Jumaat, 31 Mei 2013

Tentang Ayah



Pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.

"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."

"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."

"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".

"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kepulangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."

"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".

"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.

Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."

"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."

"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."

"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."

Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."

Sedarlah bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali silaturahmi yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya. Amin."


Mari kita hayati lagu tentang AYAH yang popular sekitar tahun 80'an dulu.



kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 30 Mei 2013

Israk dan Mikraj



Alhamdulillah  27 Rejab akan tiba lagi, tahun ini ia bersamaan dengan 6 June 2013. Tarikh 27 Rejab ialah tarikh terjadinya peristiwa besar Israk Mikraj pada tahun 622M dahulu. Tahun yang dinamakan tahun dukacita disebabkan Rasulullah Ss.a.w. kehilangan bapa saudara kesayangan, Abu Talib, dan isteri tercinta, Siti Khadijah.


Disebabkan terlalu bersedih pada tahun itu, Allah s.w.t. telah hadiahkan mukjizat terbesar kepada Rasulullah s.a.w, iaitu Israk Mikraj, perjalanan dari Mekah ke Palestin dan naik ke Arasy untuk bertemu dengan Allah s.w.t. Dalam perjalanan ni, Rasulullah s.a.w. diperlihatkan dengan bermacam suasana, gambaran, semuanya bukti kebesaran Allah.

Semasa di langit ke-7, Rasulullah s.a.w. ada ternampak seorang lelaki yang sangat mirip dengan Baginda s.a.w. Rupanya, itulah Nabi Ibrahim a.s, moyang Rasulullah s.a.w. Nabi Ibrahim a.s. sempat sampaikan salam kepada ummat Baginda s.a.w. Dan di langit ke-7 jugaklah Rasulullah s.a.w. melihat syurga dan neraka dan bertemu Allah di Sidratul Muntaha.


Kalau kita baca kisah Israk Mikraj ni, terlalu banyak benda yang sangat tak tercapai dek akal. Rasulullah s.a.w. ceritakan semua pengalaman ini supaya kita boleh ambil pengajaran dari kisah-kisah yang ada. Bila Rasulullah s.a.w. melihat ke dalam neraka, ada banyak perempuan di dalamnya. Dan bila Baginda s.a.w. melihat ke dalam syurga, banyak orang miskin di dalamnya.

Daripada situ, kita dah boleh ambil pengajaran, yang mana, seorang perempuan mudah nak masuk ke neraka, jadinya perlu elak buat perkara-perkara yang dilarang Allah dan taat selalu sebab yang sebenarnya, perempuan mudah nak masuk syurga.

Dan juga, orang miskin mudah nak masuk ke syurga sebabnya di dunia ni mereka dah diuji untuk sentiasa bersabar dengan kekurangan dari segi harta. Sebab apa orang kaya susah nak masuk syurga? Sebab terlalu leka kejar harta duniawi. Harta bila makin banyak, makin rasa tak cukup. Dan semakin banyak harta dikumpul, semakin lupa nak tunaikan tanggungjawab bayar zakat harta atau bersedekah. Sesungguhnya, setiap harta yang diperoleh di dunia ni, Allah akan hisab satu-persatu dari mana datangnya sumber harta tu. Halal atau tidak?


Memang sangat terharu dengan pengorbanan Rasulullah s.a.w. naik turun bertemu Allah semata-mata mahu ringankan bilangan waktu solat yang difardhukan kepada kita, ummatnya. Walaupun Nabi Musa a.s. cakap, "5 waktu pun umat kau tak mampu buat, pergi mintak Allah kurangkan lagi" Rasulullah s.a.w. jawab, "Aku dah malu dengan Allah. Aku redha."

Solat akan jadi perkara pertama yang akan dihisab di akhirat nanti disebabkan wahyu perintah bersolat ni disampaikan terus kepada Rasulullah s.a.w. tanpa perantara, nak tunjukkan betapa tingginya nilai solat di sisi Allah.

Solat tu sangat istimewa. Bila sempurna solat, yang lain pun akan sempurna. Bila kita solat, itulah masanya kita nak bercakap dengan Allah, mengabdikan diri sepenuh hati pada DIA. Jadinya, jagalah solat kita. Solatlah dengan penuh kusyuk. Hargai pengorbanan Rasulullah s.a.w.


Selepas peristiwa Israk Mikraj ni, ada banyak reaksi yang diterima bila Rasulullah s.a.w. cerita semula apa yang terjadi sepanjang perjalanan. Kita perlu jadi macam Abu Bakar As-Siddiq. Sentiasa membenarkan apa yang diperkatakan Rasulullah s.a.w. Jangan jadi golongan yang selalu mempertikaikan dan mencari logik sesuatu. Sebabnya kuasa Allah itu diluar logik akal manusia. Kita cuma perlu taat dan jadikan cerita ini untuk kuatkan lagi iman kita dan percaya dengan kewujudan Allah, percaya kepada kejadian Israk Mikraj.


Ada sahabat yang menyuruh Rasulullah s.a.w. menceritakan bagaimana rupa Allah, sebagai bukti Rasulullah s.a.w. dah berjumpa dengan Allah. Rasulullah s.a.w. bagitahu yang Allah itu takkan pernah sama dengan apa yang boleh difikir oleh akal manusia. Apa-apa sahaja yang boleh dibayang dan difikir manusia, itu bukanlah Allah sebab Allah takkan pernah sama dengan satu apa pun makhluk ciptaaanNYA.


Walaupun kita tak dapat bayangkan macamana rupa Allah, tapi kita sentiasa tahu kewujudan DIA. Buktinya sangat banyak. Berdoalah moga kita dapat bertemu Allah di akhirat nanti. Moga kita tak termasuk dalam golongan yang dimurka Allah dan golongan yang Allah memalingkan wajahNYA dari kita. Nauzubillah.


Setiap tahun kisah Israk Mikraj diulang diceritakan berkali-kali tapi kalau tak terkesan di hati, tiada gunanya juga. Banyak natijah yang kita boleh ambil dari peristiwa besar Israk Mikraj ni dan diaplikasikan setiap waktu. Salah satunya adalah sebagai pendorong untuk tetap terus menjadi kuat menghadapai ujian di dunia.

Rasulullah s.a.w. itu kekasih Allah. Allah boleh beri kehidupan yang mudah kepada Baginda s.a.w. kalau DIA mahu. Tapi kenapa tidak? Supaya kita, ummatnya, boleh belajar sesuatu daripada sikap Baginda s.a.w. yang tak pernah putus asa walau diuji bertalu-talu dengan ujian yang maha dahsyat.

Apapun yang terjadi di dunia ni, percayalah pada janji Allah dalam Surah Al-Insyirah bahawasanya di setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, InsyaAllah. Kita bersusah di dunia, tapi dapat bersenang-senang di akhirat nanti.

Moga kita mendapat syafa'at dari Rasulullah s.a.w. di mahsyar nanti. Salam sejahtera ke atas Baginda s.a.w. serta ahli keluarga dan sahabat Baginda s.a.w. seluruhnya. Allahumma solli'ala saiyidina Muhammad waala alihi wasohbihi ajmain. Syukran lakum.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 29 Mei 2013

Pabila Sufi Melangkah




Pada awalnya sebuah tamadun, bangsa, negara, kumpulan atau 'Groups' bermula dengan sifar atau dalam keadaan tak ada apa satu pun. Kemudian mereka belajar untuk survive. Mereka akan saling membantu, tolong-menolong. Semua ini dilakukan untuk memenuhi keperluan asas, tak kiralah samada dari segi keperluan fizikal atau keperluan rohani.
Mereka akan saling menyayangi, hormat menghormati. Segala masalah diselesaikan dengan terus-terang dan terbuka, tak ada sindir-menyindir, perli-memperli. Segalanya aman damai tanpa sebarang puaka dan raksasa.

Kemudian mereka ke zaman kemuncak iaitu zaman kehendak, apabila segala keperluan asas sudah dipenuhi maka datang pula keinginan. Keinginan ini adalah supaya segala aktiviti untuk mencari keperluan asas ini menjadi lebih mudah.

Pada zaman keinginan inilah datangnya para sufi dan auliya dengan tujuan untuk mengawal agar keinginan tadi tidak dikawal oleh nafsu. Setelah segala keinginan terpenuhi, maka tiba pula satu zaman dimana mereka mencari hiburan. Apabila datangnya hiburan, datanglah pula nafsu. Apabila nafsu sudah beraja, wadah ilmu yang digembar-gemburkan hilang entah kemana. Asyik cerita lagu, bowling, lepak, berkhemah, perjumpaan, percintaan putus ditengah jalan, akedemi yang menganjurkan pertandingan lagu-lagu tak adil. Yang sunah diperlekehkan hingga punah. Orang yang berjihad dikatakan jahat, lalu kena fuck pejuang agama dan tanah air itu.

Bini nak pakai tudung, pakai. Tak mau pakai tak apa. Agama hak masing-masing. Ingat Islam tu kau yang cipta, suka-suka buat, tak suka tak payah buat. Ingat kat sana nanti tak ditanya, bagaimana pimpinan dibawahmu engkau jaga. Masa tu kawan, bini yang lawa tu pun nak lepas diri ajer tau. "Laki aku tak suruh pun". Hello brader, masa tu api neraka menulang-julang depan mata, nak ke tanggung bini punya dosa.

Kemudian wujud pula zaman persaingan yang haloba. Masing-masing mahu menunjukkan ego, angkuh dan bangga. Sejarah dimana mereka ingin survival bersama-sama sudah bertukar menjadi 'survival of the fittest'. Masing-masing ingin menjatuhkan masing-masing. Ketika inilah munculnya segala raksasa, puaka dan geruda. Sindir-menyindir, perli, caci mencaci, tohmah sampai ke kaum keluarga mula merebak dengan pantasnya.

Ketika inilah keadaan sudah retak menanti belah. Para sufi tidak tertahan dalam keadaan begini. Mereka akan segera berlalu pergi. Tujuan mereka bukan untuk berdebat atau berlawan dengan raksasa bermata hijau. Tujuan mereka adalah untuk berkongsi rahsia
cinta dari Kekasih yang sejati.

Namun ada menyatakan kasihan sang sufi itu. Dia sudah berlalu pergi. Patutnya kasihan diri sendiri. Dia tetap sufi walau dimana sahaja, sekalipun dia dihina tidak akan mengurangkan darjatnya. Sekalipun dia dipuji, sedikit pun tidak menaikkan darjatnya. Sudah menjadi tertib sebuah kemusnahan, tak kiralah bangsa atau negara. Segala kemusnahan bermula dengan kehilangan para sufi, wali dan ulama serta guru-guru.

Kerana Allah tak mahu mereka ini turut musnah bersama dengan orang yang lalai, maka mereka dibawa pergi terlebih dahulu. jadi berhati-hatilah, bila sufi sudah berlalu pergi, bila guru sudah diangkat kembali, waktu kemusnahan pasti tidak lama lagi. tak kiralah dalam negara ke, dalam kampung ke, dalam groups ke. Bila penyebar tauhid sudah tiada maknanya kemusnahan bakal menjelma. Sama juga kiamat tidak akan terjadi selagi tauhid masih wujud.

Bila berlalunya para penyebar ilmu tauhid, bila berlalunya ilmu sufi dihati masing-masing. Maka datanglah penyakit yang penuh keluh kesah tanpa diketahui puncanya. Segala benda remeh-temeh pun boleh buat gila. Duit tak ada disalahkan ekonomi. Negara hiruk-pikuk disalahkan pemimpin. Dalam rumah-tangga isteri marahkan suami, laki pukul bini. anak haru-biru. Awek cabut lari pun boleh jadi gila ( macam pompuan dalam dunia ni dah habis). Segala penyakit yang tak disangka-sangka mula muncul. Duit masuk beribu-ribu sebulan, tapi dok tak cukup jugak. Makanan berlambak-lambak, tapi tak kenyang-kenyang jugak. Tilam punyalah empuk, tapi tidur tak jugak lena.

kredit: rakangroup



Salam Ukhuwah..~

Selasa, 28 Mei 2013

Akal Manusia



Kebolehan dan kehebatan akal manusia sangat sangat luar biasa. Ia boleh mengetahui rahsia alam dan seluruh isinya. Akal manusia boleh menjelajah kesemua empat penjuru dunia. Boleh menjelajah alam maya tanpa sempadan. Kemampuan akal manusia bebas, merdeka, gelanggang kehidupannya luas. Bagi akal manusia, dunia ini kecil sebesar mangkuk, ia berada di hadapannya dan dapat melihat segala isinya. Segalanya akal dapat perhatikan dan mengethui rahsianya. Ada minyak dan emas dalam bumi, ada gas di udara dan ada khazanah di lautan dalam. Semuanya akal dapat mengetahuinya.

Begitulah kehebatan akal manusia yang dicipta oleh Allah Taala, keboleannya luar biasa.

Namun walaupun akal manusia itu di cipta hebat manusia akan rasa hidupnya sempit kalau tidak ada iman atau iman nya lemah. Jika akal sahaja kuat dan merdeka sedangkan iman lemah akhirnya akal juga turut lemah.

Sebab itu Islam menyuruh umatnya jangan hanya menguatkan akal semata mata tapi yang penting hendaklah sentiasa kuatkan jiwa. Jiwa hendaklah dikuatkan dengan iman dan sifat sifat taqwa agar apabila di uji jiwa tidak sempit dan menderita. Fikiran tetap merdeka.

Oleh itu janganlah kita biarkan jiwa kita terkurung oleh dunia dan masalahnya. Jangan penjarakan akal dengan keseksaan nafsu yang memang tidak suka akal dan jiwa bebas dan merdeka. Yang paling penting hendaklah kita jadikan jiwa dan akal sentiasa bersama Tuhan dan jangan biarkan dia keseorangan. Kita jadikan Tuhan sebagai kawan jiwa dan akal kita, jangan lepaskan dia daripada berkawan dengan Tuhan.



"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia sia; Maha Suci Engkau, lindungila kami dari azab api neraka". (Ali Imran Ayat 190-191)

Wallahu 'alam


Salam Ukhuwah..~

Isnin, 27 Mei 2013

Jin Takut Kepada Manusia



Ini artikel yang tok kutip dari seberang untuk kita kongsi bersama.

Di antara tabiat atau sifat jin adalah merasa takut kepada manusia kecuali jika manusia itu sangat bodoh, maka ia akan menjadi sebaliknya.

Mujahid dan Ibn Hatim berkata, "Sesungguhnya jin itu sangat takut kepada manusia sebagaimana manusia juga takut kepada mereka. Demikian dengan syatan yang lebih takut kepada salah sorang dari kamu (yang beriman). Kerana itu jika ia memperlihatkan dirinya kepada kamu janganlah kamu takut kerana memikirkan ia lebih berkuasa dari kamu, tetapi bersikap keraslah kepada mereka nescaya mereka akan pergi"

Aku (Muhajid) pernah menyeranginya dan menikamnya (sewaktu cuba menggangguku dalam solat malam) hingga dia jatuh dan terdengar olehku suara jatuhnya. Setelah kejadian itu aku tidak lagi pernah melihatnya.

Al-Athby pernah menjelaskan bahawa Ibn Zubair pada suatu waktu melihat seorang laki-laki yang pendek sekali, tingginya hanya dua jengkal dan sedang menaiki untanya sambil katanya, "Saya adalah Izib".

Ibn Zubair bertanya, "Izib tu aoa?" Jawabnya, "Izib adalah seorang laki-laki dari kalangan jin". Dengan cepat Ibn Zubir memukul jin itu dengan cambuk sehingga ia lari tunggang langgang.

Sebaliknya jika jin melihat bahawa manusia memohon perlindungan kepada mereka kerana takut, maka mereka pun menambahkan lagi rasa takut yang ada di hati manusia. Qatadah berkata, " Lalu mereka (jin) menambahkan rasa takut itu dosa dan dengan demikian jin tersebut bertambah berani kepada mereka".

Rasa takut manusia itu seolah-olah memberikan kekuatan atau membantu syaitan memperlihatkan diri dalam bentuk yang menakutkan manusia. Demikian juga bila seseorang itu jauh dari berzikir kepada Allah, lalai dari melaksanakan tuntutan syariat (seperti meringan-ringankan sembahyang, membuka aurat dan sebagainya), dalam hadas berjalan di tempat-tempat sunyi atau kuburan pada malam hari tanpa kawan maka ia mudah terdedah kepada gangguan jin.

Nabi s.a.w. pernah menegah seorang sahabat dari mengucapkan , "Nafsasy-syaitan".(kejadian itu disebabkan oleh perbuatan syaitan) selepas Baginda s.a.w. terjatuh dari keledainya.

"Maka janganlah kami berkata, musibah itu (atau sebarang penyakit) dikeranakan oleh jin atau syaitan, kerana apabila engkau mengucapkan 'Nafsasy-syaitan', maka ia akan bertambah besar. Dan syaitan akan berkata, "Dengan kekuatan akulah, aku dapat membanting (menimpakan demikian ke atasnya)."

"Akan tetapi apabila engkau mengucapkan Bismillah (boleh juga diucapkan MasyaAllah, Subhanallah) pastilah dia akan menjadi semakin kecil iaitu sebesar lalat." Imaan Ahmad bersendiri dalam riwayat ini dan isnadnya adalah 'Jayyid'(bagus).

kredit: nura


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 26 Mei 2013

Odit Diri Sendiri


Sempena bulan Ramadhan yang sudah sangat hampir dengan kita, yakni tinggal cuma 44 sahaja lagi maka artikel kali ini untuk kita mengodit diri kita terutama lidah, pengetahuan yang kita ada serta solat kita. Insya 'Allah...


ODIT LIDAH

Pada hidup ini ada penyakit dan penawarnya. Rugilah mereka yang mencari penyakit, melupakan penawar. Adakalanya manusia mencari penyakit kerana merasakan ianya adalah penawar, dan menjauhi penawar kerana merasakan ianya adalah penyakit. Mereka tertipu oleh bisikan syaitan.

"Dan mengapakah mereka tidak bermohon kepada Allah dengan merendahkan diri, ketika datang siksaan Kami kepada mereka? Bahkan hati mereka telah keras dan syaitan pun mencantikkan amalan-amalan mereka (yang salah itu)." (Al-An'am: 43)

Salah satu saluran yang digunakan oleh syaitan untuk memperdayakan manusia ialah lidah.

"Kebanyakan dosa anak Adam adalah dari lidahnya." (Hadis Thabrani dan Baihaqi dengan sanad baik)

Sahabat-sahabat Nabi s.a.w. amat kuat berjihad untuk menegakkan Islam. Mereka juga
kuat berjihad untuk mengawal diri sendiri, terutamanya lidah.

Telah berkata Omar Al-Khattab:
"Selalulah kamu berzikir kepada Allah, kerana ia adalah penawar. Jauhilah dari menyebut-nyebut tentang kecacatan manusia, kerana itu adalah penyakit."

Berkata Ibn 'Abbas "Apabila kamu hendak menyebutkan tentang kecacatan orang lain, sebutlah tentang kecacatan dirimu."

Manusia hari ini banyak bercakap tentang sistem odit. Rupa-rupanya mengodit keluar masuk harta benda kadang-kala lebih mudah dari mengaudit keluar masuk lidah sendiri.

Muhammad bin Wasi' pernah menasihati Malik bin Dinar: "Wahai Aba Yahya, menjaga lidah itu lebih sukar bagi manusia dari menjaga dinar dan dirham."

Mampu mengawal lidah melambangkan kekuatan iman. Melambangkan kegagahan diri. "Apabila kamu melihat seseorang mukmin itu pendiam (melainkan pada perkara yang perlu) dan mempunyai kehormatan diri, maka dekatilah dia. Kerana ia akan mengajar mu tentang ilmu-hikmah." (Hadis Ibn Majah)

Muga-muga puasa kita merupakan latihan untuk mencapai kegagahan ini.



ODIT ILMU

Ilmu adalah pintu gerbang kepada kebaikan dan petunjuk. Apatah lagi ilmu agama. Tidak ada kebaikan tanpanya. 


" Barangsiapa yang Allah menghendaki kebaikan baginya, Allah mermantapkan ilmu deen (agama)nya dan diilhamkan kepadanya petunjuk." (Muslim)

Malah satu diantara tanda-tanda kemunafikan ialah, sikap acuh tak acuh dengan ilmu agama.


"Dua sifat tidak ada pada orang-orang munafik: elok pekerti dan kemantapan dalam kefahaman agama." (Tarmizi)

Manusia akan mati ketika berhenti pernafasan dan degupan jantungnya. Hati manusia pula akan mati tanpa ilmu.

Telah berkata Fathul Mausuli:

"Hati, jika tidak diberikan ilmu dan hikmah selama tiga hari, matilah hati itu." (Ihya' Ulumuddin)

Kita sering berdoa meminta Allah kurniakan 'hasanah di dunia' kepada kita. 'Hasanah' di dunia ini tidak akan diperolehi tanpa ilmu.

"Wahai Tuhan kami kurniakanlah hasanah bagi kami di dunia dan hasanah bagi kami di akhirat." (Al-Baqarah: 201)

Imam Al-Hasan menafsirkan 'hasanah di dunia' sebagai ilmu dan ibadah dan 'hasanah di akhirat' sebagai syurga.


Banyak isu-isu semasa memerlukan ilmu untuk memahaminya dan meletakkannya pada
perspektifnya yang betul.


- Golongan anti-hadis mengingkari hadis. Bagaimana untuk menangkis kesesatan mereka?

- Golongan yang mengatakan hukum-hakam dan peraturan Islam tidak relevan. Benarkah ini, dan apakah yang dikatakan oleh Quran dan Sunnah tentang ini.

- Islam kolot dan tidak saintifik. Benarkah ini?

- Islam menghina wanita. Bagaimana untuk menangkis dakwaan ini?

- Mohammad di dalam Kitab-kitab dahulu. Mengetahui tentangnya merupakan satu aset kepada dakwah non-Muslim.


Dan banyak lagi.

Jangan tangguh-tangguh dalam aspek pencarian ilmu. Islam memusuhi kejahilan. Jangan biarkan diri kita di penjuru musuh!

Berkata Abdullah Ibn Masud:
"Hendaklah kamu mencari ilmu sebelum ilmu diangkat.Sesungguhnya tidak ada seorangpun yang dilahirkan berilmu. Ilmu diperolehi dengan belajar."

Baik sekali jika ini dapat dihayati di musim Ramadan yang akan datang ini.



ODIT SOLAT

Iman memerlukan pembuktian. Solat fardhu merupakan satu di antara pembuktian iman yang terpenting. Yang mengabaikannya, telah meruntuhkan agamanya.

"Seorang lelaki telah mendatangi Rasulullah s.a.w. dan bertanya: 'Ya Rasulallah, apakah
amal yang paling disukai Allah?' Jawab Nabi s.a.w:

'Sembahyang tepat pada waktunya. Barangsiapa yang meninggalkan solat, tidak ada agama baginya. Sembahyang adalah tiang agama." (Baihaqi)

Pemeliharaan Allah amat penting di dalam hidup seseorang. Meninggalkan sembahyang fardhu bermakna telah memutuskan diri dari pemeliharaan itu.


"Barangsiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, dia telah terputus dari pemeliharaan Allah." (Ibn Majah & Baihaqi)

Firaun dan Qarun merupakan manusia yang terkutuk. Jika sembahyang diabaikan, dikhuatiri, seseorang akan bersama-sama dengan manusia yang terkutuk itu.


"Barangsiapa memelihara solat (yang fardhu), maka baginya cahaya, bukti dan kemenangan di hari kiamat. Barangsiapa yang tidak memeliharanya, tidak ada baginya cahaya, bukti dan kemenangan di hari kiamat. Malah pada hari kiamat, dia akan bersama-sama dengan Firaun, Qarun, Haman dan Ubai bin Khalaf." (Ahmad, Ibn Hibban & Thabrani)

Melewat-lewatkan solat sehingga masuk ke dalam waktu yang lain (qadha'an) juga adalah suatu yang dicela oleh agama.


"Kemudian akan datang selepas mereka satu golongan yang akan melalaikan sembahyang dan mengikut syahwat, dan mereka akan bertemu dengan kesesatan." (Maryam: 59)

Berhubung dengan ayat ini Abdullah ibn 'Abbas telah berkata: "Golongan ini bukannya tidak bersembahyang sama sekali, tetapi melambatkan sembahyang sehingga keluar dari waktunya." (Al-Kabair - Imam Az-Zahabi)

Imam Said ibn Musayyib pula telah berkata:  "Mereka tidak bersembahyang zohor sehingga datang waktu asar, tidak bersembahyang asar sehingga maghrib dan begitulah
seterusnya. Mereka yang berterusan seperti ini tanpa bertaubat, akan dimasukkan ke dalam sebuah lembah khas di neraka."



Meninggalkan sembahyang akan membawa kepada kekufuran.

"Batas di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan sembahyang." (Hadis Muslim)

Dan juga; 
"Sesiapa yang meninggalkan sembahyang, telah kafir ia." (Hadis Ahmad)

Meninggalkan sembahyang kerana malas, akan menyebabkan kekufuran, tetapi tidak sampai terkeluar daripada Islam. Sebaliknya, meninggalkan sembahyang kerana ingkar atau mempersendakan perintah Allah, akan menyebabkan seseorang itu terkeluar dari
agama (murtad). Itulah pendapat jumhur (majoriti) ulama. (Fiqhul Awlawiyat - Dr. Yusuf Qardawi)

Muga-muga puasa yang sudah tidak berapa lama lagi kali ini menimbulkan kesedaran ke arah peningkatan amal yang lebih baik.




ODIT DOSA-DOSA

Satu daripada manifestasi iman yang penting ialah menjauhi dosa-dosa. Ia lambang kekukuhan iman.

"Tidak berzina seorang penzina jika dia beriman. Tidak mencuri seorang pencuri jika dia beriman. Namun pintu taubat terbuka luas." (Tarmizi)

Dalam beribadah, meninggalkan dosa (manhiyyat) adalah amal yang paling utama.


"Jauhilah perbuatan haram niscaya kamu menjadi orang yang paling kuat beribadah." (Hadis - Abu Ya'la)

Inilah perkara yang amat ditekankan oleh ulama-ulama.

Aisyah telah berkata:
"Sesungguhnya kamu melupakan ibadah yang paling utama, yaitu wara' (yakni: menjauhi yang haram)."

Abdullah ibn Omar pula memperingatkan: "Jika kamu mengerjakan solat seperti busur yang melengkung dan berpuasa sehingga kamu menjadi seperti anak panah kerana
kekurusan, tidaklah itu diterima daripada kamu, melainkan dengan wara' (menjauhi haram) yang mendinding."

Imam Hasan al-Basri pula telah berkata: "Ibadah yang paling utama dilakukan oleh seseorang ialah meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah."



Biasanya, suruhan agama lebih mudah dilakukan daripada meninggalkan larangannya.

Imam Ahmad ibn Hanbal berkata: "Sesungguhnya larangan itu adalah lebih berat daripada perintah suruhan."

Justeru itu kita mudah bertemu dengan orang yang berpuasa tetapi masih bermaksiat. Mampu mengeluarkan sedekah dalam perjalanan ke kasino untuk memuaskan nafsu. Bersembahyang tetapi rajin mengumpat. Sentiasa memegang tasbih untuk berzikir tetapi mengabaikan pembayaran hutang kepada orang lain.

Orang yang mantap kefahamannya tentang agama mengetahui bahawa meninggalkan
kemungkaran dan dosa, walaupun nampaknya kecil, teramat penting dalam usaha
mendekatkan diri kepada Allah.

Abdullah ibn Omar berkata: "Sesungguhnya memulangkan kembali perkara kecil (sedikit) yang haram adalah lebih baik daripada membelanjakan seratus ribu dinar pada jalan Allah."

Imam Abdullah bin Mubarak pula telah berkata: "Sesungguhnya menolak sebutir dirham yang syubhat lebih aku sukai daripada bersedekah seratus ribu sehingga sembilan ratus ribu dirham."

Berzikrullah adalah baik. Tetapi jika sekadar dengan lidah, ianya belum mencukupi.

Maimun ibn Mahran telah berkata: "Berzikrullah dengan lisan adalah baik, tetapi yang lebih baik ialah mengingati Allah dengan menghindari perbuatan maksiat."

Rezeki yang diperolehi dari perbuatan dan pekerjaan yang haram, walaupun digunakan unutk ketaatan, tidak akan membantu kita ke arah taqarrub kepada Allah.

Berkata Imam Sufyan at-Thauri: "Barangsiapa membelanjakan wang haram pada mentaati Allah, perbuatannya adalah seperti seseorang yang cuba membersihkan kain yang bernajis dengan menggunakan air kencing."

Walau bagaimanapun, manusia tidak maksum. Insan ada kelemahannya. Kelemahan ini
bukannya alasan untuk berterusan melakukan dosa, sebaliknya untuk lebih berhati-hati dan berjaga-jaga. Pintu taubah sentiasa terbuka. Hadis ada menceritakan tentang seorang dari Bani Israil yang telah membunuh 100 orang, kemudian insaf dan bertaubat. Allah terima taubatnya.

Muga-muga Ramadan yang akan datang kali ini dapat meningkatkan kesedaran kita bersama untuk menjauhi semua yang dilarang agama menuju ketakwaan yang dituntut.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 25 Mei 2013

Ungkapan Imam Al Syafei



1. Barangsiapa yang tidak dimuliakan oleh taqwa, maka tidak ada kemuliaan baginya.

2. Perhiasan ulama' itu adalah taqwa; dan kecantikkannya adalah murah hati.

3. Tidaklah berjaya dalam menuntut ilmu, melainkan orang yang menuntutnya dalam kekurangan.

4. Tidak ada 'aib yang lebih buruk bagi ulama' selain dari kesukaan mereka terhadap apa-apa yang tidak dusukai Allah buat mereka, dan ketidak sukaan mereka terhadap apa- apa yang disukai Allah buat mereka.

5. Ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat.


7. Menuntut kemewahan duniawi itu adalah suatu seksaan yang ditimpakan Allah kepada ahli tauhid.

8. Barang siapa merasa dirinya lemah , maka ia akan memperoleh istiqamah.

9. Barang siapa yang ingin hatinya diterangkan oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwat (menyendiri), mengurangi makan, dan tidak bergaul dengan orang-orang bodoh yang buruk budi pekertinya, serta tidak berkumpul dengan orang-orang berilmu yang tidak mempunyai keinsafan dan tidak mempunyai adab.

10. Aku tidak pernah kekenyangan selama enam belas tahun kecuali hanya satu kali, lalu aku muntahkan ketika itu jua.

11. Tidak mengetahui riya' kecuali orang- orang yang ikhlas.

12. Kalau aku tahu bahawa meminum air itu menghilangkan keperwiraanku, tentu aku tidak akan meminumnya.


14. Ketika ditanya :" Mengapa tuan sering memegang tongkat, padahal tuan bukan seorang yang lemah?" Ia menjawab :"Agar aku dapat mengingat bahawa aku akan berangkat dari dunia ini."

15. Janganlah anda berbicara kecuali yang perlu saja, sebab kalau anda mengucapkan satu kalimat bererti ia telah menguasai anda dan anda tidak boleh menguasainya.

16. Orang yang berakal itu ialah orang yang diikat oleh akalnya dari segala perbuatan tercela.

17. Tanda persahabatan itu hendaklah menjadi teman pula terhadap teman sahabatnya dan menjadi musuh terhadap musuhnya.

18. Tidak ada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabat, dan tidak ada kesedihan yang menyamai perpisahan dengan mereka.

19. Janganlah kau meragui hak saudara mu kerana percaya akan kebaikkan hatinya.

20. Barangsiapa menasihati saudaranya secara diam- diam, bererti ia telah menasihati dan mengingati kebaikannya; dan barang siapa menasihatiinya ditempat ramai, maka ia telah membuka rahsianya dan memburukkan namanya.

21. Persahabatan dengan orang yang tidak takut celaan itu adalah tercela.

22. Tidakkah engkau menghormati seseorang melebihi harga dirinya, melainkan harga diriku jatuh setimbang dengan penghormataan ku yang lebih tadi.

23. Allah telah menciptakan anda sebagai orang merdeka, maka jadilah seperti apa yang telah Allah ciptakan itu .

24. Barangsiapa bersahabat dengan orang dermawan, ia akan menjadi orang dermawan. Dan barangsiapa bersahabat dengan orang jahat maka iapun akan dituduh orang jahat.


26 . Tidaklah aku berdiskusi dengan seseorang , melainkan aku tidak peduli apalah kebenaran itu keluar dari lisanku atau lisannya. Dalam riwayat lain: Tidaklah aku berdiskusi dengan seseorang, melainkan aku suka kalau Allah menampakkan kebenaran ditangan orang itu.

27. Barangsiapa yang telah berbuat baik kepadaku maka ia telah mengikatmu . Dan barang siapa yang kasar terhadapmu maka ia telah membebaskan mu.

28. Terlalu luas bergaul dapat mendatangkan teman jahat , tidak suka bergaul dapat menimbulkan permusuhan, kerana itu bersikaplah antara keduanya itu.

marilah bersama kita fikirkan...dan ambillah iktibar darinya...


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 24 Mei 2013

Orang Munafiq Gagal Melakukan Sujud di Akhirat



Orang-orang mukmin akan merasai nikmat yang paling agung apabila mereka dapat
melihat wajah Allah s.w.t. di akhirat kelak. Nikmat yang tiada bandingannya walaupun di dalam syurga terdapat pelbagai nikmat yang tidak pernah dirasai di dunia, umpamanya nikmat mendampingi bidadari, nikmat menghirup udara segar di dalam taman-taman syurga, nikmat menghuni mahligai yang diperbuat dari emas dan bertatahkan aneka permata. Namun semua nikmat itu tidak akan dapat menandingi nikmat menatap wajah Allah s.w.t.


Bagi orang-orang kafir telah ditentukan oleh Allah s.w.t. bahawa mereka diarah supaya mengikut apa yang mereka sembah di dunia dulu. Apabila kesemua yang disembah itu akan menjadi bahan bakar api neraka, orang-orang kafir itu akan bersama sembahan mereka terjun ke dalam neraka.

Orang-orang munafiq walaupun pada hakikatnya mereka adalah kafir, tetapi oleh kerana mereka bergaul bersama orang-orang mukmin, mereka enggan berada dalam kumpulan orang-orang kafir. Kerana mereka turut mendirikan solat di belakang Nabi s.a.w. Malah terdapat dikalangan orang munafiq yang turut sama di medan perang bersama Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabat yang lain.

Di Mahsyar, orang-orang munafiq mendakwa dirinya adalah mukmin dan juga orang yang soleh adalah sahabat mereka. Malah mereka mendakwa mereka juga beramal soleh sebagaimana orang-orang mukmin beramal, serta mengenali Tuhan sebagaimana orang-orang mukmin mengenaliNya. Justeru itu mereka ingin bersama-sama orang mukmin untuk menemui Allah ta'ala dan melihat wajahNya.

Untuk golongan munafiq itu Allah swt datangkan imtihan (ujian) supaya mereka membuktikan dakwaannya, dengan ujian itu dapat dibuktikan samada mereka beriman dengan Allah ta'ala atau beriman dengan lainNya. Ketika itu Allah s.w.t. datangkan suatu yang menyerupai benda-benda tertentu, kemudian benda itu mendakwa bahawa dia adalah Tuhan. Orang-orang mukmin segera menolak dakwaan itu kerana mereka di dunia dahulu beriman dengan Allah ta'ala yang Maha Suci dari sebarang penyerupaan benda. Adalah mustahil Allah ta'ala serupa dengan sesuatu benda yang mempunyai ukuran dan jisim yang memerlukan ruang tempat.

Orang-orang mukmin menolak ketuhanan yang bercanggah dengan apa yang telah diajarkan kepada mereka oleh para utusan Allah dan juga bercanggah dengan apa yang diperjelaskan oleh para ulama’ berdasarkan nas-nas yang nyata. Apa yang telah dipertontonkan di hadapan mereka adalah benda baru, sedangkan Allah s.w.t. adalah bersifat Qadim.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman di dunia ini ibarat pelatih yangsedang membiasakan diri untuk mengenali Allah yang Maha Esa. Mereka mendirikan solat dan melaksanakan ibadat yang fardhu dan juga sunat adalah untuk mengukuhkan keimanan dan keyakinan mereka terhadap Allah ta'ala.

Ketika mereka hampir menemui ajal pun, sunat diajar supaya mereka menyebut kalimah Lailaha Illallah. Apabila mereka menyebut kalimah tersebut ketika hampir ajalnya, bukanlah disebabkan menurut apa yang diajar. Sebaliknya disebabkan hati mereka beriman dengan kalimah tersebut telah terbiasa dan sebati dalam hati mereka yang mengingati Allah. Di saat hampir menemui ajal, lidahnya tetap menuturkannya dengan mudah.

Sementara golongan munafiq ketika diuji dengan tuhan yang tidak sebenaryang dijelmakan oleh Allah ta'ala, mereka tidak menyatakan pendiriannya terhadap ujian tersebut. Dengan demikian dapatlah dibuktikan bahawa golongan munafiq itu sebenarnya tidak dapat membezakan antara Allah ta'ala sebagai Tuhan yang sebenar, dengan tuhan-tuhan jadian yang telah dijadikan sebagai ujian kepada mereka. Ujian kedua kepada golongan munafiq ialah ketika orang-orang mukmin diperintah oleh Allah ta'ala supaya sujud di mahsyar, hanya orang-orang mukmin yang ikhlas sahaja berjaya sujud kepada Allah ta'ala. Mereka boleh sujud kerana sejak di dunia lagi mereka adalah golongan orang-orang yang sentiasa sujud kepada Allah, justeru sampai ke akhirat mereka tetap boleh melakukan sujud. Adapun orang-orang munafiq tidak upaya melakukannya kerana ketika di dunia dahulu mereka mendirikan solat bukan sebenarnya kerana Allah ta'ala.

Firman Allah :”Pada hari betis disingkapkan dan mereka dipanggil untuk sujud; maka mereka tidak kuasa.: (Surah al-Qalam : Ayat 42)

kredit: Kitab, Persiapan Menghadapi Maut Siri 7 -terbitan Dewan Muslimat Sdn. Bhd.


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 23 Mei 2013

Penyakit Hati



MENGESAN PENYAKIT HATI DAN MENGENAL PASTI KESIHATANNYA.

Kadang-kadang kita dapati hati yang sakit dengan begitu parah namun tuan punya hati tersebut sama sekali tidak mengetahuinya. Ini tidak lain disebabkan kerana ia tidak mengambil berat ke atas hatinya dan tidak mengetahui punca-punca penyakit yang menjangkiti hatinya. Bahkan tidak jarang kita dapati seseorang yang telah mati hatinya namun dia sendiri tidak menyedari di atas kematian hatinya.

Untuk lebih jelasnya, di bawah ini dijelaskan tentang tanda-tanda hati yang sihat antara lain:

1. HIJRAH DARI DUNIA KE AKHIRAT.

Sesetengah dari tanda-tanda kesihatan hati lagi adalah, "Ia boleh berhijrah dari kehidupan dunia menuju kehidupan akhirat, dan duduk tinggal di dalamnya." Sehinggalah seakan-akan ia merasakan kehidupan dunia ini bagaikan hampa dan penuh kepalsuan dan sebagai hasilnya ia hanya sekadar menggunakan kehidupan ini sebagai keperluannya untuk berpindah ke kehidupan akhirat. Ia hanya menjadikan dunia ini sebagai alat atau sarana bagi menjayakan perjalanannya ke rumah akhirat.

2. PENDORONG UNTUK KEMBALI KEPADA ALLAH.

Salah satu tanda-tanda kesihatan hati lagi adalah, "Ia selalu mendorong dan menggalakkan tuannya untuk kembali kepada Allah dengan perasaan rendah diri di hadapanNya," Ia juga meletakkan segala sesuatu yang disukai dan disayanginya atas dasar kecintaannya terhadap Allah SWT, yang mana ia tidak akan boleh menikmati hidu, tidak boleh berjaya dan bergembiria melainkan hanya setelah mendapat keredhaan dan kemurahan Allah SWT.

3. TIDAK PERNAH BERHENTI DARI BERZIKIR.

Tanda-tanda kesihatan hati lagi adalah, "Tidak pernah reda dan berhenti dari mengingati (berzikir) Tuhannya, ia juga tidak pernah ada rasa bosan dan jemu untuk berkhidmat (beribadah) kepada Allah, ia tidak pernah menaruh rasa suka, sayang atau seronok terhadap selain Allah. Kecuali dengan orang atau sesuatu yang boleh membawanya ke sisi Allah dan mengingatiNya." Misalnya ia tidak pernah menaruh rasa sayang dan seronok terhadap anak dan isteri kecuali hal itu boleh membawanya untuk mengingati Allah dan lebih meningkatkan ketaatan terhadapNya.

4. MERASA LALAI JIKA SAKIT.

Tandanya lagi adalah: "Hatinya merasa sakit yang amat pedih jika berpisah atau lalai dari mengingati Allah. Kesakitan yang dialami melebihi rasa sakit ketika kehilangan harta benda dan anak keluarga."

5. MERASA NIKMAT KETIKA BERIBADAH.

Tandanya lagi: "Ia boleh merasakan sedap, seronok dan nikmat ketika beribadah dan berkhidmat kepada Allah sepertimana kenikmatan seorang yang sangat lapar dan haus ketika ia makan dan minum."

6. LUPA DUNIA KETIKA IA SOLAT.

Tandanya lagi, "Jika ia sedang masuk untuk menunaikan solat, maka segala angan-angan, keghairahan dan keinginannya tentang dunia akan hilang, seakan-akan ia terigin sangat untuk keluar menghindarkan diri dari urusan-urusan dunia tersebut dan seterusnya akan berehat dengan merasakan kenikmatan yang tiada bandingannya kerana menghadap Allah dengan penuh keseronokan dan kedamaian."

7. MEMPUNYAI MATLAMAT TUNGGAL.

Tandanya lagi adalah: "Jika seorang hamba itu hanya mempunyai matlamat dan cita-cita hidup yang satu, iaitu kehidupan akhirat bagi menghadap Allah Azza Wa Jalla."

8. MENGHARGAI MASA UNTUK BERIBADAH.

"Ia sangat khuatir dan takut jika waktu dan masanya hilang dengan sia-sia belaka kerana terpedaya oleh urusan dunia seisinya." Ini sepertimana sedia maklum, bahawa selalunya urusan-urusan dunia akan banyak menyita waktu sehingga seseorang akan banyak menderita kerugian kerananya, kecuali orang-orang yang beriman dan boleh membuktikan keimanannya dengan amal-amal soleh.

9. BERCITA-CITA TINGGI MEMBETULKAN KESALAHAN.

Tanda yang terakhir adalah: "Selalu bercita-cita dengan keinginan yang sungguh-sungguh untuk membetulkan dan mensahihkan amalan-amalan yang dilakukannya sehingga keinginan dan upaya itu lebih berkualiti dan dibuktikan dengan amal perbuatan yang lebih rajin, lebih ikhlas, lebih mendekati dan mengikuti sunnah."

Dari kesemua tanda-tanda hati yang sihat di atas, dapatlah disimpulkan bahawa: "Hati yang hidup sihat adalah, Hati yang mempunyai matlamat dan cita-cita hanya satu, iaitu Allah Azza Wa Jalla, kecintaannya hanya kepadaNYa, tidur dan jaganya mati dan hidupnya hanyalah untuk Allah SWT, seluruh fikirannya dicurahkan untuk mencari keredhaan Allah. Dia lebih suka menyendiri seorang diri bagi bertafakur menghampiri Allah daripada berinteraksi dengan manusia kecuali jika interaksi itu akan membawanya untuk lebih dekat kepadaNya. Ia merasa seronok, selesa dan penuh nikmat bila mengabdi kepadaNya." Jiak di lubuk hatinya berasa diusik oleh syaitan agar berpaling dariNYa dengan serta merta terlintas pada dirinya untuk kembali kepada Tuhannya dengan penuh diilhami oleh ayat Allah yang bermaksud:

"Wahai nafsu (jiwa) yang tenang (suci). Kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dengan (hati) yang redha dan diredhai (Tuhan)." (89: 27-28)

kredit: penyairmalam


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 22 Mei 2013

Akibat Meninggalkan Solat Fardhu

Gambar sekedar hiasan.

Peristiwa dibawah ini adalah kisah nyata yang terjadi di Pemakaman umum Baqi di Madinah Al-Munawarah pada bulan Safar 1420H dan disaksikan oleh ramai orang (pelayat).

Judul Asli: 'ukubat Tarok Al-Sholat
Nara sumber: Sheikh Ali Al Umry di Makkah Al-Mukaramah
Penerjemah: Sdr Saifudin Maksum

Terjemahan Bebas: Selama beberapa hari di bulan Safar yang lalu , penduduk Saudi Arabia khususnya di Madinah dan Makkah dikejutkan dengan berita yang sangat menakutkan.

Peristiwa ini terjadi saat petugas pemakaman memasukkan Jenazah keliang kubur. Begitu Jasad si mayat ditaruh di tanah serta merta datang seekor ular yang sangat besar dan langsung melilit-lilit tubuh si mayat dengan mulut terbuka lebar dan lidahnya yang bercabang menjulur serta kedua taringnya yang tajam siap melalap kepala si mayat.

Menyaksikan pemandangan seperti itu spontan para pelayat yang ada di sekitar tempat kejadian ada ketakutan dan ada yang bergumam:' Dosa apa yang telah dilakukan orang ini (si mayat) selama hidupnya." Dan ada seorang lagi yang menelipon seorang Sheikh di Makkah (Sheikh Muhamad Maqboul Al-Subhy) untuk melaporkan kejadian diatas.


Dan menurut Sheikh Muhamad Maqboul Al Subhy: Peristiwa diatas adalah gambaran balasan bagi orang yang meninggalkan sholat 5 waktu.Beliau juga menambah: "Sesungguhnya manusia (kita semua) baru merasakan takut dan ingin bertaubat saat Allah menampakkan sedikit contoh nyata dari siksanya.

Kejadian tersebut diatas juga merupakan suatu bukti kebenaran sabda Rasulullah s.a.w. Beliau bersabda yang intinya " Allah telah menyediakan ular (namanya Syuja'akra') khusus untuk menelan orang yang meninggalkan sholat 5 waktu dikala hidupnya. Ular
tersebut akan menelannya sejak mayat orang tersebut ditaruh dalam kubur sampai datangnya hari kiamat dan lagi orang itu akan kekal dineraka Jahanam.

