Rabu, 18 April 2012

Zikir Selepas Solat


Pembahagian zikir:

1.Ditentukan bilangan,waktu dan tempat

2.Ditentukan bilangan atau waktu atau tempat atau keduanya.

3.Tidak terikat dengan ketentuan.

Zikir datangnya dari al-Quran dan sunnah yang sahih. Oleh itu, tidak dinamakan ibadat jika datang dari siapa pun zikir yang tiada nasnya. Zikir ini tidak boleh ditambah atau dikurangi jika ditentukan dengan syarat tertentu walaupun hukumnya sunat. Adakah solat sunat dhuha boleh dikerjakan tanpa Al-Fatihah walaupun hukumnya sunat?

Dari Kaab bin “Ujrah,Nabi s.a.w bersabda:

“Beberapa kalimat yang diucapkan sesudah solat wajib, tidak akan rugi atau kecewa orang yang mengucapkannya atau mengerjakannya, iaitu: tiga puluh tiga kali (33) tasbih (subhanallah),tiga puluh tiga (33)kali tahmid (alhamdulillah), dan tiga puluh empat(34) kali takbir(allahu akbar).”

[H.R. Muslim dan lain-lain.]


Dari Abi Hurairah r.a.,Nabi s.a.w bersabda:

“Barangsiapa bertasbih yakni mensucikan Allah(subhanallah) di belakang solat(fardu) tiga puluh tiga(33) kali, dan bertahmid yakni memuji Allah(alhamdulillah) tiga puluh tiga(33) kali,dan bertakbir yakni membesarkan Allah(allahu akbar) tiga puluh tiga(33) kali, maka jumlahnya menjadi sembilan puluh sembilan(99) kali. Kemudian mengucapkan (sekali):

Laailaha illallah wahdahu laasyarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa a’laa kulli syai’in qadir.

Nescaya diampunkan kesalahan-kesalahannya meskipun sebanyak buih di lautan.”

[H.R. Muslim dan lain-lain.]


Dari Zaid bin Tsabit, dia berkata: Mereka(para sahabat) diperintah (oleh Nabi s.a.w ) bertasbih (subhanallah) di belakang setiap solat (fardu) tiga puluh tiga (33) kali, bertahmid (alhamdulillah) tiga puluh tiga (33) kali,dan bertakbir (allahuakbar) tiga puluh empat (34) kali. Kemudian seorang lelaki dari (kaum) Ansar bermimpi didatangi (seseorang) lalu dikatakan kepadanya: “Bukankah Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan kamu untuk bertasbih di belakang setiap solat tiga puluh tiga (33) kali, bertahmid tiga puluh tiga (33) kali, dan bertakbir tiga puluh empat (34) kali?” Jawab lelaki Ansar tadi: “Betul!” Orang itu berkata lagi: “Jadikanlah dia dua puluh lima (25) kali dan jadikanlah juga padanya tahlil (Laailaha illallah atau Laailaha illallah wahdahu laasyarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa a’laa kulli syai’in qadir.) dua puluh lima (25) kali.”

Apabila aku bangun pagi, lelaki Ansar itu datang kepada Nabi s.a.w. dan menerangkan mimpinya itu. Maka Nabi s.a.w bersabda: “:Jadikanlah dia seperti itu.”

[H.R. An-Nasa'i ,Ahmad,Ibnu Khuzaimah dan lain-lain.]


Dari Abu Hurairah r.a.,dia berkata:

“Orang-orang yang fakr telah datang kepada Nabi s.a.w, mereka berkata: “Orang-orang yang banyak harta dan kaya telah memperoleh darjat yang tinggi dan kenikmatan yang tetap, mereka solat seperti kami solat dan mereka puasa seperti kami puasa, tetapi mereka memiliki kelebihan harta yang dengannya mereka dapat berhaji, umrah,berjihad, dan bersedekah.” Nabi s.a.w bersabda: “Maukah aku ceritakan sesuatu yang jika kamu mengamalkannya kamu dapat mengejar orang-orang yang mendahului kamu, dan tidak ada sesudah itu orang yang dapat mengamalkan seperti itu? Kamu hendaklah brtasbih, bertahmid dan bertakbir di belakang setiap solat(fardu) tiga puluh tiga kali (masing-masing 33X ).”

[H.R. Al Bukhari dan Muslim]


Dari Abdullah bin Amr, Nabi s.a.w bersabda:

“Dua macam yang tidak memelihara akan keduanya seorang hamba Muslim melainkan dia akan masuk syurga (siapa yang memeliharanya akan masuk syurga). Ketahuilah! Keduanya itu mudah, akan tetapi sedikit orang yang mengamalkannya, iaitu mensucikan Allah (bertasbih subhanallah) di belakang setiap solat maktubah yakni wajib sepuluh (10) kali, memuji-Nya (bertahmid-alhamdulillah) sepuluh (10) kali, dan membesarkan-Nya (bertakbir-allahuakbar) sepuluh (10) kali, maka yang demikian itu menjadi seratus lima puluh (150) kali pada ucapan (30 X 5 solat fardu=150) dan seribu lima ratus (1500) kali pada timbangan. Kemudian bertakbir (allahuakbar) tiga puluh empat(34) kali ketika hendak tidur dan bertahmid (alhamdulillah) tiga puluh tiga(33) kali dan bertasbih (subhanallah) tiga puluh tiga (33) kali, maka yang demikian itu menjadi seratus (100) pada ucapan (34+33+33=100) dan seribu pada timbangan. Maka, siapakah di antara kamu yang mengerjakan dalam sehari semalam dua ribu lima ratus(2500) kesalahan?” Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulullah, mengapa kedua itu mudah tetapi sedikit orang yang mengamalkannya?” Nabi s.a.w menjawab: “Kerana syaitan datang kepada salah seorang kamu apabila dia telah selesai solatnya lalu syaitan mengingatkannya akan keperluan ini dan itu, terus dia bangun dan tidak mengucapkannya. Kemudian syaitan datang kepadanya apabila dia hendak tidur lalu syaitan menidurkannya sebelum dia mengucapkannya.” Berkatalah Abdullah bin Amr: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menghitung tasbih dengan tangan kanannya.”

[H.R. Abu Daud,Ahmad,An-Nasa'i,At-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Ibnu Hibban-Sahih]


Dari Tsauban,dia berkata:

“Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat mengucapkan: Astaghfirullah tiga (3) kali, kemudian mengucapkan: Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”

[H.R. Muslim,Ahmad dan lain-lain.]


Dari ‘Uqbah bin Amir,dia berkata:

“Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) di belakang setiap solat (fardu/wajib).”

[H.R. Ahmad,Abu Daud,An-Nasa'i dan lain-lain.- Sahih]


Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda:

“Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah atau solat fardu atau wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.”

[H.R. An-Nasa'i dan lain-lain. –sahih]

kredit: rakangroup


Salam Ukhuwah..~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan