Jumaat, 7 Disember 2012

Siapa Ibrahim Adham


Salam untuk semua pembaca serta salam pagi jumaat yang berkat. Pagi ini tok nak menceritakan semula berkenaan Ibrahim Adham, tokoh sufi yang masyur.

Ibrahim Adham ialah seorang tokoh sufi dan seorang Sultan, ia dari keturunan Omar Ibnu Khatab juga meninggalkan istana dan berhenti menjadi Sultan Balkh untuk menjadi ahli sufi dan akhirnya terpaksa menyara hidup dengan menjual kayu api. Ceritanya menarik jika diamati, sanggup bermuhasabah diri, boleh terbuka ‘mata hati’ raja dan menteri. Kenapa Ibrahim Adham pula sanggup tinggalkan istana? Kenapa dia sanggup tinggalkan segala kemewahan dunia, sanggup menderita seperti rakyat ‘marhein’ yang papa kedana?

Jawapannya cuma perkara yang berlaku pada satu malam.

Pada satu malam semasa Ibrahim Adham sedang tidur dalam kamar di istananya yang dihiasi dengan emas tulin dan pertama, dia telah mendengar bunyi tapak kaki di atas bumbung istananya. Ibrahim memanggil pengawal istana dan askar-askarnya. Tapi tidak ada yang datang. Ini membuatkan Ibrahim berteriak ke arah bumbung istana, dari mana tapak kaki itu datang.
"Siapa tu!!!!? Apa kau buat atas bumbung istana ku?" teriak Ibrahim.

"Aku seorang sahabat. Sedang mencari untaku," kata suara dari atas bumbung istana itu.

"Oi bodoh! Mana boleh cari unta atas bumbung istana?" jawab Ibrahim.

"Tindakan aku adalah seganjil tindakan mu. Bagimu, aku gila kerana mahu mencari untaku yang hilang di atas bumbung istana, tapi kau sendiri mencari ketenangan kudus dalam suasana yang serba mewah," kata suara itu.

Ibrahim Adham menyedari itu adalah satu alamat buat dirinya. Selagi dia bersolat dalam bilik yang serba mewah ini, selagi itulah dia tak akan menemui Tuhan sama seperti gerangan orang yang hendak mencari unta di atas bumbung istananya.

Namun keesokan paginya Ibrahim menjalankan jadualnya seperti biasa sambil memikirkan kejadian yang berlaku malam sebelumnya. Tiba-tiba seorang miskin terus meluru masuk ke dalam istana dan tidak dapat dikawal oleh pengawal-pengawal istana.

Orang miskin dengan pakaian cumpang camping itu kemudian terus meluru ke arah Ibrahim dan bertanya, "Siapa yang tinggal dalam rumah tumpangan ini?"

Dengan marah Ibrahim menjawab,"Ini bukannya rumah tumpangan. Ini istana aku!!" Raja kalau tidak angkuh dan sombong bukan raja namanya.

Tanpa memperdulikan penjelasan Ibrahim, simiskin itu terus bertanya lagi, "Siapa yang tinggal di rumah ini sebelum kamu?"

"Bapaku," jawab Ibrahim.

"Sebelum itu, dan sebelum itu dan sebelum itu lagi?" tanya simiskin itu lagi."Bapa kepada bapa ku, dan seterusnya beberapa generasi sebelum itu," jawab Ibrahim.

"Di mana mereka sekarang," tanya lagi simiskin itu.

"Mereka semua telah meninggal dunia," jawab Ibrahim.

"Oh… Jadi ini bukanlah rumah tumpangan di mana orang boleh suka-suka datang dan pergi dan tinggalkan tempat ini untuk orang lain yang datang dan pergi. Kenapakah kau bersusah payah menjaga sesuatu yang tidak akan menjadi milik kau selama-lama" kata simiskin itu yang kemudian memperkenalkan dirinya sebagai Khaidir dan terus menghilangkan diri.

Mulai dari peristiwa inilah Sultan Ibrahim Adham akhirnya meninggalkan istana dan menjadi seorang tokoh sufi yang menjalani hidup sebagai penjual kayu api untuk mencari kebahagian sejati, awal dan akhir, dunia dan akhirat, bukan sekadar agama ritual tetapi spiritual yang kekal abadi.

kredit: rakangroup



Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan