Jumaat, 10 Ogos 2012

Fadhilat Ramadhan Bhg I

Hazrat Ibnu 'Abas r.a.huma berkata bahawa sesungguhnya beliau telah mendengar Rasulullah saw bersabda;

"Sesungguhnya syurga diwangikan dan dihiasi dari tahun ke tahun untuk menyambut kedatangan Ramadhan. Apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadhan, satu angin akan bertiup dari bawah 'Arash yang dinamakan 'Muthirah'. Lalu bergeseranlah daun-daun pokok-pokok syurga dan juga gagang pintu-pintu syurga, maka kedengaran dari yang demikian itu satu bunyian merdu yang tidak pernah didengari bunyian yang lebih merdu dari itu sebelumnya. Kemudian muncullah bidadari-bidadari sehingga mereka berhenti di anjung syurga. Mereka kemudian menyeru "Adakah sesiapa yang ingin meminang kami supaya Allah mengahwinkannya dengan kami? Kemudian mereka berkata lagi "Wahai Redhwan penjaga syurga! Malam apakah ini?" Dia akan menjawab kepada mereka dengan "Labbaik!" kemudian Dia berkata "Malam ini adalah malam pertama dari bulan Ramadhan. Dibukakan pintu-pintu syurga untuk umat Muhammad" Nabi saw bersabda lagi "Allah snt akan berfirman "Wahai Redhwan! Bukakanlah pintu-pintu syurga dan wahai Malik tutuplah pintu-pintu neraka bagi mereka yang berpuasa daripada umat Ahmad. Wahai Jibrail! Turunlah kebumi dan tangkaplah syaitan yang sangat-sangat degil lalu ikatlah mereka dengan rantai kemudian lontarkanlah mereka kedalam laut supaya mereka tidak darat merosakkan puasa umat Muhammad kekasihKu."


Baginda bersabda lagi "Allah snt akan memerintahkan seorang penyeru pada setiap malam dari Ramadhan supaya dia menyeru tiga kali "Adakah sesiapa yang ingin memohon sesuatu supaya Aku mengurniakannya? Adakah sesiapa yang ingin bertaubat supaya Aku menerima taubatnya? Adakah sesiapa yang ingin memohon keampunan supaya Aku mengampunkannya? Siapakah yang sanggup memberi hutang kepada si kaya yang tidak mungkin akan miskin, yang akan membayar hutangnya sepenuh-penuhnya tanpa di zalimi.


Pada waktu berbuka puasa pada setiap hari dari bulan Ramadhan Allah snt akan membebaskan sejuta jiwa dari neraka yang kesemuanya telah ditentukan untuk masuk neraka. Apabila tiba hari terakhir dari bulan Ramadhan, Allah snt akan membebaskan pada hari itu sebanyak mana yang Dia telah bebaskan dari awal bulan sehingga akhirnya.


Apabila berlaku Lailatul Qadr Allah snt akan memerintahkan Jibrail a.s. supaya turun bersama satu kumpulan malaikat. Bersama mereka terdapat bendera hijau. Dia akan memacak bendera itu diatas Ka'bah. Jibrail a.s. mempunyai seratus sayap. Diantaranya terdapat dua sayap yang tidak dibuka kecuali pada malam itu sahaja. Lalu dia membuka kedua sayapnya pada malam itu sehingga keduanya akan menutup dari timur ke barat. Kemudian pada malam tersebut Jibrail a.s. akan mendorong malaikat-malaikat sehingga mereka pergi memberi salam kepada setiap orang yang sedang berdiri atau duduk, bersolah atau berzikir.


Malaikat-malaikat itu akan berjabat tangan dengan mereka dan akan mengaminkan doa-doa mereka sehingga terbit fajar. Apabila terbit fajar Jibrail a.s. akan menyeru segala malaikat, "Sekarang berangkatlah!." Malaikat-malaikat itu pun akan bertanya, "Wahai Jibrail apakah yang Allah snt telah lakukan terhadap keperluan-keperluan orang-orang berimkan dari umat Muhammad saw." Dia akan menjawab, "Allah snt telah memerhatikan mereka pada malam ini lalu telah mengampunkan mereka kecuali empat jenis manusia."


Maka kamipun bertanya, "Siapakah mereka ya Rasulullah ?" Baginda bersabda, "Lelaki yang berterusan minum arak, dia yang mendurhakai kedua ibu bapanya, dia yang memutuskan silaturrahim dan musyahin." Kamu telah berkata, "Ya Rasulullah ! Siapakah itu musyahin ?" Baginda menjawab, "Dia adalah orang yang memutuskan perhubungan keluarga."


Apabila tiba malam hari raya idil-fitri - malam itu dinamakan (di sisi penduduk langit) Lailatul Jaizah. Pada pagi hari raya itu Allah snt menghantar para malaikat kesetiap tempat. Lalu mereka turun ke bumi dan berdiri di muka-muka jalan dan lorong. Mereka akan menyeru dengan suara yang didengari oleh semua apa yang telah diciptakan oleh Allah snt kecuali jin dan manusia. Mereka berkata,  "Wahai umat Muhammad ! keluarlah kepada Tuhan yang Maha Pemurah yang mengurniakan dengan banyaknya dan memaafkan dosa-dosa besar. "Apabila mereka tiba ditempat sembahyang raya, "Apakah balasan bagi seorang pekerja yang telah melakukan kerjanya ?? Baginda bersabda, "Para malaikat akan berkata, "Wahai Tuhan kami dan Pemilik kami, balasannya ialah disempurnakan ganjarannya. " Lalu Allah snt berfirman, "Kerana itu Aku telah menjadikan kami sebagai saksi. Wahai malaikat Ku ! Sesungguhnya Aku telah jadikan balasan kepada mereka kerana puasa mereka di bulan Ramadhan dan berdirinya mereka (beribadat kepadaKu didalam Tarawih) ialah keredhaanKu dan keampunanKu." Allah snt akan berfirman lagi "Wahai hamba-hambaKu ! Pohonlah dariKu. Demi kemuliaanKu dan kehebatanKu, tidaklah kamu memohon sesuatu pun dari Ku pada hari ini didalam perhimpunan kamu ini untuk kepentingan akhiratmu kecuali Aku akan menunaikannya dan tidak juga untuk kepentingsn duniamu kecuali Aku akan memandang untuk kebaikanmu. Demi kemuliaanKu, Aku akan tutupkan keaiban-keaibanmu selama mana engkau mengambil berat terhadapKu. Demi kemuliaanKu dan demi kehebatanKu, tidaklah Aku akan menghina kamu dan tidak juga Aku akan memalukan kamu di kalangan orang-orang yang berdosa (dan orang-orang kafir) kembalilah kamu di dalam keadaan kamu telah diampunkan. Sesungguhnya kamu telah meredhakan Daku dan Aku juga telah meredhakan kamu. Para malaikat pun bergembira dan bersuka ria dengan apa yang Allah telah berikan pada umat ini apabila mereka telah selesai dari puasa di bulan Ramadhan.


"Ya Allah, jadikanlah kami di kalangan mereka."


Keterangan:

Ramadhan sebagaimana yang kita ketahui dan perlu diberi perhatian ialah yang pertama dan yang paling penting ialah ramai sekali mereka yang rugi dan terkecuali dari pengampunan umum yang diberikan sempena Ramadhan sebagaimana yang telah kita ketahui. Orang yang sama juga telah dikecualikan dari pengampunan umum ini yang diberikan sempena hari raya. Mereka ini termasuklah orang bergaduh sesama sendiri dan orang mendurhakai kedua ibu bapanya. Cuba tanyakan kepada mereka, "Setelah menyebabkan Allah snt murka, maka siapakah lagi yang kamu cari untuk menjadi teman?" Kesedihan buat kamu dan buat kehormatan yang kamu dapatkan dengan cara berfikir yang salah sehingga kamu terpaksa menanggung doa keburukan dari Rasulullah saw, terpaksa menghadapi doa keburukan dari Jibrail a.s. dan dikeluarkan dari Rahmat dan keampunan Allah snt yang umum. Saya bertanya kepada kamu, "Pada hari ini kamu telah menghinakan lawanmu dan kamu telah melentikkan misai kamu. Berapa lama sangat ianya dapat kekal bersama kamu sedangkan Rasul yang dikasihi Allah snt telah melaknat kamu, malaikat yang paling hampir dengan Allah snt sendiri mendoakan kebinasaan kamu dan Allah snt sendiri telah mengeluarkan kamu dari rahmat dan keampunanNya.

Demi Allah ! Renungkanlah dan cukuplah ! Sesat pada waktu pagi dan kemudian dapat kembali semula ke rumah pada waktu petang masih belum kerugian apa-apa. Hari ini masih ada masa dan masih boleh ditampung, tetapi di sana tiada kemuliaan dan kehebatan akan ditanya, tiada harta benda yang dapat membantu. Disana hanya amalan-amalan kamu yang telah dicatatkan akan dibentangkan. Allah snt boleh memaafkan kesalahan terhadap hak-hakNya tetapi hak-hak terhadap hamba tidak mungkin dilepaskan tanpa mengambil tindakan.

bahagian kedua akan disambung esok pagi

kredit: fadhilatamal 



Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan