Khamis, 31 Oktober 2013

Pornografi Membahayakan Akal



Macam kempen anti merokok oleh kerajanan yang berbunyi "Merokok Membahayakan Kesihatan", begitulah tajuk kita kali ini. Semoga kita dapat membaca dan menghayatinya dengan sebaik mungkin. Dan kepada mereka-mereka yang masih ketagih dengan bahan-bahan pornografi dan lucah agar dapat bertemu dengan jalan keluar dari masalah itu.

Ini kerana pornografi tidak kira dalam bentuk gambar mahupun video, sangat berleluasa dan amat mudah didapati dalam internet sekarang ini, tidak seperti dulu. Ianya terlalu terbuka dan terdedah hinggakan siapa pun termasuk kanak-kanak boleh melayarinya. Wabak ini sudah terlalu kronik sebenarnya.
Dalam seminar mengenai kesan pornografi terhadap kerosakan otak di Jakarta suatu ketika dulu, ahli bedah saraf dari Hospital San Antonio, Amerika Syarikat, Donald L. Hilton Jr MD mengatakan bahawa ketagihan mengakibatkan otak bahagian tengah depan yang disebut Ventral Tegmental Area (VTA) secara fiziknya mengecil.

“Pornografi menimbulkan perubahan tetap pada neorotransmiter dan melemahkan fungsi kawalan. Ini yang membuat orang-orang yang sudah kecanduan tidak dapat lagi mengawal perilakunya,” kata Hilton serta menambah bahawa ketagihan pornografi juga menimbulkan gangguan memori. Keadaan itu, tidak terjadi secara cepat dalam waktu singkat namun melalui beberapa tahap yakni kecanduan yang ditandai dengan tindakan impulsif, ekskalasi kecanduan, desensitisasi dan akhirnya penurunan perilaku.

“Dan kerosakan otak akibat kecanduan pornografi adalah yang paling berat, lebih berat dari kecanduan kokain (dadah).”
12 fatamorgana tentang pornografi yang terlanjur tercipta secara tidak sengaja oleh otak kita:



1. Pornografi memberi makan pada 'keinginan mata' dan 'keinginan daging' yang tidak akan pernah dapat dipuaskan. Pornografi hanya akan membuat ‘penontonnya’ minta tambah, tambah, dan tambah lagi. Tanpa bantuan, biasanya orang itu tidak berdaya untuk melepaskan diri.

2. Pornografi membuat cara berfikir seseorang menjadi penuh dengan seks semata-mata. Fikiran seks akan menguasai alam bawah sedar mereka. Gambar berbau seks akan melekat pada otak mereka, sehingga pada ketika seseorang memutuskan untuk berhenti melihat pornografi pun, gambar-gambar yang pernah dia lihat dimasa lalu akan bertahan sampai beberapa tahun bahkan selama-lamanya.

3. Pornografi menjadi medan promosi terhadap praktik seksual yang menyimpang. Contohnya, laman porno internet biasanya terhubung dengan laman porno yang lebih progresif seperti homoseks, pornografi kanak-kanak, seks dengan haiwan (bestiality), perkosaan, seks dengan kekerasan dan lainnya.

Ini akan membuat orang-orang tertentu terganggu secara mental dan tercabar untuk mencubanya. Dengan demikian, makin banyaklah perilaku seks menyimpang dalam masyarakat.

4. Pornografi membuat seseorang terpicu untuk lebih suka melayani diri sendiri dibanding orang lain. Masturbasi / onani adalah contohnya. Ini adalah tindakan pemenuhan nafsu peribadi yang dapat membuat seseorang sulit menerima dan memberi cinta yang sebenarnya pada orang lain. Pornografi biasanya membuat orang kecanduan masturbasi / onani.

5. Pornografi akan membawa seseorang terhadap penggunaan waktu dan wang dengan sangat buruk. Sedikit ada waktu terluang atau wang lebih, akan dihabiskan untuk memuaskan hawa nafsunya.

6. Dengan sering melihat laman porno atau membeli filem / majalah porno, orang-orang tersebut mendukung perkembangan industri pornografi yang biasanya dikelola oleh 'kejahatan terorganisasi' yang mencari wang dengan cara haram.

7. Terbiasa melihat pornografi akan merosakkan hubungan orang tersebut dengan sekelilingnya, dalam hal ini keluarga atau orang-orang terdekatnya.

Pada hubungan kekasih, hubungan yang berkembang menjadi tidak sihat. Orang yang terlibat pornografi akan menyalahkan kekasihnya pada tindakan-tindakan seksual yang mereka lakukan. Padahal masalah itu terdapat pada peribadinya sendiri, dan pasangannya adalah si ‘mangsa’. Pada pasangan yang telah menikah, ini akan memicu ketidakpuasan seksual dan praktik seksual yang menyimpang sehingga mengarah ke arah ketidakharmonian keluarga, bahkan perceraian.

8. Dalam banyak kes, pornografi membuat seseorang kehilangan daya kerjanya. Yang sebelumnya aktif dan kreatif boleh menjadi tidak fokus dalam pekerjaan.

9. Pornografi dapat merosak hubungan seksual dengan pasangan kerana terbiasa membayangkan orang lain dalam hubungan seksual.

Imaginasi adalah salah satu kesan pornografi yang sangat kuat. Nilai dan kemurnian seksual sesungguhnya menjadi rosak.

10. Melihat pornografi akan membuat seseorang menjadi sering berbohong.

11. Pornografi akan membawa seseorang pada konsekuensi spiritual yang serius.

Tekanan dan kebingungan akan memenuhi hidupnya. Pornografi membawa kekuatan jahat yang akan mengawal dan mendominasi penontonnya. Sekali saja seseorang melihat pornografi, itu akan membawanya semakin dalam. Nilai moral yang benar makin lama makin pudar, sehingga timbul double-standard yang membingungkan.

12. Pornografi akan membuat seseorang mempercayai semua kebohongan yang ditawarkan oleh pornografi sendiri.

Contoh kebohongan yang ditawarkan ialah :
a. Kebebasan seksual = kebahagiaan.
b. Penyimpangan seksual = normal.
c. Bila-bila saja melampiaskan keperluan seksual = hal yang benar dan wajar.
d. Setiap hari masturbasi = sihat.
e. Pornografi = tidak menyakiti siapa pun.
f. Bintang porno = orang paling bahagia di dunia.
g. dll.

_______________________________________________________

Agama Islam telah membuat larangan keras melihat aurat dan kemaluan orang lain. Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud, 

"Tidak boleh seseorang lelaki melihat aurat lelaki lainnya, dan tidak boleh seorang wanita melihat aurat wanita lainnya" 
Hadits shahih. Riwayat Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Ahmad dan Ibnu Majah, dari Abu Sa'id Al-Khudriy radhiyallahu "anhu.

Dan Islam bukan sahaja melarang dari berzina, tetapi menghampiri zina pun sudah dilarang. Ini kerana perbuatan menghampiri zina (contohnya menonton pornografi) pun banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan. Bukti-bukti saintifik pun sudah dijelaskan seperti di atas.


“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)”
Surah Al-Israa' : Ayat 32
"Dan orang-orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba-hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tidak tercela." 
Surah Al-Ma’arij : Ayat 29-30

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 30 Oktober 2013

Suara Roh Meninggalkan Jasad



Masa aku ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya, 
"Keadaan bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai Rasulullah!"
Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah,
aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!" Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a: "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah,"Hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah S.A.W :"Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya.
Maka keluarlah cincin dimasa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari
kepalanya untuk dimandikan. Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. 

Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut."

Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat,"Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh,"

Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh:"Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluarga-ku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. 
Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidak akan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."

Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka.
Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku & kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."

kredit: Suara Roh Bila Meninggalkan Jasad oleh Ust Ahmad Ismail terbitan IQRA


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 29 Oktober 2013

Rendah Hati



Ini adalah salah satu sifat dari Akhlak Islamiah yang amat susah dimiliki dan dikuasai oleh seorang muslim lantaran terpaksa berjuang bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Ibarat ingin memiliki sifat rendah hati seperti ingin memiliki jejaka / perawan yang berakhlak mulia tambahan pula yang dicari itu diketahui mempunyai wajah yang segak / cantik. Mahu lepas kah? Tentu peluang mahu memiliki itu terpaksa melalui pelbagai onak dan duri. Siapa yang sanggup menolak bakal suami / isteri yang berakhlak mulia dan tidak kurang dari segi wajah. Tapi, kepahitan harus ditempuh sepanjang melalui ujian memiliki segala yang diidam-idamkan sebelum menjelmanya kemanisan.Tidak mustahil seseorang itu dapat memiliki yang diidam-idamkan tanpa sebarang masalah. Bersyukurlah orang itu. Itu nikmat dari Allah. Manakala yang terpaksa berhempas pulas memiliki yang diidam-idamkannya itu tentu mendapat rahsia / hikmah tersembunyi di sebalik ujian yang dilaluinya. 

Bersifat rendah hati mestilah kerana Allah bukan kerana manusia. Bukan merendah diri kerana inginkan pujian. Kalau boleh kita selalu berdoa :"Wahai Tuhan.. ampunilah daku, jauhilah aku dari sifat takabbur, riak , buruk sangka , ujub, sombong, buruk sangka, ingin dipuj, ingin disayangi, ingin diambil berat, ingin dicintai, ingin di'itu' ingin di 'ini' dan lain-lain keinginan hati" 

Pendakwah selalu diuji dengan sikap u'jub (takjub dengan diri sendiri) dan bangga diri. Namun setelah ditewaskan sikap tersebut , ia datang menjelma semula buat kali berikutnya. Tewas .. datang.. Tewas .. datang. Begitulah hingga kita menemui kematian. Saya cuba nak memberi 3 PETUA agar kita sama-sama dapat menewaskan sifat mazmumah ini. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sahaja. Semoga ia dapat dikongsi bersama. Sebagai peringatan, ilmu dan pengalaman manusia terbatas dan lemah. Bandingkanlah apa yang kita ada dengan Kekuasan Allah dan ternyata kita adalah makhluknya!


PETUA PERTAMA!
Pabila suara perasaan ini menjelma dalam jiwa, cepat-cepatlah kita berselawat ke atas junjungan besar Baginda s.a.w. Anda semua tahu bukan bahawa selawat ke atas Baginda banyak cara lafaznya tetapi satu tujuan. 

Pabila datang bisikan dalam jiwa /hati/diri seperti: "aku ini cantik, aku ini smart, aku ini handsome, aku ini pandai, aku ini baik, aku ni lemah lembut dengan orang tua-tua, pandai jaga hati" dan lain-lain bisikan, maka cepat-cepatlah BERSELAWAT! Jangan menangguh-nangguh ! Insya Allah dalam sekelip mata , bisikan perasaan tadi akan hilang kerna tewas dalam pertarungan dengan kuasa sakti SELAWAT. Tambahan pula selawat ke atas Baginda mempunyai fadhilat tersendiri. *Allah akan berselawat 10 kali ke atas hambanya yang berselawat ke atas Baginda s.a.w. sebanyak 1 kali. Ini baru ganjaran bagi 1 selawat. Bagaimana agaknya kalau anda berselawat dalam bilangan yang banyak? Tentu banyak fadhilat yang diperolehi. 

* Erti 'Allah berselawat' di atas adalah Allah memberi rahmat ke atas yang berselawat.



PETUA KEDUA! 

Pabila datang suara perasaan dalam jiwa /diri / hati kita maka lawanlah perkara tersebut dengan menyandarkannya kepada pihak lain. Agar apa yang dibanggakan oleh kita itu nampak 'lekeh' atau 'tak setaraf' dengan apa yang dimiliki oleh orang lain. Macam mana perkara itu? Macam ini.. 

Datang bisikan perasaan :"aku ini hansome /cantik... tentu ramai yang menaruh perasaan terhadap aku". Bila berhadapan dengan perasaan macam itu, cepat-cepatlah lawan! Begini..
Kita lawan dengan suara hati/jiwa :"ada lagi orang yang lebih hansome / cantik dari aku. Siapalah sangat aku ini....". Maksudnya kita cuba alihkan apa yang kita banggakan itu kepada pihak lain yang lebih layak memiliki perkara tersebut. Contoh terdekat macam ini..


Kita kata : > Tapi Sebenarnya.....
kita pandai > orang lain lebih pandai
kita baik > orang lain lebih baik
kita berani > orang lain lebih berani
kita hansome > orang lain lebih handsome
kita cantik > orang lain lebih cantik


Dan kias atau bandingkan perkara-perkara ini dengan lain-lain suara bisikan yang pernah , sedang dan akan menyerang anda kelak! Kedengaran satu kata-kata (saya tidak dapat pastikan samada ianya adalah Hadis Baginda s.a.w. atau kata-kata hikmat ulamak) iaitu:"Jangan selalu melihat kelebihan yang dimiliki oleh mereka di atas kamu tetapi lihatlah apa yang dimiliki oleh mereka yang di bawah kamu. Itulah salah satu tembok untuk menjadikan kamu bersyukur dengan apa yang kamu miliki."


PETUA KETIGA/TERAKHIR!!! 

Iaitulah dengan cara kita melawan suara bisikan dalam diri / jiwa kita yang cenderung untuk memuji diri dengan menyandarkan semua sifat-sifat tersebut kembali kepada Allah jua. Ini hak Allah . Itu hak Allah. 

Contohnya apabila datang suara bisikan seperti:" Aku ini kuat, aku ini handsome, aku ini cantik , aku ini cerdik, aku ini... tahu itu ini, masyarakat hormat aku, aku orang penting, aku orang penyantun, bersungguh-sungguh dalam sesuatu kerja dan lain-lain suara bisikan" maka cepat-cepatlah kembalikan semua sifat-sifat itu kepada Allah.

Cuba lihat kata-kata ini.. kita kata tetapi yang sebenarnya.. 

1)Kita kata kita kuat tapi sebenarnya.. Kekuatan itu milik Allah dan Allah lebih perkasa dari makhluk. 

2)Kita kata kita handsome/cantik tapi sebenarnya.. Handsome/cantik itu hak Allah dan Allah bersifat dengan cantik mengatasi kecantikan manusia.

3)Kita kata kita cerdik/pandai tapi sebenarnya.. Allah lebih mengatasi segala ilmu aku dan ilmu yang aku miliki hanyalah ibarat debu halus yang berada dibumi yang luas. 

4)Kita kata: Aku ni berakhlak mulia tapi sebenarnya.. Akhlak aku ini adalah pemberian Allah dan Kekasih Allah iaitulah Baginda s.a.w. adalah lebih tinggi akhlaknya dari umatnya. Jauh beza antara aku dan Rasulallah s.a.w.

Insya Allah , dengan melawan kata-kata tersebut tadi kita akan merasa tiada sesuatu pun dalam diri kita ini yang boleh dibanggakan kerna semuanya hak Allah jua. Barulah datang selepas itu sikap merendah diri. Iaitulah merendah hati kepada Allah dan bukannya merendah diri kepada manusia! Sesiapa yang merendah diri kepada Allah dengan sebenar-benar makna merendah diri ,saya percaya dia akan menghormati manusia lain di dunia ini kerna dia tahu bahawa semua manusia adalah sama di hadapan Allah. Orang yang paling mulia di sisi Allah adalah mereka yang kuat taqwanya.


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 27 Oktober 2013

Istana Mutiara Bewarna Merah _ bhg akhir




Malaikat dan para bidadari berdatangan

Setelah akad nikah selesai berdatanglah para malaikat dan para bidadari menaburkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya diistana megah yang akan mereka diami.

Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula. “Mana mahar milikku?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu.

Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup. Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar.


Mahar perkahwinan Adam

Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar. Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan? Itulah yang sedang difikirkan Adam.

Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”. “Bukan!” kata Tuhan. “Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan. “Bukan!” tegas suara Ghaib. Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukanlah hamba-Mu jalan keluar!”.

Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”. 


Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya. Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam). Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar. “Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatkanlah ia sebagai isterimu!”.

Adam a.s bersyukur lalu menemui isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.

Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu didalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua inginkan, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”. (Al-A’raaf: 19).

Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian didalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung didalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat.

Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat. Entah berapa lama keduanya berdiam disyurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun kebumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia dihari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
(Surah Al-Baqarah: Ayat 38)


Bersanding dengan Bidadari 

Diceritakan dari Abdul Wahid bin Zaid yang berkata: Dahulu aku pernah naik sebuah perahu. Tiba-tiba bertiuplah angin ribut, sehingga kami semua terdampar disebuah pulau. Disana aku sempat menjumpai seorang lelaki penyembah berhala. Kami kemudian bertanya kepadanya, “Wahai Fulan! Siapakah yang sedang kamu sembah itu?” Lelaki itu kemudian menunjuk kesebuah berhala, dan kami kembali bertanya, “Diperahu, kami mempunyai seorang teman yang biasa membuat benda seperti ini (berhala). Akan tetapi, benda ini bukanlah merupakan sembahan sepertimana Tuhan!” “Lalu, siapa yang kalian sembah?” tanya lelaki penyembah berhala itu. “Allah,” jawab kami. “Siapa Allah itu?” tanyanya. “Zat dimana Arasy-Nya ada dilangit, kekuasaan-Nya ada dibumi dan keputusan-Nya berlaku bagi yang masih hidup serta yang telah mati,” jawab kami semua.

“Bagaimana kalian dapat mengenali-Nya?” tanya lelaki itu lagi. “Tuhan kami telah mengutus seorang utusan yang mulia dan beliaulah yang menerangkan semua itu,” jawab kami. “Lalu, apa yang dilakukan oleh utusan itu?” tanyanya. “Beliau telah menyampaikan risalahnya dan kemudian beliau pun wafat,” jawab kami serentak. “Apakah beliau tidak meninggalkan sebuah bukti kepada kalian?” tanya lelaki penyembah berhala itu. “Ya, beliau meninggalkan kitab Allah,” jawab kami lagi. “Tolong perlihatkan kepadaku kitab Allah itu, aku yakin kitab-kitab Allah itu indah sekali,” kata lelaki tadi.

Kami pun mengambilkan sebuah mushaf. Setelah melihatnya, dia berkata, “Aku tidak pernah tahu kitab ini!” Kami lalu membacakan sebuah surah Al-Qur’an dan ketika kami membacanya, dia pun menangis hingga kami selesai membaca satu surah. Selepas kami membacanya, dia pun berkata, “Sudah selayaknya Pemilik kalam ini tidak diderhakai.” Akhirnya lelaki penyembah berhala itu pun masuk Islam, dan ikut bersama kami. Kami ajarkan hukum-hukum Islam serta sebahagian surah-surah Al-Qur’an kepadanya.

Saat malam tiba, selepas melakukan solat Isyak, kami merebahkan diri dipembaringan, lelaki itu kemudian berkata, “Wahai saudaraku! Apakah Tuhan yang telah kalian tunjukkan kepadaku ini ketika malam tiba juga tidur?” . “Tidak, wahai hamba Allah! Dia adalah Maha Besar, Maha Berdiri sendiri dan tidak akan pernah tidur,” jawab kami semua. “Kalau begitu. orang paling buruk adalah kalian semua. Kalian semua tidur, sedang Tuhan kalian tidak pernah tidur,” kata lelaki tadi.

Kami semua kagum oleh kata-katanya itu, maka ketika kami sampai didaerah Ubbadan, hal ini kuberitahu kepada teman-temanku, “Dia baru saja masuk agama Islam.” Kami mengumpulkan beberapa keping wang dirham, selanjutnya kami berikan kepadanya. Saat kami serahkan, dia berkata, “Apa ini?” “Kami berikan ini kepadamu,” jawab kami. “Laa ilaaha illallaah, kalian telah menunjukkan aku kesebuah jalan yang selamanya belum pernah kalian lalui. Dahulu aku berada disebuah jazirah dengan menyembah berhala, tetapi berhala itu tidak pernah membuat aku hidup miskin. Maka sekarang tidak mungkin Tuhan yang aku sembah ini akan membuat aku susah, sedang aku sendiri mengingati-Nya siang dan malam,” kata lelaki itu.

Selang beberapa hari, aku mendapat khabar bahawa lelaki itu menderita sakit parah. Aku datang menjenguk dan bertanya kepadanya, “Adakah yang dapat kubantu untukmu?” “Yang dapat membantuku adalah orang yang bersama kalian ke jazirah tempat tinggalku,” demikian jawabnya.

Pada saat itu mataku terasa mengantuk sekali hingga akhirnya aku pun tertidur disisinya. Didalam tidur aku bermimpi bahawa dimakam Ubbadan ada sebuah taman dan ditaman itu ada sebuah kubah. Di dalam kubah tersebut ada sebuah pembaringan. Diatasnya duduk seorang bidadari jelita yang belum pernah kulihat sebelumnya.

Gadis itu kemudian berkata, “Demi Allah, aku memohon kepadamu agar dia datang secepatnya. Sungguh, aku telah rindu kepadanya!” Aku pun terbangun dan ternyata setelah kuamati lelaki itu sudah meninggal dunia. Aku ikut merawat jenazahnya, mulai dari memandikan, mengafan, menyembahyangkan dan seterusnya menguburkannya.

Tengah malam aku bermimpi bertemu dengan lelaki itu, dia berada dalam kubah bersanding dengan bidadari yang kujumpai dalam mimpiku sebelumnya. Aku dengar lelaki itu sedang membaca ayat yang bermaksud: ....sedang malaikat-malaikat masuk ketempat-tempat mereka dari semua pintu; (sambil mengucapkan), “Salamun ‘alaikum bima shabartum (salam sejahtera buat kalian semua atas kesabaran kalian semua).” Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu.” (Ar-Ra’d: 23-24)


Penduduk Syurga

Didalam kitab Al-Multaqith diceritakan, bahawa sebahagian bangsa Alawiyah ada yang bermukim didaerah Balkha. Ada sebuah keluarga yang terdiri dari sepasang suami isteri dengan beberapa anak wanita mereka. Keadaan keluarga tersebut serba kekurangan.

Ketika suaminya meninggal dunia, isteri beserta anak-anak wanitanya meninggalkan kampung halamannya pergi ke Samarkand untuk menghindari ejekan orang ramai disekitarnya. Kejadian tersebut berlaku pada musim sejuk. Saat mereka telah memasuki kota, si ibu mengajak anak-anaknya singgah dimasjid, sementara dirinya pergi untuk mencari sesuap nasi.

Di tengah perjalanan si ibu berjumpa dengan dua kelompok orang, yang satu dipimpin oleh seorang Muslim yang merupakan tokoh di kampung itu sendiri, sedang kelompok satunya lagi dipimpin oleh seorang Majusi, pemimpin kampung itu. Si ibu tersebut lalu menghampiri tokoh tersebut dan menjelaskan mengenai dirinya serta berkata, “Aku mohon agar tuan berkenan memberiku makanan untuk keperluan malam ini!” “Tunjukkan bukti-bukti bahawa dirimu benar-benar bangsa Alawiyah,” kata tokoh orang Muslim di kampung itu. “Di kampung tidak ada orang yang mengenaliku,” kata ibu tersebut.

Sang tokoh itu pun akhirnya tidak menghiraukannya. Seterusnya dia hendak memohon kepada si Majusi, pemimpin kampung tersebut. Setelah menjelaskan tentang dirinya dengan tokoh kampung, lelaki Majusi lalu memerintahkan kepada salah seorang anggota keluarganya untuk datang kemasjid bersama si ibu itu, akhirnya dibawalah seluruh keluarga janda tersebut untuk tinggal di rumah Majusi yang memberinya pula pelbagai perhiasan serba indah. 

Sementara tokoh masyarakat yang beragama Islam itu bermimpi seakan-akan hari Kiamat telah tiba dan panji kebenaran berada di atas kepala Rasulullah SAW. Dia pun sempat menyaksikan sebuah istana tersusun dari zamrud berwarna hijau. Kepada Rasulullah SAW. dia lalu bertanya, “Wahai Rasululah! Milik siapa istana ini?”
“Milik seorang Muslim yang mengesakan Allah,” jawab baginda.
“Wahai Rasulullah, aku pun seorang Muslim,” jawabnya.
“Cuba tunjukkan kepadaku bahawa dirimu benar-benar seorang Muslim yang mengesakan Allah,” sabda Rasulullah SAW. kepadanya.

Tokoh dikampung itu pun bingung atas pertanyaan baginda, dan kepadanya Rasulullah SAW. kemudian bersabda lagi, “Disaat wanita Alawiyah datang kepadamu, bukankah kamu berkata kepadanya, “Tunjukkan mengenai dirimu kepadaku!” Kerananya, demikian juga yang harus kamu lakukan, iaitu tunjukkan dahulu mengenai bukti diri sebagai seorang Muslim kepadaku!”

Sesaat kemudian lelaki muslim itu terjaga dari tidurnya dan air matanya pun jatuh berderai, lalu dia memukuli mukanya sendiri. Dia berkeliling kota untuk mencari wanita Alawiyah yang pernah memohon pertolongan kepadanya, hingga dia mengetahui di mana kini wanita tersebut berada.

Lelaki Muslim itu segera berangkat kerumah orang Majusi yang telah menumpangkan wanita Alawiyah beserta anak-anaknya. “Di mana wanita Alawiyah itu?’ tanya lelaki Muslim kepada orang Majusi.
“Ada padaku,” jawab si Majusi. “Aku sekarang menghendakinya,” ujar lelaki Muslim itu. “Tidak semudah itu,” jawab lelaki Majusi.
“Ambillah wang seribu dinar dariku dan kemudian serahkan mereka padaku,” desak lelaki Muslim. “Aku tidak akan melepaskannya. Mereka telah tinggal dirumahku dan dari mereka aku telah mendapatkan berkatnya,” jawab lelaki Majusi itu. “Tidak boleh, engkau harus menyerahkannya,” ujar lelaki Muslim itu seolah-olah mengugut.

Maka, lelaki Majusi pun menegaskan kepada tokoh Muslim itu, “Akulah yang berhak menentukan apa yang kamu minta. Dan istana yang pernah kamu lihat dalam mimpi itu adalah diciptakan untukku! Adakah kamu mahu menunjukkan keislamanmu kepadaku? Demi Allah, aku dan seluruh keluargaku tidak akan tidur sebelum kami memeluk agama Islam dihadapan wanita Alawiyah itu, dan aku pun telah bermimpi sepertimana yang kamu mimpikan, serta Rasulullah SAW. sendiri telah pula bersabda kepadaku, “Adakah wanita Alawiyah beserta anaknya itu padamu?” “Ya, benar,” jawabku. “Istana itu adalah milikmu dan seluruh keluargamu. Kamu dan semua keluargamu termasuk penduduk syurga, kerana Allah sejak zaman azali dahulu telah menciptakanmu sebagai orang Mukmin,” sabda baginda kembali.


Istana Mutiara Berwarna Merah

Bersumber dari Khatan Abu Imran Al-Lu’lu’i. Dia adalah seorang soleh yang suka melayani orang-orang fakir dan rumahnya selalu terbuka bagi sesiapa pun. Suatu ketika ada sekelompok kaum bertamu ke rumahnya, dia lalu segera menghadap kepada seorang hakim agar memberi sesuatu kepadanya yang akan digunakan untuk menjamu para tetamunya itu. Akan tetapi, sang hakim tersebut tidak memberikan sesuatu pun kepadanya.

Demikianlah, Khatan pun akhirnya pergi menemui seorang Yahudi dan orang Yahudi itu ternyata mengabulkan permintaannya dan dengan segera mengirimkan sesuatu yang diperlukan oleh Khatan dalam menjamu tetamunya. Ketika sang hakim tidur, dia bermimpi seakan-akan dia sedang berdiri didepan sebuah pintu gerbang sebuah istana yang terbuat dari mutiara berwarna merah. Saat melangkahkan kakinya, hendak memasuki istana tersebut, tiba-tiba dia dihadang dan dilarang memasukinya. Lalu dikatakan kepadanya:

“Sebenarnya istana ini milikmu, akan tetapi sekarang telah diserahkan kepada si Fulan yang beragama Yahudi itu.”
Pada keesokan harinya, hakim itu bergegas pergi kerumah Khatan Abu Imran untuk meminta keterangan tentang apa yang telah dilakukannya setelah ditolak beberapa waktu sebelumnya. Setelah memberitahunya, sang hakim itu kemudian bergegas menemui orang Yahudi sebagaimana telah disebutkan oleh Khatan.
Sang hakim berkata kepada orang Yahudi itu, “Kamu telah mempunyai istana di syurga. Adakah kamu mahu menjualnya dengan harga sepuluh ribu dirham?” “Tidak,” jawabnya tegas. Hakim itu berusaha menaikkan harga tawarannya, namun demikian, orang Yahudi tersebut tetap pada pendiriannya untuk tidak menjualnya. Dan akhirnya hakim itu minta kepadanya untuk menceritakan kisah yang dialaminya, dan siYahudi itu akhirnya menceritakan kisahnya. Orang Yahudi itu lalu berkata kepada Khatan Abu Imran, “Ajarilah aku akan agama Islam!”

Demikianlah, ditinggalkannya agama Yahudi yang dianutinya dan kemudian dia masuk Islam dengan yakin dan ikhlas. Maha suci allah.


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 26 Oktober 2013

Istana Mutiara Berwarna Merah _ bhg awal



Syurga

Segala kesenangan ada didalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan. Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT didalam Syurga (Jannah).

Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Ia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh diseberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan kesana kemari, sambil berkejar-kejaran diangkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Ia merasa kesepian, lama sudah. Ia tinggal disyurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya.

Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin didalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.


Adam kesepian

Apa saja didalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah didalam kesepian seorang diri? Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s didalam syurga. Ia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya didalam kesenangan yang tak terhingga itu. Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan... bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi dimana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah dihatinya keharuan yang begitu mendalam, dirasakannya sebagai derita batin disebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi dikalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.


Hawa diciptakan

Tatkala Adam a.s sudah berada dipuncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur diatas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut kealam tidur.

Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya. Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.

Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.


Pertemuan Adam dan Hawa

Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh didepannya.

Butir-butir fikiran yang menggelombang didalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan didalam gambaran jiwanya seketika itu.

Adam terjaga....! Alangkah terkejutnya ia ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah dihadapannya. Ia seolah tak percaya pada penglihatannya. Ia masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.

Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya.

Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna. Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemahan, kelembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji disamping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.

Ia adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun dihari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.

Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana ia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan. 


Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang dibelakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia. Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam a.s.

Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Ia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Ia sedar bahawa orang asing didepannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan, wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya. Ia yakin ia tidak salah pandang. Ia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Ia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk didepannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.

Ia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya.


Adam terpikat

Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin diatas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga. Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi dihati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan didalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.

Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.

“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan. Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga. Tetapi suara Hawa....tidak pernah didengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu.

Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat. Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata nikmat itu menambah kemesraan Adam kepada Hawa.

Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam. Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.

“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban. “Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan. Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi.

Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namun ia haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Didalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.

Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa disebalik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.

Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak mengulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru: “Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”.

Adam a.s tertegun, balik ketempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram. Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah.


Perkahwinan Adam dan Hawa

Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga. Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama dibawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa.
Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan dibawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.

bersambung pagi esok...


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 25 Oktober 2013

Jangan Salahkan Orang _ Hadith



Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasullullah s.a.w. bersabda 

"Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka"

Hadith Riwayat Muslim


KETERANGAN:

Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin beliau memberi penjelasan seperti berikut:

"Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang berkata demikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini haram".

"Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat musibah yang dialai oleh mereka , maka perkataan ini tiada salahnya".

Hadis ini sengaja dibawakan supaya menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincang dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam sekarang ini maka janganlah kita merasa bangga dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain.

Walaupun hal kerosakan moral umat Islam sekarang ini diketengahkan, biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain. Mudah-mudahan ALLAH s.w.t.. dengan limpah kurnia-Nya mencucuri kita Rahmat, taufiq dan hidayah.


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 24 Oktober 2013

Tiada Alasan Dihadapan Allah S.W.T. Nanti



PADA hari Kiamat kelak, ada empat golongan manusia yang mengemukakan pelbagai alasan mengapa mereka tidak sempat beribadah kepada Allah SWT ketika di dunia. Ahli sufi Al-Faqih Abu Laits memberitahu, keempat-empat golongan itu ialah orang kaya, orang melarat, hamba abdi dan orang sakit.

Golongan pertama iaitu golongan kaya mengemukakan alasan : "Aku adalah orang kaya. Aku terlalu sibuk menguruskan hartaku hingga ttidak sempat mengabdikan diri kepada-Mu."

Maka Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Sesungguhnya Nabi Sulaiman adalah seorang raja dari timur ke barat tetapi beliau tidak derhaka kepada Tuhannya. Jadi alasan kamu tidak diterima."

Golongan kedua, iaitu orang melarat mengemukakan alasan bahawa kemiskinannya menghalang untuk beribadah kepada Allah SWT.

Allah SWT kemudian berfirman yang bermaksud : "Benarkah kamu lebih melarat daripada Nabi Isa? Kemelaratannya tidak menghalangnya daripada mengabdikan diri kepada-Ku."

Golongan ketiga, iaitu hamba abdi pula mengemukakan alasan terlalu sibuk menguruskan kerja yang diarahkan majikannya.

"Tuhanku, saya dulu seorang hamba dan diperlakukan macam budak suruhan hingga menghalang aku untuk mengabdikan diri kepada Tuhan."

Tetapi Allah SWT membandingkan dengan nabi Yusof yang tidak lupa mengabdikan diri kepada Tuhan walaupun pernah menjadi hamba.

Golongan keempat ialah orang yang sakit yang mengemukakan alasan tidak terdaya dan mendakwa penyakitnya menghalang daripada mengabdikan diri kepada Tuhan.

Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Benarkah sakit kamu itu lebih berat daripada sakit yang dideritai Nabi Ayub? Walaupun sakit teruk, Nabi Ayub tetap beribadah kepada Tuhannya."

Maka di hari Kiamat kelak, tiada seorang pun yang boleh mengemukakan alasan mengapa tidak beribadah dan tidak mengabdikan diri kepada Allah SWT ketika di dunia. 


Demi masa...
Sesungguhnya manusia dalam kerugian
Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh.



Salam Ukhuwah..~

Rabu, 23 Oktober 2013

Kesah Hikmah Dari Masjid Nabawi



Solat Ashar berjamaah baru saja berlangsung di Masjid Nabawi. Biasanya, setelah itu Rasulullah saw dan para sahabat akan lama berzikir dan berdoa. Namun, di hari itu, begitu mengucapkan salam, Nabi s.a.w. langsung berdiri lalu, dengan tergesa-gesa, melangkahi pundak jamaah untuk menuju rumah Baginda yang menyatu dengan masjid.

Beberapa saat berlalu, Nabi s.a.w. kembali. Melihat keheranan jamaah di depannya, Rasulullah s.a.w. bersabda, 

''Aku teringat ada beberapa keping emas di tangan kami. Aku tak suka terus memikirkannya, sehingga kusuruh segera dibagikan saja kepada yang berhak.'' (HR Bukhari).

Kisah ini memberi dua hikmah. Pertama, Nabi s.a.w. selalu membagikan titipan  kepadanya, yakni zakat, sesegera mungkin. Baginda s.a.w. enggan menundanya meski semalam, atau membiarkan hak rakyat menumpuk di kas negara, sementara masih banyak fakir miskin di sekelilingnya. Kedua, setinggi apa pun pahala berzikir, itu tetaplah amalan sunnat. Kewajiban harus didahulukan dan mustahil diganti dengan amalan sunnat sebanyak apa pun. Sebagai misal, dalam solat subuh, bila seseorang terlambat bangun, dia harus tetap mengerjakannya saat terjaga. Solat dhuha tidak mampu menggantikannya.

Sayangnya, banyak manusia tidak meneladani secara kaffah 'total' perjalanan hidup Nabi s.a.w. Mereka memang giat berzikir, sesuatu yang sangat dianjurkan, bahkan tahan berjam-jam dalam majlis yang khusus dibuat untuk itu. Namun, mereka melalaikan begitu banyak kewajiban. Padahal, makin banyak umat Islam yang gagal memenuhi keperluan hidup. 
Yang lemah iman menjadi tergoda gerakan misionaris hingga berpindah agama. Sayangnya pula, dana badan amil zakat menumpuk hingga berbillion ringgit.

Pertanggungjawaban penyaluran minim, bahkan sangat mungkin diselewengkan justru oleh orang-orang yang sanggup berjam-jam berzikir dan berdoa sebaik selesai solat.

Ada kesan mereka tertimpa wahn 'cinta dunia dan takut mati', sehingga memilih aktivitas yang tidak dimusuhi kaum kafir. Padahal, hanya menambah kemakmuran rakyat lewat penyegeraan pembagian zakat, Nabi s.a.w. saja langsung meninggalkan zikir, doa, dan solat rawatib. Apalagi, untuk menyelamatkan nyawa dan aqidah ratusan juta umat Islam, tentu lebih besar dan mendesak lagi pelaksanaan kewajiban itu.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 22 Oktober 2013

Tanda-tanda Ego



Suatu zaman yang tersangat dahulu, tatkala diperintah untuk sujud pada Adam, syaitan berkata "What? Sujud pada Adam? Sorry le. Patutnya dia yang kena sujud pada aku coz aku lebih senior! Aku lebih mulia dari dia! Aku dari api sedangkan dia hanya dari tanah!!!"

BAPA orang-orang ego ialah syaitan. Timbulnya ego berpunca dari sifat-sifat ke'aku'an, iaitu bila terasa diri lebih 'best' dari orang lain. Mula-mula ego dengan manusia, kemudian ego dengan Tuhan. Itulah perangai syaitan. Syaitan juga mencipta sejarah sebagai makhluk pertama yang berputus asa dari rahmat ALLAH. Begitulah secara ringkas sejarah penyakit ego ini.

Berikut adalah di antara tanda-tanda ego. Marilah kita selidik-selidik diri kita, kot-kot kita tergolong dalam golongan orang ego. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda;
 

"Tidak akan masuk Syurga seseorang yang di dalam hatinya masih terdapat satu zarah dari sifat sombong." - Hadis Riwayat Muslim.


Antara tanda-tanda ego.

1. Apabila diberi jawatan terasa seronok dan terhibur. Rasa diri memang layak untuk mendapat jawatan.

2. Apabila tidak dilantik, rasa tidak senang. Tidak mahu terima kepimpinan yang telah ditunjuk.

3. Kalau dia seorang pemimpin, arahannya kepada anak buah.

4. Kalau dia merupakan seorang pengikut, payah mahu taat kepada arahan pemimpin.

5. Emosional, mudah tersinggung.

6. Mudah marah, cepat melenting.

7. Suka berkawan dengan orang yang lebih kekurangan dari dirinya dengan niat supaya beliau nampak lebih tertonjol.

8. Payah mahu menerima pandangan orang lain.

9. Dalam sesuatu majlis tidak senang kalau orang lain memberi pandangan.

10.Dalam sesuatu majlis suka memotong cakap orang lain.

11.Suka hanya pandangannya sahaja yang diterima.

12.Tidak senang atas kemajuan yang tercetus di tangan orang lain.

13.Bercakap selalunya dengan suara tinggi. Tak boleh dicabar, pasti akan mencabar.

14.Tidak berdoa selepas menunaikan solat, sekalipun sebentar.

15.Sengaja melewat-lewatkan sembahyang tanpa uzur yang syarie.

Itulah antara tanda-tanda ego. Amacam? Ada tak sifat sombong dan ego pada diri kita? Kalau tak ade syukur le... kalau ada baiklah bertaubat segera... sebelum syaitan mengaku kita nie suku-sakat dia.


Salam Ukhuwah..~

Isnin, 21 Oktober 2013

Duit Dan Kekayaan Menjadi Tuan



Di akhir zaman wang ringgit atau kekayaan menjadi ukuran
Mulia atau hormat seseorang itu
jika ada duit atau kekayaan
Hafaz Quran, hafaz Hadis, banyak ilmu
tidak akan dipandang orang
kalau seseorang itu tidak ada duit, tidak ada kekayaan.


Ada duit, ada kekayaan banyak kawan, belum tentu sayang
Tidak ada duit, tidak ada kekayaan
kawan hilang dan dihina orang
Sanak saudara tidak peduli, keluarga pun pandang serong
Anak isteri pun tidak hormat, silap sedikit mereka meradang.


Ada duit, ada kekayaan adalah saudara, banyaklah kawan
Apabila miskin papa di tengah ramai, hidup keseorangan
Orang mengata, orang menghina
Di mana pergi dicemek orang
Isteri boleh lari, anak-anak akan benci
kawan-kawan tidak peduli.


Seseorang yang sedang disanjung, tiba-tiba miskin
kawan-kawan lari
Sedikit sahaja yang silap, orang hamun, orang maki
Kalau tidak sabar mahu cabut lari, hidup bersendiri
Jika iman lemah, sakit jiwa susah hati.


Begitulah duit atau kekayaan di dalam kehidupan menjadi tuan
Sesetengah orang duit dan kekayaan menjadi Tuhan
Sekalipun tidak dipanggil Tuhan
Ada duit, ada kekayaan dihormat orang
walaupun tidak sembahyang.

Kalau dia menjadi calon di dalam pilihanrava mudah menang
Apabila ada kekayaan, di dalam keluarga dialah yang paling disayang
Di tengah masyarakat ramai
dialah dipandang orang atau dihormat orang
Di dalam kumpulan kawan-kawan, dialah selalu diziarah orang
Tapi apabila jatuh miskin semuanya habis menghilang.


Oleh itu berwaspadalah kita semua
dengan duit serta kekayaan 
yang dihasilkan
oleh duit.



Salam Ukhuwah..~

Ahad, 20 Oktober 2013

Penyebab Keresahan Dalam Hidup



Penyebab keresahan dalam hidup manusia menurut pandangan Islam terlalu banyak tetapi yang menjadi punca utama ialah :

- Tidak adanya iman atau lemahnya iman seseorang.

- Percampuran antara iman dan syirik.

- Kurangnya kesedaran bahawa dalam usaha manusia ada ketentuan Allah yang Maha Berkuasa. Manusia hanya sebagai makhluk yang diciptakan dan berada dalam kekuasaan-Nya. Firman Allah dalam al-Quran yang ertinya : "Dan kepunyaan-Nyalah apa-apa yang di langit dan di bumi, semua makhluk tunduk kepada-Nya" (Surah al-Rum : 26)

- Umat Islam kurang menghayati dan mengamalkan kehidupan berumah tangga berlandaskan ajaran Islam.

- Ibu bapa atau penjaga kurang memberi perhatian ilmu pengetahuan dan pendidikan keagamaan kepada anak di samping ilmu pengetahuan yang lain.

- Kebebasan dalam pergaulan tanpa didasari dengan keimanan sehingga boleh mempengaruhi manusia melakukan perkara yang haram mengikut hukum syarak.

- Manusia terlalu membanggakan ilmu pengetahuan hasil daripada pemikiran akal manusia tanpa disertai iman sedangkan pemikiran manusia amat terbatas.

- Pengaruh makanan dan minuman haram ke atas umat Islam secara sedar atau tidak sedar.

- Adanya penyakit rohani yang membahayakan dan merosakkan peribadi dan martabat manusia seperti hasad, dengki, khianat, dusta, takbur, riak dan sebagainya.

- Kurangnya kesedaran rasa syukur sewaktu mendapat nikmat Allah S.W.T. dan terlalu mementingkan urusan duniawi.

- Sentiasa diselubungi perasaan bersalah atau berdosa kerana telah melakukan perbuatan terkutuk yang bertentangan dengan hati nuraninya sehinga terjadi konflik batin. Konflik batin ini menyebabkan gangguan fikiran seperti tidak tenteram dan tertekan.

Semoga dengan apa yang akan disampaikan dapat menjadi peringatan, nasihat dan bimbingan terutama pada diri kita dan seluruh kaum muslimin dan
 muslimat dalam rangka meyempurnakan displin kehidupan agar sentiasa memperoleh taufik, hidayah dan rahmat daripada Allah S.W.T

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 19 Oktober 2013

Renungan Tanda Tanda Kebesaran Allah



"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi setelah matinya (kering) dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan di antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal". (Al-Baqarah: 164).

Suatu kurnia dan nikmat yang tiada tara yang diberikan Allah kepada manusia adalah "akal". Betapa bernilainya akal adalah hal yang tidak dapat dinafikan oleh siapapun. Yang menjadi topik pembahasan kita adalah bagaimana memanfaatkan akal dengan benar dan sesuai dengan tujuan penciptaannya yang telah digariskan oleh Sang Maha Pencipta, Allah s.w.t.

Salah satu penggunaan akal yang utama kalau bukan paling utama adalah merenungi, memikirkan dan memahami ayat-ayat Allah, dengan tujuan untuk mengenal Allah, beriman kepada-Nya dan menyembah-Nya. Adalah celaka, jika seseorang tidak menggunakan akalnya untuk mendapatkan hidayah Allah. Dan lebih celaka lagi, orang yang diberi akal dan kemampuan menggunakannya dengan baik, namun tidak membimbingnya menuju hidayah Allah. Hal itu terjadi kerana keengganan dan kesombongannya untuk mengakui kekuasaan Allah. Na'udzu billahi min dzalik. Dan tentunya ada yang sangat beruntung dengan menjadi orang yang mendapatkan hidayah Allah, menggapai nikmatnya iman kepada Allah, dengan menggunakan akal. Hal ini boleh dicapai dengan memperhatikan dan memahami ayat-ayat Allah yang terhampar luas pada alam semesta ciptaan-Nya ini. Diantaranya adalah beberapa tanda-tanda yang disebutkan dalam ayat di atas, dengan rincian sebagai berikut:

Penciptaan langit. 
Langit adalah ciptaan Allah yang penuh dengan keindahan, keanehan, keluarbiasaan dan misteri tentunya. Seseorang yang suka memperhatikan langit di malam maupun siang hari, akan merasakan ketakjuban yang luar biasa terhadap keindahannya. Dan mungkin akan merasakan betapa besarnya kekuasaan Allah. Bahkan kini manusia sudah sampai menembus angkasa, mengeksplorasi bulan dan planet lain yang dapat dicapainya. Bahkan seorang atheis sekali pun mungkin akan merasakan getaran jiwa bahwa Tuhan itu ada. Karena memang fitrah manusia diciptakan untuk percaya akan adanya Tuhan.

Penciptaan bumi. 
Bumi kita yang indah ini sangat kaya akan ayat-ayat Allah yang sangat luar biasa. Bahkan sampai era teknologi seperti sekarang ini, manusia belum mampu menyelak tabir misteri semua yang ada di muka bumi ini. Gunung-gunung menjulang tinggi, lautan dan samudera terbentang luas, gurun pasir, padang rumput, ladang-ladang pertanian dan dataran rendah serta lain-lainnya sangatlah berkesinambungan dan penuh hikmah dalam penciptaannya. Semua itu Allah peruntukkan bagi manusia. Maka pantaskah kita ingkar kepada-Nya?


Lihatlah kapal-kapal yang berlayar mengarungi lautan luas. Perhatikanlah bagaimana Allah telah menundukan lautan untuk manusia dengan kapal. Ilmu pengetahuan mengungkap bahawa hal ini terjadi kerana perbezaan berat jenis air laut dan kapal serta adanya ruang udara yang menyebabkan kapal dapat mengapung. Namun perlu kita ketahui bahwa ilmu pengetahuan hanya "mengungkap" tapi tidak menciptakan. Bukankah hal ini tetap terjadi walau rahsianya tidak dapat diungkapkan? Perhatikanlah bagaimana besarnya manfaat kapal-kapal mengarungi lautan. Dengannya keperluan dan manfaat bagi manusia dapat dan dipenuhi. Bagaimana eksport-import sekarang ini sangat tergantung pada pelayaran kapal-kapal kargo di lautan. Sungguh hal itu hanya semakin mempertegas kekuasaan Allah.


Air hujan yang diturunkan Allah ke bumi merupakan nikmat yang tak terhingga. Bahkan di era teknologi yang sudah boleh membuat hujan buatan, hujan alami ciptaan Allah tetap tak tergantikan. Lihatlah apa yang terjadi pada belahan bumi yang tak terkena hujan dalam jangka waktu yang melampaui batasnya, ia akan kering kerontang, tak berkehidupan. Lalu, lihatlah tatkala hujan menyiraminya, ia seakan-akan bangkit dari kematiannya dengan mulai tumbuhnya berbagai jenis tumbuh-tumbuhan (Q.S. Fushilat : 39) 


Marilah kita sejenak merenungkannya.


Haiwan-haiwan yang bertebaran di muka bumi ini sangat banyak dan bervariasi serta penuh dengan tanda-tanda kekuasaan Allah. Semuanya penuh dengan segala manfaat dan hikmah bagi manusia.


Peredaran a
ngin merupakan unsur penting dalam kehidupan di muka bumi ini. Baik itu kehidupan manusia, haiwan, dan tumbuh-tumbuhan.


Awan adalah fenomena yang unik dari sebuah proses terjadi dan turunnya hujan. Namun tidak hanya itu manfaat awan bagi manusia. Awan juga dapat melindungi manusia dari teriknya sinar matahari, setidaknya untuk beberapa saat. Bahkan awan menjadi dominan pada musim hujan. Namun dengan demikian keseimbangan cuaca bumi menjadi terjaga dengan sirkulasi musim dan cuaca ini.

Tulisan ini mungkin terlalu singkat, karena memang bukan untuk membahas detail perkara-perkara di atas, namun hanya untuk mengajak dan memancing keinginan serta niat kita untuk kembali merenungkan ayat-ayat kekuasaan Allah, tentunya dengan memanfaatkan akal yang telah Allah karuniakan kepada kita. Kerana pada perkara-perkara tersebut terdapat tanda-tanda dan bukti-bukti kekuasaan Allah bagi orang yang berakal.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 18 Oktober 2013

Lelaki Yang Dipastikan Masuk Syurga



Pada suatu mlm Rasullullah S.A.W. telah memperkenalkan seorang lelaki penduduk asal kota mekah. Muka dia bersih... ...

"Malam ini saya akan memperkenalkan salah seorang calon penghuni syurga" Sabda Nabi Muhammad s.a.w.

"Lelaki inilah penghuni syurga tersebut" Sabda Nabi Muhammad s.a.w. kepada sejumlah besar jemaah yang hadir untuk sembahyang Insyak tersebut. Antara sahabat yang hadir malam itu adalah Anas bin Malik dan Abdullah bin Umar. Mereka begitu tertarik untuk menyelidik ibadat lelaki tersebut.

Lelaki tersebut bukanlah orang alim. Malah ibadatnya biasa sahaja. Tidak terlihat hal-hal yang istimewa pada dirinya sebelum ini. Malah ketika Nabi s.a.w. memperkenalkannya dia sudah bersia-siap untuk pulang ke rumah. Adakah Rasullulah s.a.w. hendak bergurau?


Malah yang lebih mengagumkan  pada malam itu sahaja Rasullulah s.a.w. menyatakan bahawa lelaki tersebut penghuni syurga.

Malah keesokannya Baginda s.a.w berbuat demikian.


Maka para sahabat yang hadir dalam semakin ingin menyelidiki ibadat lelaki tersebut. Adakah dia hanya berlagak biasa di masjid dan di rumahnya dia selalu berzikir dan berdoa? Ataupun dia begitu tulus sehingga tiada langsung ibadatnya diketahui orang lain?

Dan Abdullah bin Umar tidak sanggup lagi menahan hasratnya apabila Rasullulah s.a.w. memperkenalkan lelaki tersebut sekali lagi. Selesai sembahyang Isyak berjemaah Abdullah segera keluar dan mengikut lelaki tersebut dari belakang. Lelaki tersebut merasa hairan melihat telatah Abdullah lantas bertanya:

"Kenapa engkau tergesa-gesa?"

"Jika engkau sudi aku ingin menjadi tetamu mu malam ini" kata Abdullah.

"Sungguh berbesar hati saya kerana saudara sudi bermalam di rumah saya"sahut lelaki tersebut kehairanan.

"Saya benar-benar ingin bermalam di rumah saudara setelah Rasullulah s.a.w. memperkenalkan sebagai orang paling baik. Dan saya ingin mencontohi ibadat saudara kerana saya juga ingin masuk syurga."jawab Abdullah.

"Tapi saya tidak ada ibadat lain melainkan daripada apa yang saudara lihat" jelas lelaki itu lagi.

"Tapi saya ingin menginap di rumah saudara"

"Kalau begitu silalah ke rumah saya" balas lelaki itu lagi.

Abdullah yakin dia akan dapat menyelidiki ibadat lelaki itu. Apabila sampai di rumah lelaki tersebut Abdullah telah meminta izin untuk tidur lebih awal padahal dia belum mengantuk. Dia ingin mengintip ibadat lelaki tersebut. Dia tetap mengintai dan memasang telinganya dgn berhati-hati.

Menurut Anas bin Malik setelah 3 hari Abdullah tidur di rumah lelaki tersebut tak ada apa yang istimewa yang dilihatnya. Lelaki itu tak pernah berzikir bahkan sembahyang tahajjud pun tidak.

Pada malam pertama Abdullah menceritakan kepada Anas bahawa dia telah berpura-pura tidur dan lelaki tersebut tidur di sebelahnya. Pada mulanya lelaki itu tidur nyeyak... ... kemudian tengah malam dia terjaga. (teng teng teng) tetapi tak der apa yang lelaki tu buat melainkan daripada memusingkan badannya dan mengucap kalimah " Ya Allah" kemudian sambung tidurnya.

Dan begitulahlah yang berlaku pada malam seterusnya sampailah 3 malam berturut-turut.

Tapi Abdullah telah menduga lelaki itu tidak melakukan pelbagai ibadat kerana hatinya begitu ikhlas... ..maka dia pun bertanya kat lelaki tersebut sebelum dia meniggalkan rumah tersebut.

"Wahai saudaraku, ingin sekali saya mengetahui ibadat mu. Sudilah saudara memberitahu saya supaya saya juga boleh ke syurga " kata Abdullah.

"Tidak ada ibadat lain melainkan apa yang saudara lihat" jawab lelaki itu bersungguh-sungguh.

Setelah mendengar jawapan lelaki tersebut Abdullah pun tak tanya lagi dan berterima kasih kepada lelaki tersebut... ...

Sebelum Abdullah pergi lelaki tersebut telah memanggilnya seraya berkata...

"Saudara... ... memang tidak ada ibadat lain melainkan dari apa yang saudara lihat.Tetapi di samping itu saya tidak pernah iri hati kepada sesiapa pun." jelas lelaki tersebut memberi pengakuan.

"Rupanya inilah sikap terpuji pada diri mu. Maka aku berjanji tidak akan mencela sesiapapun. Terima kasih kerana memberi pentujuk yang berguna kepada saya" ujar Abdullah dgn gembira.

*** PENGAJARAN: Sesiapa yang mengumpat dan mencaci orang lain hendaklah dia meminta maaf kerana Allah tidak akan mengampunkan dosa manusia sesama manusia. Oleh itu hendaklah selesaikan di dunia. Di akhirat urusan Allah dengan hamba-hamba-Nya.


kredit: rakangroup



Salam Ukhuwah..~

Khamis, 17 Oktober 2013

Umat Muhammad s.a.w. Diseru Meniti Sirat



Allah Taala menyeru: "Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan."

Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: "Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada perlepasan dari Allah Taala.. maka dia akan terselamat. Sekiranya sebaliknya maka.. dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!"

Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: "Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu.. palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak.. hati mereka akan gementar apabila melihatmu."

Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW. Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: "Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!"

Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar. Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang. Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik. Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas. Kumpulan yang kelima berlari. Kumpulan keenam berjalan. Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa dosa terpikul di atas belakang mereka.

Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali.. baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat.. baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Kumpulan kelapan menarik muka muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk.. mereka akan menyeru: "Wahai Muhammad SAW!"

Nabi Muhammad SAW berkata: "Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!"

Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang. Dikatakan bahawa.. di pintu syurga.. ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan.. kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka.. mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama sama.

Hanya tinggal kanak kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring. Mereka berkata: "Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku."

Kanak kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata: "Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia."

Malaikat berkata kepada mereka: "Bapa bapa dan ibu ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka."

Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: "Kami akan duduk di pintu syurga moga moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka."

Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil "Tempat Teropong." Kaki kaki mereka akan tergantung di Sirat.

Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang orang yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya.. ada bendera bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas kepalanya.

Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga.. kanak kanak akan meninggikan tangisan mereka. Rasulullah SAW bersabda: "Apa yang berlaku pada kanak kanak ini?" Malaikat menjawab: "Mereka menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka." Nabi SAW bersabda: "Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka.. Insya Allah."

Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang. Setiap kaum akan kekal didalam rumah rumah mereka. Kita memohon kepada Allah Taala agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita sebahagian daripada mereka.

kredit: rakanblogseberang


Salam Ukhuwah..~