Ahad, 6 Oktober 2013

Tanda-tanda Qiamat


Tanda-tanda hari qiamat ini juga terbahagi kepada dua peringkat, iaitu:

1. TANDA-TANDA AWALA:

a.Orang-orang yang miskin sudah menjadi kaya raya, dan berlumba-lumba untuk membangun pembangunan keduniaan.

b. Bertambah pendeknya masa.

c. Urusan akan dipegang oleh orang yang bukan ahlinya.

d. Negeri-negeri kecil telah disatukan menjadi negeri besar.

e. Tidak dapat lagi manusia membezakan mata pencarian mereka, sama ada halal atau haram.

f. Bilangan perempuan melebihi kaum lelaki dengan kadar pertimbangan 1:50

g. Timbulnya fitnah yang bergelombang -gelombang seperti gelombang laut.

h. Pergaduhan berlaku dengan berlaluasa.

i. Timbul perang besar antara dua bangsa yang paling besar.

j. Berlaku peperangan antara umat Islam dengan umat Yahudi.

k. Wanita-wanita telah melahirkan anak-anak yang kemudian menjadi tuannya.

l. Banyak berlaku bencana alam ( banjir, angin taufan, gunung berapi dan sebagainya)

m. Banyaknya berlaku penzinaan.

n. Kejahatan dapat mengalahkan kebenaraan.

o. Pasar-pasar menjadi tempat berkumpulnya para pembohong.


2. TANDA-TANDA AKHIR:

Apabila masa berlakunya hari qiamat itu sudah hampir sekali, maka lahirlah tanda-tanda, antara lain sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Huzaifah bin Usaid Al_Ghiffari, dia berkata:

Rasulullah S.A.W telah mendatangi kami, yang ketika itu sedang merenung sesuatu. Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya:

Apakah yang sedang kamu fikirkan…? Kami menjawab:

Kami sedang memikirkan tentang hari qiamat. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bahawasanya qiamat itu tidak akan berlaku, kecuali kamu melihat sepuluh tanda. Kemudian Rasulullah s.a.w. menyebutkan tanda-tanda itu satu demi satu sebagai berikut:

i. Al-Dukhan (asap atau kabus tebal).

ii. Lahirnya Dajjal (penipu besar).

iii. Dabbah (binatang melata yang muncul dari perut bumi)

iv. Matahari terbit dari barat.

v. Turunnya Isa Al-Masehvi. Keluarnya Ya'juj dan Ma'juj.

vii. Terjadinya tiga gerhana bulan, iaitu di Timur.

viii. Gerhana di Barat.

ix. Gerhana di Jazirah Arabx.

Keluarnya api yang menyala-nyala di negeri Yaman, menghalau umat manusia ke Mahsyar (tempat berkumpul). Kemudian terjadilah qiamat dengan dahsyatnya, sebagaimana firman Allah Taala dalam Al-Quran, Surah Yaseen, ayat 49, yang bermaksud,

"Mereka tidak menunggu, melainkan satu teriakan saja, (yang akan menghancurkan bumi ini) yang akan membinasakan mereka, ketika mereka sedang bertengkar."

Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan