Selasa, 13 November 2012

Kesah Dari Pakistan


Gambar sekadar hiasan sahaja


Pada suatu hari surau kami (Surau Darul naim di PPR Desa Tun Razak) di datangi oleh sekumpulan Tabligh berjumlah 9 orang dari Pakistan. Tujuan kedatangan mereka ialah menjalankan dakwah kepada penduduk disini yang malas berjemaah. Kami bersama-sama kumpulan Tabligh ini berpecah mengikut kumpulan pergi dari rumah kerumah menerangkan kepada penduduk kelebihan solat berjemaah.

Memang hasilnya tidak seperti yang diharapkan namun ada perubahan kerana menjelang waktu solat maghrib ada tiga atau empat wajah-wajah baru muncul dalam solat jemaah. Apa-pun hasilnya biar Allah ta'ala yang menentukan, kami cuma berusaha dan mengajak mereka agar datang berjemaah di Surau. Tidak mahu nanti di Padang Masyar mereka mendakwa kami kononnya semasa di dunia dulu kami tak pernah mengajak mereka bersama-sama berjemaah di Surau.

Tapi cerita yang tok nak ceritakan pada anda semua keli ioni bukan dakwah rumah ke rumah yang kami lakukan. Tapi kesah yang benar-benar terjadi di Pakistan baru beberapa bulan yang lalu. Cerita ini di ceritakan oleh Ali Bahadar salah seorang ahli dari kumpulan tersebut.

Kesahnya bermula apabila seorang pekerja dalam sebuah kampong yang menerima gaji bulanan dari seorang taukeh dengan persetujuan sebanyak Rp 4,500 sebulan. Tapi setelah genap sebulan dia bekerja gajinya cuma dibayar sebanyak Rp 4,000 sahaja. Si pekerja menyatakan rasa tidak puas-hatinya kerana dia telah bekerja dengan bersungguh-sungguh dalam masa satu bulan seperti yang dijanjikan dan semua kerjanya memuaskan. Si Pekerja memaklumkan kepada majikannya (orang kaya) bahawa dia masih berhutang sebanyak Rp 500 kepadanya dan dia harus bayar kerana itu adalah upah kerjanya yang halal. Si Majikan buat tidak kesah dengan makluman tersebut.

Tidak lama selepas itu yakni kira-kira sebulan selepas itu si Pekerja itu jatuh sakit lalu meninggal dunia. Perkara tersebut di sampaikan kepada orang kaya tersebut dan orang kaya tersebut telah menziarahi si mati bekas pekerjanya serta menghantarnya hingga ke tanah perkuburan.

Di tanah perkuburan sewaktu orang-ramai berebut-rebut untuk meletakkan gumpalan tanah di atas kubur tersebut waktu itulah orang kaya itu membongkok untuk turut memasukkan tanah dalam lubang kubur. Dan tanpa di duga waktu itulah beg duit yang berada dalam poket bajunya menggelungsur jatuh masuk ke dalam lubang kubur itu.

Tidak ada siapa-siapa yang menyedari bahawa beg duit orang kaya itu telah jatuh dalam lubang kubur dan kerja-kerja menimbus kubur diteruskan seperti tiada apa-apa yang berlaku. Selepas talkin di bacakan maka semua orang pun pulang ke rumah masing-masing sambil mengambil pelajaran dari peristiwa kematian itu bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.

Orang kaya tidak senang duduk kerana beg duitnya yang berisi banyak wang telah jatuh dalam lubang kubur. Perlahan-lahan malam itu dia pergi ke tanah perkuburan untuk mengambil kembali beg duitnya itu. Dia mula menggali tempat yang betul di mana beg duitnya jatuh tadi siang. Memang tidak perlu menggali terlalu dalam kerana waktu begnya jatuh tanah sudah hampir penuh dalaam lubang kubur itu. Dengan sedikit kudrat akhirnya dia menjumpai beg duitnya semula.

Wahh..perasaan orang kaya gembira, selepas mengais sedikit tanah yang berada di atas beg tersebut orang kaya itu pun mencapai begnya dan waktu itulah satu tangan yang bercahaya keluar dari dalam kubur itu dan memegang tangan orang kaya tersebut dengan cengkaman yang sangat kuat. Orang kaya cuba menarik tangannya namun tidak berdaya. Tiba-tiba terdengar suara arwah si mati dari dalam kubur itu.

"Tuan masih berhutang dengan aku sebanyak Rp 500, bagaimana tuan mahu membayarnya sedangkan aku sudah mati." Kata suara bekas pekerjanya itu. Orang kaya menggigil ketakutan. Dan dalam ketakutan dia menjawab.

"Aku akan bayarnya sekarang, tapi tolong lepaskan tangan aku ini dulu." Kata orang kaya.

"Bagaimana tuan mahu membayar hutang kamu kepada orang yang sudah mati? Aku kan sudah mati dan tidak memerlukan wang itu lagi." Kata arwah pekerjanya.

"Kalau bagitu apa yang boleh aku lakukan?" Tanya orang kaya.

"Tuan boleh membayarnya dengan iman tuan kepada aku sebagai ganti wang yang tuan berhutang". Kata suara arwah pekerja.

"Baiklah aku akan bayar dengan iman yang aku ada". Kata orang kaya.

"Berapa harga iman yang tuan miliki? Adakah ia cukup untuk membayar hutang aku itu?" Tanya suara itu kembali.

"Aku tak pasti berapa iman yang aku ada, tapi kau boleh ambil semua asal kau mahu melepaskan tangan aku ini." Kata orang kaya.

Tangan yang bercahaya itupun melepaskan tangan orang kaya. 

Orang kaya terus balik kerumah dan keesokannya dia jatuh sakit, lalu pengamal perubatan kampong itu yang mengamalkan perubatan Syifa di panggil. Di ringkaskan cerita maka orang kaya itu menceritakan kepada pengamal perubatan itu semua yang di laluinya sewaktu di kubur. Persepakatan di lakukan dengan beberapa orang alim di kampong itu dan mereka bersetuju dengan keputusan bahawa orang kaya itu harus mengadakan kenduri memberi makan 40 orang miskin selama 40 hari disamping membayar hutang Rp 500 kepada anak isteri arwah tersebut.

Selepas selesai 40 hari maka kehidupan orang kaya menjadi bertambah baik dengan lebih menghampirkan dirinya ke rumah Allah.

Semuga pintu hatinya terus mendapat hidayah dari Allah s..w.t.




Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan