Selasa, 22 Oktober 2013

Tanda-tanda Ego



Suatu zaman yang tersangat dahulu, tatkala diperintah untuk sujud pada Adam, syaitan berkata "What? Sujud pada Adam? Sorry le. Patutnya dia yang kena sujud pada aku coz aku lebih senior! Aku lebih mulia dari dia! Aku dari api sedangkan dia hanya dari tanah!!!"

BAPA orang-orang ego ialah syaitan. Timbulnya ego berpunca dari sifat-sifat ke'aku'an, iaitu bila terasa diri lebih 'best' dari orang lain. Mula-mula ego dengan manusia, kemudian ego dengan Tuhan. Itulah perangai syaitan. Syaitan juga mencipta sejarah sebagai makhluk pertama yang berputus asa dari rahmat ALLAH. Begitulah secara ringkas sejarah penyakit ego ini.

Berikut adalah di antara tanda-tanda ego. Marilah kita selidik-selidik diri kita, kot-kot kita tergolong dalam golongan orang ego. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda;
 

"Tidak akan masuk Syurga seseorang yang di dalam hatinya masih terdapat satu zarah dari sifat sombong." - Hadis Riwayat Muslim.


Antara tanda-tanda ego.

1. Apabila diberi jawatan terasa seronok dan terhibur. Rasa diri memang layak untuk mendapat jawatan.

2. Apabila tidak dilantik, rasa tidak senang. Tidak mahu terima kepimpinan yang telah ditunjuk.

3. Kalau dia seorang pemimpin, arahannya kepada anak buah.

4. Kalau dia merupakan seorang pengikut, payah mahu taat kepada arahan pemimpin.

5. Emosional, mudah tersinggung.

6. Mudah marah, cepat melenting.

7. Suka berkawan dengan orang yang lebih kekurangan dari dirinya dengan niat supaya beliau nampak lebih tertonjol.

8. Payah mahu menerima pandangan orang lain.

9. Dalam sesuatu majlis tidak senang kalau orang lain memberi pandangan.

10.Dalam sesuatu majlis suka memotong cakap orang lain.

11.Suka hanya pandangannya sahaja yang diterima.

12.Tidak senang atas kemajuan yang tercetus di tangan orang lain.

13.Bercakap selalunya dengan suara tinggi. Tak boleh dicabar, pasti akan mencabar.

14.Tidak berdoa selepas menunaikan solat, sekalipun sebentar.

15.Sengaja melewat-lewatkan sembahyang tanpa uzur yang syarie.

Itulah antara tanda-tanda ego. Amacam? Ada tak sifat sombong dan ego pada diri kita? Kalau tak ade syukur le... kalau ada baiklah bertaubat segera... sebelum syaitan mengaku kita nie suku-sakat dia.


Salam Ukhuwah..~

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Tok Wan,
    Mohon share..
    Semoga kita semua terhindar dari sifat2 seperti di atas..
    Nauzubillah..

    BalasPadam
  2. Mohon dijauhkan dari sifat ego tersebut.

    BalasPadam