Jumaat, 16 Ogos 2013

Muslihat Yahudi

Gambat sekadar hiasan


AYAT 120(SURAH AL-BAQARAH)

Terjemahan:


``Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan merasa senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: ``Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)''. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah SWT tidak lagi menjadi pelindung dan
penolong bagimu.''


Tafsiran:

Di dalam ayat 120 ini, Allah telah mengingatkan bahawa golongan Yahudi dan Nasrani tidak akan merasa puas dan rela kepada kamu (kaum Muslimin) sebelum kamu mengikut agama dan kehendak mereka. Oleh kerana itu, kerahkan sepenuh tenaga dan usaha pada apa yang ditugaskan oleh Allah untuk mendapatkan redha-Nya semata-mata. Kaum Muslimin juga dinasihatkan jangan sekali-kali merendahkan diri pada mereka dan mengikut kemahuan mereka kerana hanya itulah satu-satunya jalan menuju keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Allah juga mengatakan bahawa petunjuk yang sebenarnya hanyalah wahyu dan petunjuk yang langsung dari Allah iaitu agama Islam. Itulah agama yang benar dan jalan yang lurus sehingga ke hari kiamat, yang sempurna dan meliputi semua kepentingan dunia akhirat.

Kemudian pada penutup ayat, Allah memberi peringatan berupa ancaman bahawa jika umat Islam mengikuti jejak dan tipu muslihat Yahudi dan Nasrani sesudah menerima tuntunan Allah di dalam Al-Quran dan tuntunan Rasulullah. Ketika itu tidak akan ada seorang pun yang akan melindungi dan membela mereka jika Allah menyiksa dan memberi balasan yang buruk. Inilah balasan untuk sesiapa yang menyeleweng dari ajaran Allah kerana terpengaruh dan tertipu dengan rayuan kaum Yahudi, Nasrani dan
lain-lainnya dari kalangan musuh-musuh Islam.


Sebab-sebab turun ayat:

Diriwayatkan oleh At-Tsa'labi yang bersumber dari Ibnu Abbas:
Dikemukakan bahawa kaum Yahudi Madinah dan Nasrani Najran mengharap agar Nabi
Muhammad s.a.w. bersolat menghadap ke arah kiblat mereka.
Ketika Allah memalingkan kiblat itu ke arah Ka'abah, mereka merasa keberatan. Lalu mereka berkomplot dan berusaha agar Rasulullah s.a.w. menyetujui arah kiblat yang sesuai dengan agama mereka. Maka turunlah ayat tersebut yang menegaskan bahawa orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani tidak akan senang dengan Nabi Muhammad s.a.w. walaupun keinginan mereka dikabulkan.


Pengajaran:

1. Orang-orang Yahudi sememangnya tidak akan selesai daripada memusuhi umat Islam selagi umat Islam tidak mahu tunduk kepada ajaran dan mengikuti telunjuk mereka.
Ini dibuktikan melalui kalimah ``lan tardho'' dalam ayat tersebut yang bermaksud : ``Tidak akan redha selama-lamanya''. Maka ungkapan ini sewajarnya menjadi ingatan kepada umat Islam seluruh dunia.

2. Tidak ada perdamaian dan rasa tolak ansur di antara dan orang-orang Yahudi dan Nasrani kerana mereka ini sudah termaktub di dalam Al-Quran sebagai bangsa yang degil dan dikutuk oleh Allah swt.

3. Orang-orang Yahudi dan Nasrani saling bekerjasama apabila melibatkan tujuan untuk memusuhi dan menghancurkan umat Islam walaupun hakikatnya mereka ini berlainan agama dan fahaman. 

Oleh itu ambillah iktibar daripada bukti-bukti dan peristiwa yang berlaku pada hari ini yang melibatkan ratusan ribu jiwa umat Islam terkorban terutama di Syria dan Mesir angkara kezaliman mereka ini.

Ingatlah, kita yang harus mengawal hawa nafsu bukannya nafsu yang mengawal diri kita. INGAT!!!KEANGKUHAN HAWA NAFSU TIADA TOLOK BANDINGNYA.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

1 ulasan: