Sabtu, 2 Februari 2013

Serangan Waktu Suboh



Era 80'an memang zaman tok masih bujang dan waktu itu tok tinggal di Bandar Tun Razak serta menyertai pasukan sukarelawan Biro Tata Negara di Jabatan Perdana Menteri. Dari zaman Tun Hussein Onn sampailah kezaman kegemilangan Dr Mahathir.


Tetiba muncul nama Margaret Thatcher yang berdendam terhadap Dr Mahathir,. Pertama kerana berjaya menyerang British dengan pembelian saham yarikat-syarikat besar milik British yang pada mulanya milik Malaya. Dan kedua selepas berjaya memiliki saham British, Dr Mahathir membuat Dasar Pandang Ke Timur. Telah beberapa kali Dr Mahathir dipelawa datang ke London untuk membuat lawatan resmi namun setiap kali itu juga Dr Mahathir menolak bahkan sebaliknya menghantar Setiausaha kanannya yakni Encik Aziz Shamsuddin sebagai pengganti Perdana Menteri.

Akhirnya Margaret Thatcher sendiri pula yang datang ke Malaysia. Hala lawatan Margaret ialah Bandar Tun Razak. Orang Melayu sendiri yang tinggal di Bandar Tun Razak membuat persiapan atas arahan Datuk Bandar Kuala Lumpur pada masa itu Datuk Elyas Omar. Dalam masa yang sama tok wan dan beberapa rakan yang lain dari BTN menyusupkan fikiran terbaalik. 

Fikiran terbalik yang tok maksudkan ialah dengan mengajak ketua-ketua serta pemimpin-pemimpin di Bandar Tun Razak berkumpul dan menerangkan apa yang tersirat dan tersurat dari arahan Dr Mahathir supaya Margaret datang melawat Bandar Tun Razak.

Pertama Bandar Tun Razak dulunya adalah Kampong Konggo. Ia adalah sebuah kampong yang ujud selepas tentera Malaysia yang pulang dari Konggo pada tahun 1963 serta membuka perkampungan disitu. Apabila nama kawasan itu ditukar nama kepada Bandar Tun Razak Dr Mahatfhir mahu Margaret melihat penghinaan yang British berikan kepada arwah Tun Razak yang meninggal di London.

Penghinaan yang tok maksudkan ialah bagaimana sebuah negara Malaya yang hasil buminya disedut beratus-ratus tahun tidak melayan Perdana Menteri yang meninggal dunia disana. Semua urusan dalam bidang kuasa kedutaan Malaysia sahaja. Itu sangat tidak adil. Sepatutnya Kerajaan British memberikan penerbangan khas kepada PM Malaysia itu bagi membawa jenazah pulang ke Kuala Lumpur. Tok masih ingat waktu itu tahun 1975.

Inilah maruah yang harus Malaysia tebus, dan Dr Mahathir telah merancang sesuatu untuk menebus maruah negara, maruah Perdana Menteri Malaysia serta maruah rakyat Melayu yang tinggal di Malaysia.

Lawatan Margaret Thatcher ke Bandar Tun Razak disertai oleh bantahan serta ancaman bom. Memang sedikit sebanyak tok antara orang yang menghasut ketua-ketua di Bandar Tun Razak agar memulaukan sambutan kedataangan Thatcher. Akhirnya Thatcher hanya melawat satu kawasan sahaja yakni Taman Jaya yang bersebelahan HUKM sekarang.

Bantahan bukan sahaja kerana kami tinggal di Bandar Tun Razak tetapi kerana penerbangan MAS ke London juga cuma 3 kali seminggu berbanding penerbangan British Airways yang 15 kali seminggu. Itu juga tidak adil. Jadi sangatlah sesuai tindakan Dr Mahathir mengambalikan maruah Melayu dengan menghantar pasukan khas ke London menjelang waktu suboh untuk menyerang pasaran saham disana.

Peristiwa itu masih diingati oleh dunia dan dikenali dengan nama, "Serangan Subuh." Pada september 1981, Tun Dr Mahathir telah menghantar empat orang anak Melayu antaranya ialah Ku Li dan Ghaffar Baba,

Tun Dr Mahathir telah mengarahkan kajian yang begitu teliti dijalankan ke atas undang-undang pelaburan British. Rancangan Tun Dr Mahathir ialah untuk mendapat kembali tiga buah syarikat yang dahulunya milik Malaysia, tetapi telah dirampas oleh British.

Guthrie, Sime Darby dann Golden Hope telah berjaya kembali kepada tangan anak Malaysia, dengan pembelian secara senyap oleh Malaysia ke atas saham British di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari sesiapa.

Apa yang menariknya, kejayaan Tun membawa kembali 3 syarikat ini ke tangan anak Malaysia telah membawa pulangan 36 Bilion ditambah pula dengan tanah di dalam dan luar negara kepunyaan Guthrie.

Margeret Thatcher amat marah serta bengang dengan kejatuhan syarikat British yang berusia lebih 200 tahun ke tangan Malaysia (ladang Guthrie pun dahulunya milik Malaya). Beliau hanya tahu seminggu selepas peristiwa tersebut. Ianya jadi pengajaran yang amat berguna kepada PM Britain tu kerana sebelum ni dia amat bongkak kerana enggan menjual tanah Guthrie yang ada di negara kita semasa Malaysia menawarkan untuk membeli tanah tersebut.

Tapi akhirnya Tun dengan beraninya melaksanakan Dawn Raid Project sehingga tiada satu ekar pun tanah Guthrie di seluruh dunia yang tidak jatuh ke tangan Malaysia dan pengambilalihan itu sah di sisi undang2 ekonomi antarabangsa walaupun kerajaan Britain membantah.

Akhbar-akhbar di seluruh dunia pada masa itu meletakkan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk antaranya "Serbuan Menyingsing Subuh" dan "Serangan Malaysia ke atas Kota London" yang menceritakan tentang kejayaan Malaysia, sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang berjaya menundukkan keegoan Britain dalam usaha mendapatkan semula beratus ribu ekar tanah yang dahulunya kepunyaan orang Melayu tetapi dimiliki British sejak zaman penjajahan.


Dan tok nak tambah lagi bahawa tanah yang dibangunkan Putrajaya itu dahulunya ialah Prang Besar Estate juga milik British tetapi apabila sudah dibeli kembali oleh Malaysia maka bebaslah Malaysia nak buat apa keatas tanah itu. hari ini tdiatas tanah itu sudah megah berdiri pusat pertadbiran Negara Malaysia.

Begitu juga ladang-ladang terbesar diserata dunia telah menjadi milik Malaysia maka berkuasalah Malaysia menentukan siapakah Manager dalam ladang tersebut. Jika dahulunya Manager ladang ialah orang putih maka sejak 1981 manager estate mat saleh ini sudah digantikan dengan maneger estate Melayu yang baru balik belajar tentang pengurusan ladang di New Zealand dan Australia.

Sebahagian dari mereka inilah yang dulunya pernah membaling telor kearah Tun Hussein Onn semasa lawatan Perdana Menteri itu ke Sydney. Tapi perbuatan mereka sudah dimaafkan kerana mereka tidak memahami keadaan sebenar.

Walhasil pelaburan yang kita kumpul melalui Amanah Saham Nasional yang ditubuhkan dibawah Perbadanan Nasional Berhad telah menyebabkan British menangis dan tak akan dapat kembali syarikat keagungan mereka tapi bangun dengan nadir dan darah kita.

Tujuan penulisan ini bukan untuk mengagung-agungkan sesama manusia tapi sesuatu yang harus anak muda sekarang tahu. Bahawa menebus maruah bangsa dan negara adalah tugas kita. Sama dengan meneruskan risalah Islam adalah tugas kita kerana selepas Nabi Muhammad s.a.w. tidak ada lagi Nabi yang Allah utuskan.

Setelah berlalu beberapa tahun sewaktu Putrajaya sedang dibangunkan pakatan Broitish mula menyerang Malaysia pula.

Semua mesyuauat yang melibatkan Kementerian Kewangan termasuk mesyuarat sulit di Jabatan Perdana Menteri mula bocor sehingga diketahui dunia luar. Dr Mahathir mula membesarkan lagi biro-biro yang ada di Jabatan Perdana Menteri guna merisik serta mengkaji dalam pelbagai hal yang bersangkut-paut dengan syarikat kewangan dunia.

Bukan sahaja sistem kewangan Malaysia hampir lumpuh dan hampir-hampir menyebabkan Malaysia terpaksa berhutang kepada IMF, bahkan banyak negara lain disekeliling Malaysia menerima serangan itu. Namun Dr Mahathir tetap bertahan tanpa mahu menerima tawaran pinjaman dari IMF. Dr Mahathir memang tahu bahawa serangan mata wang oleh Georgh Soros itu sebenarnya adalah serangan terhadap Malaysia akibat dari pengambil alihan saham terbesar British tahun 1981.

Dr Mahathir juga tahu ada orang dalam yang membocorkan perbincangan dalam mesyuarat kepada negara luar. Sebab itu semenjak Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri telah banyak Timbalannya yang digugurkan dan digantikan dengan orang baru. Sikap berhati-hati Dr Mahathir sehingga terpaksa memecat Timbalannya menyebabkan ia didendam pula oleh kumnpulan yang menyokong golongan yang dipecat.

Jadi tidak hairan dalam Pilihan Raya ke 13 ada golongan yang pernah kena pecat mencuba untuk memasuki semula Putrajaya. Apakah mereka ini faham perjuangan apa yang diperlukan oleh bangsa Melayu dan negara Malaysia.

Kita tunggu dan lihat bagaimana percaturan seterusnya anak-anak Melayu yang telah menyusun langkah kearah PRU 13.


Salam Wasatiyyah..~

3 ulasan:

  1. terima kasih utk post ini. sbagai anak muda malaysia, saya memang sepatutnya mengambil tahu tentang perkara ini, penebusan maruah bangsa, post menyedarkan saya bahawa saya sebagai anak muda perlu berusaha sedaya upaya dalam membantu menaikkan nama Islam dan Malaysia...

    BalasPadam