri itu mengkhianati kedua-dua suami (mereka). Maka kedua-dua suami mereka tidak dapat membantu mereka sedikit pun daripada (siksa) Allah dan dikatakan (kepada kedua-duanya) : " Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka). Begitulah juga dengan apa yang berlaku kepada keluarga terdekat Rasulullah S.A.W sendiri yang menentang perjuangan Islam dan bapa saudaranya sendiri yang sentiasa melindunginya iaitu Abu Tolib sendiri mati dalam keadaan tidak mengucap dua kalimah syahadah.


Kita dapat melihat apa yang sebaliknya berlaku seperti teguhnya iman nabi Musa walau pun berada di bawah jagaan keluarga angkatnya yang mana Fir'aun sendiri kufur malah mendakwa sebagai tuhan. Begitu juga kekuatan iman Mashitah dan ahli keluarganya walau pun bekerja dengan Fir'aun sehingga mereka mati syahid dalam kawah yang panas.Kita lihat bagaimana permaisuri Fir'aun iaitu Asiah yang tabah walau pun disiksa oleh Fir'aun apabila mengehaui keimanannya.Bagaimana keimanan seorang budak yang kukuh dan merupakan anak murud kepada ahli sihir diraja Namrud tetapi kekentalan imannya hasil daripada pengajiannya dengan seorang alim sepanjang perjalanan pulang dari istana menyebabkan dia lebih memilih untuk mati dalam iman daripada tunduk kepada kekufuran.Iman keluarga Amar bin Yasir yang menyebabkan mereka disiksa sehingga gugur syahid dan Rasulullah S.A.W telah menyatakan :" Sabarlah wahai keluarga Yasir sesungguhnya syurga sedang menantimu". Kita juga dapat lihat keimanan Suhaib bin ar-Rumi yang sanggup meninggalkan segala harta kekayaannya atas permintaan kafir quraisy semata-mata ingin berhijrah ke Madinah dalam mencari kebahagiaan yang hakiki.Begitulah juga apa berlaku kepada beliau pada malam pengantin di mana ketika mendengar panggilan jihad, dia terus meninggalkan isteri yang baru dikahwini untuk turun ke medan jihad. Dia gugur syahid dalam peperangan ini dan ketika tentera Islam memeriksa mayatnya didapati mayat itu basah. Lalu Rasulullah S.A.W memberitahu bahawa dia telah dimandikan oleh malaikat. Bagaimana kentalnya iman Bilal bin Rabah ketika menghadapi siksaan daripada tuannya. Jika kita fikirkan apa sebenarnya yang diharapkan oleh seorang hamba abdi dengan mempertahankan iman sehingga disiksa begitu teruk melainkan untuk mendapatkan keredhaan Allah. Kita juga dapat menyaksikan keislaman Umar al-Khattob berkat doa Rasulullah S.A.W walau pun sebelum Islam terkenal dengan samsengnya sehingga beliau pernah berkata : Sekali pun kaldai al-Khattob memeluk Islam tetapi Umar tetap tidak Islam.Begitulah contoh-contoh yang lain sebagai peringatan kepada kita bagaimana iman ni bukan boleh dikecapi dengan mudah dan ia juga tidak dianugerahkan begutu sahaja tanpa ada sebarang ujian bagi menguji kekentalan keimanan kita. Bersedialah kita setiap masa bagi memastikan keimanan kita tetap dan terus teguh walau pun apa pun berlaku. Jangan sekali-kali cuba melakukan sesuatu yang akan merosakkan iman kita.


Kita tak mahu lahir sebagai orang yang hanya Islam pada kulit dan kata-kata tetapi tidak mahu tunduk dan patuh kepada Allah. Terus redha berada dalam kesesatan dan kezaliman sistem ciptaan manusia dan tidak mahu melaksanakan Islam secara lengkap. Mahu memerintah Islam bukannya mahu Islam memerintah mereka.Di hadapan kita ada dua pilihan samada Islam atau kekufuran. Maju dengan Islam atau mundur dengan kekufuran. Kembali megah dan bertamaddun dengan Islam atau hina dan melarat dengan kekufuran.Menjajah dengan Islam atau terjajah oleh kekufuran. Iman anugerah Allah dan Dia boleh mencabutnya bila-bila masa sahaja jika Dia mengkehendakinya. Tidak takut dan gerunkah kita jika iman kita ditarik dan hati kita berubah kerana kita tak mahu tunduk dan patuh kepada Allah seratus peratus malah dalam hati kita masih ragu-ragu dengan keadilan hukum Islam. Seriuskah kita untuk melihat Islam terlaksana sepenuhnya atau pun kita sudah berpuasa hati dengan apa yang ada. Ingatlah kedatangan Rasulullah S.A.W bukan semata-mata untuk mengajar cara beribadat tetapi juga untuk mengajar cara memerintah dan mentadbir negara. Mengapa kita terus rela berada di bawah kepimpinan seorang yang bodoh dengan Islah dan menghina ulama'?. Atau kita takut untuk melihat Islam terlaksana kerana masyarakat yang majmuk dan berbilang kaum?. Tidak pernahkah kita terbaca ayat 93 surah an-Nahlu yang bermaksud : Dan jika Allah mengkehendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat(saja) tetapi Allah menyesatkan siapa yang dikehendakinya dan memberi petunjuk kepada yang dikehendakiNya. Dan sesungguhnya kamu akan ditanya tentang apa yang telah kamu kerjakan. Sesungguhnya setiap penciptaanNya ada hikmat tersendiri dan kita mesti tunduk dan patuh serta melakukan segala amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita sebagai seorang hamba yang mesti beribadat dan khalifah yang mengurus urusan berdasarkan Islam bukannya hawa nafsu yang menggila.Apa ruginya kita berada di bawah pemerintahan dan sistem Islam dan apakah untungnya kita terus berada bawah sistem ciptaan manusia?. Allah telah menggariskan perundanganNya untuk kita laksanakan dalam memerintah alam maya ini. Oleh itu mengapa kita mesti menciptakan sistem selain sistem Allah. Siapa kita berbanding Allah yang mencipta kita?

kredit: Badar


Salam Ukhuwah..~