Allah ta'ala telah meletakkan kejayaan dunia dan akhirat dalam agama. Lailaha ilallah..~
Selasa, 1 Mei 2012
Pengikut Syiah Di Malaysia Guna Isu Cinta Nabi Dan Ahlil Bait Untuk Menarik Umat Islam
Suatu ketika dulu ketika berita kejayaan Ayutollah Khomeini menumbangkan Shah Iran sampai kepada kita umat Islam khususnya pejuang pejuang Islam di Malaysia bertepuk, bersorak dan bergembira.
Tetapi di sebalik apa yang di banggakan, harus di ketahui bahawa negara Iran yang berpegang kepada fahaman Syiah Imamiah adalah merupakan ancaman terbesar akidah kepada seluruh dunia Islam yang berpegang dengan iktiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah.Umat di negara kita Malaysia tidak terkecuali dari ancaman ini.
Negara Iran pada asalnya adalah negara yang hampir kesemua umatnya berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jemaah yang bermazhab kepada imam Shafie. Setelah menakluki dan menguasai Iran, seorang pemimpin berfahaman syiah di bawah kerajaan Safawiyyah bernama Shah Ismail (tahun 907-1501) telah memaksa dengan kekerasan rakyat beralih pegangan kepada Syiah. Sesiapa yang membantah di bunuh. Shah Ismail telah membunuh lebih sejuta rakyat yang enggan menukar aqidah kepada Syiah. Shah Ismail dengan kekuasaan dan kekuatannya juga berjaya menakluki Baghdad dan membunuh keseluruhan ulama ulama Ahli Sunnah, merobohkan masjid dan madrasah milik Ahli Sunnah di seluruh Iraq. Peristiwa ini adalah sejarah tragedi hitam bagi penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah sedunia.
Sejarah memaparkan bahawa sekiranya ada pertembungan di antara penganut syiah dengan penganut sunnah dimana mana jua, peristiwa berdarah saperti yang diceritakan ini mungkin tidak dapat di elakkan. Kerana syiah adalah penganut yang memusuhi pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah di seluruh dunia. Kita perlu tahu bahawa Syiah menganggap penganut sunnah (iaitu kita) adalah musuh mereka dan lebih jahat dari Yahudi dan Nasrani. Darah dan harta benda penganut sunnah adalah halal bagi mereka. Bererti bagi syiah membunuh penganut ahli sunnah mendapat pahala. Sebab pegangan Syiah saperti yang ditetapkan oleh ulama ulama mereka adalah bahawa seorang yang dikatakan mukmin itu ialah mereka yang beriman kepada Imam Dua Belas, orang Islam yang tidak berpegang kepada syiah adalah kafir dan kotor (najis) dan bahawa mereka yang tidak beriman kepada syiah imamiah adalah musuh ahli bait dan kafir dan lebih jahat dari yahudi dan nasrani.
Sejak revolusi Iran mereka gigih menjalankan program apa yang di sebut “mengekspot revolusi” fahaman syiah ke negara negara Islam sedunia. Malaysia tidak terkecuali dari terkena tempias revolusi mereka.
Pada awal tahun 1987 Ustaz Ashaari Muhammad (Allahyarham) bekas pemimpin Al Arqam yang di haramkan telah mendedahkan tentang bahaya Syiah. Menurut katanya, ketika itu, ramai pejuang pejuang muda, pensyarah dan mahasisiwa mahasisiwi di IPT dalam dan luar negara terpengaruh dengan revolusi Iran, dan menjadi penganut dan ejen perjuangan Syiah yang kononnya adalah perjuangan Islam. Ramai ibubapa juga turut menghantar anak anak mereka belajar di Qom (Iran) atau Pakistan di mana terdapat pengaruh Syiah yang kuat.
Hari ini kita boleh lihat Revolusi syiah telah berjaya di ekspot dan bertapak di Malaysia dengan munculnya markaz markaz Gerakan Syiah yang dikenali sebagai Hauzah Ar Redho di seluruh negara. Menurut sebuah artikel di dalam majalah yang diterbitkan di Najaf, Iraq, bilangan orang Melayu yang menyertai Syiah adalah seramai 30 ribu sehingga 35 ribu orang.
Pengikut Syiah kini semakin agresif di dalam menyebarkan aliran mereka. Pihak JAIS pernah menyerbu hauzah di Gombak dan telah menahan 200 orang yang menghadiri majlis yang diadakan di situ.
Beberapa pemimpin Syiah pernah ditangkap oleh JAIS kerana telah cuba menarik keanggotaan ahli baru. Mereka ditangkap semasa diadakan majlis meraikan kelahiran Saidatina Fatimah di Gombak. Empat orang pemimpin tersebut yang merupakan penganjur majlis itu bernama Mohd Kamil Zuhairi, Radin Ahmad Faizul, Syed Syafiq dan Asyraf.
Jabatan Agama Islam Melaka pernah menyerbu sebuah rumah di Taman Paya Dalam, Melaka yang dipercayai menjadi markaz sebuah kumpulan penganut fahaman Syiah. Sebanyak 35,000 buku dan risalah Syiah yang diharamkan KDN ditemui dalam keadaan siap dibungkus untuk diedarkan melalui pos ke seluruh masjid dan jabatan kerajaan.
Modus operandi mereka bergerak di Malaysia ialah dengan menggunakan isu cinta kepada Rasulullah SAW dan keluarga Baginda (ahli bait )sebagai kunci untuk menarik umat Islam menyertai mereka.(2)
Perkembangan ini mengundang berbagai bahaya kepada Islam di Malaysia. Sebab Syiah sebenarnya menyimpang dari keyakinan Ahli Sunnah Wal Jamaah samada dalam hal akidah mahu pun furi’iah. Mengikut Syiah bererti menyeleweng dari ajaran Islam yang sebenar.
Sudahlah jurang di antara umat Islam di Malaysia sudah menjadi renggang di sebabkan fahaman politik kepartian yang bertentangan, kalau Syiah berjaya berkembang bererti membenarkan lagi satu jurang yang besar untuk tambah memecah belahkan lagi penyatuan umat Islam. Sebab sejarah, saperti yang saya telah sebut tadi, telah membuktikan Syiah sentiasa akan memerangi siapa saja yang tidak sealiran dengan mereka apalagi yang menentang mereka.
Potret Imam Imam Syiah atau Imam 12
Kita tidak menolak kemungkinan usaha Syiah di Malaysia disokong dan dibantu oleh rakyat Iran yang menetap di Malaysia.
kredit: Fitrah Islami Online
Salam Ukhuwah..~
Assalamualaikum..
BalasPadamurm saya nak tahu.. kalau pengikut syiah tidak suka akan pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah. urm.. bukankah nanti di akhir zaman kesemua islam akan bersatu menentang orang2 kafir.
Setakat yang tok tau kemunculan Imam Mahadi akan membunuh semua orang dan yang tinggal nanti cuma pengikut Islam Sunnah sahaja. Wallahualam..~
Padam