Jumaat, 22 Februari 2013

Solat Seperti Bebudak_Tazkirah



Pernah kita ke masjid? Atau ke surau untuk solat ? Selalunya terdapat kekanak kecil yang ikut sama solat? Cuba perhatikan bagaimana sesetengah mereka solat.

Mula-mula berdiri tegak .Lepas itu perhati kiri-kanan , atas-bawah , kemudian lari keliling , siap gurau-gurau dengan rakan sebaya. Bila tengok macam tu biasanya kita geleng kepala. Kekadang geram dengan ibu bapa yang bawa anak-anak yang sebegitu kan ..?

Tanpa sedar kita yang 20~30 tahun yang dah solat ini lebih kurang sama macam mereka juga, atau mungkin lebih teruk daripada mereka. 


Kenapa pulak ? 

Kalau kekanak tu main-main kat situ jer , tapi kita ? Mula-mula solat ok , berdiri tegak kat situ. Tapi, tak sampai beberapa saat kita dah terbang jauh, pergi KL, Ipoh, Johor Baharu, luar negara pun ada. Kalau kaum wanita, kekadang siap memasak, tengok tv, shopping sakan pun ada. Yang lelaki pulak siap attend meeting, service kereta lagi. Macam-macam yang kita buat, kekadang sampai kita lupa solat dah berapa rakaat.


Tak ke kes kita lebih berat daripada kekanak tadi ?

Masa ini rasa-rasanya jiwa kita tenang ke sebaliknya? Kalau selalu rasa nak marah, geram, dengki, sampai rasa tak tenteram, mari kita check balik bagaimana solat kita. Adakah dibuat secara ritual saja atau beserta roh di dalamnya?

Allah kata orang yang tenang jiwanya ialah orang yang khusyuk solatnya. Kalau rasa jiwa tidak tenang, marilah kita review balik solat kita.

Pesanan ini untuk diri saya juga. Yang kekadang dalam solat terlintas fikiran nak tulis apa dalam blog kali ini.

Astagfirullah al Azim...


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan