Rabu, 29 Mei 2013

Pabila Sufi Melangkah




Pada awalnya sebuah tamadun, bangsa, negara, kumpulan atau 'Groups' bermula dengan sifar atau dalam keadaan tak ada apa satu pun. Kemudian mereka belajar untuk survive. Mereka akan saling membantu, tolong-menolong. Semua ini dilakukan untuk memenuhi keperluan asas, tak kiralah samada dari segi keperluan fizikal atau keperluan rohani.
Mereka akan saling menyayangi, hormat menghormati. Segala masalah diselesaikan dengan terus-terang dan terbuka, tak ada sindir-menyindir, perli-memperli. Segalanya aman damai tanpa sebarang puaka dan raksasa.

Kemudian mereka ke zaman kemuncak iaitu zaman kehendak, apabila segala keperluan asas sudah dipenuhi maka datang pula keinginan. Keinginan ini adalah supaya segala aktiviti untuk mencari keperluan asas ini menjadi lebih mudah.

Pada zaman keinginan inilah datangnya para sufi dan auliya dengan tujuan untuk mengawal agar keinginan tadi tidak dikawal oleh nafsu. Setelah segala keinginan terpenuhi, maka tiba pula satu zaman dimana mereka mencari hiburan. Apabila datangnya hiburan, datanglah pula nafsu. Apabila nafsu sudah beraja, wadah ilmu yang digembar-gemburkan hilang entah kemana. Asyik cerita lagu, bowling, lepak, berkhemah, perjumpaan, percintaan putus ditengah jalan, akedemi yang menganjurkan pertandingan lagu-lagu tak adil. Yang sunah diperlekehkan hingga punah. Orang yang berjihad dikatakan jahat, lalu kena fuck pejuang agama dan tanah air itu.

Bini nak pakai tudung, pakai. Tak mau pakai tak apa. Agama hak masing-masing. Ingat Islam tu kau yang cipta, suka-suka buat, tak suka tak payah buat. Ingat kat sana nanti tak ditanya, bagaimana pimpinan dibawahmu engkau jaga. Masa tu kawan, bini yang lawa tu pun nak lepas diri ajer tau. "Laki aku tak suruh pun". Hello brader, masa tu api neraka menulang-julang depan mata, nak ke tanggung bini punya dosa.

Kemudian wujud pula zaman persaingan yang haloba. Masing-masing mahu menunjukkan ego, angkuh dan bangga. Sejarah dimana mereka ingin survival bersama-sama sudah bertukar menjadi 'survival of the fittest'. Masing-masing ingin menjatuhkan masing-masing. Ketika inilah munculnya segala raksasa, puaka dan geruda. Sindir-menyindir, perli, caci mencaci, tohmah sampai ke kaum keluarga mula merebak dengan pantasnya.

Ketika inilah keadaan sudah retak menanti belah. Para sufi tidak tertahan dalam keadaan begini. Mereka akan segera berlalu pergi. Tujuan mereka bukan untuk berdebat atau berlawan dengan raksasa bermata hijau. Tujuan mereka adalah untuk berkongsi rahsia
cinta dari Kekasih yang sejati.

Namun ada menyatakan kasihan sang sufi itu. Dia sudah berlalu pergi. Patutnya kasihan diri sendiri. Dia tetap sufi walau dimana sahaja, sekalipun dia dihina tidak akan mengurangkan darjatnya. Sekalipun dia dipuji, sedikit pun tidak menaikkan darjatnya. Sudah menjadi tertib sebuah kemusnahan, tak kiralah bangsa atau negara. Segala kemusnahan bermula dengan kehilangan para sufi, wali dan ulama serta guru-guru.

Kerana Allah tak mahu mereka ini turut musnah bersama dengan orang yang lalai, maka mereka dibawa pergi terlebih dahulu. jadi berhati-hatilah, bila sufi sudah berlalu pergi, bila guru sudah diangkat kembali, waktu kemusnahan pasti tidak lama lagi. tak kiralah dalam negara ke, dalam kampung ke, dalam groups ke. Bila penyebar tauhid sudah tiada maknanya kemusnahan bakal menjelma. Sama juga kiamat tidak akan terjadi selagi tauhid masih wujud.

Bila berlalunya para penyebar ilmu tauhid, bila berlalunya ilmu sufi dihati masing-masing. Maka datanglah penyakit yang penuh keluh kesah tanpa diketahui puncanya. Segala benda remeh-temeh pun boleh buat gila. Duit tak ada disalahkan ekonomi. Negara hiruk-pikuk disalahkan pemimpin. Dalam rumah-tangga isteri marahkan suami, laki pukul bini. anak haru-biru. Awek cabut lari pun boleh jadi gila ( macam pompuan dalam dunia ni dah habis). Segala penyakit yang tak disangka-sangka mula muncul. Duit masuk beribu-ribu sebulan, tapi dok tak cukup jugak. Makanan berlambak-lambak, tapi tak kenyang-kenyang jugak. Tilam punyalah empuk, tapi tidur tak jugak lena.

kredit: rakangroup



Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan