Isnin, 18 Jun 2012

Sikap Orang Pilitik Bermulut Celupar




Gambar sekadar hiasan sahaja.


Apa itu sifat suka bertengkar atau berbantah bantah?

Ya itu orang yang suka menyanggah percakapan atau tulisan orang lain dengan mengatakan percakapan orang lain tidak benar atau tidak betul.

Sebab utama orang bersikap begini ialah kerana dia hendak meninggi diri dan menunjuk-nunjuk bahawa dia lebih tinggi ilmunya dari orang yang dia sanggah.
Atau menyanggah orang lain dengan tujuan hendak menonjolkan kelemahan, kecetekan atau kelemahan ilmu orang yang di sanggah.

Sebab orang yang disanggah tidak sekapal dengan pendirian dan fahaman politik dengannya walaupun apa yang dikatakan oleh orang yang disanggah adalah kebenaran.

Kita lihat mulut cabul saperti umpat mengumpat, mengaibkan, kutuk mengutuk, memaki hamun dan fitnah-memfitnah sudah menjadi amalan biasa dalam hidup masyarakat kita terutama dikalangan orang politik dan penyokongnya.

Sifat keji ini sangat dilarang dalam Islam tetapi ianya terus jadi mainan mereka. Apatah lagi orang politik menganggap ia adalah salah satu daripada alat yang mesti ada atau "a must have tools" untuk mempertahankan diri dari serangan lawannya. Jika sifat ini tidak ada pada mereka maka mereka rasa mereka akan mudah dijatuhkan.

Ironisnya dalam masyarakat kita, sifat-sifat ini hanya berleluasa dikalangan pemimpin dan ahli politik dan penyokong Melayu yang beragama Islam. Di Malaysia kita jarang mendengar ahli politik dan penyokong bukan Islam begitu cabul saperti ahli politik dan penyokong beragama Islam. Maka kalau begitu apa sebab nya?

kredit: Amri El Wahab


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan