Khamis, 28 Februari 2013

Kesah Ashab Al Kahfi



SEGALA puji bagi Allah s.w.t., atas segala kurniaan dan nikmatnya yang tidak terhingga. Firman Allah s.w.t.: 

Adakah engkau menyangka (hai Muhammad), bahawa kisah 'Ashabul Kahfi' dan 'Al-Raqim' itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami? 
(al-Kahfi: 9)

Ibnu Kathir berkata: Yang demikian itu merupakan pemberitahuan daripada Allah s.w.t. mengenai kisah Ashab al-Kahfi secara global dan ringkas.

Ibnu Juraij menceritakan daripada Mujahid mengatakan: 

"Di antara tanda-tanda Kami (Allah s.w.t.) terdapat apa yang lebih aneh daripada hal tersebut."

Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam berpendapat: "Al-Raqim bererti Kitab."

Al-Maraghi berkata: Janganlah kamu menyangka kisah penghuni gua dan pemilik batu bertulis seperti yang disebut dalam kitab lama, ketika mereka hidup dalam waktu yang lama, adalah suatu keajaiban jika hendak dibandingkan dengan perhiasan yang Kami jadikan di muka bumi.

Ini disebabkan kisah tersebut bukan sahaja mengagumkan antara tanda-tanda kekuasaan Kami yang lain, malah kejadian perhiasan bumi dengan segala keajaibannya adalah indah daripada kisah penghuni gua itu.

Oleh itu, para ketua agama lain pun termangu-mangu kehairanan melihat kisah serupa itu, justeru Aku mengajakmu dan umatmu untuk memandang yang lebih besar lagi daripada peristiwa itu iaitu memandang alam semesta dan segala keajaiban yang berupa penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, peredaran matahari, bulan dan bintang.

Begitu juga dengan ayat-ayat lain seumpamanya yang menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t.  menurut kehendak-Nya tanpa ada yang menghalangnya.

Namun, kisah yang berisi keanehan itu tidak cukup untuk menarik perhatian mereka melakukan kebaikan dan kebahagiaan seperti yang diingini oleh manusia untuk dijadikan sebagai cita-citanya yang luhur supaya memperoleh kebaikan dunia atau akhirat.

Oleh yang demikian, selidikilah apa yang ditulis dalam lembaran alam semesta ini, tetapi bukan hanya menyelidik apa yang tertulis di lembaran gua tersebut.

Menurut pendapat al-Zujaj, Allah s.w.t. menerangkan kisah Ashab al-Kahfi bukanlah sesuatu yang menghairankan jika dibandingkan dengan ayat-ayat lain. Ini disebabkan penciptaan langit dan bumi serta segala yang ada lebih mengagumkan lagi daripada kisah mereka.

Hamka berkata: Maksud ayat ini adalah apakah engkau menyangka atau manusia menyangka bahawa manusia yang dicipta Allah tertidur beratus tahun di dalam gua yang sunyi terpencil itu sudah sebahagian daripada kuasa Allah s.w.t.? Padahal banyak lagi takdir Allah s.w.t. di dalam alam ini yang lebih menakjubkan dan lebih ganjil.

Sungguhpun kisah penghuni gua ini belumlah suatu yang ganjil di sisi Allah s.w.t., Yang Maha Kuasa mengatur alam menurut kehendak-Nya, demi untuk memuaskan kehendak orang yang bertanya, pertanyaan tentang penghuni gua yang diterangkan Allah s.w.t. sebagai wahyu.

Firman Allah s.w.t.: 

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat daripada sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. 
(al-Kahfi: 10)

Al-Maraghi berkata: Para pemuda itu berlindung di dalam gua untuk melindungi agama mereka supaya tidak mendapat bencana daripada penyembah patung dan berhala dengan berdoa: Tuhan kami, dengan keredaan-Mu yang kami harapkan dan ketaatan kepada-Mu, berikanlah kepada kami petunjuk dalam setiap urusan untuk menuju ke jalan kebenaran bagi melakukan apa yang kami sukai kemudian anugerahkan kepada kami keampunan dan keamanan daripada musuh.

Hamka berkata: Allah s.w.t. mewahyukan bahawa ada beberapa pemuda yang sedang ditimpa kesusahan, lalu meninggalkan kampung halaman mereka dan bersembunyi ke dalam sebuah gua. Dan ketika dalam perjalanan itu, mereka tidak pernah lupa memohon rahmat perlindungan daripada Allah s.w.t., disertai pula dengan tuntutan dan pimpinan agar mereka tidak tersesat dari jalan yang benar.

Firman Allah s.w.t.:
 

Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya. 
(al-Kahfi: 11)

Al-Maraghi berkata: Kami tutup telinga mereka dengan penghalang yang mereka tidak mendengar dan Kami juga menjadikan mereka tidur lelap tidak bangun-bangun lagi walaupun di dalam gua itu bising dengan pelbagai suara sehingga bertahun-tahun lamanya yang tidak dapat dihitung.

Hamka berkata: Ditakdirkan oleh Allah s.w.t. bahawa mereka tertidur, sehingga tidak suatu pun yang didengar mereka dalam tempoh bertahun-tahun. Dan tiada pula orang lain yang tahu kerana gua tersebut terletak jauh dari tempat kediaman manusia.

kredit: DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI



Salam Ukhuwah..~

Rabu, 27 Februari 2013

Jaminan Keberkatan Hidup



SETIAP manusia berkewajipan mencari rezeki bagi memenuhi keperluan kehidupan seharian. Keperluan hidup yang paling utama adalah makanan, pakaian dan tempat tinggal, sama ada untuk diri sendiri mahupun untuk orang yang berada di bawah tanggungannya.


Sesungguhnya, mencari rezeki yang halal merupakan satu tuntutan agama. Dan rezeki yang diperoleh daripada sumber yang halal mampu menjana kehidupan manusia yang berkat di dunia dan akhirat.


Rasulullah s.a.w. pernah berkongsi perniagaan bersama seorang pemuda Quraisy bernama As Saib Abi As Saib. Ketika berusia 25 tahun, baginda Rasulullah s.a.w. telah berniaga barang dagangan kepunyaan Siti Khadijah binti Khuwailid hingga ke Syam.


Dari situ, jelas kepada kita bahawa mencari rezeki yang halal merupakan tuntutan agama dan sunnah Rasulullah s.a.w. Malah mencari rezeki yang halal adalah satu ibadah sekiranya pencarian tersebut bertepatan dengan kehendak syarak. Firman Allah s.w.t. bermaksud: 

Makanlah rezeki yang halal dan lakukanlah amalan soleh. 
(al-Mukminun: 51)


Setiap amal soleh yang dilakukan oleh seseorang hamba banyak bergantung kepada makanan yang halal. Makanan, minuman dan pakaian yang haram menjadi asbab kepada doa seseorang tidak dimakbulkan dan diri mudah terjerumus ke lembah maksiat.


Selain itu, mencari rezeki yang halal pula dapat menjaga maruah agama. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

Demi Allah, jika seseorang di antara kamu membawa tali dan pergi ke bukit untuk mencari kayu api, kemudian dipikul ke pasar untuk dijual, dengan bekerja itu Allah mencukupi keperluanmu itu lebih baik daripada ia meminta-minta kepada orang lain.


Bekerja dalam Islam bukan sekadar memenuhi keperluan untuk belanja mengisi perut bahkan bertujuan memelihara harga diri dan martabat kemanusiaan yang semestinya dipertahankan.


Jelas di sini bahawa bekerja mencari rezeki yang halal akan menyebabkan bertambah martabat serta kemuliaan seseorang. Sebaliknya, mereka yang berat tulang akan memberi imej buruk dan negatif pada pandangan masyarakat dan keji pada kacamata Islam itu sendiri.


Rezeki yang halal juga dapat menjamin keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: 

"Setiap daging yang tumbuh daripada rezeki yang haram, neraka adalah paling utama baginya." 
(riwayat at-Thabarani)


Kehidupan bagi umat Islam bukan setakat di dunia, malah ia akan berterusan ke kehidupan yang hakiki di akhirat kelak. Sebab itu, rezeki yang haram akan menjerumuskan seseorang ke neraka di akhirat kelak.


Oleh itu, sama-samalah kita mengambil berat dan prihatin dengan sumber pendapatan yang diperoleh agar ia dapat menjamin kebahagiaan yang hakiki di akhirat nanti.


Rezeki yang halal juga akan menjana keluarga bahagia. Apa yang kita makan akan menentukan segala tindakan dan amalan seharian. Rezeki yang halal mendorong seseorang individu ke arah keta'atan kepada Allah s.w.t, amal soleh dan akhlak mahmudah.


Ibu bapa memainkan peranan penting dalam hal ini. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: 

Setiap bayi dilahirkan dalam keadaan fitrah (ber-tauhid), maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. 
(riwayat Bukhari dan Muslim).


Sejarah telah membuktikan, generasi di zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat beramal soleh, berakhlak mulia dan tidak terlibat dengan kemungkaran kerana ibu bapa masing-masing mementingkan sumber rezeki yang halal.


Perlu diingat juga bahawa rezeki yang halal dapat menjana ekonomi umat Islam. Islam telah menggariskan pelbagai cara untuk mendapatkan rezeki. Perniagaan adalah satu cara untuk meningkatkan ekonomi.


Malaysia yang terkenal dengan produk hub halal telah berjaya menjana ekonomi umat Islam dengan menembusi pasaran dunia. Jelas di sini bahawa ekonomi umat Islam menjadi lebih kukuh kerana perolehan keberkatan daripada Allah s.w.t.


Menyedari hakikat ini, sama-samalah kita mengamalkan cara hidup Islam dalam mencari rezeki yang halal kerana rezeki yang halal itu satu tuntutan agama yang mulia. Sesungguhnya rezeki yang halal menjamin keberkatan hidup.


kredit: Hashim Ahmad




Salam Ukhuwah..~

Selasa, 26 Februari 2013

Jadilah Sebidang Tikar Tua



Kali ini marilah kita sama-sama merenung dengan penuh renungan yang mendalam akan penerangan seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama Ibnu Mas'uud r.a. (iaitu Abdullaah Ibnu Mas'uud r.a.).

Ibnu Mas'uud r.a. menjelaskan......(mafhumnya):

" Bagaimana kamu nanti, apabila FITNAH telah meliputi kamu semua, (dimana) orang-orang tua (dewasa) akan terus bertambah tua dalam FITNAH itu, (dimana) kanak-kanak akan terus subur membesar dan menerima asuhan dalam FITNAH itu, (di mana) manusia (orangramai) akan mengikuti malah berlumba-lumba / berebut-rebut untuk jatuh dalam FITNAH itu, malah mereka akan menganggap dan menjadikan FITNAH itu sebagai SUNNAH.



Apabila (ada golongan yang) cuba untuk mengubah / membetulkan akan FITNAH itu atau apabila (ada golongan yang) cuba ber'amal dengan amalan lain (iaitu amalan yang sebenarnya) dan tidak dengan amalan FITNAH itu, maka dikatakan (kepada golongan tadi) : Haazaa munkar ( maqsudnya: Ini adalah suatu perkara mungkar)".

Lalu ada seseorang bertanya kepada Ibnu Mas'uud r.a......(mafhumnya): 

" Maka bilakah akan terjadinya sedemikian rupa, wahai Abdullah !". 

Jawab Ibnu Mas'uudr.a....(mafhumnya): 

"Apabila sedikit sahaja orang-orang yang amanah ada di kalangan kamu, dan apabila begitu banyak / ramai sekali para umara` (para pemerintah / para pemimpin) ada di kalangan kamu, dan apabila sedikit sahaja para fuqoha` (orang-orang yang benar-benar mengerti dan memahami akan agama) ada di kalangan kamu, dan apabila begitu ramai sekali para qurro` (qori-qori) (tetapi tidak mengerti apa yang dibaca mereka) ada di kalangan kamu, dan apabila dunia dicari dengan menerusi amal akhirat, dan apabila mereka (iaitu orang-orang yang berada di zaman FITNAH itu) belajar / memahami ilmu bukan atas maksud agama.

Maka diketika itu akan ada para umara`/ para pemimpin / para pemerintah (yang akan memerintah) ke atas kamu semua, andaikata kamu menta'ati mereka maka mereka akan menyesatkan kamu, dan andaikata kamu mendurhakai (tidak menta'ati) mereka maka mereka akan membunuh kamu".

Maka orang (yang mendengar penjelasan Ibnu Mas'uud r.a.) itu pun bertanya.......(mafhumnya): 

"Maka apakah yang akan engkau perintahkan kepada kami (kiranya kami berada di zaman itu), wahai Abdullah !". 

Jawab Abdullaah Ibnu Mas'uud r.a....(mafhumnya): 

" Kun hilsan min ahlaasi baitika wa illaa fannaaru aulaa (maksudnya) :

Jadilah kamu sebidang tikar tua daripada tikar-tikar tua yang ada di rumahmu, kalau tidak demikian maka api neraka adalah lebih layak (untuk kamu) !! "
. Lalu orang (yang bertanya) itu berkata ....(mafhumnya): 

"Engkau telah membunuh daku, wahai Ibnu Ummi 'Abd !". [Ibnu Ummi 'Abd adalah nama gelaran bagi Abdullah Ibnu Mas'uud r.a.].

Bagaimana perasaan dan pengertian anda setelah meneliti dengan sebenar-benar penelitian akan penerangan Ibnu Mas'uud r.a. itu ?

Begitulah perihal dan situasi yang telah di jelaskan oleh beliau r.a., di mana perkara yang mungkar dan fitnah diterima sebagai sunnah dan diamalkan oleh manusia, sementara perkara yang ma'ruuf dan sunnah pula diterima sebagai mungkar dan fitnah dan ditentang oleh manusia.....!!

Aduuhai...

Nampaknya terpaksalah kita bersifat seperti sebidang tikar yang tua yang terletak dimana-mana penjuru rumah kita ! Atau bagaimana ?

Satu soalan : Apakah sifat-sifat atau ciri-ciri sebidang tikar tua yang terletak didalam rumah kita ? 

Ermmm......tak ada seorang pun di antara kita yang mempunyai sebidang tikar usang / buruk / tua / lama di rumah masing-masing, kerana semua tikar / carpets adalah baru-baru dan standard belaka....?

Sesungguhnya setiap pesanan, petunjuk dan arahan daripada Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. adalah tidak boleh dipandang ringan. Pesanan-pesanan, petunjuk-petunjuk dan arahan-arahan ini adalah bagaikan lampu-lampu yang menerangi kegelapan malam. Semoga kita sama-sama mengambil i'tibar.

kredit: Ustaz Jalil


Salam Ukhuwah..~

Isnin, 25 Februari 2013

Sedekah_Pendinding Api Neraka




BERSEDEKAH, di antara amalan sunat yang dianjurkan dan digalakkan kepada umat Islam, tidak kira status atau taraf hidup mereka. Malah amalan mulia ini bukan hanya kepada orang-orang kaya, tetapi mereka yang berpendapatan rendah juga disarankan melakukannya, menurut kadar kemampuan masing-masing.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : Tangan yang di atas (orang yang memberi) itu lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima).
Semoga panduan dan pesanan daripada Ketua Unit Syariah dan Penerangan, Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ahmad Shukri Yusoff yang ditemui baru-baru ini, dapat dijadikan bimbingan bersama.

Soalan: Apakah pengertian sedekah dan terangkan bentuk-bentuk sedekah sebagaimana yang disarankan oleh Islam?

Jawapan: Sedekah itu berasal daripada perkataan bahasa Arab, iaitu as-Sadakah : benar. Jadi apabila kita sebut tentang keimanan mahupun keyakinan kepada janji Allah s.w.t., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian.

Jelaslah sedekah itu adalah sebagai bentuk pembuktian kepada kebenaran iman kita dengan mengeluarkan sebahagian daripada harta kita yang Allah s.w.t. kurniakan.

Malah apabila kita menyebut sedekah ini, hukumnya sunat, berbeza dengan nazar dan zakat.

Pun begitu, apabila kita menyentuh tentang bentuk-bentuk sedekah, segolongan orang miskin di kalangan sahabat telah mendatangi Baginda lalu bertanya: "Ya Rasulullah orang kaya telah menguasai segala pahala kebaikan, mereka sembahyang, puasa seperti yang kami lakukan. Malah mereka mampu pula bersedekah dengan kelebihan harta mereka sedangkan kami tidak boleh?'' Jawab Baginda: Tidakkah Allah telah membuatkan untuk kamu semua itu sesuatu yang kamu boleh sedekahkan. 

(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis ini, Nabi hendak menceritakan tentang bentuk-bentuk sedekah yang disebut di dalam hadis ini, iaitu; 

"Sesungguhnya bertasbih itu merupakan sedekah dan setiap takbir juga merupakan sedekah, tahmid dan tahlil juga adalah bentuk sedekah. Selain itu, setiap perkara atau perintah untuk membuat makruf, melarang orang membuat mungkar, itu juga adalah sedekah. Bersama atau bergaul dengan isteri, itu juga dikira sedekah."

Apabila sampai kepada soalan bersama dengan isteri, maka sahabat bertanya lagi: "Adakah kami mendatangi isteri kami ini juga dikatakan sebagai satu bentuk sedekah? Lantas jawab Baginda: 

"Apabila kamu mendatangi isteri kamu dan menunaikan hajat kamu, maka kamu akan mendapat pahala tetapi jika kamu mendatangi wanita lain yang bukan isteri kamu, sudah tentu ini merupakan satu bentuk dosa."

Hadis ini sebenarnya juga tidak bermaksud, apabila kita melakukan perkara-perkara di atas, menandakan kita sudah terlepas daripada melaksanakan tanggungjawab bersedekah.


Gembira

Apa yang Rasulullah s.a.w. ingin tegaskan di sini, hanya sebagai satu berita gembira kepada orang yang tidak berkemampuan melakukan sedekah kebendaan.

Pun begitu, makna sedekah yang sebenar-benarnya mengikut takrif ajaran Islam, ialah dalam bentuk harta, duit, aset dan sebagainya.

Mengapakah sedekah ini perlu dalam bentuk harta? Ini kerana kalau sebut sahaja harta, duit, barangan atau aset, pastinya ia adalah sesuatu yang amat berharga dan amat disayangi. Berbeza kalau kita kita bersedekah dengan tenaga. Ia diumpamakan seperti tidak ada sebarang makna atau nilai.

Selain itu, perkataan sedekah jika bersandarkan kepada al-Quran dan hadis, sebenarnya ia dalam bentuk harta. Ini ditekankan lagi, apabila Nabi s.a.w. membuat contoh, 

"Bersedekahlah kamu walaupun dengan separuh daripada tamar."

 Nabi menggunakan benda, ini menjelaskan bahawa sedekah dalam konsep Islam ialah harta benda tanpa menafikan sedekah dalam bentuk-bentuk lain.

Segelintir berpendapat, sekiranya sedekah itu sunat, maka pekerjaan ini boleh dibuat ataupun ditinggalkan. Adakah begitu juga kepada amalan bersedekah?

Itu memanglah betul tetapi sebenarnya di dalam hidup kita, kalau boleh kita hendak mencapai darjat yang paling tinggi di sisi Allah s.w.t.

Hakikatnya, tawaran syurga yang Allah berikan kepada kita itu, terdapat banyak pintu, di antaranya Babus Sadakah iaitu Pintu Sedekah. Jadi mudah-mudahan, jika sedekah ini kita dapat jadikan sebagai satu budaya di dalam kehidupan, insya-Allah kita akan berpeluang masuk melalui pintu ini.


Diseru

Hal ini diperkukuhkan dengan hadis sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: 

"Sesiapa yang membelanjakan sepasang kuda, unta atau sebagainya untuk digunakan dalam perjuangan di jalan Allah, maka namanya diseru dari dalam Syurga: ''Wahai hamba Allah! Pintu ini adalah lebih baik. Sesiapa yang tergolong dari kalangan ahli sembahyang (orang yang sempurna sembahyangnya) maka dia diseru dari Bab Solat (pintu sembahyang). Sesiapa yang tergolong dari kalangan ahli Jihad (orang yang berjuang di jalan Allah), maka dia diseru dari Bab Jihad (pintu jihad). Sesiapa yang tergolong dari kalangan ahli Sadaqah (orang yang suka bersedekah), maka dia diseru dari Bab Sadaqah (pintu sedekah) dan sesiapa yang tergolong dari golongan orang yang suka berpuasa, maka dia akan diseru dari Bab Ar-Rayyan (pintu Ar-Rayyan).''

Abu Bakar As-Siddiq bertanya: ''Wahai Rasulullah! Adakah setiap orang semestinya akan diseru dari pintu-pintu tersebut. Adakah tidak mungkin seseorang itu diseru dari kesemua pintu? Rasulullah s.a.w. bersabda: Benar! Aku berharap bahawa engkau termasuk di antara orang yang namanya diseru dari semua pintu." 
(Riwayat Muslim)


Amalan

Kedua, amalan sunat sepanjang sebulan pada bulan Ramadan ini, diletakkan oleh Allah seolah-olah dia melakukan perkara-perkara wajib. Pahala itu memang berbeza. Manakala, perkara wajib pula, digandakan sebanyak 70 kali.

Sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis bermaksud: Menunaikan perkara-perkara sunat dalam bulan Ramadan dikira melakukan perkara fardu di bulan yang lain. Manakala, melaksanakan satu kefarduan sepanjang bulan ini, adalah seolah-olah melakukan 70 kefarduan pada bulan lain.

Selain itu, Ramadan seringkali juga dikaitkan dengan pekerjaan-pekerjaan untuk menolong dan meringankan bebanan orang susah. Tambahan pula Baginda menggelarkan bulan Ramadan sebagai `shahrul musawah' atau bulan prihatin.

Di samping itu, sabda Rasulullah: 

"Kalau manusia tahu kelebihan Ramadan, nescaya mereka mahu setiap tahun itu Ramadan."

Di dalam hadis lain pula diterangkan, daripada Jabir, katanya, "Apabila akhir malam Ramadan, maka menangis langit dan bumi, dan malaikat kerana musibah yang menimpa umat Muhamad s.a.w." Lalu para sahabat bertanya, Apakah musibah itu?" Kata Nabi s.a.w. 

"Kerana perginya Ramadan. Doa di dalam bulan Ramadan adalah mustajab, sedekah diterima, kebaikan digandakan dan azab pula ditolak.

Kategori penerima yang bagaimanakah layak menerima pemberian sedekah serta apakah aspek yang menjadi keutamaan dalam amalan ini?

Dalam hal ini sedekah yang paling perlu kita berikan ialah kepada kaum kerabat kita. Mengapa Nabi s.a.w. sebutkan begitu? Menurut Baginda, apabila kita memberi kepada kaum kerabat, kita akan memperoleh dua pahala, iaitu pahala menghubungkan silaturahim dan kedua, pahala sedekah itu sendiri.

Juga ditegaskan di sini, supaya kita tidak sekadar melihat orang jauh tetapi melihat mereka yang rapat dengan kita, seperti ibu bapa, adik-beradik, bapa atau emak saudara, sepupu. Ini juga tidak bermaksud kita tidak perlu membantu orang jauh tetapi janganlah sehingga meminggirkan orang yang terdekat dengan kita.


Saranan

Bayangkan sekiranya semua umat Islam melakukan seperti saranan Rasulullah s.a.w., in sya Allah tidaklah kesusahan yang wujud membawa kepada kehidupan yang melarat sehingga tidak cukup makan dan minum atau perkara-perkara asas di dalam kehidupan.

Di samping itu, mereka yang bersedekah ini, Allah s.w.t. janjikan kepadanya syurga dan merupakan pendinding daripada api neraka, dan amalan ini juga dapat menjinakkan hati kita sekali gus membuang sifat kesombongan yang wujud di dalam diri.

Ia sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bermaksud: 

"Sesiapa yang sanggup mendinding dirinya daripada api neraka walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma, maka hendaklah dia lakukan. 
(Riwayat Muslim)

Dalam sebuah hadis yang lain daripada Anas, Baginda s.a.w. bersabda bermaksud: 

"Bersedekahlah kamu, sesungguhnya bersedekah itu melepaskan kamu daripada Jahanam."

Begitulah betapa besarnya kelebihan yang akan diperoleh oleh mereka yang bersedekah. Selain itu, bersedekah juga dianjurkan kepada orang lain, sama ada individu atau kumpulan, institusi yang memberikan kita pendidikan serta tidak ketinggalan institusi kebajikan yang sentiasa memerlukan bantuan dan sumbangan para dermawan.

Anjuran bersedekah ini juga digalakkan kepada golongan orang miskin, cuma yang betul-betul Nabi s.a.w. tekankan ialah jangan mengabaikan mereka yang dekat dengan kita, terutamanya anak yatim.

Ia berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Balad ayat 15 bermaksud: 

"(kepada) anak yatim yang ada hubungan kerabat."

Ada hadis yang menyuruh kita bersedekah dengan benda-benda yang elok tetapi yang banyak berlaku sekarang, orang bersedekah dengan benda-benda yang sudah tidak diperlukan lagi?

Seelok-eloknya, apabila kita hendak bersedekah, hendaklah kita memberi benda yang terbaik. Firman Allah bermaksud: 

"Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu manafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahui." 
(Ali Imran: 92)

Mendidik

Ini menjelaskan bahawa al-Quran mendidik manusia supaya menyumbang atau bersedekah dengan apa yang kita sayang untuk mencapai darjat kebaikan. Maka apabila kita bersedekah dengan benda yang tidak kita sayangi atau tidak diperlukan lagi, ia sudah bercanggah dengan kehendak dan perintah Allah kepada kita untuk bersedekah.

Tidak dinafikan juga ada orang yang bersedekah dengan alasan jika tidak diberikan, ia tetap akan dibuang atau menjadi sampah, jadi satu cara ialah dengan bersedekah dan itulah yang berlaku semasa bencana tsunami melanda beberapa buah negara di Asia Tenggara, apabila mereka menerima pakaian yang sewajarnya dilupuskan.

Di sinilah terletaknya sikap kita yang tidak prihatin dan mengambil peluang di atas nama sedekah itu untuk berbuat sebegitu. Hakikatnya, orang Islam atau saudara sesama Islam ini, mereka mempunyai harga diri. Sudahlah dia berada di dalam keadaan susah, kemudian melihat pula bantuan yang tidak seberapa, ia bukannya dianggap sebagai pertolongan kepada mereka, malah satu bentuk hinaan. Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku.

Bagaimana pula halnya mereka yang memberitahu kekurangan barang tersebut sebelum mensedekahkannya dan menyuruh penerima tersebut membuangnya jika mereka tidak menyukainya?

Benda yang hendak disedekahkan itu, mestilah benda yang baik dan boleh dipakai. Sekiranya ia tidak menepati ciri-ciri ini, maka tidak boleh atau tidak sesuai atau tidak menepati ciri barangan untuk dijadikan sedekah.

Ia bersesuaian dengan sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w.. Seorang sahabat meninggal dunia, jadi lelaki tersebut menyebut beberapa perkara sebelum kematiannya.

Di antara tiga perkara yang disebut ialah pertama, Alangkah baik kalau banyak. Kedua, alangkah baik kalau baru dan ketiga, alangkah baik kalau semua sekali.

Maksud daripada 'alangkah baik kalau banyak' ialah, pada suatu hari dia memimpin seorang buta ke masjid. Kemudian apabila sampai ke masjid dipastikan semua urusan si buta itu tadi selesai. Sebelum kematiannya, dia nampak pahala daripada bantuannya. Sebab itulah perasaan terkilannya diluahkan dengan kata-kata tersebut.

Sementara luahan 'alangkah baik kalau baru' pula dikaitkan dengan bantuannya memberikan baju sejuk yang lama kepada seorang sahabat sewaktu menuju ke masjid. Sedangkan baju yang baru, ia pakai.

Begitu juga dengan kekesalan yang ketiga, iaitu sewaktu rumahnya didatangi oleh seorang miskin yang meminta makanan. Kebetulan di rumahnya ada sekeping roti, jadi diberikan separuh daripadanya sahaja. Pemberian separuh itulah menimbulkan penyesalannya kerana tidak diberikan kesemua roti itu.

Itulah yang dikatakan nilai kebaikan atau nilai sedekah yang perlu manusia buat di dalam kehidupan.

Adakah kisah-kisah yang boleh dikongsikan dengan pembaca mengenai sejarah Nabi bersedekah pada bulan puasa?

Tidak ada disebut secara tepat, cuma dibayangkan pada bulan puasa sifat pemurah Baginda sebagaimana diceritakan oleh Aisyah: "Seperti angin yang bertiupan." Buktinya sehinggakan Baginda tidak meninggalkan sebarang harta selepas pemergiannya.

Sekarang ini, sikap prihatin, sedih dan insaf tidak cukup. Selain itu, seseorang mestilah bertindak mengambil sesuatu langkah yang diperlukan. Barulah ada maknanya rasa kasihan dan sedih.

Rasulullah s.a.w. ada menyebut mengenai suruhan dan galakan bersedekah, sebagaimana Baginda bersabda yang maksudnya: 

"Mana-mana orang mukmin yang memberi makanan kepada seorang mukmin yang lain kerana kelaparan, maka Allah akan memberi makanan kepadanya pada Hari Kiamat daripada buah-buahan Syurga. Dan mana-mana orang mukmin yang memberi minuman kepada seorang mukmin yang lain kerana kehausan, maka Allah akan memberi minuman kepadanya pada Hari Kiamat daripada tamar Syurga yang termetri bekasnya. Dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakaian kepada seorang mukmin yang lain kerana tidak berpakaian, maka Allah akan memberi pakaian kepadanya daripada pakaian Syurga yang berwarna hijau." 
(Riwayat Tirmizi dan Abu Daud).

Soal sedekah ini payah dilakukan kerana ia melibatkan satu sumbangan benda yang kita sayangi. Berbeza dengan amalan lain seperti sembahyang, berzikir, bantuan tenaga dan lainnya. Apatah lagi, pulangan daripada sedekah ini tidak nampak dengan mata kasar.

Hakikatnya, apabila kita bersedekah, harta kita bertambah. Inilah janji Allah kepada mereka yang melaksanakannya sejajar dengan hadis Baginda s.a.w. bermaksud: 

"Ya Allah, berikanlah orang yang menginfakkan harta mereka dan bersedekah itu balasannya." 

Doa ini bukan sahaja daripada orang miskin tetapi doa malaikat itu sendiri. Bagaimana pula dengan sindiket-sindiket tertentu yang menggunakan penipuan dalam meminta sedekah?

Apabila kita bersedekah, ganjaran pahalanya tetap diperoleh. Pernah berlaku pada zaman Nabi s.a.w., orang bersedekah kepada penzina, orang kaya dan pencuri. Ramai kalangan sahabat mempersoalkannya. Malah Nabi s.a.w. membenarkannya dengan harapan melalui pemberian sedekah tersebut ia membantu mengubah mereka ke arah yang lebih baik.

Barangkali sedekah ini agak sukar dilakukan kerana syaitan sentiasa membisikkan kepada manusia bahawa dengan bersedekah kamu akan fakir.

Kita mungkin tidak terfikir sehingga ke tahap miskin tetapi `habis duit aku'. Itu sebenarnya bisikan syaitan, sedangkan banyak janji Allah bagi orang yang banyak melakukan sedekah sehingga dengan melakukannya, ia boleh memadamkan kemarahan dan kemurkaan Allah.

Selain itu juga, sedekah juga membina akhlak manusia itu. Ia bukan sekadar bercakap baik tetapi akhlak pun baik, dan ia perlu datang dari hati. Oleh itu, hati ini kita kena pupuk, termasuklah membuangkan rasa cinta pada dunia dengan jalan bersedekah.

Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku,berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 24 Februari 2013

Dua Orang Sahabat



Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada dua orang sahabat baik yang bekerja sebagai pengembala kambing. Pada suatu hari, sahabatnya yang pertama bertanya kepada sahabatnya yang kedua.

"Apakah benar engkau sahabatku yang sebenar benar sahabat??

Maka sahabatnya yang kedua menjawab.

"Bukankah kita telah bersama semenjak masih kecil, dan membesar bersama2? Aku tidak pernah mengkhianati dirimu. Apa lagi yang mampu aku jadikan bukti bahawa aku benar2 sahabat mu? 

Sahabat yang pertama tadi membentak, "Sesungguhnya kamu lah manusia paling pendusta."

Sahabatnya kedua tadi kehairanan dan bertanya apakah kesalahannya sehingga sahabatnya itu melayannya seperti itu. 

Sahabat pertama tadi menjawab."Pulanglah kau kerumah, carilah jawapannya, dan esok datanglah kau berjumpa aku." 

Sehari harian, sahabat kedua tadi mencari punca dia dimarahi oleh sahabatnya. Sedangkan sahabatnya itu tidak pernah berkelakuan seperti itu sebelum ini. Keesokan harinya, pergilah dia bertemu dengan sahabatnya itu.

Wahai sahabat, puas sudah aku mencari jawapan untuk soalan mu, tapi tidak juga kutemui." katanya sambil menangis."Katakanlah wahai sahabat, apa kesalahanku?

Sahabat yang pertama merenung wajah sahabat kedua. 

"Pernahkah kau mengingatkan aku supaya mengucapkan dua kalimah syahadah, atau berselawat keatas junjungan ketika kita berehat dari lelah bekerja dan bersembang kosong?" sahabatnya menggeleng.

"Pernahkah kau mengingatkan aku supaya segera solat dan kebaikan segera bersolat setiap kali azan dikumandangkan?

Sahabatnya menggelengkan kepala. 

"Pernahkah kau menasihatkan aku supaya berpuasa setiap hari pada bulan ramadhan?
Sahabatnya menggeleng lagi.

"Pernah jugakah kau mengingatkan aku mengenai tanggungjawab ku supaya berzakat?
Sahabatnya menggeleng lagi seraya menangis. 

Namun sahabat pertama tadi mneruskan soalannya. 

"Dan soalan ku yang terakhir/ Pernahkah kau mengajak aku menunaikan haji setiap kali kita dikurniakan lebihan rezeki?

Sahabat kedua mendiamkan diri sambil menengis teresak esak. 

"Tidak pernah bukan? Maka tidak layaklah engkau bergelar sahabat padaku. Engkau tidak pernah membantu aku melarikan diri dari neraka jahanam.  Pergilah kau, mulai hari ini kita bukan lagi sahabat.



Moral:

Pernahkah kita melihat kedalam diri kita? Layakkah kita untuk bergelar seorang sahabat? Dan pandanglah teman yang sering kehulu kehilir bersama kita. Layakkah dia menjadi sahabat kita? Renungkan sendiri dengan mata hati, bukan dengan membuta tuli. Perbaikilah diri, mungkin suatu hari kita layak untuk bergelar sahabat sejati dan hakiki. Berhati-hati memilih sahabat agar tidak terpilih sahabat yang menjerumuskan kita kedalam neraka jahanam!

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 23 Februari 2013

Ejen-ejen Fitnah



Mari kita sama-sama mengenal wukalaa` (ejen-ejen) yang menimbulkan FITNAH.......

Dan telah mengeluarkan Abu Nu'aim rah.a. di dalam kitab Al-Hilyah (1:274) daripada Huzaifah r.a., katanya....(mafhumnya kira-kira).......: 


" Sesungguhnya FITNAH itumuncul / terjadi / terbit / datang menerusi / melalui tiga ejen.

Ejen yang pertama : ialah menerusi al-haadd an-nihriir yang mana tidak muncul / terbit / naik baginya sesuatu melainkan dia akan menumpaskan dengan pedang (iaitu mengekang, memaksa dan menundukkan). 

Dan ejen yang kedua : ialah menerusi khatiib / pengkhutbah / jurubicara / penceramah / penda'wah / pensyarah / penyeru / pengajak / mubayyin / pemidato/ (dsbnya) yangmenyeru / mengajak / menda'wah kepada fitnah itu sendiri. 

Dan ejen yang ketiga : ialah menerusi as-sayyid / pemimpin / kepala / ketua / pemuka / penghulu / boss / majikan / pemerintah / penguasa / pentadbir/ pengurus / pengarah / policymaker / decision maker / master / chief / leader / (dsbnya). 

Maka ada pun (mengenai) ejen yang pertama dan yang kedua di atas, maka fitnah itu sendiri akan dibentangkan / ditelungkupkan / dilemparkan ke wajah-wajah mereka sendiri. 

Dan ada pun(mengenai) ejen ketiga itu (as-sayyid), maka fitnah itu sendiri akan mencarinya / menuntutnya sehingga fitnah itu akan mengenakan bala` terhadap apa yang ada disisinya (iaitu bala` akan datang kepada segala kepunyaannya seperti harta-kekayaan, pangkat-gelaran-jawatan, anak-isteri-keluarga dsbnya)".

Begitulah terjemahan kasarnya.

Agak sukar bagi saya untuk menterjemahkan atau mencari istilah Melayu yang tepat dan berkesan bagi kalimah al-haadd an-nihriir. Bagaimana pun berikut diberikan imbasan-imbasan ma'na bagi kalimah itu satu persatu.

Al-haad : An-nasyiit wa as-sarii' fii al-umuur al-maadhii fiihaa (iaitu orang yang sangat nasyiit / cergas / aktif / giat / rajin / sigap / tangkas / cekap / brisk / lively / spirited / animated / busy / energetic / enthusiastic dan sangat sarii' / cepat / sensitif / cerdas / lekasmengerti / bersegera / fast / quick /  prompt /  easily affected /quick-witted dalam urusan-urusan / perkara-perkara yang telah berlalu padanya). 

An-nihriir : Al-fatin al-basiirbi kulli syaiin ( iaitu orang yang sangat fatin / bijak / pandai / cerdas / mengerti / faham / tajamakal / clever / smart / astute / sagacious / perspicacious / bright / intelligent dan sangat basiir / boleh melihat / pandai / arif / bijaksana / berakal / acutely aware / possessing knowledge orunderstanding / discerning / discriminating / versed / knowledgeable / proficient / acquainted dengan / dalam / mengenai / tentang segala sesuatu).

Pendekata al-haadd an-nihriir adalah golongan atau para intelektual, cerdik pandai, cendekiawan, mereka yang terpelajar (educated), orang-orang yang mempunyai ijazah / sijil, orang-orang yang terlatih, berpengalaman dan mahir (skilled), pakar-pakar / experts, dsbnya..... 

Golongan pensyarah-pensyarah universiti / academicians ( tetapi tak termasuk saya sebab saya adalah seorang yang ummiy ?!) dan segala pegawai-pegawainya lain sudah tentulah termasuk dalam kategori ini.

Haai..!! Sekali fikir rasanya lebih baik jadi orang biasa / awam atau jadi orang 'bodoh' pulak, kerana nampaknya orang-orang seperti ini tidak termasuk dalam kategori ejen-ejen FITNAH...!!

Jadi ternyata kepandaian / kepakaran dan ilmu semata-mata belum tentu lagi membentuk jiwa seseorang hamba Allah s.w.t. itu kepada taraf yang sebenarnya yang dikehendaki Allah s.w.t. jika tidak disuburi bersama keimanan dan ketaqwaan. Malah orang-orang yang sebegini merupakan pendukung-pendukung kerosakan, mungkar dan fitnah, penabur-penabur fitnah...... 

Begitu pun juga dgn golongan-golongan khatiib / penceramah / penda'wah / dsbnya (sebagai ejen kedua) dan dengan golongan-golongan pemimpin / kepala / ketua / pemerintah / dsbnya (sebagai ejen ketiga) jika tidak diiringi dgn ketaqwaan yg sebenarnya. Penabur Fitnah nombor wahid adalah Ibliis.......walhal dialah yang tersangat 'alim, bekas ketua para malaikah, bekas penghuni syurga...dsbnya.

Alangkah sucinya kehidupan pak tani, nelayan dsbnya.... bangun pagi solat subuh turun ke bendang / laut.........tanam sayur / padi......toreh getah dsbnya,......tangkap ikan......solat zohor...qoilulah...... solat asar ........tilaawah Al-Quraan.......dan.....zikrullah.... dan..........., tak ada masa untuk menabur mungkar dan fitnah, tak ada pena untuk mencoret fitnah, tak ada masa untuk E-mailkan fitnah, takada masa untuk berada di meeting tables atas maqsud agenda-agenda fitnah, tak ada idea / teori untuk menabur, menyuburkan dan mengempen fitnah... dsbnya...!!!

Bagaimana kata antum pulak ?!

Semoga setelah kita mendengar keterangan Huzaifah r.a. ini, dapatlah kita dengan izin Allah s.w.t. menjaga diri kita daripada menjadi sumber FITNAH. Semoga Allah s.w.t. memelihara diri kita, ibubapa kita, isteri-isteri / suami kita, anak-anak kita, zuriat-zuriat kita, seluruh kaum kerabat kita, para muslimiin / muslimaat mu`miniin / mu`minaat daripada menjadi ejen-ejen FITNAH DAN KEMUNGKARAN. Wallaahu a'lam.

kredit: Ustaz Jalil


Salam Ukhuwah..~

Jumaat, 22 Februari 2013

Solat Seperti Bebudak_Tazkirah



Pernah kita ke masjid? Atau ke surau untuk solat ? Selalunya terdapat kekanak kecil yang ikut sama solat? Cuba perhatikan bagaimana sesetengah mereka solat.

Mula-mula berdiri tegak .Lepas itu perhati kiri-kanan , atas-bawah , kemudian lari keliling , siap gurau-gurau dengan rakan sebaya. Bila tengok macam tu biasanya kita geleng kepala. Kekadang geram dengan ibu bapa yang bawa anak-anak yang sebegitu kan ..?

Tanpa sedar kita yang 20~30 tahun yang dah solat ini lebih kurang sama macam mereka juga, atau mungkin lebih teruk daripada mereka. 


Kenapa pulak ? 

Kalau kekanak tu main-main kat situ jer , tapi kita ? Mula-mula solat ok , berdiri tegak kat situ. Tapi, tak sampai beberapa saat kita dah terbang jauh, pergi KL, Ipoh, Johor Baharu, luar negara pun ada. Kalau kaum wanita, kekadang siap memasak, tengok tv, shopping sakan pun ada. Yang lelaki pulak siap attend meeting, service kereta lagi. Macam-macam yang kita buat, kekadang sampai kita lupa solat dah berapa rakaat.


Tak ke kes kita lebih berat daripada kekanak tadi ?

Masa ini rasa-rasanya jiwa kita tenang ke sebaliknya? Kalau selalu rasa nak marah, geram, dengki, sampai rasa tak tenteram, mari kita check balik bagaimana solat kita. Adakah dibuat secara ritual saja atau beserta roh di dalamnya?

Allah kata orang yang tenang jiwanya ialah orang yang khusyuk solatnya. Kalau rasa jiwa tidak tenang, marilah kita review balik solat kita.

Pesanan ini untuk diri saya juga. Yang kekadang dalam solat terlintas fikiran nak tulis apa dalam blog kali ini.

Astagfirullah al Azim...


Salam Ukhuwah..~

Khamis, 21 Februari 2013

CCTV + Smartfon


Dengan perkembangan teknologi pada masa kini anda mampu memantau aktiviti di ruang pejabat atau rumah anda menerusi smartfon anda. Smartfon disini membawa maksud talipon mudah aleh yang boleh mengakses internet serta berkeupayaan mempamer video. Jikalau henfon anda mampu menonton video dari Youtube bermakna henfon anda mampu memantau keadaan dirumah anda.

Selain memantau keselamatan anak yang anda tinggalkan bersama pekerja asing dirumah anda, anda juga dapat memantau anak remaja anda yang membawa pulang buah hatinya. Mungkin ada babak yang anda tidak sanggup tonton yang telah dilakonkan oleh anak remaja anda atau isteri anda sendiri.

Perkhidmatan kami sedia berkhidmat bagi memasang kamera tersembunyi (jenis kecil) dirumah atau di pejabat anda. Dengan harga kawan-kawan anda mendapat beberapa perkara, antaranya;

1. Paparan yang anda tonton di dalam skrin henfon anda adalah siaran langsung atau LIVE.

2. Perakam tidak diletak didalam rumah atau pejabat anda, sebaliknya menerusi internet rakaman tersebut disimpan dalam server ditempat lain. Jadi anda tidak perlu risau kemungkinan kamera tersebut dijumpai dan pelaku memusnahkan perakam (recorder).

3. Rakaman boleh di main-semula pada bila-bila masa yang anda mahu.

4. Rakaman juga boleh diedit untuk mengambil sebahagian yang anda rasa perlu untuk dijadikan bukti untuk dimuat-naik semula ke dalam henfon anda.

3.  Siaran langsung 24 jam untuk tontonan anda sahaja.

Bagi menonton siaran tersebut anda perlu memiliki kata-kunci untuk anda sendiri. Tanpa kata-kunci anda tidak akan dapat menonton channel milik anda kerana setting yang kami buat hanya untuk tontonan anda sahaja. Keselamatan kata-kunci sama dengan keselamatan kad kredit anda.

Untuk ulang tonton anda boleh menontonnya melalui Laptop atau PC anda juga dengan syarat anda memasukkan kata-kunci serta jangan lupa logout.

Bagi memasang sistem ini dirumah atau pejabat anda harus ada sambungan tetap talian internet seperti Streamyx, Unifi, P1 atau yang seangkatan dengannya dan mestilah kekuatan sekurang-kurangnya 1 mbps. Jikalau kekuatan lebih dari 1 mbps lebih memudahkan kerja penghantaran data dari camera kepada server untuk dirakam dan gambar videonya lebih jelas dan bermutu tinggi.

Bagi sesiapa yang berminat boleh menghubungi 017 2432392, sms pun boleh.


Salam Ukhuwah..~

Rabu, 20 Februari 2013

Kelazatan Di Malam Hari

Gambar sekedar hiasan sahaja

Abu Sulaiman Ad-Daroniy roh.a. telah berkata (mafhumnya) ;

BAGI AHLI AT-TA'AT (ORANG2 YG MENTA'ATI ALLAH SWT) ITU PADA MALAM HARI MEREKA ADALAH LEBIH LADZAT DARIPADA AHLI Al-LAHW (AHLI2 HIBURAN /ORANG2 YANG BERMAIN-MAIN) DENGAN HIBURAN ATAU PERMAINAN MEREKA . DAN KALAULAH TIDAK (KERANAADANYA) MALAM HARI MAKA AKU TIDAK GEMAR (TIDAK SUKA) LAGI UNTUK TINGGAL (BAKI2) DI DUNIA INI .

Begitulah kira2nya terjemahan kasar daripada Sifah As-Sofwah, susunan Al- Imam Al-'Alim Jamaluddin Abil Faroj Ibnu Al-Jauziy roh.a., mujallad 4, halaman 228.

Begitulah haqiqatnya.....bagi orang yang dekat dengan Allah swt, malam hari adalah peluang yang sebesar2nya untuk bertaqorrub dengan Allah swt.

Sehubungan dengan keterangan Abu Sulaiman roh.a. diatas mari kita segarkan kembali kisah Sayyidina 'Umar bin Al-Khattab r.a.

Dan demikian jugalah dengan `Umar bin Al-Khattab r.a., tidak ada baginya suatu waktu untuk tidur padanya. Maka adalah beliau (iaitu `Umar r.a.) mengantuk (tersengguk2) walhal beliau r.a. berkeadaan sedang duduk.

Maka dikatakan/ditanyakan kepada beliau r.a. : Wahai Amiirol- Mu`miniin,tidakkah tuan tidur ?

Jawab beliau r.a. (mafhumnya) : Bagaimana aku dapat tidur ? Andaikata aku telah tidur pada siang hari (maka ini berma'na) aku telah merosakkan (mengabaikan) akan urusan2 para muslimiin !! Dan andaikata aku telah tidur pada malam hari (maka ini bermakna) aku telah merosakkan (mengabaikan) akan keuntunganku (kebahagian yang akan ku perolehi) daripada Allah `Azza wa Jalla !!

Sebenarnya fikroh dan kefahaman orang2 dahulu daripada peringkat para Sahabat r.a. serta para tabi'iin /tabi'ut-tabi'iin adalah selari jika kita mengkajinyas ecara halus....

Cuma fikroh dan kefahaman kita sahaja yg telah jauh menyimpang...... Lantaran itu amalan kita lebih jauh lagi menyimpang.

Ketagihan ahli2 hiburan dengann hiburan mereka adalah ketara sekali. Perhatikan para penyanyi dengann alam nyanyian2 mereka ... Malah (sebagai contoh) keterselahan bagi sebahagian orang2 Melayu dalam meminati (merasa keladzatan) dengann filem2/ lagu2 Bollywood adalah nyata sekali. Tapi bagi ahli2 ta'at keladzatan mereka adalah dalam bertaqorrub dengann Allah swt (lebih2 lagilah di malam2 hari), dan sebenarnya mereka merasa jauh terlebih lazat lagi....itulah yang telah digambarkan oleh Abu Sulaiman roh.a. diatas.

Apakah kita juga merasa lazat bila tiba malam hari ? Atau cuma kita bersedia untuk menonton TV dan terus tidur hingga ke pagi ? Dan itulah routine 'amalan malam kita ? Atau bagaimana ? Apa kata anda ?

Walloohu A'lam Semoga kita sama2 mengambil i'tibaar... Wassalamu'alaikum wrb...


 [1] LAHW : hiburan.
[2] AMAAKIN AL-LAHW : tempat2 hiburan.


kredit: MUFRODAAT 

Salam Ukhuwah..~

Selasa, 19 Februari 2013

Berkenaan Imam Mahdi

Gambar hiasan awan yang menegak yang dirakam melalui jendela kapal terbang.


1)Dari Jabir bin Abdullah ra katanya ; "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, : "Sentiasa ada di kalangan umatku golongan yang berperang di atas kebenaran, mereka sentiasa zahir hingga hari Qiamat. Sabdanya lagi: "Kemudian turun Isya bin Maryam AS dari langit, dan berkata pemimpin mereka (Imam Mahdi), silalah menjadi imam solat kami dan Nabi Isya menjawab, tidak, bahawa sebahagian Kamu sebagai kemuliaan Allah SWT ke atas umat ini (umat Islam) . 
Hadtih riwayat Muslim.


2)Dari Ali bin Abu Talib bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Al-Mahdi itu dari ahlul bait, Allah membawa kebaikan dengannya dalam satu malam. 

Hadith riwayat Imam Ahmad.


3) Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda : "Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman. 

Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.


4)Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; "Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunnahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan kasil dan darinya bumi dipenuhi dengan kedurjaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di baitul Maqdis. 

Hadith riwayat At-Tabarani.


5) Dari Aishah ra katanya, Rasulullah SAW telah bersabda : "Al-Mahdi itu seorang lelaki dari cucuku, ia akan berperang atas Sunnahku seperti aku berperang atas wahyu". 

Hadith riwayat Na'im bin Hammad.

Dari Said bin Al-Musaiyab dari Ummu Salmah yang berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Al-Mahdi itu dari keturunanku dari anak cucu Fatimah". 
Hadith riwayat Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, An-Nasa'i, At-Tabarani dan Al-Hakim

Tanda-tanda Kedatangan Imam Mahdi

Di antara tanda-tanda menunjukkan kemunculan Al-Mahdi itu ada beberapa perkara:

1. Pecah Sungai Furat yang terbesar dalam negeri Iraq masuk ke Laut Parsi.

2. Gerhana bulan pada awal malam daripada bulan Ramadhan dan gerhana matahari dari awal bulan Ramadhan.

3. Gerhana bulan dua kali dalam bulan Ramadhan

4. Naik tanduk di langit umpama beberapa gigi.

5. Naik bintang yang berekor yang cerah di sebelah timur

6. Zahir api yang besar dari timur selama tiga malam atau tujuh malam.

7. Zahir kelam pada langit.

8. Zahir merah pada langit yang berhamburan ia pada segala tepi langit yang lain daripada merah di tepi langit yang biasa.

9. Seruan yang umum dari langit kepada sekelian ahli bumi dengan loghat masing-masing bahawa Al-Mahdi telah zahir.

10. Tenggelam kampung Khrastan di dalam negeri Syam (Syria).

11. Diserukan daripada langit akan nama Imam Mahdi dengan seruan yang tersangat kuat hingga didengar oleh ahli bumi danipada Timur ke Barat. Maka orang yang tidur menjadi jaga, orang yang berdiri menjadi duduk dan orang yang terduduk menjadi terdiri di atas kedua kakinya kerana terlalu terkejut.

12. Zahir jemaah dari lelaki atau kuda di dalam bulan Syawal. Kemudian maka kedengaran suara yang menunjuk atas yang bathil. Peperangan dalam bulan Zulhijjah serta ramai sehingga mengalir darah di atas Jamratul Aqabah di Mina (tempat melontar).

13. Zahir banyak gempa bumi.

14. Datang dua seruan dari langit. Seruan yang pertama ia itulah seruan daripada langit dengan katanya, “Ketahuilah olehmu akan bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya keluarga Muhammad.” (Dan seruan kedua) ia itulah seruan syaitan dengan katanya, “Ke­tahuilah olehmu bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya dari keluarga Isa.” 

(Lihat Ad­Duratun Nafi’ah Fi Isyratis Sa’ah)



..... dah .. semua pergi buat kerja masing-masing .. jangan dok berangan nak tengok Imam Mahdi .. nanti tak siap semua kerja.


kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Isnin, 18 Februari 2013

Maksiat Dan Cara Meninggalkannya


Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (yang diperintah oleh Allah dan Rasul Nya), kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat (maksiat) hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar).

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya."

Apabila sesaorang melakukan sesuatu maksiat, maka sebenarnya ia melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badannya, bermakna ianya telah menyalahgunakan nikmat anggota yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan kepadanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda : 

"Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanyai akan kepimpinannya". 
Riwayat Bukhairi dan Muslim dari Ibnu Umar R.A.

Semua anggota akan menjadi saksi diatas segala perbuatan di Padang Mahsyar.

Firman Allah s.w.t : 

"Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu)." 
- Surah An Nur : Ayat 24.

"Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu)." 
- Surah Yassin : ayat 65.

1)Menjaga Mata Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.

2)Menjaga Telinga Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain.

Rasulullah s.a.w. bersabda : 

"Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa) dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat."

3)Menjaga lidah. Ldah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka.

Rasulullah s.a.w. bersabda : 

"Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun." 
- Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A.

Jagalah lidah mu dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.

4)Menjaga perut Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.

5)Menjaga Kemaluan Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharam kan oleh Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. :

"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela." 
-Surah Al Mukminun : Ayat 5-6.

6)Menjaga Dua Tangan Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.

7)Menjaga Dua Kaki Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim.

Firman Allah s.w.t. : 

"Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka."
- Surah Hud : ayat 113.

Kesimpulannya : Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. bermakna kamu tidak bersyukur (kufur) terhadap nikmat yang diberikan Nya kepada kamu.

Sabda Rasulullah s.a.w. : 

"Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh)ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah s.w.t. (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat). "
- Riwayat At Tirmizi.

Petikan dari Bidayatul Hidayah (Imam Al Ghazali) - Jazakumullahu khairan

Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan sebarang salah dan khilaf, disengaja atau tidak adalah daripada saya sendiri... Mudah-mudahan ianya dapat dijadikan panduan dalam mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. 

"Aku tinggalkan dikalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua nya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w." 
- (Imam Malik)

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Ahad, 17 Februari 2013

Kesah Adek Beradik


Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam-macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik-adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.

Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya.

Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.

Tajuk persidangan kita hari ini adalah, "Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan." Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,"Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan. Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi."

Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.

"Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu."

Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik-beradik yang lain.

Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.

"Hoi monyet...senyaplah... pengkhianat!" Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.

Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Kamu, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.

Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kununnya mesyuarat tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami."

"Selamatkan adik kami yang kelemasan."

Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kununnya tergempar itu.

Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner "Selamatkanlah adik kami yang kelemasan" setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.

Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal. Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan... adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik....

Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.

catatan...
+ adik perempuan itu bernama Palestin.
+ adik lelaki itu bernama Iraq
+ abang-abang itu negara Arab yang kaya raya
+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.
+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam
+ mesyuarat itu pula ada mesyuarat OIC
+ bapa yang mati adalah khalifah

Wallahu'alam.


Salam Ukhuwah..~

Sabtu, 16 Februari 2013

Perkara Yang Merusakkan Ukhuwah

Gambar sekadar hiasan sahaja.


" Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu ( yang bertelingkah ) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. "
Q.S Al-Hujuraat : 10

" Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara ( dalam suasana kasih mesra ), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing."
Q.S Al-Hijr : 47

Berapa banyak kehidupan yang berubah menjadi keras ketika ikatan persaudaraan telah pupus, ketika sumber-sumber kecintaan kerana Allah telah kering, ketika individualisme telah menggeser nilai-nilai persaudaraan, saat itu setiap individu berada dalam kehidupan yang sukar, merasa terpisah menyendiri dari masyarakatnya.

Kebanyakan manusia pada umumnya, perilaku mereka telah tercemar oleh perkara-perkara yang dapat merosakkan persaudaraan, yang terkadang mereka menyedari perkara tersebut, dan terkadang tidak menyedarinya.

Oleh sebab itu, kami akan mencuba memaparkan beberapa perkara yang dapat merosakkan persahabatan dan persaudaraan. Sebelumnya, akan kami kemukakan terlebih dahulu beberapa hadith dan perkataan para ulama' salaf mengenai
hubungan persaudaraan.

Dalam sebuah hadith yang menerangkan tentang tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah di hari tiada naungan kecuali naungan Allah, Rasulullah s.a.w. menyebutkan salah satu di antaranya adalah,


" Dan dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah, mereka berkumpul dan berpisah keranaNya. "
HR Bukhari dan Muslim

Dan di dalam sebuah hadith qudsi, Allah berfirman;

" Orang-orang yang saling mencintai keranaKu, berhak atas kecintaanKu "
HR Malik dan Ahmad

Muhammad bin Munkadir ketika ditanya tentang kenikmatannya dalam kehidupan ini, beliau menjawab, " Ketika bertemu dengan saudara-saudara ( sahabat-sahabat ), dan membahagiakan mereka."

Al-Hasan berkata, " Kami lebih mencintai sahabat-sahabat kami dari pada keluarga kami, kerana sahabat-sahabat kami mengingatkan kami akan kehidupan akhirat, sedangkan keluarga kami mengingatkan kami akan kehidupan dunia."

Khalid bin Shafwan berkata, " Orang yang lemah adalah yang sedikit menjalin persaudaraan. "

Perhatikanlah beberapa perkataan di atas, baik dari ayat-ayat Allah, hadith, mahupun perkataan para ulama, kemudian lihatlah pada kenyataan tentu akan menunjukkan kebenarannya. Siapakah yang menolongmu untuk mampu tetap teguh
memegangi hidayah? Siapakah yang meneguhkan kamu untuk tetap istiqamah? Siapakah yang menemani kamu ketika dirundung bencana dan malapetaka? Kerana itu Umar pernah berkata, " Bertemu dengan para ikhwan dapat menghilangkan kegalauan dan kesedihan hati. "

Jika demikian, bagaimana mungkin seorang yang berakal akan mengesampingkan ukhuwah dan lebih memilih kehidupan yang kacau dan hingar bingar.



Perkara-Perkara Yang Dapat Merosakkan Ukhuwah, Di Antaranya Adalah :

1. Tamak Dan Rakus Terhadap Dunia, Terhadap Apa-Apa Yang Dimiliki Orang Lain.

Rasulullah s.a.w. bersabda;

" Zuhudlah terhadap dunia, Allah akan mencintai kamu. Zuhudlah terhadap apa yang dimiliki oleh manusia, mereka akan mencintai kamu. "
HR Ibnu Majah

Jika kamu tertimpa musibah, mintalah musyawarah kepada saudaramu dan jangan
meminta apa yang engkau perlukan. Sebab jika saudara atau temanmu itu memahami keadaanmu, ia akan terketuk hatinya untuk menolongmu, tanpa harus meminta atau menitiskan airmata.

2. Maksiat Dan Meremehkan Keta'atan.

Jika di dalam pergaulan tidak ada nuansa zikir dan ibadah, saling menasihati, mengingatkan dan memberi pelajaran, bererti pergaulan atau ikatan persahabatan itu telah gersang disebabkan oleh kerasnya hati dan perkara ini boleh mengakibatkan terbukanya pintu-pintu kejahatan sehingga masing-masing akan saling menyibukkan diri dengan urusan yang lain. Padahal Rasulullah s.a.w. bersabda;

" Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, tidak menzaliminya dan tidak menghinakannya. Demi Zat yang jiwa Muhammad ada di tanganNya, Tidaklah dua orang yang saling mengasihi, kemudian dipisahkan antara keduanya kecuali hanya kerana satu dosa yang dilakukan oleh salah seorang dari keduanya. "
HR Ahmad

Ibnu Qayim, dalam kitab "Al-Jawabul Kafi" mengatakan, " Di antara akibat dari perbuatan maksiat adalah rasa gelisah ( takut dan sedih ) yang dirasakan oleh orang yang bermaksiat itu untuk bertemu dengan saudara-saudaranya. "

Orang-orang ahli maksiat dan kemungkaran, pergaulan dan persahabatan mereka tidak dibangun atas dasar ketakwaan melainkan atas dasar kebendaan sehingga akan dengan mudah berubah menjadi permusuhan. Bahkan perkara itu nanti akan menjadi beban di hari kiamat. Allah s.w.t. berfirman;

" Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada
setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa ( iman dan amal soleh ). "

Q.S Az-Zukhruf : 67

Sedangkan persahabatan kerana Allah, akan terus berlanjutan sampai di syurga; 

" Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara ( dalam suasana kasih mesra ), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing. "
Q.S Al-Hijr : 47

3. Tidak Menggunakan Adab Yang Baik (Syar'i) Ketika Berbicara.

Ketika berbicara dengan saudara atau kawan, hendaknya seseorang memilih perkataan yang paling baik. Allah berfirman;

" Dan katakanlah ( wahai Muhammad ) kepada hamba-hambaKu ( yang beriman ), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik ( kepada orang-orang yang menentang kebenaran ); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka ( yang mukmin dan yang menentang ); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia. "
Q.S Al-Israa : 53

Dalam sebuah hadith Nabi s.a.w. bersabda;

" Kalimah thayibah adalah shadaqah. "
HR Bukhari

4. Tidak Memperhatikan Apabila Ada Yang Mengajak Berbicara Dan Memalingkan Muka Darinya.

Seorang ulama salaf berkata, " Ada seseorang yang menyampaikan hadith sedangkan aku sudah mengetahui perkara itu sebelum ia dilahirkan oleh ibunya. Akan tetapi, akhlak yang baik membawaku untuk tetap mendengarkannya hingga ia selesai berbicara. "

5. Banyak Bercanda Dan Bersenda Gurau.

Berapa ramai orang yang putus hubungan satu sama lainnya hanya disebabkan oleh canda dan senda gurau.

6. Banyak Berdebat Dan Berbantah-Bantahan.

Terkadang hubungan persaudaraan terputus kerana terjadinya perdebatan yang sengit yang boleh jadi itu adalah tipuan syaitan. Dengan alasan mempertahankan aqidah dan prinsipnya padahal sesungguhnya adalah mempertahankan dirinya dan kesombongannya. Rasulullah s.a.w. bersabda;

" Orang yang paling dibenci di sisi Allah adalah yang keras dan besar permusuhannya. "
HR Bukhari dan Muslim

Orang yang banyak permusuhannya adalah yang suka mengutarakan perdebatan, perbalahan dan pendapat.

Tetapi debat dengan cara yang baik untuk menerangkan kebenaran kepada orang yang kurang faham, dan kepada ahli bid`ah, perkara itu tidak bermasalah. Tetapi, jika sudah melampaui batas, maka perkara itu tidak diperbolehkan. Bahkan jika perdebatan itu dilakukan untuk menunjukkan kehebatan diri, perkara itu malah menjadi bukti akan lemahnya iman dan sedikitnya pengetahuan.

Jadi, boleh juga dengan perdebatan ini, tali ukhuwah akan terurai dan hilang. Sebab masing-masing merasa lebih lebih kuat hujjahnya dibanding yang lain.

7. Berbisik-Bisik ( Pembicaraan Rahsia )

Berbisik-bisik adalah merupakan perkara yang remeh tetapi mempunyai pengaruh yang dalam bagi orang yang berfikiran ingin membina ikatan persaudaraan.

Allah s.w.t. berfirman;

" Sesungguhnya perbuatan berbisik ( dengan kejahatan ) itu adalah dari ( hasutan ) Syaitan, untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman berserah diri. "
Q.S Al-Mujaadalah : 10

Rasulullah s.a.w. bersabda;

" Jika kalian bertiga, maka janganlah dua orang di antaranya berbisik-bisik tanpa mengajak orang yang ketiga kerana itu akan dapat menyebabkannya bersedih. "
HR Bukhari dan Muslim

Para ulama berkata, " Syaitan akan membisikkan kepadanya dan berkata, ' Mereka itu membicarakanmu'." Maka dari itu para ulama mensyaratkan agar meminta izin terlebih dahulu jika ingin berbisik-bisik ( berbicara rahsia ). Wallahu?alam Bisshawab

kredit: mymasjid


Salam Ukhuwah..~