Di Hadis lain Nabi s.a.w. juga bersabda:
"Perjanjian antara kita dengan Allah adalah sholat , barang siapa yang meninggalkannya berarti ia telah betul-betul kafir"

"Barang siapa sengaja meninggalkan sholat lima waktu maka tiada baginya cahaya pelita didalam kuburnya"

Sampaikan ilmu walaupun satu ayat.....


Salam Ukhuwah..~

Selasa, 21 Mei 2013

Bersahabat



1. Sahabat Yang Baik 

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang seiring sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri.


2. Mencari Sahabat di Waktu Susah 

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau duka melanda, aku sering bertanya ....siapakah yang sudi menjadi sahabatku. Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan.


3. Pasang Surut Persahabatan 

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tak ubahnya roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhkanku, dan jika aku sakit, tak seorangpun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai


4. Mengasingkan Diri Lebih Baik Daripada Bergaul Dengan Orang Jahat 

Bila tak kutemukan sahabat-sahabat yang taqwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat. Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih menyenangkanku daripada bersahabat dengan kawan yang mesti kuwaspadai. 


5. Sukarnya Sahabat Sejati 

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Dan bersikaplah seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia. Cucilah kedua tanganmu dari zaman tersebut dan dari manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka, maka kelak kamu akan memperolehi kebaikannya. Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati. Kutinggalkan orang-orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujauhi orang-orang mulia kerana kebaikannya sedikit.


6. Sahabat Sejati Di Waktu Susah 

Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi, dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tak satu negarapun yang penduduknya berhati manusia.


7. Rosaknya Keperibadian Seseorang 

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi tipuan dan rayuan. Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri-duri itu.


8. Menghormati Orang Lain 

Barangsiapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barangsiapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan. Barangsiapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barangsiapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.


9. Menghadapi Musuh 

Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga dmku dari kejahatan. Aku tampakkan keramahanku, kesopananku, dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang kubenci, sebagimana kutampakkan hal itu kepada orang-orang yang kucintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan.


10. Tipu Daya Manusia 

Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia-manusia jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri. 


11. Tempat Menggantungkan Harapan 

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang-orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah. Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya, dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahupun setelah mati.


12. Menjaga Nama Baik 

Jika seseorang tak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat sang kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu, dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia. Selamat tinggal dunia jika atasnya tidak lagi ada sahabat yang jujur dan menepati janji.


kredit: Imam Syafie


Salam Ukhuwah..~

Isnin, 20 Mei 2013

Daabatul Ardi




Firman Allah dalam surah An-Naml ayat 82:

"Apabila telah Kami putuskan suatu siksaan atau mereka itu, Kami turunkan Daabatul-Ardi binatang merangkak dari bumi dan berbicara mengatakan bahawa manusia itu tidak yakin tanda-tanda kebesaran Kami."

Demikianlah Tuhan menerangkan tentang Daabat Ardi, dikatakan juga bahawa panjang tubuh binatang itu ialah 60 hasta, ertinya tubuh binatang itu tinggi besar siapa melihat pasti ketakutan. Di antara keajaibann ialah ia dapat berkata seperti manusia. Kerana di masa itu manusia masih lagi tidak mahu beriman dengan Allah s.w.t., sedangkan dunia akan kiamat. 

Tegasnya keluarnya Daabatul-Ardi adalah sebagai tanda kiamat. Makhluk ini luar biasa besarnya dan amat menakjubkan, di mana dia mempunyai dua sayap, empat kaki bentuk badannya seperti himar, bentuk kepalanya seperti kepala sapi dengan dua tanduk dikepala, matanya seperti mata babi, telinga seperti telinga unta bulunya halus seperti bulu harimau, belangnya seperti jalur harimau, sayapnya seperti sayap kelawar manakala ekornya seperti ekor kibas.

Umumnya Daabatul-Ardi adalah suatu binatang ajaib yang belum pernah Tuhan jadikan pada masa dahulu. Ia juga dapat berjalan dan berdiri seperti manusia. la memegang sebatang tongkat dan sebentuk cincin, setengah ulama berpendapat bahawa tongkat itu ialah tongkat Nabi Musa a.s. dan cincin itu pula adalah cincin Nabi Sulaiman a.s. 

Menjelang kiamat nanti makhluk ini akan keluar pada malam jumaat. Malam itu dia
mula berkeliaran. Pada mulanya orang tidak percaya masakan ada makhluk seperti itu wujud. Setelah siang hari barulah jelas yang makhluk itu kelihatan besar bukan kepalang dapat berlari dan dapat terbang mengejar mangsanya. Orang-orang dikala itu tidak berani keluar rumah takut dibinasakan. Setiap manusia yang dia nampak ditangkapnya dan dipegang seperti memegang anak patung, tapi bukan untuk memakan manusia tersebut tetapi ia berbicara dengan manusia.

"Mengapakah kamu insan tidak mahu beriman dan yakin kepada Allah, padahal tanda-tanda kekuasaan Allah telah nyata dan terbukti dihadapan mata. Aku datang bukan untuk memakan daging manusia. Atas nama Tuhan memberikan padaku kekuasaan untuk membezakan siapa mu'min pada hari ini dan siapa kafir. Kamu semua tidak perlu takut padaku, kata Daabatul-Ardi.

Diceritakan juga bila seseorang itu ditangkap digosok mukanya dengan cincin Nabi Sulaiman itu. Jika ia Muslim yang soleh maka dengan kudrat Allah akan memancarlah cahaya yang bersinar-sinar dari mukanya. Akan tetapi bagi orang kafir serta orang yang engkar kepada Allah atau munafik, lalu ditangkapnya jika dilihatnya tidak ada tanda iman
padanya, lalu diketuknya kepala orang itu leburlah dia seketika itu juga warna muka orang itu akan berubah menjadi hitam legam dan buruk kelihatannya.

Makhluk Daabatul-Ardi ini mengembara di muka bumi di dalam menjalankan tugasnya selama lebih kurang sebulan sepuluh hari. Begitulah serba ringkas kisah Daabatul-Ardi iaitu sejenis makhluk yang akan keluar apabila menjelang tanda kiamat besar nanti. Setelah datangnya Daabatul-Ardi manusia menjadi'panik. Di mana-mana saja orang
membicarakan tentang Daabatul-Ardi.

Tiba-tiba seluruh penduduk dunia menjadi terperanjat, hati mercka menjadi kecut disana sini bumi mula bergegar dan bergoncang perlahan-lahan diiringi dengan suara gemuruh bergegar-gegar, dari kecil-kecilan schingga makin-lama makin terasa bumi ini bergegar
akibat letusan gunung sehinggakan bumi ini bergoyang. 

Firman Allah:- 

"Apabila matahari digulung cahayanya, bintang-bintang jatuh bertaburan ke bumi, gunung-gunung bergerak-gerak, unta-unta bunting ditinggalkan. Binatang-binatang berkumpul, laut menganas. Bila roh disatukan, anak-anak perempuan yang di kubur hidup-hidup di soal. Apakah dosa mereka hingga mereka di bunuh (di zaman jahiliah). Apabila buku-buku kebajikan diedarkan, langit dicabul (Bintang-bintang dan planet tidak
di tempatnya). Neraka mula di nyalakan, Syurga mula dibukakan. Setiap orang akan mengetahui apakah amalan yang telah mereka kerjakan. Aku (Allah) bersumpah menarik perhatianmu kepada bintang-bintang yang kelihatan kembali, dan beredar serta berlindung. Demi malam bila telah hampir tamat dan subuh mulai kelihatan. Sesungguhnya semua itu adalah berkataan Rasul yang mulia. Yang mempunyai kekuatan disisi Arasy yang tinggi darjatnya. Yang dihormat dan dipercayai." 
(surah AI-Takwir.- Ayat 1-21) 

Surah ini menerangkan betapa hebatnya peristiwa kiamat. Cubalah kita bayangkan apabila matahari tidak bersinar, bintang-bintang bergururan jatuh ke bumi. Gunung-gunung yang pejal dari batu-batan hancur bagaikan debu. Oleh kerana goncangan bumi begitu kuat, manusia tidak dapat duduk diam, isi perut bagai dikocak, rumah-rumah, bangunan-bangunan tinggi runtuh timpa menimpa mencium bumi. Ramai manusia yang terkorban sawah-ladang dipenuhi lahar dan lumpur panas yang dipenuhi lahar dan lumpur panas yang dimuntahi oleh gunung berapi. Suara letusan gunung memekakkan telinga, binatang-binatang serta manusia mati bergelimpangan. Hutan-hutan musnah terbakar. 

Pada masa itu, orang akan melupakan anak yang sedang disusuinya. Manakala orang yang hamil akan gugurlah kandungannya pada masa itu juga, keadaan manusia pada masa itu seperti orang mabuk kerana goncangan bumi yang begitu kuat. Air laut menyimbah ke darat mengaramkan kota-kota itu hancur berkecai. Dunia seolah-olah sedang mengamuk kepada manusia kerana dosa-dosa mereka. Sana-sini kedengaran suara jeritan minta pertolongan dan suara merintih. Laki-laki dan wanita berlari-lari seperti orang gila kerana ketakutan. 

Berhari-hari penduduk dunia berada dalam suasana azab bencana akan kiamat. Siang dan malam bumi bergoyang terus-menerus, sehingga tiada satupun bangunan berdiri tegak melainkan semuanya hancur. Gunung-gunung terus memuntahkan batu-batu api yang menyala-nyala. Di masa itu tidak ada lagi perasaan gembira. Di kala itu manusia menjadi lebih hairan kerana matahari yang bersinar terang-benderang dan panas tiba-tiba menjadi gelap-gelita. Ketika manusia dalam kebingunggan, kehairanan dan ketakutan yang tak habis-habis, tiba-tiba bintang-bintang yang beribu-ribu jumlahnya diangkasa jatuh ke bumi menimpa apa saja yang berada di bumi. Sana-sini terdengar ledakan-ledakan hebat yang mengegarkan. 

Pada masa itu panas permukaan bumi sungguh luar biasa, hinggakan air laut menjadi kering. Dalam pada itu datang pula angin kencang bertiup entah dari mana, angin itu menerbangkan apa saja yang terdapat di bumi. Kemudian pada saat genting itu malaikat Israfil meniup sangkakalanya. Apabila dunia telah hancur sama sekali oleh tiupan sangkakala maka wajah dunia bertukar rupa, di mana seluruh muka bumi menjadi rata dan lapang. 

Firman Allah; 

"Di hari itu diganti bumi dengan bumi lain dan langit diganti dengan langit lain. Mereka umat manusia akan dipanggil menghadap ke hadrat Tuhan." 
(Surah Ibrahim ayat.. 48)

Setelah bumi berganti rupa maka seluruh muka burni tidak ada lagi kerajaan manusia, di mana kesemuanya telah musnah menjadi tanah. Muka bumi menjadi sunyi sepi seperti mati. Sesudah dunia berganti rupa menjadi datar, luas dan rata maka itulah dia "padang masyhar". Muka bumi putih keabu-abuan kemudian turunlah hujan membasahi bumi, airnya kental seperti air mani. Kemudian air itu meresap ke dalam bumi di mana air itu akan menumbuhkan tubuh-tubuh manusia yang telah hancur menjadi tanah dan akan menjadikan tubuh-tubuh yang baru.

Kemudian Allah menyeru kepada Malaikat Izrail supaya mencabut nyawa iblis yang durjana. Di masa itu Tuhan telah memberikan kekuatan yang amat luar biasa kepada Malaikat lzrail untuk menghadapi iblis supaya dia merasai bertapa peritnya sakratul maut yang dialami oleh manusia serta jin. Allah juga menyeru kepada Malaikat Malik penjaga Neraka membawa rantai dari neraka untuk mengikat iblis. Lalu Malaikat lzrail dan Malik membawa rantai tersebut mencari iblis. Setelah bertemu iblis dipukul dengan sekuat-kuatnya, iblis meraung-raung menahan kesakitan. 

Oleh kerana pukulan kedua-dua Malaikat itu terlalu kuat, maka iblis terus pengsan. Setelah pulih dari pengsannya, Malaikat Izrail pun berkata kepada Iblis "Hai laknat, hari ini kamu tidak dapat melarikan diri dari aku. Aku diperintahkan untuk mencabut nyawamu, kini tibalah saat kematianmu. Aku akan kenakan padamu sejumlah sekarat daripada manusia dan jin yang telah engkau perdayakan. Telah berjuta tahun umur mu di dunia. Tidak sedikit umat manusia serta jin engkau jerumuskan ke lembah dosa. Engkau pujuk dan rayu mereka, supaya mereka menderhaka terhadap Allah. Kini terimalah azab sekarat yang pedih sesuai dengan perbuatanmu. Mendengarkan kata-kata Malaikat lzrail itu, serta dilihatnya Malaikat Malik berada di sisinya sambil memegang rantai besi, dengan pantas iblis melompat dan lari dengan sekuat-kuatnya. Pada pendapatnya (iblis) tentu kedua-dua Malaikat tersebut tidak akan berjaya menjejakinya. Iblis berlari dengan lajunya menuju kearah Timur, tiba-tiba muncul Malaikat lzrail dihadapannya. Kemudian lari pula ia kearah Barat, tiba-tiba muncul lagi Malaikat lzrail. Begitu juga iblis tetap tidak mahu menyerah kalah. Sehingga ia berlari ke Utara dan ke Selatan hujung dunia akan tetapi Malaikat lzrail dan Malik telah terpacak berdiri dihadapannya. Maka berkatalah Malaikat lzrail kepada iblis: 

"Hai iblis durjana, sekarang larilah lagi dengan sekuat-kuat tenagamu. Habiskan kekuatanmu semuanya. Larilah kemana yang kamu suka. Namun itu semua adalah perbuatan kamu yang sia-sia. Kamu tidak akan dapat lari dari aku. Walaupun kamu lari ke langit yang ke tujuh sekalipun. Kini hanya tinggal beberapa saat saja lagi untuk kamu
hidup." 

Lalu iblis pun merayu kepada Malaikat lzrail 

"Ya lzrail berilah aku peluang untuk pergi ke kubur Adam. Diriwayatkan setelah iblis bertemu dengan kubur Nabi Adam, lalu merataplah iblis dikubur itu. Kata iblis, 

"Hai Adam, kerana kamulah aku jadi derhaka kepada Tuhan dan sebab kamulah aku jadi terkutuk." 

Sejurus kemudian iblis berkata: 

"Ya lzrail dengan cara apakah engkau akan mencabut nyawa aku". 

Kata lzrail: 

"Telah aku katakan, engkau akan merasakan sekarang maut yang luar biasa." 

Mendengarkan akan kata-kata Malaikat lzrail itu. Maka menyerahlah iblis, kerana kini ia telah sedar yang ia tidak akan dapat lari kemana-mana lagi. Malaikat Malik pun mengikat iblis dengan rantai yang di bawanya dari Neraka. Ikatan yang begitu kuat, tangan dan
kakinya dibelenggu dengan rantai-rantai yang teguh. Malaikat lzrail berkata: 

"Tahanlah oleh mu akan Sakratul ini ya iblis." Lalu Malaikat Izrail pun mencabut nyawa iblis dengan kerasnya, sehingga kelihatan rantai pengikat badan iblis itu bagaikan nak putus.Terdengarlah pekikan yang ngeri ketika nyawa iblis dicabut, itulah sakratul maut yang paling dasyat di dalam sejarah kehidupan makhluk di muka bumi ini. Seketika kemudian tamatlah riwayat iblis yang selama ini bermaharajalela menghasut umat manusia supaya melakukan perbuatan mungkar.

kredit: buku_Peringatan Untuk Manusia Akhir Zaman Menjelang Qiamat, Mohd Isa Abdul Jalil, Sykt. Nurulhas,1993


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 19 Mei 2013

Nilai Tudong Wanita

Gambar sekedar hiasan sahaja.

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.


Salam Ukhuwah..~