Isnin, 9 Julai 2012

Seluruh Alam


Yang menguasai seluruh alam ini ialah Allah s.n.t. Dan Dialah yang mencipta segala-gala, baik yang berada dibumi maupun dilangit serta diseluruh alam yang kita ketahui melalui ilmu sains angkasa.


Dan Dialah yang menentukan bahawa pusingan semua planet mengikut pusingan seperti kita tawaf di Masjidil Haram itu. 


Dan seluas-luas alam ini hanya bumi yang paling istimewa kerana ada udara dan angin disini. Ada air dan api yang sederhana yang sesuai untuk kita gunakan. Juga ada tumbuh-tumbuhan sesuai dengan permakanaan kita mengikut tempat dan keadaan cuaca. Begitu juga haiwan yang berada dibumi sesuai dengan makanan atau kegunaan menghasilkan makanan atau untuk tujuan yang lain. Namun begitu segala jenis haiwan serta tumbuh-tumbuhan ada faedahnya untuk kita, cuma kita tidak habis mengkaji akan semua spesis yang berada dibumi ini.


Pastilah bumi ini tempat berkumpulnya segala zat alam.


Matahari yang sejuta kali lebih besar dari saiz bumi sentiasa di kelilingi oleh sekelian planet-planet lain. Dan dalam tempoh 360 hari (lebih kurang) pasti pusingan tersebut akan kembali pada kedudukan asal seperti hari pertama. Disinilah cara kita mengukur masa setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun.


Tidakkah planet-planet itu Allah ta'ala jadikan untuk kita menentukan masa serta arah mata-angin bagi menentukan arah perjalanan baik dilaut maupun didarat?


Namun jika dibandingkan ukuran matahari yang sejuta kali lebih besar dari bumi ini dan berada tersangat jauh sudah begitu terasa panasnya. Dan bumi yang sebegini kecil memuatkan terlalu banyak negara serta lautan serta gunung-gunung. Dan apabila merenung betapa kecilnya kita jika dibandingkan dengan bumi. Dan bila merenung betapa kecilnya pula semut jika dibandingkan dengan kita disitu kita akan mendapat suatu perbandingan pemikiran betapa Besarnya Allah ta'ala. Sebab itu kita sebut Allah huakbar, Allah Maha Besar.


Allah Maha Besar lagi Maha Berkuasa. Dia menjadikan semut yang begitu kecil jika jatuh dari tempat yang tinggi (20 kali ganda saiznya) tidak merasa sakit sedangkan kita jika dijatuhkan dari tempat yang dua kali dari tinggi kita pasti akan merasa sakit atau patah kaki. Jikalau dari ketinggian 10 kali ganda saiz kita pasti mati (lazimnya).


Didalam ayat-ayat suci al Quran telah dinyatakan bahawa kita ini dijadikan dari air yang jijik, yakni air mani. Ayat tersebut mengingatkan kita supaya jaangan berbangga dengan pencapaian atau kejayaan kita semasa didunia atau dibumi ini. Dan janganlah berjalan dengan angkuh seraya menghentak-hentakkan kaki dibumi ini (terutama yang baru ada kasut baru lagi cantek, atau kasut tumit yang lebih tinggi dari orang lain. 


Bumi akan berkata-kata, Tunggu sampai masa apabila kau dimasukkan kedalam tanah maka engkau akan tahu apa yang aku (bumi) boleh buat untukmu'.


Jadi, marilah kita menginsafi diri. Kita ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan padang bola berhampiran rumah kita. Dan padang bola itupun tidak besar jika dibandingkan dengan luasnya negeri kita. Negeri kita pun tidak seluas negara kita Malaysia ini. Dan negara kita ini terlalu kecil jika dibandingkan dengan negara lain yang lebih besar. Dan negara yang lebih besar itupun tidak sebesar mana jika dibandingkan dengan bumi. Dan bumi ini pun tidak sebesar mana jika dibandingkan dengan matahari.


Dan matahari pun tidak sebesar mana jika dibandingkan dengan keluasan alam ini.


Dan keluasan alam ini tidaklah sebesarmana jika dibandingkan dengan besarnya malaikat yang menjaga Arash yang disebut dalam hadith Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang diceritakan Malaikat Jibril sewaktu menampakkan dirinya yang sebenar kepada Baginda s.a.w.


Dan para malaikat yang menjaga Arash pun tidaklah sebesar mana jika kita bandingkan dengan Maha Besarnya Allah Subhanahua ta'ala.


Allahu Akbar.




Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan