Khamis, 16 Ogos 2012

Amaran Dan Celaan Ke Atas Mereka Yang Meninggalkan Solah



Seksaan yang amat berat terhadap orang yang meninggalkan solah telah disebutkan dalam kitab-kitab hadith. Di sini dituliskan lagi beberapa hadith sebagai contoh. Bagi seorang yang waras, satu sabdaan Nabi s.a.w. sahaja pun sudah memadai untuknya. Rasulullah s.a.w. berulang-ulang kali dengan menggunakan pelbagai cara cuba menarik perhatian umat (yang berbanggga sebagai pengikut Baginda s.a.w.) terhadap azab-azab yang akan menimpa seseorang yang meninggalkan solah supaya mereka tidak akan lagi mencuaikan solah. Sungguhpun Rasulullah s.a.w. begitu sekali mengambil berat tentang solah, namun keadaan kita amat menyedihkan. Kita masih tidak mengambil berat tentang solah, sebaliknya tanpa segan silu kita mendakwa sebagai umat dan pengikut Rasulullah s.a.w. serta bermegah pula di atas keislaman kita.

HADITH I

Diriwayatkan daripada Hazrat Jabir bin 'Abdullah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Meninggalkan solah menghubungkan seseorang dengan kufur." Dalam riwayat lain. "Meninggalkan solah menghubungkan seseorang dengan syirik dan kufur." 
(Hadith riwayat Imam Ahmad, Muslim dll) 

Keterangan:

Perkara seumpama ini juga terdapat dalam banyak hadith yang lain. Disebutkan dalam sebuah hadith bahawa apabila hari mendung, hendaklah kamu bersegera mendirikan solah, kerana meninggalkan solah akan menjadi kafir. Maksud hadith diatas, jangan sampai solah di qada' kerana tidak dapat mengetahui waktu solah yang tepat disebabkan cuaca mendung. Oleh kerana  sekiranya terjadi sedemikian pun masih dianggap sebagai meninggalkan solah. Betapa kerasnya amaran daripada Rasulullah s.a.w. dengan menjatuhkan hukuman kufur kepada seseorang yang meninggalkan solah. Walaupun demikian, menurut pendapat alim ulama, hukum kufur dalam hadith ini dijatuhkan keatas seseorang yang mengingkari kewajipan solah lima waktu. Namun, amaran-amaran Rasulullah s.a.w. ini amat berat bagi mereka yang memuliakan Baginda s.a.w.  dan mementingkan setiap sabdaan Nabi s.a.w. Tambahan pula ramai antara sahabat yang unggul, seperti Hazrat 'Umar r.a., Hazrat 'Abdullah bin Mas'ud r.a., Hazrat 'Abdullah bin 'ASbbas r.a.huma dan lain-lain tetap berpendapat bahawa seseorang yang meninggalkan solah dengan sengaja tanpa sesuatu uzur adalah kafir. Di kalangan para imam pula, Imam Ahmad bin Hanbal rah, Ishak bin Rahwaih rah. dan Ibnu Mubarak rah. juga berpendapat sedemikian.

HADITH 2


Hazrat 'Ubadah bin Samit r.a. telah berkata, "Kekasihku Rasulullah s.a.w. telah mewasiatkan kepadaku tujuh perkara. Sabda Baginda s.a.w., "Janganlah menyekutukan Allah s.n.t. dengan sesuatu apapun. walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar atau disalib. Jangan meninggalkan solah dengan sengaja, kerana sesiapa yang meninggalkan solah dengan sengaja akan terkeluar daripada agama Islam. Jangan melakukan maksiat, kerana perbuatan maksiat itu akan menyebabkan kemurkaan Allah s.n.t. dan jangan minum arak, kerana perbuatan ini adalah ibu segala maksiat."
(Hadith riwayat Imam Tabarani)


Keterangan:

Perkara yang sama terdapat dalam sebuah hadith lagi yang diriwayatkan oleh Hazrat Abu Darda r.a. katanya, "Kekasihku Rasulullah s.a.w. telah mewasiatkan kepada saya bahawa jangan sekali-kali anda menyekutukan Allah s.n.t. dengan sesuatu apapun. walaupun kamu dicincang atau dibakar. Jangan tinggalkan solah dengan sengaja kerana sesiapa yang meninggalkan solah dengan sengaja maka Allah s.n.t. tidak bertanggung jawab terhadapnya. Jangan minum arak kerana perbuatan ini adalah kunci segala kejahatan."

HADITH 3


Diriwayatkan daripada Hazrat Mu'az bin Jabal r.a. katanya,"Rasulullah s.a.w. telah mewasiatkan kepada saya mengenai sepuluh perkara. 1). Jangan menyekutukan Allah s.n.t dengan sesuatu apapun walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar. 2). Jangan kamu mendurhakai kedua ibubapa kamu, meskipun mereka menyuruh kamu berpisah dengan isteri dan harta benda kamu. 3). Janganlah kamu meninggalkan solah fardhu dengan sengaja kerana sesungguhnya, sesiapa yang meninggalkan solah dengan sengaja maka dia terlepas dari tanggung jawab Allah s.n.t. 4). Jangan sekali-kali minum arak kerana perbuatan ini adalah puinca segala maksiat. 5). Jauhilah diri kamu daripada perbuatan maksiat, kerana perbuatan ini akan menyebabkan kemurkaan Allah s.n.t. 6). Jangan lari dari medan pertempuran, walaupun semua rakan kamu telah terbunuh. 7). Jangan berpindah dari tempat berlakunya kematian akibat wabak yang sedang merebak seperti taun dan sebagainya. 8). Belaanjalah untuk keluarga kamu mengikut kemampuan kamu dan 9). Jangan kamu mengelak daripada merotani anak-anak sebagai amaran supaya mereka berakhlak baik dan 10). Takutkan mereka kepada Allah s.n.t."
(Hadith riwayat Imam Ahmad dan Tabarani)


Keterangan:

Jangan mengelak daripada merotani..." bermaksud jika anak-anak tidak dirotan, mereka akan melakukan sesuatu mengikut sesuka hati mereka tanpa berasa risau walau sedikit pun. Ini kerana tiada sesiapa pun yang memberi teguran dan tidak pula memukul mereka. Sedangkan sekali sekala mereka perlu dipukul sekadar yang dibenarkan dalam hukum syara' kerana jika tidak dipukul langsung, biasanya mereka kurang terdidik. Dewasa ini kerana terlalu sayangkan anak, ibubapa tidak memberi sebarang amaran dan peringatan kepada anak-anak sejak daripada peringkat awal lagi. Setelah mereka menjadi sebati dengan kelakuan yang buruk, barulah kita mula mengadu hal mereka. Ini bukan tanda sayangkan anak. Tidak mencegah mereka daripada melakukan perbuatan yang buruk dan menganggap merotani anak-anak bertentangan dengan sifat kasih sayang, merupakan satu kesilapan yang besar terhadap mereka. Bolehkah seseorang yang bijak sanggup membiarkan penyakit bisul yang dialami oleh anaknya merebak dan tidak membenarkan anaknya menjalani pembedahan kerana takut akan menyusahkan dan melukakan anaknya dengan pisau pembedahan? Sudah tentu dia sanggup membenarkan anaknya dibenad walaupun anaknya menangis dan tidak mahu dirawat.

Terdapat dalam bayak hadith bahawa Rasulullah s.a.w. menyarankan ibubapa supaya menyuruh anak-anak yang berumur tujuh tahun mendirikan solah dan merotani anak-anak yang berumur sepuluh tahun jika mereka masih tidak mahu mendirikan solah. Hazrat 'Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata. " Awasilah solah anak-anak, didiklah mereka dengan budi pekerti dan tingkah laku yang baik." Hazrat Lukmanulhakim a.s. berkata, "Pukulan seorang ayah terhadap anak-anaknya adalah seumpama air bagi sawah." (Dur al-Manthur). Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa memberi peringatan kepada anak-anak lebih baik daripada mensedekahkan satu saa' gandum. (Satu saa' bersamaan lebih kurang 3 kg.). Dalam satu hadith, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Semoga Allah s.n.t. merahmati seseorang yang menggantung tali cambuk di dalam rumahnya untuk memberi peringatan kepada ahli keluarganya." Dalam sebuah hadith lagi, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak ada sesuatu pemberian hadiah yang lebih baik daripada seorang bapa kepada anaknya melainkan mengajar budi pekerti yang baik kepada mereka." (Jami' al-Shaghir)

bersambung pagi esok selepas subuh 27 Ramadhan 1433...

Kredit:fadhilat amal


Salam Ukhuwah..~



Tiada ulasan:

Catat Ulasan