Selasa, 1 Januari 2013

Khasiat Cuka Kurma Bersama Madu Lebah


Minggu lepas Tok Wan ke Telok Intan, distinasi tepatnya ialah Kampung Sungai Jejawi Telok Intan, Perak.

Tok pergi dengan sepupu yang memang kerja dia bawa teksi di Kuala Lumpur, so haritu dia off bawa penumpang kerana kebetulan bapa sedara kami sakit di Telok Intan ringkas cerita nak pergi ziarah bapa sedara.

Tapi nak jadi cerita singgahlah kat Masjid Nurul Hidayah, masjid utama dalam kampong tersebut. Disitu terserempak pula dengan dR Sam Rasputin yang terkenal dengan lagu 'Saya Anak Malaysia' pada awal 80an dulu. Tapi kali ini dR Sam bukan menjelajah sebagai penyanyi tapi sebagai pendakwah.


dR Sam Rasputin sedang memberi ceramah selepas solat maghrib.

Tapi yang tok nak cerita sebenarnya bukan dakwah dR Sam Rasputin tapi tentang cuka kurma. Memang sudah lama tok dengar berkenaan cuka kurma, namun hari itu ada seorang jemaah yang datang dari Bukit Beruntung membawa cuka kurma untuk dijual. Nasib menyebelahi tok maka cuka kurma tersebut tok beli untuk dibawa balik. Masalah madu tak menjadi perkara sebab dirumah tok sentiasa ada madu lebah.

Cuka kurma ialah cuka yang dihasilkan dari pohon kurma, cuka nipah yang banyak terdapat dinegara kita memang dihasilkan oleh pokok nipah. Err...barangkali ramai yang tak kenal pokok nipah. Kalau nak kenal pokok nipah dalam zaman internet ini senang jer...cuba cari kat pakcik gogol. Begitu juga dengan cuka padi, masa tok kecil-kecil dulu tok selalu tengok pak sedara mengambil nira nipah untuk dijadikan cuka nipah.

Mari kita kembali kepada cuka kurma yang hendak diperkatakan.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHAL (CUKA). Ya Allah berkatilah pada KHAL. Sesungguhnya KHAL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum daku dan janganlah terputus bekalan KHAL dalam sesuatu rumah.” 
Hadis Riwayat Muslim dan Ibn Majah.

KEPERLUAN CUKA KURMA OLEH TUBUH BADAN,

Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena, vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.


KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM

Ibnu Sina dalam kitab beliau Al-Qanun Fi Al-Tib menyatakan bahawa “Cuka kurma dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909.

Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfa'at untuk mengatasi;

1) masalah gastrik di perut,

2) masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu),

3) mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian.

4) Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid).

5)Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, 6) membersihkan usus (membuang toksik di perut),

7) menguatkan sistem perut (masalah buasir), 8) menghilangkan masalah dahaga (panas badan),

9) mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), 10) membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.Cara Penggunaan: 

1) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah dan diminum sejam sebelum makan apa2.

2) Campur dengan segelas air suam / air ruqyah plus madu dan diminum sejam sebelum makan apa2…



Rawatan Sihir: 

1) Untuk rawatan santau: Diminum sesudu bersama air ruqyah selepas Subuh

2) Sakit kulit akibat disihir dan sakit kulit biasa: Gosok cuka kurma dengan kapas sampai merah dan kemudian sapu dengan minyak zaitun.

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

12 ulasan:

  1. Assalamualaikum.

    "mengenakan tol" dengan meminta pelawat-pelawat blog anda menghadiahi bacaan Fatihah utk anda adalah keterlaluan! Anda pasti pernah mendengar hadis Rasulullah SAW tentang terputusnya amalan anak Adam apabila dia mati melainkan daripada 3 sumber, antaranya ilmu yang dimanfaatkan oleh orang lain, Jika blog anda mengandungi maklumat berguna utk pelawat2, anda pasti akan mendapat ganjaran, Insya Allah. Jadi anda tidak perlu mendesak pelawat berdoa utk anda.

    BalasPadam
  2. ASSALAMUALAIKUM W,W,

    Ya.....saya setuju,sebelum baca tentang permintaan hadiah surah al fatihah,saya sentiasa doakan blogr yang sampaikan ilmu...apalagi berkaitan ilmu agama .Akan ada yang berdoa,tanpa diminta...itu yang sebaik-baiknya.Insya Allah.

    BalasPadam
  3. teguh pada jalan Nabi,jangan melampau dalam agama

    BalasPadam
  4. INGIN PETIK DAN MAKAN BUAH KURMA SEGAR DARI POKOK...???
    INGIN MENGAMALKAN SUNNAH NABI...???
    JOM TANAM POKOK KURMA DI KEBUN ATAU DI LAMAN RUMAH ANDA...!!!
    80% POKOK YANG DITANAM DARIPADA BIJI KURMA TIDAK AKAN
    BERBUAH DAN JIKA BERBUAH ITU PUN SETELAH LEBIH 10 TAHUN DITANAM...!!!
    TETAPI DENGAN ANAK POKOK KURMA KLON YANG MENGGUNAKAN TEKNOLOGI
    PERTANIAN DARI CHIANG MAI (THAILAND) INI 80% POKOK AKAN
    MENGHASILKAN BUAH PADA TAHUN KE 3 SEHINGGA KE 100 TAHUN...!!!
    HARGA BERMULA DARI RM200.00 SEPOKOK (MENGIKUT SAIZ)
    TEL ATAU WHATSAPP: 013 2071229 ATAU 012 7606921 (KLUANG/JOHOR)

    BalasPadam
  5. assalamualaikum tok wan...menarik ni...buah tamar memang banyak khasiatnya...

    BalasPadam
  6. Skang ni sy masak ape pun letak cuka kurma,sedap jgk

    BalasPadam
  7. Saya berpenyakit Darah tinggi, banyak kolestrol dan GOUT. Saya ingin tanya boleh kah saya minum cuka kurma sedangkan saya ada penyakit Gout. Sbb mengikut doktor penyakit gout adalah berpunca terlalu banyak URIC ACID dalam bandan. Tidak kah bertambah uric acid dlm bandan saya sekiranya saya mengambil cuka kurma sedangkan ia juga jenis acid.

    BalasPadam
    Balasan
    1. in sha ALLAH tidak menjadi masaalah kerana sy difahamkan bahawa curka kurma akan menjadi alkali apabila masuk ke dalam badan. silakan.

      Padam
  8. Assalam....sy juga ada gout....alhamdulillah sy amalkn minum cuka kurma hari2 sesudu makan campur air suam....derita gout hilang....dah 3-4 tahun tiada gout..berselang amal jus nenas+lobak putih+bekam

    BalasPadam
  9. Assalam....sy juga ada gout....alhamdulillah sy amalkn minum cuka kurma hari2 sesudu makan campur air suam....derita gout hilang....dah 3-4 tahun tiada gout..berselang amal jus nenas+lobak putih+bekam

    BalasPadam
  10. Tok wan pm nombor yg dekat bukit beruntung tu sbb saya di bukit beruntung

    BalasPadam
  11. Tokwan ni no saya 0197924381

    BalasPadam