Sabtu, 19 Mei 2012

Berjuanglah Bersama Islam



Gambar sekadar hiasan sahaja.


Renungilah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud :

قَالَ الرَّسُوْلُ e : اَلا إِنَّ الإسْلامَ دَائِرَةٌ فَدُوْرُوْا مَعَ الإسْلامِ حَيْثُ دَارَ . اَلا إِنَّ السُّلْطَانَ وَالقُرْءَانَ سَيَفْتَرِقَانِ فَلاتُفَارِقُوْا الكِتَابَ اَلاسَيَكُوْنُ عَلَيْكُمْ اُمَرَاءَ مُضِلُّوْنَ اِنْ اَطَعْتُمُوْهُمْ اَضَلُّوْكُمْ وَإِنْ عَصَيْتُمُوْهُمْ قَتَلُوْكُمْ قَالُوْا : مَا نَصْنَعُ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ : كَمَا اَصْنَعَ اَصْحَابُ عِيْسَى نَشِرُوْا بِالمَنَاسِيْرِ وَهُمْ يُصْلَبُوْنَ عَلَى الخَشَبِ فَوَ الَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَمَوْتٌ فِى طَاعَةِ اللهِ خَيْرٌ مِّنْ حَيَاةٍ فِى مَعْصِيَةِ اللهِ عَزَّوَجَلَّ


Maksudnya : Ingatlah bahawa Islam itu berputar maka berputarlah kamu bersama Islam ke mana saja ia berputar. Ketahuilah bahawa pemerintah dan al-Quran akan berpisah maka janganlah kamu berpisah dengan al-Quran. Akan muncul di kalangan kamu pemimpin yang menyesatkan. Jika kamu ta'ati mereka maka mereka akan sesatkanmu dan jika kamu menentang mereka maka mereka akan membunuhmu. Para sahabat bertanya : “ Apa yang harus kami lakukan wahai Rasulullah?”. Sabda baginda : “ Lakukanlah sebagaimana sikap para sahabat nabi Isa di mana mereka digergaji dan disalib di pokok kayu. Demi Allah yang diri Muhammad ditanganNya maka mati kerana menta'ati Allah lebih baik daripada hidup dalam mengengkari Allah.


Jihad Paling Hebat

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah di mana Rasulullah s.a.w bersabda :

أفضل الجهاد كلمة حق امام سلطان جائر

Maksudnya : Jihad yang paling afdhal ialah berkata benar di hadapan pemimpin yang jahat


Melawan Pemimpin Zalim

dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim:

قال الرسول : إنه يستعمل عليكم أمراء فتعرفون وتنكرون فمن كره فقد برىء ومن أنكر فقد سلم ولكن من رضي وتابع . قالوا : يارسول الله ألا نقاتلهم ؟ قال : لا ما أقاموا فيكم الصلاة


Maksudnya : Sesungguhnya akan muncul ke atasmu beberapa pemimpin yang kamu kenal kebaikan dan kejahatannya. Maka sesiapa yang membenci dalam hatinya maka bererti telah bebas, sesiapa yang menentang bererti selamat sebaliknya siapa yang rela dan mengikutinya maka itulah yang binasa. Sahabat bertanya : Wahai Rasulullah! Tidakkah lebih baik kami memerangi mereka dengan senjata?. Jawab nabi : Jangan! Selagimana mereka masih sembahyang.


Perjuangan Islam Terus DiPerjuangkan

Sabda nabi dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari :

لاتَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِيْ ظَاهِرِيْنَ عَلَى الحَقِّ لايَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ

Maksudnya : Akan terus wujud segolongan umatku yang berani menyatakan kebenaran di mana tidak akan memudharatkan mereka oleh orang-orang yang menyanggahinya sehingga datangnya ketentuan daripada Allah


Sekuat-kuat Iman

Sabda nabi melalui suatu hadis:

إِنَّ أَوْثَقَ عُرَى الإْيمَانِ أَنْ تُحِبَّ فِى اللهِ وَتَبْغَضَ فِى اللهِ


Maksudnya : Sesungguhnya sekuat-kuat ikatan iman itu ialah kasih kamu kerana Allah dan benci kamu pun kerana Allah.


Bahaya Kemewahan

Ingatlah sabda Rasulullah sa.w :

فَوَاللهِ مَا الفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنِّي أَخْشَى أَنْ تُبْسَطَ عَلَيْكُمُ الدُّنْيَا كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوْهَا كَمَا تَنَافَسُوْهَا فَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ .

Maksudnya : Demi Allah! Aku tidak bimbang kefakiran yang menimpa kamu tetapi apa yang aku bimbang ialah apabila dibentangkan kemewahan dunia sebagaimana yang telah dibentangkan kepada umat sebelum kamu lalu mereka merebut kemewahan dunia itu maka kamu juga akan berebut sebagaimana mereka maka kamu akan dibinasakan sebagaimana binasanya umat sebelum kamu


Kepentingan Ilmu Untuk Dunia Dan Akhirat

sebuah hadis nabi yang berbunyi :

من أراد الدنيا فعليه بالعلم ومن أراد الآخرة فعليه بالعلم ومن أرادهما فعليه بالعلم

Maksudnya : Sesiapa yang inginkan dunia maka hendaklah dia berilmu, sesiapa yang inginkan akhirat maka dia juga mesti berilmu dan sesiapa yang ingin keduanya iaitu dunia dan akhirat maka dia lebih dituntut agar berilmu


Kewajipan Amar Makruf

sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud :

وَاللهِ لَتَأْمُرُنَّ بِالْمَعْرُوْفِ وَلَتَنْهَوُنَّ عَنِ المُنْكَرِ وَلَتَأْخُذُنَّ عَلَى يَدَيْ الظَّالِمِ وَلَتَأْطُرُنَّهُ عَلَى الحَقِّ أَطْرًا وَلَتَقْصُرُنَّهُ عَلَى الحَقِّ قَصْرًا أَوْ لَيَضْرِبَنَّ اللهُ بِقُلُوْبِ بَعْضِكُمْ عَلَى بَعْضٍ ثُمَّ لَيَلْعَنَنَّكُمْ كَمَا لَعَنَهُمْ

Maksudnya : Demi Allah, kamu mesti menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, memimpin tangan orang zalim, menunjukkan mereka kebenaran dan tetapkan mereka dalam kebenaran. (Jika tidak) Allah akan melaga-lagakan hati kamu kemudian Dia melaknat kamu sebagaimana Dia telah melaknat orang-orang terdahulu.


Bahaya Rasuah

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan Abdullah ibnu Umar :

لَعَنَ اللهُ الرَّاشِيْ وَالمُرْتَشِيْ فِى الحُكْمِ ( رواه الترمذي وأحمد وابن حبان )

Maksudnya : Allah melaknat orang yang memberi rasuah dan penerimanya dalam memutuskan hukum.


Erti Persaudaraan Islam

Rasulullah s.a.w dengan sabdanya :

مَثَلُ المُؤْمِنِيْنَ فِى تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ كَمَثَلِ الجَسَدِ الوَاحِدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالحُمَّى

Maksudnya : Perumpamaan orang-orang beriman dalam erti kasih sayang, belas kasihan dan bertimbang rasa sesama mereka seperti tubuh yang satu iaitu apabila mana-mana anggota badan berasa sakit maka seluruh tubuh yang lain turut berjaga malam dan menanggung kesakitan


Tempat Duduk Syaitan

عن ابن عباس رضى الله عنهما قال : قال الرسول e : الشَيْطَانُ جَاثِمٌ عَلَى قَلْبِ ابْنِ آدَمَ فَإِذَا ذَكَرَ الله َتَعَالَى خَنَسَ وَإِذَا غَفَلَ وَسْوَسَ ( أخرجه البخاري مُعَلَّقًا )


Daripada Ibnu ‘Abbas katanya : Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Syaitan itu duduk mencangkung di atas hati manusia. Apabila manusia menyebut nama Allah maka ia akan mengundur diri dan apabila manusia lalai maka ia akan membisikkan kejahatan.


Kelebihan Umat Yang Ikut Nabi

hadis yang diriwayatkan oleh Abu Jum’ah al-Ansori :

قَالَ قُلْتُ يَا رَسُوْلَ الله ِهَلْ مِنْ قَوْمٍ أَعْظَمَ أَجْرًا مِنَّا آمَنَّابِكَ وَاتَّبَعْنَاكَ؟ . مَا يَمْنَعُكُمْ مِنْ ذلِكَ وَرَسُوْلُ اللهِ بَيْنَ أَظْهَرَكُمْ يَأْتِيْكُمْ بِالوَحْيِ مِنَ السَّمَاءِ بَلْ قَوْمٌ يَأْتُوْنَ مِنْ بَعْدِكُمْ يَأْتِيْهِمْ كِتَابُ اللهِ بَيْنَ لَوْحَيْنِ فَيُؤْمِنُوْنَ بِيْ وَيَعْمَلُوْنَ بِمَا فِيْهَ أُولئِكَ أَعْظَمُ مِنْكُمْ أَجْرًا

( رواه أحمد والدارمي والباقوردي وابن قانع فى مجمع الصحابة والبخاري فى تاريخه والطبراني والحاكم عن أبي جمعة الأنصاري )


Maksudnya : Telah berkata Abu Jum’ah al-Ansori bahawa aku telah bertanya : Wahai Rasulullah! Adakah suatu kaum yang lebih besar pahalanya daripada kami sedangkan kami beriman kepada engkau dan kami mengikuti engkau?. Lalu nabi bersabda yang bermaksud : Apakah yang menghalang kamu untuk beriman kepadaku sedangkan diri Rasulullah s.a.w ada di sisi kamu dan wahyu datang kepadamu langsung dari langit. Tetapi akan ada lagi suatu kaum yang akan datang kepada mereka Kitab Allah (al-Quran) yang ditulis di antara dua Luh maka mereka lantas beriman kepadaku dan mereka amalkan apa yang tersebut di dalamnya. Mereka itulah merupakan golongan yang mendapat pahala yang besar daripada kamu.


Untungnya Umat Ingati Nabi

Hadis daripada Abu Said al-Khudri di mana dia berkata:

أَنَّ رَجُلا قَالَ : يَارَسُوْلَ اللهِ طُوْبَى لِمَنْ رَآكَ وَآمَنَ بِكَ قَالَ : طُوْبَى لِمَنْ رَآنِي وَآمَنَ بِي وَ طُوْبَى ثُمَّ طُوْبَى ثُمَّ طُوْبَى لِمَنْ آمَنَ بِيْ وَلَمْ يَرَنِيْ ( أخرجه أحمد وابن حبان عن أبي سعيد الخدري )

Maksudnya : Bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w : Berbahagialah bagi sesiapa yang melihat engkau dan beriman kepada engkau. Lalu baginda bersabda yang bermaksud : Berbahagialah bagi sesiapa yang melihat aku dan beriman kepadaku. Dan berbahagialah kemudian berbahagialah kemudian berbahagialah bagi sesiapa yang beriman kepadaku sedangkan dia tidak pernah melihatku.


Makna Orang Alim

Sebuah hadis dalam Sunan Ad-Darimi : فَإِنَّمَا العَالِم مَنْ عَمِلَ بِمَا عَلِمَ

Maksudnya : Sesungguhnya orang alim itu adalah orang yang beramal dengan apa yang dia ketahui.

kredit: rakaangroup


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan