Ahad, 12 Ogos 2012

Fadhilat Ramadhan Bhg akhir.


Keempat ialah anggota badan seseorang itu sendiri menjadi saksi yang berkenaannya ada firman Allah snt;

"Pada hari lidah mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan."

Surah an Nur ayat 24

"Pada waktu itu kami meterai mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu kami kesah masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan."

Suray Yaa Sinn ayat 65

Perkara keempat yang telah disebutkan didalam hadith diatas "Aku tidak akan hinakan kamu dan dedahkan keaibanmu di hadapan orang-orang kafir". Ini adalah peringkat tertinggi dari rahmat dan kemurahan Allah snt serta kurniaanNya yang Dia tunjukkan terhadap kedudukan orang Islam. Sebagai tambahan kepada mereka yang mencari keredhaan Allah snt, ada satu lagi rahmat dan kurniaanNya iaitu kesalahan dan dosanya juga akan disembunyikan diperhimpunan yang besar itu.

Hazrat 'Abdullah bin Umar r.a. huma telah meriwayatkan satu hadith Nabi saw. "Pada hari kiamat Allah snt akan memanggil orang mukmin supaya hampir dengannya. Kemudian dia akan ditutupi dengan tabir supaya tiada orang lain dapat melihatnya. Allah snt akan memperlihatkannya tentang dosa-dosa dan kejahatannya. Lalu dia disuruh untuk mengakuinya. Oleh itu kerana dosa-dosanya yang banyak serta pengakuannya sendiri, maka dia akan merasakan bahawa sekarang masa kebinasaannya telah hampir.

Kemudian Allah snt akan berfirman kepadanya, "Aku telah sembunyikan keaiban-keaibanmu di dunia dan sekarang pun keaibanmu ditutup dan dimaafkan." Selepas itu buku catatan amalannya yang baik akan diserahkan kepadanya.

Terdapat banyak lagi hadith-hadith lain yang darinya dapat kita perolehi pengajaran bahawa kesalahan-kesalahan mereka yang mencari keredhaan Allah snt serta mereka yang menjaga hukum-hukumNya akan dimaafkan. Oleh kerana itu sangat penting untuk difahami satu perkara. Iaitu mereka yang terlibat didalam mengumpat kesalahan orang-orang soleh (ahlullah) hendaklah mengambil kira perkara ini. Janganlah pula pada hari kiamat nanti kesalahan mereka (para ahlullah itu) Penting akan diampunkan dan akan disembunyikan dengan berkat amal-amal soleh yang mereka lakukan. Sementara buku-buku amalan kamu akan dipenuhi dengan dosa-dosa mengumpat langsung menjadi sebab kemusnahan diri kamu sendiri. Semuga Allah snt dengan kemurahaNya mengampuni kita semua.

Perkara kelima yang penting ialah didalam hadith diatas malam hari raya dinamakan malam pengurniaan hadiah. Pada malam itu hamba-hamba akan diberikan hadiah dari Allah snt. Oleh kerana itu hamba-hamba perlulah menghargai malam ini habis-habisan. Ramai sekali orang, tidak usahlah diceritakan tentang orang awam, ahli-ahli agama pun tidur dengan nyenyak pada malam ini kerana keletihan puasa Ramadhan. Sedangkan malam ini juga adalah malam khusus untuk disibukkan dengan ibadat. Nabi saw bersabda, "Sesiapa yang berjaga di kedua-dua malam hari raya (dengan sibuk didalam beribadat) dengan niat untuk mendapatkan ganjaran, hatinya akan hidup pada hari di mana hati-hati yang lain akan mati." (yakni pada masa fitnah dan kerosakan apabila hati-hati orang ramai akan mati atau juga mungkin dimassudkan hari dimana sangkakala ditiupkan, ruhnya tidak akan pengsan).

Di dalam satu hadith yang lain ada dinyatakan bahawa sesiapa yang berjaga pada lima malam untuk beribadat maka syurga akan diwajibkan untuknya, Lailatul Tarwiyyah (malam ke lapan Zulhijjah), Lailatul 'Arafah (malam ke sembilan Zulhijjah), malam 'Idul Fitri dan malam ke limabelas Sya'aban.

Para ahli feqah menulis bahawa sunat untuk berjaga pada kedua-dua malam raya (untuk beribadat). Dituliskan di dalam kitab Kasyful-Ghummah dengan rujukandari Imam Syafi'e rah. bahawa terdapat lima malam yang doa-doa akan di qabulkan padanya, malam juma'at, kedua malam raya, malam permulaan bulan Rejab dan malam Nisfu Sya'aban.

Selesai tulis jam 5.30 pagi 23 Ramadhan 1433 (selepas bersahur)

kredit: fadhilat amal


Salam Ukhuwah..~

2 ulasan:

  1. Assalamaualaikum wbth,,,
    Terima kasih atas perkongsian anda disini

    BalasPadam